Anda di halaman 1dari 2

Bagi Anak Degil

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya DIA memberi rezeki kepada sesiapa
yang dikehendakinya dan DIA lah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa - Surah AsSyura ; Ayat 19.

Baca 19 kali pada air dan bagi minum kepada yang berkenaan . baca 19 kali pada ubun-ubun
(anak-anak yang degil atau sesiapa yang dihajati). Jika orang itu jauh, baca 19 kali selepas solat dan
diniatkan kepadanya.
Ustaz Kazim
"Tanyalah Ustaz"

. Ayat 200 Surah Al Imran


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan)."

Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan
dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.

2. Ayat 30-31 Surah AnNaml


30."Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
31. "Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu
kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah).
Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat
ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada
ibubapa dan sebagainya.

Surah Al Isra' - Ayat 82

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang
menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan
(sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan
keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Anda mungkin juga menyukai