Anda di halaman 1dari 3

SKRIP

Cerita ini adalah kesinambungan daripada cerita Mengapa ayam mengais dan
mematuk tanah.
Satu hari, Sang Helang datang berjumpa dengan Ibu Ayam. Sang Helang ingin
bertanya tentang jarumnya yang telah dipinjam oleh Ibu Ayam.
Helang

: Hai Ibu ayam, aku datang untuk bertanya tentang jarum yang engkau
pinjam dahulu. Sudah siapkah engkau menggunakan jarum aku itu?
Mana jarum itu?

Ibu Ayam

: Hai Helang, ooo..engkau jangan risau tentang jarum itu. Aku masih
belum habis menjahit sayapku ini lagi. Tinggal sedikit sahaja lagi yang
belum dijahit.

Helang

: Ohh kalau begitu, esok sahajalah aku datang mengambil jarumku itu.

Ibu Ayam

: eerrrr.baiklah helang.

Ibu ayam sebenarnya telah menipu Sang helang, sebenarnya jarum itu telah hilang.
Dia terpaksa membuat helah untuk menyelamatkan dirinya. Keesokkan harinya
Sang Helang datang lagi.
Helang

: Hai Ibu ayam, mana jarumku itu?

Ibu Ayam

: Oh maafkan aku Sang Helang, aku terlupa membawa jarum itu.


Jarum itu tertinggal di rebanku.

Helang

: Engkau sudah berjanji untuk memulangkan jarum itu hari ini. Aku
mahukan jarum itu sekarang!.

Ibu ayam mengelabah dan bimbang kerana melihat helang sudah mula marah. Ibu
ayam risau rahsia kehilangan jarum itu akan terbongkar. Dia cuba membuat helah
lagi.
Ibu Ayam

: Wahai Sang Helang, berikanlah aku tempoh sehari lagi.

Helang

: Aku lihat sayap engkau telah siap dijahit. Mengapa engkau hendak
menyimpan jarum itu lagi? Di mana jarum itu? Lebih baik engkau
beritahu aku sekarang sebelum sesuatu yang buruk berlaku.

Helang berasa curiga dan mengesyaki sesuatu. Dia mengugut Ibu ayam untuk
mengetahui hal yang sebenarnya. Ibu ayam terus berasa takut lalu.
Ibu Ayam

: Maafkan aku Sang Helang, maafkan aku Sang Helang aku tidak
sengaja menghilangkan jarum engkau itu.

Helang

: Apa! Berani engkau menipu aku!. Engkau akan menerima akibat


daripada perbuatan engkau itu Ibu ayam.

Ibu Ayam

: Tolong jangan apa-apakan aku Sang Helang. Aku masih mempunyai


anak yang kecil. Jika engkau mengapa-apakan aku siapa yang akan
menjaganya nanti.

Helang

: Baiklah kalau begitu, esok engkau bawa anak engkau sebagai ganti.
Ingat ibu ayam.

Ibu Ayam

: Baiklah helang.

Pada malam itu ibu ayam kelihatan sangat sedih. Dia banyak termenung dan
mendiamkan diri. Anak ayam berasa kasihan melihat ibunya itu lalu bertanya..
Anak Ayam : Ibu, mengapa ibu kelihatan bersedih?
Ibu Ayam

: Oh anakku, sebenarnya ibu telah menghilangkan jarum Sang Helang.


Dia mahukan engkau sebagai ganti jarumnya yang hilang itu. Ibu
terpaksa berjanji untuk menyerahkan engkau kepadanya esok.

Anak ayam diam sambil berfikir sejenak. Dia cuba mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah ibunya.
Anak Ayam : Ibu janganlah risau, sebenarnya jarum Sang Helang itu ada di dalam
sebuah lubang.
Ibu ayam berasa lega kerana menurut anaknya jarum itu berada dalam sebuah
lubang. Dia tidak sabar lagi untuk menyuruh Sang Helang mengambil sendiri

jarumnya itu. Sebenarnya anaknya telah berbohong. Lubang yang dimaksudkan


oleh anak ayam sebenarnya lubang seekor ular. Sebab itu anak ayam menyuruh
ibunya membiarkan helang mengambil sendiri jarumnya itu di dalam lubang itu.
Keesokkan harinya ibu ayam bertemu dengan helang.
Helang

: Mana anak engkau ibu ayam?

Ibu Ayam

: Sabar Sang Helang, Aku sebenarnya telah terjumpa jarum engkau


itu.

Helah

: Betulkah ibu ayam? Kalau begitu mana jarum aku itu?

Ibu Ayam

: Sebenarnya jarum engkau itu telah terjatuh ke dalam sebuah lubang.


Tapi aku tidak dapat masuk ke dalam lubang itu kerana badanku
yang gemuk ini helang.

Helang

: Ahh tidak mengapa,biar aku sahaja yang masuk ke dalam lubang itu.
Tunjukkan aku di mana lubang itu sekarang.

Ibu ayam membawa helang ke lubang yang telah diberitahu oleh anaknya itu.
Ibu Ayam

: Helang, di sinilah jarum itu terjatuh.

Tanpa berlenggah lagi helang terus masuk ke dalam lubang itu.


Ular

: Cis,berani kau helang menceroboh sarangku!.

Helang

: Hah, sarang engkau rupanya ular!

Ular yang marah terus membelit dan mematuk helang yang telah menceroboh
sarangnya. Akhirnya helang mati akibat patukkan bisa ular. Anak ayam datang
berjumpa ibunya lalu menceritakan hal yang sebenar kepada ibunya. Terselamatlah
mereka berdua dari menjadi mangsa helang.

Anda mungkin juga menyukai