Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Alhamdulillah, segala tugasan yang telah dilakukan telah berakhir dengan


jayanya walaupun terdapat masalah yang berlaku disebabkan masalah sendiri serta
masalah yang tidak dapat dielakkan. Tugasan ini diberi bagi memenuhi kehendak
Proses dan Reka Bentuk. RBT 3162.
Dalam tugasan ini , terdapat satu yang perlu dilakukan bagi memastikan
pelajar Semester 8 Reka Bentuk dan Teknologi dapat menyelesaikan masalah yang
telah dihadapi. Antara tugasan yang telah dilakukan oleh pelajar semester 8 adalah
untuk mereka cipta produk mereka bagi tujuan menyelesaikan masalah yang telah
dihadapi sepanjang hari kehidupan manusia.
Kami dibahagikan kepada satu kumpulan tiga orang dalam tugasan projek
RBT 3162 ini. Kami diberikan kebebasan dalam memilih tema serta apakah produk
yang hendak kami lakukan bagi memastikan segala apa yang dikehendaki atau
dibuat oleh kami dapat membantu para pengguna dalam memilih produk yang
mempunyai banyak kelebihan dari sebelumnya. Dalam memastikan segala
pembinaan produk tersebut berjalan dengan lancar, perancangan dilakukan bagi
memastikan segala apa yang dikehendaki berjalan dengan lancar tanpa sebarang
masalah akan timbul kelak apabila pembinaan sedang dilakukan.
Walaubagaimanapun,

segala

permasalahan

akan

dikurangkan

bagi

memastikan saya dapat menyiapkan tugasan yang telah saya selesaikan. Walaupun
banyak kerja yang perlu dibuat akan tetapi dengan mengadakan perancangan yang
sesuai, ia akan memastikan bahawa segala perancangan yang akan dilakukan
adalah perancangan yang boleh memberikan satu tugasan yang sempurna. Setiap
perancangan disusun rapi bagi membolehkan segala tugasan dilakukan setiap hari
serta mengikut jadual yang telah ditetapkan. Dengan adanya masa yang digunakan
seperti waktu pembelajaran dan pengajaran kelas digunakan, ia mampu
mengurangkan bebanan yang banyak. Dalam memastikan perancangan yang

berkesan, suatu demi satu dapat diselesaikan dengan mengetahui objektif serta
permasalahan berlaku serta ia mampu memberikan satu petunjuk dalam
menghasilkan suatu produk. Masa pula akan tersusun dengan elok serta tugasan
dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan
Dengan adanya kesedaran yang baru, kami akan memastikan segala tugasan
yang kami lakukan kelak dibuat sehabis baik oleh saya agar kualiti dapat
dipersembahkan pada tugasan tersebut. Tindakan yang kami lakukan kelak adalah
membahagikan masa kami dengan betul serta memberikan satu tenaga positif agar
segala yang kami akan lakukan membolehkan kami melakukan kerja yang saya
akan lakukan tersebut dan saya bersemangat dalam melakukan kerja yang saya
akan saya lakukan kelak. Oleh sebab itu, dengan adanya tindakan sebegitu, segala
tugasan yang kami akan terima dapat dihantar tepat pada masanya tanpa sebarang
penangguhan yang dilakukan.
Selain itu, saya juga akan membuat jadual kepada masa kami agar segala
yang dilakukan pada hari tersebut mengikut perancangan yang telah saya lakukan
serta saya akan memastikan masa dikosongkan untuk membuat tugasan agar
tugasan yang dilakukan disiapkan awal dan segala apa yang dikehendaki akan
dicapai dengan kesemua kehendak tugasan. Pensyarah juga menolong kami sedikit
demi sedikt dalam penghasilan projek. Kami bersyukur kerana mempunyai
pensyarah yang sanggup menghabiskan masa untuk kami.
Kami mengharapkan tugasan yang telah kami lakukan ini menepati apa yang
dikehendaki oleh pensyarah. Segala pahit manis sewaktu melakukan tugasan ini
dapat menjadi satu pedoman serta pengajaran kepada saya agar saya dapat
melakukan tugasan yang seterusnya dengan baik serta tidak melengahkan
membuat kerja dan dengan adanya tindakan susuan tersebut, saya boleh
menyiapkan tugasan lain dengan mudahnya.

YUSRI FARULZI BIN YUSUF


8 PISMP RBT 1

Anda mungkin juga menyukai