Anda di halaman 1dari 6

Wednesday, July 1, 2009

DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Apa dia pengajaran?
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama
oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara
sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik
mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan
murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu
pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
Apakah ciri-ciri Pengajaran?

guru dan murid,

guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,

hanya bermakna apabila ada pembelajaran,

melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan


pelaziman,

melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,

ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,

boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan


gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,

meliputi rancangan mengajar (KOPI),

proses yang melibatkan interaksi dua hala,

ada unsur sains dan seni.

Apa dia pembelajaran?


Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu
pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne
(1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan
perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan,
tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers,
pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada
seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi
yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Pembelajaran :

Satu proses yang berterusan,

Secara formal dan tak formal,

Secara formal melalui sekolah membaca, menulis & mengira dsb.,

Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa,


persekitaran.

Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,

Empat mazhab pembelajaran utama behavioris, kognitif, sosial


dan humanis.

Posted by sarina at 8:35 PM


http://sarinapraktikum.blogspot.com/2009/07/definisi-pengajaran-danpembelajaran.html

TUESDAY, OCTOBER 16, 2012

konsep pengajaran dan pembelajaran

KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu


pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian,
bimbingan dan penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk
menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu,
menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar
untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum.

Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar


dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan
baik. Faktor terpenting dalam pengajaran ialah guru perlu menilai keperluan
keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasi strategi-strategi serta
aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar.

Pengajaran sebagai organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk
meyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada
pelajarnya dalam suasana yang dipanggil bilik darjah (Arbak 1985).

Manakala bagi Ee Ah Meng (1989) menyatakan bahawa pengajaran sebagai


satu sains iaitu sistem aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada murid-murid dengan
bertujuan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka.

Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses


kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar,
menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah
Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi
walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru
dengan pelajar.

Yaxley (1991) berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan


untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga
melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan
dan penilaian.

Secara ringkasnya pengajaran ialah


(a) menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat
(b) menghormati kanak-kanak dan remaja
(c) berkongsi pengetahuan
(d) membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang
(e) menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid
(f) menghadapi cabaran diri dan profesional
(g) menyalurkan budaya dan nilai nasional

KONSEP PEMBELAJARAN

Apa pula yang dimaksudkan dengan konsep pembelajaran? Mari kita lihat
definisi pembelajaran.

Slavin (2005) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan dalam seseorang


individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan
dan semua pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman.

Mengikut Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan


suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku
seseorang. Perubahan ini mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, untuk
lebih baik atau lebih buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak sedar.

Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang
berlaku dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran
melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi,
kepercayaan dan tingkah laku.

Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk


menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun
pelbagai bentuk pengalaman (Evans & Brueckner, 1990; Gagne, 1985).

Bagi Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau


kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya
dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang.

Ahli psikologi mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pembelajaran. Ahli


teoris behaviorisme menegaskan bahawa pembelajaran merujuk perubahan
tingkah laku yang dapat diperhatikan. Pendukung teori kognitif pula menekankan
tentang proses mental yang terlibat semasa pembelajaran berlaku tetapi tidak
dapat diperhatikan.

Posted by Herney Aqilah at 1:05 PM

http://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/konsep-pengajaran-danpembelajaran.html

Pengertian Pengajaran
Pengajaran adalah proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk
pelajar bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri
mereka dalam proses pembelajaran

Ciri-ciri pengajaran
Pengajaran melibatkan kegiatan tertentu:
Merancang
Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran
Memilih strategi pengajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Menilai dalam satu-satu pengajaran

Pembelajaran
Pembelajaran diertikan sebagai proses perubahan tingkah laku yang
agak kekal akibat pengalaman atau latihan

Perkaitan antara pengajaran dan pembelajaran yang


diteguhkan

Pengajaran yang berkesan berlaku jika pelajar menguasai


dengan sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran yang
diajar oleh guru

Konsep Pengajaran
Pengajaran merupakan satu proses penyampaian ilmu pengetahuan
Pengajaran berkesan------ Merancang topik, objektif, isi, cara
penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia
ada dan minat pelajar
Pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk
membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna
Pengajaran merupakan aktiviti intelek
Ia melibatkan pemikiran,perasaan, dan penilaian
Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada
pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah
laku dikalangan mereka
Terdapat dua jenis pengajaran iaitu pengajaran terkini dan
tradisional
Dalam pengajaran terkini, terdapat pengajaran yang memusatkan
kepada murid

Dalam pengajaran tradisional, pengajaran memusatkan


kepada guru

http://members.tripod.com/jpn_sem3/publish/pen_pem.htm

Anda mungkin juga menyukai