Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN MENULIS ESEI SENI KRAF MALAYSIA 2014

Hadiah pertandingan
Pertama
: RM4,000 + Sijil Penyertaan & Cenderamata Kraf
Kedua
: RM3,000 + Sijil Penyertaan & Cenderamata Kraf
Ketiga
: RM2,000 + Sijil Penyertaan & Cenderamata Kraf
Saguhati (5) : RM500 + Sijil Penyertaan & Cenderamata Kraf
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.

Penyertaan pertandingan ini terbuka secara percuma kepada semua


warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada tarikh tutup
pertandingan ini.

2.

Tajuk :
i. Kraf Menjana Ekonomi Rakyat
ii. Kraf Satu Warisan
iii. Kraf Ke Persada Dunia

3.

Setiap hasil karya perlu dikarang dalam Bahasa Malaysia dan hendaklah
merupakan hasil karya asli dan belum pernah diterbitkan. Karya yang diciplak,
plagiat atau terjemahan tidak akan diterima dan terbatal dengan sendirinya.

4.

Panjang esei mestilah di antara 5,000 hingga 6,000 patah perkataan


menggunakan format Microsoft Words atau pdf.

5.

Esei hendaklah ditaip menggunakan saiz kertas A4 dalam jarak langkau dua
(double spacing) dan menggunakan huruf Arial bersaiz 12 (font 12).

6.

Kesemua esei yang dihantar akan dinilai melalui beberapa kriteria seperti
berikut :
a. Penilaian Bahasa
b. Penilaian Kandungan
i. Tatabahasa
i. Pendahuluan
ii. Perbendaharaan Kata
ii. Isi (pernyataan, huraian & contoh)
iii. Struktur Ayat
iii. Pertautan Isi
iv. Penutup/kesimpulan

7.

Kraftangan Malaysia berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei yang


menyertai pertandingan ini.

8.

Pihak Kraftangan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan,


kelewatan dan kerosakan format esei yang dihantar.

9.

Setiap peserta bebas menghantar seberapa banyak penyertaan dan esei


yang dihantar mestilah disertakan bersama borang penyertaan. Borang dan
syarat penyertaan boleh dimuat turun dengan melayari portal
http://www.kraftangan.gov.my atau http://pemuliharaankraf.blogspot.com.

10. Setiap esei dan borang penyertaan hendaklah dihantar melalui emel kepada
eseikraf2014@kraftangan.gov.my sebelum atau pada 30 Jun 2014 sebelum
jam 12.00 tengah malam.
11. Esei yang dihasilkan hendaklah berbentuk ilmiah; sumber rujukan seperti
bibliografi dan nota kaki hendaklah dinyatakan dalam esei yang ditulis.
12. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang komen dan rayuan tidak
akan dilayan.
13. Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, sila hubungi talian 03-2162
7459 / 2162 7533 sambungan 372 / 272 / 326 atau emel kepada
eseikraf2014@kraftangan.gov.my.

Anda mungkin juga menyukai