Anda di halaman 1dari 3

1.

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BERSEPADU KO KURIKULUM SK SUNGAI TUKANG


SIDIN 36750 CHIKUS, PERAK RASIONAL Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti
utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas
pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta
mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia
seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti
perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan
mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan
diri masing- masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu
mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.
Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu,
secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta
mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing- masing.
Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur- unsur
patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan
bangsa dan negara. MATLAMAT PROGRAM Sesuai dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini
dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan
generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta
berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri
sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Dalam konteks perkhemahan ini,
aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi peluang kepada para peserta
memperkembangkan potensi diri masing- masing khususnya dari segi kepimpinan
dan kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan
kesediaan berdikari serta bertanggungjawab. Untuk membantu merealisasikan
matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah juga bertujuan
untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri
positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani
masalah dan pancaroba hidup seterusnya.
2. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta
memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip- prinsip
berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan
dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdya saing, berdaya tahan
dan berdaya juang yang tinggi. OBJEKTIF Dengan adanya perkhemahan bersepadu
ini ianya dapat : 1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas
perkhemahan. 2. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain. 3.
Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara
teratur dan berdisiplin. 4. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan
berekreasi dalam suasana semula jadi yang kondusif. 5. Memberi peluang kepada
para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing dalam bidang kesenian dan
kebudayaan. 6. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukunrukun beragama dan kehidupun bermoral. KUMPULAN SASAR Semua pelajar tahap 2
iaitu semua ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam dan semua guru
pemimpin Sekolah Kebangsaan Sungai Tukang Sidin. JANGKA MASA PERKHEMAHAN

Perkhemahan ini akan diadakan pada : Tarikh : 12 13 November 2010 Hari :


Jumaat hingga Sabtu Tempat : Kawasan Padang Sekolah SK Sungai Tukang Sidin
3. JAWATANKUASA INDUK Penasihat : En Muhammad Halili Bin Mohd Isa Pengerusi :
En Sarji Bin Amat Naib Pengerusi 1 : En Amir Shariffuddin Bin Asmuni Naib
Pengerusi 2 : Pn Nasriah Bt Mansor Setiausaha : En Mohd Puad Bin Samsudin
Bendahari : En Muhamad Shamsul Bin Saad JAWATANKUASA KERJA Kem Komander :
En. Mohd Puad Bin Samsudin : Pn. Masitah Bt Shafie Persiapan Tempat : En.
Muhamad Shamsul Bin Saad En. Abdul Razak Bin Jamaluddin Peralatan : En. Sarji
Bin Amat : En. Nik Hamarun Bin Abdul Halim Pendaftaran : Cik Nur Nadiah Nafisah
Bt Badri Pn. Farizan Bt Saiddin Keselamatan : En. Amir Shariffuddin Bin Asmuni : Pn.
Nor Sharina Bt Frey Khan Hadiah : Pn. Masitah Bt Shafie Aktiviti dan Riadah : En.
Mohd Puad Bin Samsudin : Pn. Siti Rabiatuladwiyah Bt Mohd Ramli Urusetia
Makanan : Pn. Nasriah Bt Mansor : Pn. Moona Fairuz Bt Bidin BAJET/ PERBELANJAAN:
1. Sumber Kewangan. Peruntukan sekolah RM1000.00
4. 2. Kos. BIL. PERKARA KOS JUMLAH 1. Hadiah 1. Pertandingan memasak 2.
Pertandingan kawasan perkhemah 3. Pertandingan kawad kaki 4. Peserta terbaik
( Lelaki ) ( Perempuan ) 5. Kumpulan terbaik keseluruhan RM 3 .00 X 8 RM 3 .00 X 8
RM 3 .00 X 8 RM 10.00 X 1 RM 10.00 X 1 RM 30.00 X 1 RM 24.00 RM 24.00 RM
24.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 30.00 2. Bahan untuk mamasak 1. Ayam 2. Telur 3.
Sardin 4. Beras 5. Roti 6. Sayur RM 15.00 X 8 RM 10.00 X 3 RM 5.00 X 20 RM 25.00
X 2 RM3.25 X 20 RM 120.00 RM 30.00 RM 100.00 RM 50.00 RM 65.00 RM 27.00 3. 1.
Peralatan memasak RM 490.00 Jumlah RM 1000.00
5. JADUAL PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH SK
SUNGAI TUKANG SIDIN 2010 HARI JUMAAT (12 November 2010 ) 3.00 petang :
Melaporkan diri dan mendaftar Pelajar menjalankan tugas menyiapkan khemah dan
kawasan mengikut kumpulan. 3.30 petang : Taklimat perkhemahan 4.30 petang :
Solat Asar 5.00 petang : Riadhah ( Permainan Stesen). 6.30 petang : Memasak
untuk makan malam. Mandi dan besiap untuk solat. 7.15 malam : Solat Magrib dan
Isyak 9.00 malam : SLOT 1 11.30 malam : Tidur HARI SABTU ( 13 November 2010 )
6.00 pagi : Bangun dan mandi / Solat Subuh 7.00 pagi : Senaman dan riadah
Sarapan pagi 8.00 pagi : Pemeriksaan khemah dan kawasan. 8.30 pagi :
PERTANDINGAN KAWAD KAKI 10.00 pagi : Minum dan rehat. 10.30 pagi : SLOT 2
12.00 tgh : Memasak makan tengah hari dan pertandingan memasak. Makan
tengah hari dan mandi. 1.00 petang : Solat Zohor 2.00 petang : SLOT 3 3.30
petang : Menurunkan khemah dan membersihkan kawasan. 4.00 petang :
Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah. 4.30 petang : Bersurai dan balik ke
rumah.
6. PENUTUP Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi
menerapkan dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang mantap
dan disiplin yang kuat. Program ini juga berperanan untuk memupuk semangat
setia kawan dan saling tolong-menolong dan bantu-membantu serta mengekalkan
hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar supaya ia disemai dan dipupuk sejak
mereka kecil dan menjadi sebati bila mereka meningkat remaja dan dewasa kelak.
Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak.
Demikian juga sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan secara

langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu. Sokongan dan bantuan dari
semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
program ini adalah diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
7. IKRAR PERKHEMAHAN Kami Para peserta Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah
Kebangsaan Sungai Tukang Sidin Dengan penuh keikhlasan dan takzimnya berikrar
Bahawa kami akan menyertai perkhemahan ini dengan bersungguh-sungguh
Bahawa kami akan menjalani semua aktiviti yang diprogramkan dengan tabah dan
penuh semangat Bahawa kami akan manfaatkan peluang yang diberi untuk
memperkaya pengetahuan dan kemahiran kami, serta mempereratkan lagi
silaturrahim antara kami Bahawa kami akan menghargai dan menjunjung tinggi
segala panduan, nasihat dan tunjuk ajar yang bakal kami perolehi Bahawa kami
akan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dengan penuh kesedaran
dan tanggungjawab Bahawa kami akan menghadapi setiap kesukaran dan masalah
sebagai cabaran dan ujian Bahawa kami akan berusaha bersama-sama menjayakan
perkhemahan ini Bahawa kami akan kembali dengan semangat perjuangan yang
tinggi Dan kamilah Pendukung cita-cita bangsa dan negara.
8. PERALATAN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PERKHEMAHAN. INDIVIDU 1. Uniform
pengakap / puteri islam 11. Lampu suluh 2. Pakaian sembahyang / sejadah 12. Tuala
3. Pakaian sukan 13. Pakaian mandi 4. Selimut 14. Beras 3 cawan 5. Kasut dan
selipar 15. Telur 2 biji 6. Ubat dan berus gigi dan sabun mandi 7. Pakaian untuk 2
hari 8. Pinggan dan gelas 2 biji 9. Sudu 10. Barang-barang lain yang difikirkan perlu
Disediakan Oleh, En Mohd Puad Bin Samsudin Setiausaha
Kokurikulum Disemak Oleh, En Sarji Bin Amat PK Kokurikulum
Diahkan Oleh, En Muhammad Halili B Mohd Isa Guru Besar SKSTS
9. JADUAL AKTIVITI PERKEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK SUNGAI
TUKANG SIDIN 2008 5.45 6.30- 7.30 7.30-8.30 8.30 11.00 11.00- 12.00 12.002.30 2.30- 3.30 3.00- 4.30 4.30- 5.00 5.00- 6.00 6.00- 8.00 Rabu Lapur diri AKTIVITI
AKTIVITI Makan Malam Solat maghrib Khamis Solat Subuh/ Sarapan Riadah
Pemeriksaan Kemah AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Makan Tengahari/ sembahyang zohor
AKTIVITI 3 REHAT PTG AKTIVITI 4 AKTIVITI 5 Makan Malam Solat maghrib Jumaat
AKTIVITI AKTIVITI Penyampaian Hadiah Makan Tengahari/ sembahyang zohor
Bersurai Membersih Kawasan / Memasang Kemah

Anda mungkin juga menyukai