Anda di halaman 1dari 4

PUSAT PENGAJIAN MINDEF

SEMESTER OGOS 2010 /BAHAGIAN I

ETIKA PERNIAGAAN
(UGD 1123)
Topik:
KES NIKE DI VIETNAM
NORMAYUDI BIN ABU BAKAR (MD 0950089)
INSTRUCTOR NAME:
EN NIZAM

DATE OF SUBMISSION:
6 OKT 2010

TUGASAN PENULISAN KES NIKE DI VIETNAM

Jawapan Kepada Soalan Kes


Soalan 1
Kilang peras tenaga bermaksud sesebuah kilang yang beroperasi secara memeras
tenaga pekerja dengan maksimum tetapi gaji atau upah yang diberikan kepada pekerja amat
rendah berbanding bebanan tugas yang dilaksanakan terlalu banyak. Layanan yang tidak
berperikemanusiaan oleh majikan kepada pekerjanya juga, sebagai contoh kes penderaan dan
lain-lain lagi. Disamping itu, persekitaran tempat kerja yang tidak sihat dan selamat, tidak dititik
beratkan untuk para pekerja menjalankan tugas serta kebajikan pekerja tidak dijaga.
Soalan 2
Pada pendapat saya, kilang-kilang yang mengeluarkan produk Nike yang beroperasi di
Asia seperti di negara Vietnam, China dan Thailand boleh dianggap sebagai kilang peras
tenaga kerana upah yang diberikan kepada pekerja-pekerja kurang dari minimum gaji yang
dibenarkan mengikut undang-undang di negara tersebut. Pihak pengurusan Nike beranggapan
negara-negara Asia seperti Vietnam, China dan Thailand adalah negara membangun dan hanya
sekadar mencukupi membayar upah pekerja yang rendah disebabkan nilai matawang di negara
Asia rendah berbanding dengan negara asal pengeluar produk tersebut. Tidak seperti di negara
barat, pekerja-pekerja kilang Nike yang didirikan di negara tersebut telah diberikan gaji yang
setimpal dengan bebanan tugas. Oleh itu, imej jenama Nike di negara barat amat bagus
terutamanya di Amerika Syarikat tetapi tidak di negara-negara Asia seperti Vietnam, China dan
Thailand.
Soalan 3
Pada pendapat saya, pihak pengurusan Nike merasakan jenama produk keluarannya
terlalu hebat dipasaran dunia sehinggakan mereka merasa angkuh dan mengeluarkan kenyataan
seperti itu. Mereka juga merasakan masalah yang berlaku di Vietnam bukan kesalahan dan

tanggungjawab mereka. Mereka juga menafikan bahawa kilang-kilang di Asia adalah bukan
milik syarikat tersebut bagi mengaburi mata dan tanggapan dunia terhadap jenama produk Nike
supaya tidak terjejas.
Soalan 4
(a) Pengguna?
Sebagai pengguna, saya tidak akan menyokong produk tersebut dengan tidak membeli
barangan keluaran Nike. Saya akan mengesyorkan kepada rakan-rakan supaya jangan membeli
produk yang sama disebabkan pemasalahan yang berlaku di Vietnam. Saya juga akan
mengesyorkan kepada badan-badan NGO supaya memboikot keluaran Nike dipasaran dan
menghalang promosi produk tersebut berkembang luas dipasaran negara. Selain itu, saya juga
akan mengesyorkan kepada KDNHEP dan Kementerian Penerangan supaya memulaukan produk
tersebut dan menyiarkan perkara sebenar yang berlaku di Vietnam di media massa.
(b) Kerajaan Vietnam?
Menguatkuasakan undang-undang kerajaan dari segi hak pekerja, persekitaran kerja,
layanan majikan kepada pekerja, gaji atau upah yang diberikan, masalah penderaan seksual
terhadap pekerja dan pengambilan buruh kanak-kanak dengan lebih ketat lagi. Pihak kerajaan
Vietnam hendaklah tegas didalam menangani masalah ini dan pamantauan secara kerap oleh
pihak berkuasa kerajaan. Kerajaan juga boleh menarik balik permit perusahaan yang diberikan
kepada pihak Nike. Sekiranya masalah tersebut masih tidak boleh ditangani, kerajaan boleh
mengarahkan kilang tersebut ditutup serta-merta dan pampasan akan diberikan kepada para
pekerja.

(c) Kerajaan Malaysia?

Kerajaan Malaysia boleh membantu kerajaan Vietnam melalui pertubuhan ASEAN


dengan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sikap pengurusan Nike kepada wakil-wakil
pertubuhan dunia. Melalui saluran tersebut, masyarakat dunia akan lebih prihatin dan bersimpati
dengan nasib pekerja-pekerja di Vietnam dan sesuatu tindakan akan diambil terhadap syarikat
tersebut. Dengan ini, nasib pekerja-pekerja di Vietnam akan lebih terjamin dan terpelihara.
(d) Pekerja Nike?
Pekerja kilang Nike di Vietnam boleh menubuhkan sebuah persatuan sekerja yang kukuh
dan kuat dari segi keahlian dan keanggotaan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati pekerja
kepada pengurusan Nike. Begitu juga pekerja kilang Nike dimana-mana negara, mereka boleh
berbuat perkara yang sama dan memaksa pengurusan Nike menghentikan perbuatan yang
berlaku di Vietnam. Pekerja juga boleh memaksa supaya kilang Nike ditutup daripada beroperasi
bagi menjaga kepentingan kemanusian pekerja di Vietnam.
Jelaskan Tindakan Yang Anda Akam Ambil
Pertama sekali saya tidak akan membeli produk berjenama Nike untuk kegunaan peribadi
walaupun saya ketahui produk tersebut berkualiti dan berjenama. Sebagai pengguna, saya akan
menyuarakan pendapat dan cadangan kepada Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) supaya
memulaukan produk keluaran Nike daripada terjual di pasaran. Saya akan mengajak persatuan
untuk mengadakan kempen kesedaraan kepada masyarakat yang mana setiap produk Nike yang
dipakai adalah penderitaan yang ditanggung oleh pekerja kilang Nike di Vietnam.

Anda mungkin juga menyukai