Anda di halaman 1dari 6

.. di pengakhiran ceritaku bersama dia.

Kami terpisah dan berpisah. Setelah


perpisahan itu, aku tak pernah menghubungi
dirinya lagi. Kini aku sendirian mengharungi
kehidupanku. Mungkin aku tidak layak untuk
bercinta dan berkasih sayang. Semuanya
telah meninggalkan diriku. Buat apa hendak
dikenang bila orang sudah benci. Buat apa
hendak difikir bila orang tak suka. Tiada guna
cari pengganti segalanya menyakitkan hati.
Biarlah aku membawa hatiku yang lara ini
hingga hayatku. Mungkin disana hatiku akan
terubat tapi parutnya tetap jadi sejarah jiwa
luka KelanaFakir
Keyakinan dan kepercayaan ku tercalar. Apa
benar katanya?. Sesungguh benar katanya?.
Mengapa dia sanggup berkata demikian?.
Apakah dia berfikir apa yang dia kata?.
Tidakkah kata itu menyakiti hatiku?. Sebab
apa niat dia begitu?. Apakah aku bersalah?.
Pernah aku menyakiti hatinya.? Andainya aku
yang bersalah, aku memohon maaf. Mungkin
sikapku? Mungkin kelakuanku? Aku terima
segala caci maki mu. Aku terima celaanmu.
Dan rela mengakui segalanya. Dan aku sedia

menerima kebencianmu. Dan aku rela terima


segala hukuman mu. Puaskan hati mu. Terima
kasih kerana menyedari diriku. Barulah ku
sedari, siapa diriku kini. Orang yang bersalah
patut terima balasannya.
Tadi aku keluar ke pekan seperti biasa
aku duduk di kedai kopi Hasaan sambil
berfikir sesuatu. Terdengar lagu nyanyian
Salem, Bila Orang Dah Benci. Teringat tentang
diri ku. Ngapa masih menanti sedangkan
orang dah benci. Mungkin kerana sikap ku.
Dulu aku tak sudi tapi sekarang aku tercaricari. Orang dah berpunya, tak guna bertanya
lagi. Dia pun terpaksa meninggalkan aku.
Terasa kejam sikap dia kerana pergi tanpa
berita. Tapi aku sedar nilai diriku. Harapan dah
berkecai mengapa aku mengharap lagi.
Begitulah manusia, bila didepan mata tak
diperduli dan bila dah melayang baru tercaricari. Namun aku terpaksa merelakan
pemergiannya.
. Lantas aku meninggalkan kedai
tersebut dengan secawan air kopi radix yang
tak habis ku minum.
Oh betapa pedihnya hati bila aku mengingati.

Sekejap tadi aku terima satu sms tertulis .


Mengapa kau meninggalkan diri ku apakah
kau tak sudi menrima diriku. Siapa dia
gerangan penghantar ni. Tertera nombor
telefon yang tiada dalam simpanan ku..
patutkah aku balas. Mungkin dia kot,
tersentak di hatiku. Mungkin tersalah dail
kot?. Kemudian aku menerima lagi sms dari
nombor yang sama. Katanya, nombor yang
anda dail sudah tiada dalam perkhidmatan,
terima kasih. Siapalah yang punya kerja, tak
da kerja lain ke . Tertawa sendiri.
Teringat aku pada dirinya. Tersenyum manis
ketika kali pertama aku berjumpa dengan.
Sambil dengan sopan berkata-kata

Biarpun ku masih sayang Kasihku tak pernah padam


Tetapi apa kan daya
Terpaksa ku lepaskan
Sampai hatimu melihat ku dihukum
Begini

Seluruh hidupku bagaikan Mati tak bernyawa lagi


Mengapa sayang engkau hancurkan niat
Suci ku menyunting mu dirimu
Sedangkan dulu engkau
Berjanji kau hanya milikku
Bila orang dah benci Tiada guna ku nanti
Lebih baik ku pergi
Pergi membawa diri
Bila orang dah benci
Tinggal aku sendiri
Orang pun dah tak suka
Dikenang pun tak guna

KERANA DIRIMU
KERNA DIA AKU TERPAKSA
DEMI DIA AKU MERANA
OH MENGAPA KAU BUAT KU BEGINI
MUNGKIN DULU AKU BERSALAH
MUNGKIN DULU AKU TAK CINTA
JANGANLAH KAU PERMAINKAN HATIKU KINI
SEGALANYA TELAH KU BERIKAN
SEGALANYA TELAH KU KORBAN
MENGAPA KAU SEKEJAM INI
APAKAH ADA DENDAM DIHATI MU
YANG MASIH KAU SIMPAN
KAU TAK SALAH AKU YANG SALAH

LAYAKNYA AKU TERIMA HUKUMAN


BERBUATLAH APA MAHU MU
AKU RELA DIBUAT BEGITU
TAPI JANGAN KAU TINGGALKAN AKU
HIDUPKU KINI CUKUP MERANA
BERDUKA NESTAPA SETIAP MASA
HANCUR LULUH HATIKU KAU KATA
AKU BENCI PADAMU
SEDIH PILU DIHIRIS SEMBILU
NAMUN KU BIARKAN SAJA
ORANG TAK SUKA , ORANG DAH BENCI
RAJUK HATIMU INGIN KU PUJUK
MARAH HATI MU AKAN KU SEJUK
IKHLAS NIATKU TERHADAP DIRIMU
BERSAMA SETIA DIHUJUNG USIA

BERDERAI AIRMATA
MENITIS BAGAI MUTIARA
INSAN KASIH SEIRAS MUSTIKA
MEWARNAI HATIKU SETIAP MASA
TERAMAT KASIHKU PADAMU
BERSEMADI DAN BERSEMI DIKAMAR KALBUKU
Purnama kesiangan hari
Keluhan terasa kehilangan diri

Punah dan binasa


Bila tabir hijab rahsia tersingkap
Lenyap lah bulan cahaya mentari

Anda mungkin juga menyukai