Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Semasa menjalankan tugasan ini saya dapati suku kaum Bidayuh sangat unik dan
mempunyai pelbagai bahasa dan budaya. Latar belakang, tempat tinggal,amalan, perayaan
dan pantang larangnya senang untuk mendapatkan maklumat tetapi dari segi kebudayaan
dan makanannya sukar untuk mendapat maklumat tentangnya. Bagi tugasan esei iaitu
aplikasi hubungan etnik dalam realiti kehidupan masyarakat majmuk berlandaskan nilai
hormat-menghormati pula memerlukan banyak maklumat dan bahan bacaan dan mestilah
betul-betul memahami kehendak soalan agar tidak terpesong dari tajuk.
Kekurangan buku rujukan dan tidak fasih berbahasa Inggeris adalah satu kekangan
bagi saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya dapati, modul yang di berikan tidak cukup
untuk menyiapkan tugasan ini. Carian dalam internet juga tidak banyak dapat membantu
saya.
Akhirnya melalui pengalaman yang lepas, saya cuba mencari buku yang berkaitan
dengan tajuk hubungan etnik di internet kerana melaui bahan bacaan tambahan lah dapat
membantu untuk mendapat idea dan bukan bergantung kepada internet semata-mata. Saya
pun menempah buku melalui kedai online. Saya dapati buku ini dapat membantu saya untuk
menyiapkan tugasan ini.
Menurut Mok Soon Sang(2007), kita perlu mengintegrasikan ilmu pengetahuan yang
sedia ada dengan menggunakan bahan pelajaran baru dengan inisiatif sendiri untuk
memperolehi ilmu pengetahuan baru.
Melalui buku tersebutlah saya mendapat idea untuk menyiapkan tugasan kedua iaitu
esei. Setelah siap, saya menghantar emel kepada pensyarah iaitu En. Hasnul Hadi untuk di
tambahbaik agar isi kandungannya tidak keluar dari tajuk. Akhirnya saya mendapat
maklumbalas dari pensyarah iaitu tugasan yang di buat adalah menepati kehendak soalan,
Alhamdulillah. Saya juga telah menterjemahkan tarian-tarian kaum Bidayuh yang terdapat
dalam sebuah blog Inggeris dan mengemaskini semula susunan ayat. Begitu juga gambargambar yang sesuai untuk dimasukkan dalam folio mestilah bersesuaian dan setelah saya
mengetahui bahawa kaum Bidayuh mempunyai pelbagai bahasa dan kebudayaan, maka
saya terpaksa berhati-hati sewaktu mencari maklumat dalam internet kerana kaum ini
mempunyai kebudayaan yang berbeza seperti golongan Salako yang memang mempunyai
persatuan mereka sendiri walaupun sudah diputuskan oleh Kerajaan Malaysia yang kaum ini
sebahagian dari Bidayauh atau dengan nama lain Dayak darat. Di Indonesia juga
mempunyai kaum Dayak darat. Semasa membuat pencarian di dalam laman sesawang atau
Facebook, barulah saya mengenali perbezaan kaum ini dari pemakaian dan juga
kebudayaan mereka.

Melalui tugasan ini juga telah menimbulkan semangat patriotime terhadap tanah air.
Dari buku inilah juga saya dapat mengetahui cerita sebenarnya di sebalik kejadian pada 13
Mei dan lebih difahami dengan penerangan oleh pensyarah. Barulah saya tahu mengapa
kerajaan sangat mementingkan perpaduan kaum kerana ia sangat penting untuk
mewujudkan keamanan di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Matapelajaran
hubungan etnik juga adalah salah satu cara untuk mewujudkan perpaduan kaum.
Menurut Zaid Ahmad(2010), insiden ketegangan kaum dalam sejarah yang dikenali
sebagai Peristiwa 13 Mei 1969 adalah salah satu titik tolak dalam sejarah pasang surut
hubungan etnik di Malaysia.
Sebagai seorang guru, saya lebih berkeyakinan untuk mengajar mata pelajaran
Kajian tempatan tentang tajuk kaum di Malaysia setelah menyiapkan tugasan ini. Banyak
pengetahuan baru yang saya dapat dari tugasan ini. Terima kasih kepada rakan sekumpulan
saya dan juga penyarah.

Rosmahiza bt. Ramli


750909115006

Anda mungkin juga menyukai