Anda di halaman 1dari 6

SME 3023

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION


MATHEMATICAL SCIENCES
(Mathematics Anxiety)

NAMA

: JUNAIDAH BINTI AZMI

NO MATRIK

: D20081033189

SEMESTER

: 1 SESI 2011/2012

KUMPULAN

:A

NAMA PENSYARAH

: PROFESOR DR. MARZITA BINTI PUTEH

1. Apakah kebimbangan Matematik?

Pada umumnya, para pelajar beranggapan bahawa Matematik merupakan salah satu
daripada mata pelajaran yang sukar untuk dikuasai. Oleh itu, ada pelajar yang menunjukkan
pencapaian yang baik dan ada juga yang kurang menguasai mata pelajaran ini walaupun
berhadapan dengan tajuk-tajuk yang mudah difahami. Kebimbangan Matematik adalah
perasaan ketegangan dan kerisauan yang mengganggu dalam memanipulasi nombor-nombor
dan juga dalam penyelesaian masalah-masalah Matematik dalam kehidupan harian dan juga
pelajaran. Masalah kebimbangan dalam matematik juga menyebabkan sesorang hilang
keyakinan diri untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan angka atau nombor.
Kebanyakan pelajar juga masih tidak dapat menguasai asas-asas dalam matematik. Hal ini
akan mengundang kepada perasaan bimbang apabila mereka berhadapan dengan situasi yang
melibatkan pengiraan. Mereka yang mengalami masalah ini merasa bahawa mereka tidak
mampu menjalani aktiviti dan juga pelajaran yang melibatkan Matematik.
Burton, 1979 menyatakan bahawa terdapat beberapa tanda dimana seseorang itu
mengalami kebimbanhgan Matematik iaitu perpeluhan pada tapak tangan, panik, perut terasa
mual, takut, malu, mulut kering dan lain lagi. Tobias, 1978 menyatakan bahawa kebimbangan
Matematik boleh menyebabkan sesorang itu lupa dan hilang keyakinan dalam diri mereka.
Kebimbangan Matematik manyebabkan pemikiran para pelajar menjadi kosong apabila
mereka dikehendaki menyelesaiakan masalah yang melibatkan Matematik walaupun ianya
ringkas.

2. Kenapa ia terjadi?
Kebiasaannya masalah ini terjadi disebabkan oleh tahap kefahaman pelajar yang
lemah terhadap kemahiran-kemahiran asa dalam matematik. Hal ini akan mempengaruhi
fikiran pelajar dan mereka akan menyatakan bahawa Matematik itu susah. Oleh kerana
penguasaan asas Matematik mereka lemah, maka daripada situlah lahirnya sikap fobia, takut
dan tidak berminat terhadap subjek tersebut. Sikap serta pemikiran yang negatif dalam diri
pelajar mengundang kepada masalah tersebut dimana mereka tidak yakin terhadap kebolehan
mereka dalam Matematik.
Keadaan dimana sikap negatif daripada orang dewasa iaitu guru dipindahkan kepada
kanak-kanak iaitu pelajar akan menyebabkan wujudnya kebimbangan dalam Matematik. Hal
ini berlaku kerana sikap yang negatif itu akan mempengaruhi minda pelajar dan secara tidak

langsung mereka akan menganggap bahawa Matematik itu susah. Sebagai contoh, guru yang
mengalami kebimbangan dalam Matematik akan memindahkan kebimbangan tersebut kepada
pelajar mereka.
Kebimbangan Matematik juga ada kaitannya dengan personaliti guru-guru pelatih dan
juga kaedah pengajaran yang diamalkan oleh mereka. Guru-guru pelatih beranggapan bahawa
Matematik adalah subjek yang mencabar dan mereka kurang keyakinan dalam subjek
tersebut. Mereka juga cepat berputus asa apabila berhadapan dengan masalah Matemtaik
yang mencabar.Kaedah pengajaran yang bersesuaian iaitu yang dapat menarik minat pelajar
mungkin mampu mengurangkan tahap kebimbangan mereka terhadap Matematik. Selain
daripada itu, persepsi dan personaliti seseorang juga menjadi penyebab kepada kebimbangan
tersebut.

3. Siapakah yang mengalaminya?


Kebimbangan dalam Matematik selalunya dialami oleh para pelajar mahupun para
guru pelatih. Persepsi negatif guru-guru pelatih yang bakal mengajar subjek Matematik akan
mempengaruhi pendekatan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah
dimana guru yang mengalami kebimbangan dalam Matematik akan memindahkan
kebimbangan tersebut kepada pelajar mereka. Mereka beranggapan bahawa Matematik
melibatkan pengiraan, berkaitan dengan nombor dan symbol dan ianya bosan serta
mengelirukan. Matematik merupakan penyelesaian masalah yang susah dan ianya abstrak
serta tiada kaitan dengan kehidupan harian kita. Selain daripada itu, mereka berpendapat
bahawa cara yang betul ialah dengan cara mengingati rumus-rumus supaya boleh
menyelesaikan masalah Matematik. Persepsi-persepsi sedemikian jelas menunjukkan bahawa
guru-guru pelatih tersebut turut mengalami masalah kebimbangan dalam Matematik.
Apabila masalah ini berlarutan, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi pelajar.
Guru yang mengalami kebimbangan dalam Matematik akan memindahkan kebimbangan
tersebut kepada pelajar mereka. Guru-guru tidak mampu untuk memberikan motivasi kepada
pelajar terhadap subjek Matematik yang diajar. Persepsi negatif para guru akan menyebabkan
para pelajar akan merasa Matematik itu susah dan tidak berminat untuk mengetahui tentang
apa yang mereka belajar. Apabila keadaan sedemikian wujud, maka mereka tidak
menumpukan perhatian semasa di dalam kelas dan takut untuk bertanya. Masalah ini akan

lebih ketara apabila mereka disuruh menyelesaikan masalah yang diberikan dimana ianya
melibatkan Matematik. Mereka akan berasa takut dan tidak yakin dengan diri sendiri serta
ragu-ragu untuk menyelesaikan soalan yang diberi. Kebimbangan ini akan menjadi lebih
serius apabila tiba musim pepriksaan dimana mereka harus meningati rumus-rumus untuk
menjawab soalan peperiksaan. Kebimbangan mengenai Matematik selalunya terjadi kepada
pelajar di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Jika mereka telah menghadapi
masalah ini sejak dari sekolah rendah lagi, maka ia akan berlarutan sehingga ke peringkat
sekolah menengah dan akan menyebabkan mereka dengan sendirinya tidak suka kepada
subjek Matematik.

4. Bilakah ia terjadi?
Kebimbangan mengenai matematik biasanya terjadi semasa berlaku pemindahan
daripada sekolah rendah ke sekolah menengah. Banyak juga yang menyatakan bahawa ia
terjadi semasa pemindahan daripada menengah rendah ke menengah atas. Hal ini kerana
pengajaran semasa di peringkat menengah rendah hanya member penekanan kepada jawapan
dan bukan kepada jalan kerja atau pengiraan. Berdasarkan perubahan tersebut, kebanyakan
guru mendapati bahawa sukar untuk mereka membiasakan diri kepada cara baru iaitu dari
segi pemikiran serta kaedah menjawab.
Fobia matematik turut terjadi apabila pelajar tidak mampu menerima cara pengajaran
guru mereka. Hal ini berlaku kerana setiap orang mempunyai tahap pembelajaran serta tahap
kefahaman yang berbeza-beza. Sikap guru yang garang juga akan mempengaruhi minat
pelajar dalam mempelajari Matematik. Mereka akan menjadi pelajar yang pasif dan tidak
suka bertanya semasa di dalam kelas. Masalah ini akan mengundang kepada wujudnya
kebimbangan Matematik dalam kalangan pelajar.
Kebimbangan dalam Matematik dapat dilihat dengan lebih jelas apabila tiba waktu
peperiksaan. Mereka bimbang sekiranya tidak mampu untuk menjawab dengan baik dan tidak
dapat memenuhi kehendak ibu bapa yang mengharapkan pencapaian yang terbaik daripada
anak-anak mereka. Oleh yang demikian, mereka akan mengalami tekanan semasa menjawab
pepriksaan dan menyebabkan mereka lupa apa yang telah mereka pelajari dan tidak yakin
dengan apa yang mereka jawab.
5. Apakah atau siapakah yang menciptakannya?

Kebimbangan yang mempengaruhi diri juga merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan pelajaran Matematik tidak disukai oleh pelajar. Sukar memahami pelajaran
juga turut menyebabkan subjek ini sering menjadi kebencian pelajar. Sikap guru turut
mempengaruhi minat pelajar untuk menyukai atau membenci subjek ini. Guru yang sering
memberi tekanan kepada pelajar dengan memaksa mereka membuat soalan yang tidak
mampu diselesaikan. Oleh yang demikian, pelajar akan takut untuk memasuki kelas untuk
belajar subjek Matematik.
Selain itu, kaedah pengajaran juga merupakan satu faktor yang menyumbang kepada
wujudnya kebimbangan Matematik dalam kalangan pelajar. Guru hendaklah memikirkan
kaedah pengajaran yang sesuai dengan minat pelajar supaya mereka boleh memahami apa
yang diajar. Misalnya, menggunakan teknologi seperti video-video atau animasi, perisian
seperti Autograph, Geometers Sketch Pad (GSP) dan lain-lain untuk menarik minat pelajarpelajar menerokai keunikan Matematik.

6. Bagaimanakah cara untuk mengurangkan kebimbangan dalam Matematik?


Kebimbangan dalam Matematik dapat dikurangkan dengan cara membiasakan diri
dengan membuat pengiraan asas matematik yang berkait rapat dalam kehidupan contohnya
mengira jumlah perbelanjaan harian dan bayaran bil rumah. Membuat latihan secara
berperingkat serta elakkan daripada menjawab soalan yang sukar dahulu juga dapat
mengurangkan kerisauan yang dialami oleh mereka. Amalakn sikap tidak mudah berputus asa
jika gagal menyelesaikannya. Dapatkan bantuan daripada keluarga terdekat dan kawankawan yang mahir dalam matematik jika mengalami sebarang masalah supaya mereka berasa
seronok kerana dapat menyelesaikan masalah Matematik yang diberi.
Tabiat pembelajaran pelajar juga mampu mengurangkan fobia matematik. Belajar
secara berkumpulan juga mampu membantu pelajar yang lemah dalam meningkatkan
kefahaman serta keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan
Matematik. Persekitaran pembelajaran turut membantu menyelesaikan maslah ini.
Persekitaran dimana para pelajar mendapat dorongan daripada guru, rakan-rakan dan juga ibu
bapa mampu mengurangkan fobia mereka terhadap Matematik.
Sikap guru turut membantu pelajar mengatasi masalah kebimbangan matematik.
Pelajar-pelajar yang masih tidak menguasai matematik perlu diberi bimbingan dan kelas-

kelas pemulihan yang bersesuaian. Biarpun pelajar berkenaan sedang belajar di tingkatan
empat, namun demikian mereka perlu diajar mengenai asas-asas dalam Matematik yang
kurang dikuasai oleh mereka. Hal ini kerana apabila di tingkatan lima, asas-asas Matematik
yang telah dipelajari amat penting untuk mereka menguasai tajuk-tajuk yang bakal diajar.

7. Bagaimanakah cara untuk menghapuskan kebimbangan Matematik?


Kita sebagai guru dan juga pendidik seharusnya membantu pelajar dalam
menghapuskan kebimbangan Matematik dan membina keyakinan serta memberi dorongan
kepada mereka. Guru-guru yang juga merupakan ibu bapa kedua bagi pelajar memberikan
pengaruh yang penting tentang bagaimana mereka berfikir mengenai Matematik. Sikap guru
terhadap pelajar juga penting kerana pelajar akan lebih selesa jika mereka diajar oleh guru
yang mampu menarik minat mereka untuk belajar dan sentiasa member sokongan serta
dorongan kepada mereka untuk belajar walaupun mereka adalah daripada golongan yang
lemah.
Guru-guru juga perlu memikirkan kaedah pengajaran yang sesuai dengan tajuk serta
minat pelajar misalnya menggunakan teknologi, bertumpukan pelajar, perbincangan dalam
kumpulan , dan lain-lain. Keluarga juga merupakan factor yang penting untuk menghapuskan
kebimbangan dalm Matematik. Ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi
mungkin dapat membantu anak-anak mereka dalam menyelesaikan masalah Matematik. Ibu
bapa haruslah memberikan dorongan, semangat serta motivasi kepada anak mereka dalam
usaha untuk menghapuskan fenomena tersebut.

Anda mungkin juga menyukai