Anda di halaman 1dari 7

i)

Isu Pendidikan : Tekanan dan bebanan kerja guru

Arus

permodenan

dan

globalisasi

masyarakat

dunia

menuntut

profesion guru dan sistem pendidikan bergerak seiring dengan kepesatan


pembangunan masyarakat secara amnya. Segalanya harus bergerak dengan
pantas dan sempurna seiring dengan pergerakan arus modenisasi yang
mencabar. Guru adalah makhluk yang mempunyai jiwa dan mungkin akan
mengalami gangguan emosi dan tekanan kerana setiap manusia itu pasti
tidak dapat mengelakkan daripada tekanan.
Kepelbagaian

dan

kompleksnya

kehidupan

masyarakat

kini

menatijahkan kewujudan suatu wabak yang menyerang manusia iaitu


tekanan atau dikenali sebagai stres. Dalam buku Guru dan Cabaran Semasa
dipetik

bahawa

Hatta

Sidi

dan

Mohamed

Hatta

Shaharom

(2002)

menyatakan, tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia


sejak dahulu lagi tanpa disedari. Robbins(1993) menerangkannya sebagai
Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan
peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa
yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah
penting kepada individu tersebut.
Pelaksanaan transformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan
peranan dan tanggungjawab para guru menjadi lebih mencabar. Noor
Hamizah Abu Bakar menulis di dalam artikelnya yang bertajuk Guru Lebih
Stres yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24 April
2012 menyatakan bahawa terdapat kajian menunjukkan bahawa guru
berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan
tekanan selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Perguruan adalah
profesion

membantu

yang

amat terdedah dengan tekanan.

Tekanan

terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada


dalam

keadaan

murung,

mengalami

kebimbangan (Sapora Sipon, 2007).

tekanan

jiwa,

kekecewaan

dan

Tekanan dan masalah yang dihadapi ini pastinya akan menyumbang


kepada stres dan hingga ke tahap kritikal, iaitu penyakit mental serius
seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan di kalangan para
guru. Ianya akan menyebabkan mutu dan kualiti perkhidmatan guru terjejas
selain turut memudaratkan kesihatan fizikal dan mental guru. Oleh itu,
apakah faktor yang mencetuskan permasalahan ini?
Sapora Sipon (2007) dalam artikel yang berjudul Pendidik perlu bijak
kawal emosi menulis bahawa tekanan yang dihadapi oleh pihak guru
disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktor yang paling ketara ialah
ketidakupayaan guru untuk berdaya tindak ke atas isu-isu pendidikan. Ini
kerana gelombang pembangunan pesat yang berlaku di negara ini juga
seluruh dunia menyaksikan cabaran dan tekanan dihadapi oleh guru semakin
meningkat. Ini disokong oleh kajian-kajian yang

menunjukkan isu-isu

pendidikan seperti masalah disiplin pelajar yang berleluasa, bebanan


tugasan, masalah kekurangan guru, kekurangan bilik darjah, konflik peranan,
kekaburan peranan, ketiadaan sistem sokongan sosial yang kuat dan
rangkaian masalah yang lain yang tidak dapat diselesaikan dengan
memuaskan

boleh

menggugat

kesejahteraan

guru

seterusnya

menambahkan bebanan emosi para guru.


ii)

Implikasi tekanan dan bebanan terhadap bakal guru

Sebagai seorang bakal guru, kita perlu menganggap isu tekanan dan
bebanan tugas guru sebagai pengajaran dan sempadan. Isu-isu negatif yang
berkaitan dengan profesion perguruan perlulah dijadikan peringatan agar
kita

tidak

mengulangi

perkara

tersebut

dan

sentiasa

mencari

jalan

penyelesaian untuk memperbaiki kelemahan dan kepincangan dalam amalan


perguruan.
Faktor-faktor penyebab tekanan di kalangan guru mungkin boleh
mengakibatkan

perasaan

tidak

selesa,

emosi

negatif

seperti

marah,

kebimbangan, tekanan serta kekecewaan. Dr. Sapora Sipon menjelaskan

dalam artikel beliau bahawa guru yang menghadapi tekanan tidak dapat
mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang
bukan sahaja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu
mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna. Justeru itu,
tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada
ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak serta pengabaian kerja.
Malah,

guru

yang

tertekan

sanggup

melakukan

apa

sahaja

untuk

memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah


melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan etika
perguruan.
Tekanan yang berpanjangan juga boleh melemahkan mental dan fizikal
seseorang guru serta boleh membawa risiko ke atas kesihatan jika tidak
menerima rawatan dengan sebaiknya. Tekanan atau stres yang berterusan
juga boleh menggugat emosi seseorang guru sehingga kadangkala mereka
boleh bertindak di luar jangkaan. Contohnya seperti berita yang diulaskan
oleh Dr. Sapora Sipon dalam artikel itu berkaitan seorang warden asrama
yang mendenda pelajar asrama perempuan SMK Bawang Assan berendam di
dalam kolam ikan kerana kesalahan seorang daripada mereka yang
membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan.
Oleh itu dalam hal ini, fikiran yang wajar dan kebijaksanaanlah yang
menentukan dan membezakan seseorang individu itu dengan individu yang
lain. Seorang guru yang bijak pastinya akan sentiasa berfikiran positif,
terbuka dan mempunyai strategi dan kaedahnya yang tersendiri untuk
mengatasi dan menangani masalah tekanan yang dihadapi oleh mereka.
Kemahiran inilah yang perlu dikuasai dan diamalkan oleh setiap bakal guru
demi menghadapi hari-hari yang panjang sebagai seorang pendidik.
iii)

Cadangan

peranan

pihak

pentadbiran

sekolah

membantu kalangan guru yang bermasalah

dapat

Antara peranan pihak pentadbiran dalam usaha untuk menangani


permasalahan ini ialah:
a) Memberi agihan tugas dan tanggungjawab yang adil kepada setiap guru
di

sesebuah

sekolah.

Pihak

pentadbir

sekolah

perlu

membuat

pengurangan tugas-tugas pentadbiran dan sebarang tugas tambahan


adalah berdasarkan kepada kemahiran guru tersebut. Dengan adanya
pembahagian tugas yang seimbang akan berkurang rasa tidak puas hati
di kalangan guru-guru. Sebagai contoh setiap guru yang dilantik
menjadi guru kelas diberikan seorang guru pembantu kelas di kalangan
rakan guru mereka. Dengan cara ini beban tugas guru kelas dapat
diringankan. Setiap tugas yang diberikan kepada guru pula perlulah
diberi penerangan dan taklimat yang jelas tentang skop kerja dan
bidang tugas yang perlu digalas.
b) Mengenali setiap guru yang menjadi warga sekolah dan prihatin dengan
masalah mereka. Pihak pentadbiran sekolah perlu arif dengan setiap
guru di sekolah agar guru merasakan diri mereka diberi perhatian dan
penghargaan. Misalnya memberi kad hari lahir guru di

perhimpunan

rasmi mingguan akan membuat guru berasa dihargai. Sebarang


keputusan dan tindakan yang diambil perlulah melalui perbincangan
antara guru dan pihak pentadbir perlu menyusun polisi sekolah yang
lengkap dan teratur agar perlaksanaan sesuatu program sekolah dapat
dilaksanakan dengan lancar. Bak kata pepatah bulat air kerana
pembetung bulat manusia kerana muafakat. Muafakat membawa
berkat. Amalan itulah yang perlu diterapkan dalam budaya sekolah.
c) Mewujudkan pengamalan budaya sihat di sekolah. Program sukan,
senaman dan aktiviti gotong-royong dalam menjayakan sesuatu majlis
di sekolah dapat mencetuskan suasana yang sihat dan harmoni serta
perhubungan yang baik antara staf. Program seperti kelas senamrobik,
kuliah agama yang diadakan secara mingguan atau bulanan dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan guru di samping
mengekalkan kesihatan jasmani dan rohani. Situasi ini akan membina

persekitaran

kerja

yang

ceria

dan

kerjasama

yang

baik

untuk

menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.


d) Mengaplikasikan kemajuan teknologi masa kini untuk berinteraksi
antara

satu

sama

lain

dalam

ruang

komuniti

sekolah

melalui

perkhidmatan sosial seperti komuniti Facebook dan WhatsApp khas bagi


warga sekolah. Laman ini bertujuan untuk penyebaran maklumat,
pebincangan dan perkongsian pendapat. Dengan cara ini, tekanan dan
masalah guru dapat dikongsi dan dibincangkan. Guru yang lebih
berpengalaman mungkin dapat menyumbangkan pendapat mereka
sekaligus memberi panduan kepada guru yang bermasalah mencari
jalan penyelesaian.
e) Pihak pentadbir juga
pengurusan masa

boleh

menganjurkan

program

berkaitan

dan tekanan, sama ada dalam bentuk bengkel,

kursus ataupun seminar selain perlu memasukkan strategi berlandaskan


agama dalam kandungan atau agenda program. Dengan adanya
program pengurusan masa dan tekanan dapatlah ianya memberi input
yang baik agar semua guru dapat melaksanakan tugas dengan lebih
teratur, sistematik dan efisyen. Guru-guru juga dapat menyusun
tugasan mereka mengikut keutamaan dan kepentingan. Perkara ini
sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan dan bebanan tugas
guru.
f) Melalui pendekatan organisasi pula, pihak pentadbir tentu boleh
menentukan pemilihan dan penempatan guru-guru. Perpindahan dan
pertukaran guru-guru disokong sepenuhnya supaya guru-guru yang
ingin bertukar tidak tertekan. Oleh itu pihak pentadbir perlu memberi
sokongan yang positif bagi setiap permohonan penempatan dan
perpindahan guru. Hal ini juga membantu pengurangan tekanan guru.
Kesimpulannya, kerjaya dan tugas seorang guru itu adalah amat berat.
Tugas dan tanggungjawab guru pada masa yang serba canggih bukan hanya
sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan malah guru adalah penjana dan
nadi kepada kecemerlangan generasi akan datang. Secara mudahnya,

tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang remeh kerana ia
boleh membawa kesan lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan negara
amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal
menjadi pemimpin pada masa depan.
Oleh itu, setiap individu bergelar guru perlu sentiasa mempersiapkan
diri dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan mengikut perubahan
semasa.

Selain

itu,

seorang

guru

juga

perlu

bijak

menangani

dan

menguruskan setiap bebanan dan masalah yang dihadapi dengan bijaksana


agar setiap permasalahan dan bebanan tersebut tidak mengundang masalah
tekanan atau stres. Akhir kata, ingatlah bahawa setiap permasalahan itu
pasti ada jalan penyelesaiannya walaupun kadangkala ia memerlukan
pengorbanan.

RUJUKAN
Beban emosi, kognitif dan fizikal guru. (2008). Kosmo Online. Diakses pada
Februari 8, 2015 daripada laman http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2014&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm
Noor Hamizah Abu Bakar. (2012, April 24), Guru lebin stres. Utusan
Malaysia, Utusan Online. Diakses pada Februari 8, 2015 daripada laman
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120424/pe_01/Guru-lebihstres
Sapora Sipon. (2007, Julai, 23). Pendidik mesti bijak kawal emosi. Utusan
Malaysia. Utusan online. Diakses pada Februari 8, 2015 daripada laman
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

Shahril @ Charil Marzuki Yahya Bin Don. (2007). Kecerdasan Emosi Dan
Kepemimpinan Pendidikan Dalam Pembentukan Sekolah Berkesan. Jurnal
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30(1). Diakses pada Februari 8, 2015 daripada
laman http://myais.fsktm.um.edu.my/4906/1/9.pdf
Syed Ismail bin Syed Mustafa. (2010). Siri Pengajian Profesional : Guru
dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur,Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai