Anda di halaman 1dari 5

Khazanah Bendahara Seri Maharaja

Umara-Ulama yg Rohaniyat:
Trend Kepimpinan Ummah di Masa Hadapan

Sejarah panjang perkembangan agama Tauhid (Islam) telah menyaksikan dinamisma per
yang dimainkan oleh KEPIMPINAN ZAHIRIYYAH/DUNIAWI (raja, khalifah, umara, malik,
dsbnya) dan KEPIMPINAN AGAMA/ROHANIYYAT (Nabi, Rasul dan alim-ulama). Dalam hal
ini, kepimpinan manusia semenjak zaman Nabi Adam AS sehingga menjangkaui zaman
pra-sekular, secara zahir/duniawi dan agama/ rohaniyyatnya, adalah kadangkala di
satukan pada pundak Kepala Negara dan kadangkala diregukan antaranya dengan ulama
, namun sekali-kali tidak harus dipisahkan antara keduanya atas sifatnya yang sa
ma-sama penting kerana menjurus kepada matlamat yang sama.
Sejarah kepimpinan Rasulullah SAW dapat dijadikan contoh terbaik bagaimana pemerint
ahan zahiriyyah/duniawi digabungkan sekaligus dengan bimbingan agama dan aspek-a
spek kerohaniyyan pada diri Baginda sendiri sebagai Kepala Negara dalam kota Madi
nah.
Perhatikan Hadis berikut yang dikenali sebagai Hadis Jibrail;
Umar RA menyatakan : Ketika kami duduk-duduk dekat Rasulullah SAW sekonyong-kony
ong nampaklah pada kami seorang lelaki yang memakai baju putih dan berambut sang
at hitam, tidak terlihat padanya bekas-bekas perjalanannya (jejaknya) dan tidak
seorang pun diantara kami yang mengenalinya, dan duduklah ia di hadapan Nabi, ma
ka disandarkannyalah lututnya pada lutut Nabi dan meletakkan tangannya di atas p
aha Nabi, lalu berkata :
Hai Muhammad beritakanlah kepadaku tentang ISLAM. Maka jawab Rasulullah SAW : Isla
m ialah bahawa engkau menyaksikan bahawanya tiada Tuhan melainkan Allah dan sesun
gguhnya Muhammad itu pesuroh Allah. Hendaklah engkau mendirikan solat dan mengel
uarkan zakat, dan hendaklah engkau berpuasa dalam bulan Ramadhan dan hendaklah e
ngkau mengerjakan haji ke Baitullah (Mekah) jika engkau kuasa menjalaninya. Berk
ata orang itu: Benar engkau hai Muhammad, maka kami hairan, ia bertanya dan ia s
endiri pula membenarkannya.
Maka bertanya lagi orang itu: Maka beritakanlah kepadaku apa IMAN itu. Jawab Nabi
: Hendaklah engkau beriman kepada Allah, kepada Malaikat-malaikatNya, kepada kit
ab-kitabNya, kepada Rasul-rasulNya, kepada Hari Kiamat dan hendaklah engkau beri
man kepada Qadar yang baik dan yang buruk. Berkatalah orang tadi: Benar engkau h
ai Muhammad.
Bertanya orang itu lagi: Maka beritahukanlah aku tentang IHSAN. Jawab Nabi: Hend
aklah engkau berbakti kepada Allah seakan-akan engkau melihat kepadaNya, sekalip
un engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Ia melihat engkau.
Bertanya orang itu lagi: Beritahukanlah kepadaku tentang Hari Kiamat.Jawab Nabi: Or
ang yang ditanya tentang itu tidak lebih mengetahui dari si penanya sendiri. Tan
ya orang itu selanjutnya. Beritakanlah kepadaku tanda-tandanya. Jawab Nabi: Dian
taranya jika seseorang telah melahirkan tuannya dan jika engkau melihat orang yan
g tadinya miskin papa, berbaju compang-camping, bergembala kambing sudah mampu s
ehingga berlumba-lumba dalam kemegahan bangunan. Kemudian beredarlah orang itu.

Aku hening sejenak, kemudian Nabi (SAW) berkata kepadaku; Wahai Umar! Tahukah kamu
yang bertanya tadi? Jawabku: hanya Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Kata Nab
i: Dia itulah Malaikat Jibrail (AS) datang kepadaku UNTUK MENGAJAR KAMU TENTANG A
GAMAMU. (HR Muslim)
Dalam hal ini, Rasulullah SAW sebagai Insanul Kami telah membawa ajaran Islam yang
g lengkap dan sempurna yang mencakupi amalan ZAHIR-BATIN. Dalam keperibadian, dir

i, akhlak dan perbuatan Baginda tercermin unsur-unsur pegangan Tauhid, Syariat d


an sifat Ihsan yang hakikatnya merupakan tiga sendi utama Agama Islam. Sebagai i
nsan yang paling lengkap dalam menyampaikan ajaran Islam, sempurna pada fahamann
ya, aqidahnya, akhlaknya serta pengamalannya zahir dan batin, maka Rasulullah SA
W hakikatnya adalah merupakan seorang Ahli Aqidah, Ahli Feqah, Ahli Sufi (Tasawuf
)dan Ahli Tariqah, wujud dalam bentuk SEPADU, iaitu tanpa dipisah-pisahkan diant
ara satu dengan yang lain.
Malahan kepimpinan Rasulullah SAW juga mencakupi segala aspek kehidupan berbangsa,
gara, ahli dalam bidang politik, tata negara, kemasyarakatan, pertahanan wilayah
dan banyak lagi, langsung meluaskan peranan Baginda sebagai tokoh negarawan, ul
il amri, malik, raja atau khalifah, sekaligus membimbing kedua-dua aspek duniawi
dan ukhrawi kepada umat manusia.
Namun untuk menyatukan kedua-dua peranan tersebut sekaligus adalah sulit bagi keban
yakan orang lain kerana hakikatnya ciri-ciri kelayakan pemerintahan duniawi dan
kepimpinan agama tidak semuanya sama. Rasulullah SAW sendiri memperolehi kesemua
ciri-ciri kepimpinan duniawi dan ukhrawi adalah kerana Baginda diajarkan secara
langsung oleh Allah SWT melalui wahyu, bukan diperolehi dengan usaha sendiri se
cara murni kerana Rasulullah SAW adalah seorang ummi yang tidak tahu membaca dan
menulis.
Dan golongan manusia yang berupaya menyatukan pemerintahan duniawi dan membimbing
agama/kerohaniyyan sekaligus bilangannya tidaklah ramai, contohnya Nabi Adam, Na
bi Idris, Nabi Yusuff, Nabi Daud, Nabi Sulaiman AS, Nabi Muhammad SAW, Khulafa ar
Rashidin, sesetengah khalifah dan raja-raja dahulukala seperti Syarif Ali (Brun
ei), Sultan Malikuz Zahir (fuqaha-Acheh), Sultan Syariful Hasyim (Sulu), Syarif
Kebungsuwan (Mindanao) dan sebagainya.
Secara idealismanya, fungsi Kepala Negara dalam aspek memerintah hal-hal duniawi s
ekaligus membimbing dalam urusan syariat/rohaniyyat paling sesuai dilakukan oleh
pemimpin yang sama, iaitu sekaligus mempunyai ciri-ciri kepimpinan duniawi dan
ukhrawi. Namun realitinya, tokoh-tokoh seperti ini bukanlah mudah untuk didapatk
an, mereka lahir dengan takdir zaman yang ditentukan Allah SWT.
Mungkin dalam zaman Nabi-nabi dan era khaira-kurun (kurun-kurun yang terbaik yakni
3 kurun selepas Rasulullah SAW) bekalan mereka lebih ramai berbanding pada Akhir
Zaman ini. Itupun masih tidak ramai sedangkan realitinya pemerintahan duniawi da
n kepimpinan ukhrawi sering sahaja terpisah-pisah antara satu dengan yang lain.
Dengan mengikut resam takdir, kehidupan realiti dan kesesuaian serta perkembangan z
aman, maka wujud konsep pemerintahan umat Islam yang dipecah dua, namun tetap di
ganding atau diregukan. Iaitu kepimpinan umara-ulama yang berlainan, tetapi sali
ng bekerjasama, bantu-membantu, sokong-menyokong dan dokong-mendokong antara sat
u sama lain dalam urusan pengembalaan umat Islam. Contohnya Nabi Samuel-Raja Tha
lut, Nabi Zulkifli-Raja Heymel, sesetengah khalifah dan raja-raja dahulukala sep
erti Sultan Alam Akbar al-Fatah (Raden Fattah)-Wali Songo (Bintoro Demak), Sayyid
Abdul Aziz-Sultan Muhammad Shah (Melaka), Syeikh Yusuff Taj Al-Khalwati- Sultan
Ageng Tirtayasa (Banten), Tokku Paloh-Sultan Zainal Abidin III (Terengganu) dan
ramai lagi.
Formula mengganding ataupun meregukan umara-ulama seperti di atas paling banyak d
igunakan oleh pemerintahan-pemerintahan Islam tradisional kerana lebih mudah dil
aksanakan berbanding mencari Kepala Negara yang berwibawa dalam kedua-dua hal pe
merintahan duniawi sekaligus membimbing sendiri aspek-aspek syariat/kerohaniyyan
rakyatnya.
Dalam perkara meregukan umara-ulama ini, kadangkala bahagian kepimpinan ulama itu s
endiri berpecah dua. Perkara ini bermula pada era pemerintahan Khalifah Harun ar
-Rasyid, pemerintahan umat Islam yang pernah bersepadu di masa Rasulullah SAW ki

ni berpecah tiga, pemerintahan duniawi dipegang khalifah, kepimpinan rohaniyyat


dibimbing Sultanul Awliya Syeikh Abdul Qadir Jailani, sedangkan di bidang Syariah
yang meliputi aspek ibadah, aqidah, muamalah, jenayah dan sebagainya diterapkan
ke dalam daulah pemerintahan, yakni pada Jabatan Mufti ataupun Qadhi.
Pada masa kerajaan Majapahit bentuknya hampir sama dengan khilafah Harun ar-Rash
id dimana aspek kerohaniyyan diserahkan sepenuhnya kepada Wali Songo. Bahkan dib
eri hak menerapkan syariah sampai terbentuknya pemerintahan Islam di Demak, Jawa
Tengah, bawah kepimpinan Raden Fatah. Dan sistem ini paling popular dilaksanakan
pada zaman kesultanan-kesultanan Islam tradisional.
Kesimpulannya,
Tidak kiralah samada pemerintahan duniawi/ukhrawi umat Islam diletakkan semata-mata
ah sayap Kepala Negara yang serba-serbi berkebolehan, ataupun diregukan antara u
mara-ulama seperti yang lebih umum kedapatan pada sistem khilafah dan kesultanan
-kesultanan tradisional, asal sahaja aspek IMAN (AQIDAH), ISLAM (SYARIAT) dan IH
SAN (TASAWUF), yakni keseluruhan agama Islam dipelihara dan dibaja subur oleh Ke
pala Negara, dipertanggungjawabkan samada atas dirinya sendiri ataupun diwakilka
n kepada para pembantunya (alim-ulama), umat Islam yang bawah takluknya pasti aka
n mendapat menafaatnya.

Kedua-dua formula pemerintahan ini (SEPADU ataupun REGU) ternyata tetap mampu mengh
lkan kesan yang sama dalam membentuk masyarakat beriman, berilmu, beramal dan be
rtaqwa selain bercirikan masyarakat madani, sejahtera dan bertamadun. Walaupun t
idak dapat dinafikan kadangkala terdapat masalah keperibadian di pihak pemerinta
h itu sendiri, namun selagi beliau bertanggungjawab memastikan bekalan alim-ulam
a syariat/tasawuf mencukupi dan rakyat tidak terhalang hak mereka daripada menda
patkan bimbingan alim-ulama ini, serta tidak menghalang pelaksanaan syariat dan
tidak pula memaksa rakyat berbuat maksiat, sudah tertunailah tanggungjawabnya se
bagai Kepala Negara bagi umat Islam.
Masalah muncul apabila Kepala Negara tidak mahu mengambil prinsip pemerintahan ber
dasarkan ajaran Islam, iaitu dalam peranan untuk MENGGANTI Rasulullah SAW bagi mel
indungi agama serta mentadbir keduniaan. Ini terjadi khususnya di zaman penjajaha
n British, apabila golongan bangsawan dipujuk atau ditekan untuk mengambil pendi
dikan barat, sekaligus belajar cara dan gaya hidup mereka yang sudah tentu menga
singkan elemen-elemen Islam. Ianya mempunyai kesan secara langsung kepada prinsi
p dan corak pemerintahan mereka kelak, samada dalam peranan sebagai Kepala Negar
a mahupun dalam kepimpinan bawahan.

Walhal selama ini anak-anak bangsawan dididik dengan ilmu-ilmu agama oleh tok-tok
amnya bagi memenuhi tuntutan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, dan khususnya bagi w
aris-waris pemerintah sebagai persiapan menjadi Kepala Negara yang memerlukan ci
ri Al-dalah (memenuhi ciri kelayakan di bidang agama dan sihat rohaniyyat) serta A
l-Ilmu (pengetahuan yang cukup untuk memutuskan sikap politik dan kebijaksanaan
yang tidak bertentangan dengan syariat dan aturan lainnya saat diperlukannya ber
ijtihad).

Pemerintahan kolonial-kolonial barat pada daulah-daulah Islamiyyah di kurun ke 19sihi dahulu banyak mencorakkan negara-negara tersebut sebagai politi moden, yang m
ana prasarana pemerintahan, sistem perundangan dan sistem ekonominya merupakan w
arisan secara langsung. Kemunculan elemen-elemen barat ini telah melupuskan keba
nyakan daripada struktur-struktur pemerintahan tradisional yang hakikatnya lebih
menjurus kepada pemerintahan Islam yang sebenar.
Alim-ulama hakikat yang pernah digandingkan dengan Kepala Negara sebagai regu yang a
mpuh dalam sistem kesultanan tradisional kini rata-rata menjadi kelompok yang di
anak-tiri dan disisihkan, ataupun dihadkan peranan mereka menerusi fungsi-fungsi
resmi di bawah pernaungan kerajaan sekular-liberalisme yang banyak kekangannya

sehingga menjejaskan peranan tradisi mereka.


Natijahnya dapat dilihat pada hari ini apabila kebanyakan anggota masyarakat lebih
esa dengan kehidupan moden mirip kebaratan sehingga berlakunya penyingkiran elem
en-elemen Islam daripada kebanyakan aspek kehidupan yang membawa kepada berbagai
gejala keruntuhan akhlak dan moral serta musibah-musibah ummah.
Pada hari ini, dalam sistem pemerintahan bercorak sekular-liberalisme barat pegang
an kebanyakan negara-negara Islam di dunia, urusan pemerintahan duniawi menjadi
terpisah-pisah daripada aspek bimbingan syariat dan kerohaniyyan, ajaran Islam y
ang sepatutnya merupakan gabungan eleman IMAN/TAUHID, ISLAM/SYARIAT dan IHSAN/TA
SAWUF mulai terlerai diantara satu sama lain,umpama tasbih putus lalu deras berd
erai biji-bijinya jatuh ke tanah.
Sehingga peranan Kepala Negara bukan lagi sebagai penerus Rasulullah SAW, sebagai kh
alifah Baginda dalam mengurus tadbir maslahat alam dan makhluk, membimbing manus
ia ke jalan berpulangan pada Allah SWT, menyembah, memuji dan mengagungkanNya se
pertimana janji mereka pada Yaumil Mitsaq di alam roh dahulu.
Bagaimanapun kita tetap yakin pada sunatullah, yakin pada janji Allah tentang zaman
kebangkitan semula umat Islam, zaman kemunculan Imam Mahdi. Dalam hal ini, adala
h menjadi kewajiban setiap ulama, cendikiawan dan tokoh untuk menyampaikan kepad
a ummah tentang Hadis-Hadis serta tanda-tanda yang sudah mengarah kepada semakin
dekatnya kemunculan Imam Mahdi serta membuat persiapan sementara menantikan ked
atangannya.
Walaupun tiada siapa yang tahu akan masa sebenar kemunculannya kerana itu rahsia All
ah SWT. namun telah sedia maklum bahawa ianya diawali dengan berbagai bentuk mal
apetaka dunia, daripada musibah alami seperti gempa bumi, tsunami, wabak serta b
erbagai bencana lain yang mengakibatkan beribu-ribu kematian, kepada musibah dis
ebabkan salah laku manusia seperti peperangan, permusuhan, pencabulan, kezaliman
, kemaksiatan yang mana setelah munculnya Imam Mahdi akan merata-luaskan bumi ini
dengan keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran.

Dan dikirakan itulah tanda-tanda yang cukup am dan berleluasa pada hari ini sehingga
an sebilangan alim-ulama dunia yang tersohor telah mula berperanan aktif dalam m
eningkatkan aspek dakwah dan pentarbiyahan ummah bagi memantapkan kesedaran dan
pengamalan Islam sebagai sebahagian daripada tanggungjawab mereka yang ditakdirk
an menjadi pembimbing-pembimbing manusia sejagat di zaman serba-serbi mencabar i
ni.
Apakah pula trend kerajaan-kerajaan umat Islam yang menyongsong kemunculan Imam Mah
di? Walau apapun namanya, sudah pasti ia perlu kembali kepada peranannya yang se
benar sebagai MENGGANTI Rasulullah SAW bagi melindungi agama serta mentadbir kedu
niaan . Kaedah perlantikan Kepala Negara, ciri-ciri kelayakannya serta tanggungjaw
ab rakyat jelata juga perlu merujuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Logiknya, sebagai persediaan untuk menyambut kemunculan Imam Mahdi kelak, Kepala Ne
gara harus menggabungkan kembali peranan dalam mengurus hal duniawi dan membimbi
ng pada aspek agama/spiritualisme rakyat pada pundaknya sendiri, ataupun mereguk
an kembali tanggungjawab tersebut dengan alim-ulama syariat/tasawuf.
Dan kepimpinan umat Islam harus dikembalikan kepada teras spiritualisme atau kerohan
iyyan kental. Setiap kepimpinan dari peringkat teratas sehingga yang paling bawa
h harus berikhtiar mengembalikan KESEMUA ajaran dan amalan Rasulullah SAW secara
SEPADU, KAMIL dan SYUMUL, ZAHIR dan BATIN, iaitu sebagaimana yang dilakukan ole
h para sahabat RA dan salafus soleh, bukan dipilih-pilih, iaitu diambil separuh da
n dibuang separuh ataupun dipisah-pisahkan sebagaimana halnya yang berlaku pada z
aman ini.

Apa yang pasti, sistem politik, ekonomi dan pendidikan moden (sekular) tidak bersa
an ajaran Islam yang sebenar, tiada bersanad, bukan formula yang betul untuk men
gurus umat manusia, gagal, terbukti amat memudaratkan, melahir dan menjana manus
ia-manusia mabuk, tamak haloba dan serba menggila yang suka membuat onar serta berbaga
i kedurjanaan sehingga banyak berlaku kebencanaan pada alam dan makhluk. Malah ji
ka diteruskan boleh menghancurkan seluruh kehidupan manusia di dunia ini serta me
ngancam peluang kebanyakan mereka untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di Alam Ak
hirat yang kekal abadi nanti akibat terperangkap pada jerat-jerat syaitan iblis
yang dipasang merata. Nauzubillah.
Walhal bumi Allah ini sudah diciptakan semenjak berjuta-juta tahun dahulu dan tiada
bermasalah, tiada kerosakan, manusia dan alam hidup bersama, co-exist dalam sua
sana harmoni. Sedangkan pegangan dan amalan sistem-sistem sekular moden yang bar
u seabad dua dipraktiskan, sudah menampakkan tanda-tanda kegagalan, kemudaratan
malah kebencanaannya sehingga dalam bahaya kehancuran kepada seluruh isi bumi in
i.

Oleh itu dengan takdir Allah sistem-sistem ini akan ditamatkan, jangan ditanya bagai
ana, kita cuma perlu lihat gazet-gazet kecil yang sudahpun menjelmakan bentuknya
, kajilah juga sejarah umat-umat terdahulu, bagaimana Allah mengajar dan menghukum m
ereka akibat perilaku buruk dan sikap bodoh-sombong, angkuh dengan kejahilan. Bu
kan umat Islam tidak pernah mendapat percikan hukum Allah sebagai kafarah bagi me
reka!
Apa yang pasti, kerajaan-kerajaan serta kepimpinan-kepimpinan rohaniyyat akan munc
ul kembali apabila keadaan umat Islam sudah begitu terdesak. Mereka muncul sebag
ai wira penyelamat, menjadi nafas baru bagi umat Islam, tonggak kekuatan ummah.
Tokoh-tokoh cita sempurna dan wali-wali pilihan Allah ini akan ke hadapan untuk
menerajui dan menggerakkan agenda kebangkitan Islam sekali lagi.

Satu-persatu muncul tokoh-tokoh cita sempurna ini, tampil dengan cop-cop mohor dar
Allah SWT sendiri sebagai membenarkan diri mereka serta membentengi daripada pa
ra pendusta yang ramai, umpama peti tabut yang dijadikan cop mohor untuk Raja Th
alut. Mereka memberikan kedua-dua pemerintahan duniawi/ukhrawi secara bersepadu
umpama Nabi Yusuff, Nabi Daud dan Nabi Sulaiman, ataupun beregu dengan ulama dan
wali-wali tersohor sebagaimana regu Nabi Samuel-Raja Thalut, Nabi Zulkifli-Raja
Heymel serta kebanyakan tokoh-tokoh kepimpinan agung dahulukala.
Tokoh-tokoh ini mendalam pada ilmunya, molek pada akhlaq dan keperibadiannya, tinggi
man dan taqwanya, gagah dan berani pada sifatnya, wibawa dan berdaya maju dalam
kepimpinannya, menjadi pejuang kebenaran yang cekal dan gigih serta agen PEMERSA
TU DALAM KEBENARAN, yakni yang menyatukan seluruh umat Islam dalam hakikat, sete
lah sekian lama ummah berpecah-belah disebabkan wujudnya terlalu ramai pemimpin
cita bencana dalam zaman fitnah sekular masakini.
Sumber buku Ahlul-Bait (keluarga) Rasulullah SAW & Ulama-Umara di Alam Melayu
Untuk maklumat lanjut rujuk laman Karya-karya Penulis
Version: Mobile | Web

Anda mungkin juga menyukai