Anda di halaman 1dari 4

DMPP 5043 VARIABLE REFRIGERANT FLOW (VRF) MAINTENANCE, DIAGNOSE

AND REPAIR
Teknologi Inverter
Kebelakangan ini kita selalu terjumpa perkataan inverter pada produk elektrik terbaru
seperti penghawa dingin (air-conditioner), peti sejuk dan microwave oven. Syarikat
pengeluar mendakwa, dengan teknologi inverter, peralatan elektrik akan berfungsi
dengan lebih cekap dan menjimatkan tenaga elektrik. Benarkah dakwaan mereka itu?
Secara teorinya, teknologi inverter boleh menjimatkan tenaga elektrik dan membuatkan
peralatan elektrik berfungsi dengan lebih cekap. Sebagai contoh, mengikut kiraan
matematik, penghawa dingin yang menggunakan teknologi inverter ini mampu
menjimatkan elektrik sehingga 30% dan lebih cepat menyejukkan udara berbanding
penghawa dingin konvesional.
Apakah itu inverter?
Jika kita merujuk kamus, inverter bermaksud penyongsang. Walaubagaimanapun, dalam
kejurutereaan elektrik kuasa, inverter ditakrifkan sebagai peranti/alat yang mengubah
arus terus kepada arus ulang alik berubah frekuensi. Inverter sering digunakan pada
peralatan yang mempunyai motor dan pemampat (compressor). Dengan menggunakan
teknologi ini, kelajuan motor atau pemampat boleh dikawal mengikut keperluan.
Bagaimana teknologi inverter berfungsi?
Untuk memahaminya, ambil penghawa dingin sebagai contoh:
Penghawa dingin konvensional
Suhu bilik diset pada 22 darjah Celcius
Pemampat dihidupkan sehingga mencapai suhu 21 darjah Celcius
Pemampat dimatikan, suhu bilik naik perlahan2 sehingga 23 darjah Celcius
Pemampat dihidupkan semula sehingga mencapai suhu 21 darjah Celcius
Proses ini berterusan sehinggalah penghawa dingin dimatikan
Penghawa dingin berteknologi inverter
Suhu bilik diset pada 22 darjah Celcius
Inverter menjalankan pemampat pada kelajuan maksimum
Apabila suhu bilik mencapai 22.1 darjah Celcius, inverter memperlahankan sedikit
kelajuan pemampat
Suhu bilik turun sehingga 21.9 darjah Celcius, inverter menaikkan sedikit kelajuan
pemampat
Pemampat akan sentiasa berjalan pada kelajuan berbeza ( tiada operasi on-of seperti
penghawa dingin konvesional)

Terdapat 2 jenis inverter yang terdapat pada produk berteknologi ini:


1. Inverter arus ulang-alik (AC inverter) - Digunakan pada motor/pemampat
kendalian arus ulang alik (AC motor/pemampat)
2. Inverter arus terus (DC inverter) - Digunakan pada motor/pemampat kendalian
arus terus (DC motor/pemampat). Produk yang menggunakan DC inverter adalah
lebih jimat tenaga berbanding AC inverter. Ini adalah kerana motor/pemampat
kendalian arus terus tidak mempunyai 'tork menahan' (detent torque) dan kehilangan
arus aruhan.
Kelebihan produk elektrik yang menggunakan teknologi inverter ialah:
1. Lebih menjimatkan tenaga elektrik
2. Berfungsi dengan lebih senyap
3. Beroperasi dengan lebih cekap dan pantas
Walaubagaimanapun, produk berteknologi inverter ini agak mahal termasuk alat
gantinya. Kerosakan elektronik pada produk ini biasanya sukar dikesan oleh juruteknik
dan perlu dirujuk kepada syarikat pengeluar. Faktor2 ini perlu diambil kira sebelum
membeli produk berteknologi inverter ini.

Inverter dikenali sebagai satu alat atau peranti penyongsang arus elektrik. Dalam
keadaan biasa, keadaan arus elektrik adalah berarus terus. Dengan inverter, arus terus
ini akan ditukarkan kepada arus ulang alik berubah frekuensi.
Biasanya, inverter digunapakai pada peralatan elektrik yang dilengkapi motor atau
pemampat (compressor). Teknologi inverter dikatakan boleh mengawal kelajuan motor
atau pemampat mengikut keperluan.
Pemampat dalam sesuatu alat elektrik akan sentiasa berjalan pada kelajuan berbeza
tanpa fungsi hidup mati (on-off) sepertimana alat elektrik konvensional. Fungsi inilah
yang membantu pengurangan tenaga elektrik.
Sebagai contoh, katakan kita menghidupkan alat pendingin hawa dengan menetapkan
suhu 24 darjah celcius (24 oC). Bagi pendingin hawa tanpa inverter apabila ia dihidupkan,
motor elektrik akan beroperasi pada kelajuan maksimum bagi mencapai suhu tersebut.
Apabila suhu 24 oC tercapai, motor tersebut akan berhenti.
Namun, apabila keadaan bilik kembali panas, iaitu suhu melebihi 24 oC, maka motor
elektrik itu akan aktif semula dan terus 'bekerja' untuk menurunkan suhu kembali kepada
24 oC. Keadaan ini berterusan sehinggalah suis penghawa dingin dimatikan.
Motor yang 'bekerja' secara 'on off' ini mengakibatkan penggunaan tenaga kuasa yang
tinggi pada setiap kali ia mula memulakan 'kerja'. Kajian menunjukkan bahawa motor
elektrik akan menggunakan arus sebanyak hampir 7 kali ganda lebih tinggi daripada
biasa semasa memulakan operasinya.
Bagi alat elektrik dengan teknologi inverter, motor elektriknya akan sentiasa 'bekerja'
daripada mula suis dihidupkan sehinggalah pada ketika suis dimatikan. Kelajuan motor
dapat dikawal dan disesuai dengan suhu yang ditetapkan tanpa ada fungsi 'on off'.
Keadaan yang berterusan ini menyebabkan motor tidak perlu menggunakan tenaga yang
banyak ketika beroperasi. Pengurangan penggunaan kuasa bagi permulaan operasi juga
dapat dikurangkan. Penggunaan tenaga yang kurang bermaksud bil elektrik menjadi
lebih murah.
Untuk lebih mudah memahami, teknologi inverter bolehlah dikaitkan dengan amalan
seharian kita, iaitu istiqamah manakala alat elektrik tanpa inverter adalah amal yang
tidak istiqamah. Istiqamah bermaksud melakukan sesuatu secara berterusan manakala
tidak istiqamah bermaksud melakukan sesuatu secara 'on off'.
Dalam Islam, sesuatu amal yang dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit adalah
lebih disukai Allah SWT daripada amal yang dilakukan secara tidak istiqamah walaupun
banyak. Hal ini bersesuaian dengan hadis Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Daripada Aisyah r.ha., Nabi SAW bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut
keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang
paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
Berbalik kepada inverter, teknologi ini memang benar dapat menjimatkan kos elektrik.
Namun, penjimatan ini berlaku dengan syarat.
Pertama, alat elektrik berteknologi inverter biasanya lebih mahal daripada produk tanpa
inverter. Pengguna perlu membuat sedikit pengiraan mengenai kos pembelian dan
bandingkan dengan jumlah penjimatan yang dapat dibuat.
Kedua, inverter jimat jika penggunaannya melebihi tempoh masa tertentu. Ada pihak
mendakwa penjimatan hanya berlaku jika ia digunakan lebih daripada 6 hingga 8 jam.
Maksudnya, inverter hanya menjimatkan jika ia digunakan untuk tempoh masa yang
panjang. Justeru, alat elektrik seperti peti sejuk inverter lebih praktikal untuk penjimatan
kos elektrik berbanding pendingin hawa dan microwave oven.
Ketiga, sebarang kerosakan elektronik pada produk ini sukar dikesan. Jika berlaku
kerosakan, ia perlu dihantar kepada syarikat pengeluar. Hal ini secara langsung akan
meningkatkan kos perbelanjaan.

Justeru produk elektrik berteknologi inverter boleh digunakan sebagai alternatif bagi
mengimbangi kenaikan kadar elektrik. Namun, pengguna dinasihatkan untuk membuat
analisis kos-faedah terlebih dahulu memandangkan kos produk ini adalah lebih mahal
berbanding produk biasa.

Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140108/re_07/Teknologiinverter-istiqamah-dan-penjimatan-kos-elektrik#ixzz3x5lHm8sx
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai