Anda di halaman 1dari 1

Ais Kacang Salji

Assalamulaikum dan salam sejahtera


Lama jugak tak update entri blog ni. Sedar tak sedar dah hamper 2 minggu.
Jumlah pengunjung pun berkurang . Jadi komisyen untuk klikjer pun agak
menurunlah untuk bulan mac ni. Apapun ini rezeki dari Allah . Kita patut
bersyukur samaada banyak atau sikit . Yanng penting adalah halal dari usaha
kita kan.
Ni nak cerita tentang Ais Kacang Salji pulak kali ni. NI semua waktu cuti sekolah
seminggu baru baru ni lah. Baru dapat nak buat entri. Masa cuti sekolahlah
dapat bersama kelaurga dengan masa yang berkualiti.
Sebenarnya tak bercadang pun untuk berenti makan bihun sup dan ais kacanng
salji ni. Tapi dalam perjalanan balik kampong dari Penang ke Alor Setar ni rasa
macam panas saja duduk dalam kereta. Mungkin sebab factor cuaca yang
memang panas terik sekarang. Jadi apalagi bila lalu saja di Pekan Simpang
Empat Kangkung tu terus secara spontan belok ke kedai Ais Kacang Salji ni bila
tengok banner kedai.
Banyak kali dah sebenarnya kami berenti di kedai ais kacang salji ni. Kenapa
dinamakan ais kacang salji? Sebenarnya ais kacang disini agak berbeza dengan
ais kacang lain mungkin disebabkan oleh aisnya yang dikisar begitu halus sekali,
tak macam di kedai kedai ais kacang yang lain. Memang begitu halus dan
rasanya amat sedap sekali.
Ais kacang salji ni bila dimakan bersama dengan bihun sup emmm memang
terangkatlah. Yang menariknya bihun sup disini memang menggunakan daging
tempatan. 100 Peratus daging tempatan. Patulah pengunjung kedai ni ramai.
Orait. Nak tahu lokasi kedai ni kat mana kan?Nama kedai ni DINALANG Ais
Kacang Salji. Lokasinya terletak bersebelahan sahaja dengan balai polis Simpang
Empat. Kalau lalu jalan lama antara Sungai Petani Ke Alor Setar ianya terletak
disebelah kiri jalan, dekat dengan lampu isyarat Pekan Simpang Empat. Cubalah.

Anda mungkin juga menyukai