Anda di halaman 1dari 4

Cincin Emas Belah Rotan. Sudah tiga hari Armand tidak menghubungi aku.

Jangankan telefon, pesanan ringkas pun tiada.Entah di mana silapnya kali ini.Aku sendiri jadi resah tidak menentu menanti panggilan darinya.Oh Tuhan! Berilah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.Aku bukanlah sekuat mana mampu menahan gelora perasaan ini.Apa yang aku lakukan semuanya sudah tidak kena jadinya.Fikiranku menerawang entah ke mana.Hanya tubuh ku di sini. Adha, esok jangan lupa ya,kita bertemu di tempat biasa, suara Armand di hujung telefon mengingatkan aku. Tengoklah kalau Adha free..,jawabku endah tak endah. Hei..sayang janganlah begitu..,banyak perkara yang perlu kita bincangkan,Armand cuba memujuk aku. Apa lagi nak dibincangkan, Adha dah penat la..balik-balik itu juga alasan Man..lebih baik kita putuskan perhubugan ini..senang, suaraku sedikit bergetar..Pap! Aku menghempas telefon pejabat. Sofea di sebelah menjeling melihat sikapku. Seharian aku tiada mood untuk bekerja, sudah lima tahun aku menunggu untuk menjadi isteri Armand.Begitu setianya aku padanya.Bukan tiada yang cuba menguji kesetiaan aku tetapi Armand juga tetap menjadi pilihan hatiku.Entah di mana lebihnya Armand berbanding kenalanku yang lain. Armand sungguh penyabar orangnya.Dia hanya tersenyum dan ketawa melihat sikap keanak-anakkan aku yang selalu merajuk dan marah-marah.Bukan itu saja, malah aku pernah meninggalkannya di kafeteria semasa sedang makan kerana dia tidak melayan karenahku. Teman-temanku sudah ramai yang bergelar ratu sehari malah ada yg dah beranak pinak pun.Gembira hatiku melihat Haikal dan Sarah yang hidup aman bahagia dengan kerenah dua anak kembarnya. Perhubungan mereka tidak banyak halangannya , selesai pengajian Haikal terlebih dahulu mendapat peluang pekerjaan . Dua tahun selepas itu mereka berkahwin.Sarah pula rezeki bekerja datang selepas berkahwin.Berkat perkahwinan agaknya sembilan bulan selepas itu mereka dikurniakan sepasang kembar yang comel. Melihat perjalanan cinta mereka aku jadi cemburu.Mengapa agaknya aku di duga sebegini?.Oh Tuhan! Maafkan aku hambamu yang berdosa ini mempertikaikan ujianmu ini.Sudah pasti ada sebab musababnya Allah menduga aku sebegini.Bukankah Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Adha,apa yang kau tunggu lagi haa..? aku sudah mendapat dua anak ni..kau tu tak ada apa-apa perkembangan terbaru ke?.Sampai bila kau nak kekalkan status dara kau tu..?,soal sarah padaku suatu petang. Entahlah Sarah..aku pun tak faham dengan Armand, dulu dia cakap dia perlu laksanakan tanggungjawabnya pada keluarga dahulu.Aku boleh faham masalah dia tu..maklumlah dia anak sulung banyak tanggungannya.Sekarang adik-adiknya semua dah lepas .Entah apa yang ditunggu lagi tak tahu lah..Kau ingat aku suka ke jadi macam ni, mama dan papa pun asyik bertanya..buntu aku Sarah,keluhku pada Sarah. Mmmm..apa kata kau cakap dengan dia baik-baik mungkin ada apa-apa yang menghalang dia dari meneruskan rancangan tu..bersangka baik la Adha..pujuk Sarah padaku.. Aku hanya diam dan menundukkan kepala mendengar nasihat Sarah.Sesungguhya aku sudah malas untuk berbincang lagi dengan Armand.Cukuplah perbincangan demi perbincangan yang tidak memberi apa-apa keputusan yang bermakna.Lebih baik aku buat keputusan sendiri.Armand lebih mementingkan

keluarganya dari aku.Sedangkan dulu sepanjang pengajian, akulah yang banyak membantunya dari segi kewangan. Adha, mama dan papa tidak menghalang perhubungan Adha dan Armand.Tapi mama lihat sudah terlalu lama kamu berdua berkawan.Kalau ada apa-apa masalah dalam melaksanakan urusan perkahwinan kamu, mama dan papa sanggup tolong.Tiada apa-apa yang mama dan papa mahukan lagi dalam hidup ini Adha,kami sudah tua, kami hanya ingin melihat Adha bahagia dan melihat cucu-cucu kami membesar di hadapan kami sementara kami masih ada,sungguh hiba suara mama menuturkan kata-kata sambil menggengam tanganku.Aku juga tersentuh hati mendengarnya..Aku mengerti hati mama dan papa.Akulah satu-satunya anak tunggal mereka.Hati mama dan papa sungguh mulia, tidak memilih pasangan berkedudukan atau berharta seperti ibubapa lain yang suka mencampuri urusan jodoh anak-anak mereka.Asalkan Armand mempunyai pelajaran, berakhlak mulia dan tahu agama, bekerja dan sanggup mengambil alih tugas mereka menjagaku,sudah cukup bagi mereka. Nantilah ma..,Adha bincang dengan Armand, satu jawapan yang tidak pasti keluar dari mulutku.Mama hanya tersenyum.Beliau mengerti hatiku.Walaupun sudah berkali-kali auntie Maria datang ke rumah merisikku untuk anaknya Qayyum tetapi mama tetap dengan jawapannya bahwa aku belum bersedia.Sedangkan mama tahu, hatiku telah dimiliki oleh Armand.Mujurlah papa tidak bercakap banyak tentang hal ini.Walaupun aku tahu jauh di sudut hati, papa lebih senang aku memilih Qayyum yang mempunyai hubungan kekeluargaan sebelah papa. Ternyata papa tidak mementingkan diri dan keluarga. Aku hormat cara papa dan mama tapi Armand..Arrgh!..Armand sudah terlalu banyak mengambil kesempatan atas sikap baik aku dan keluargaku. Cik Adhalea ada panggilan!, suara Regina memanggil aku mengangkat telefon yang bordering berkalikali.Aku mengelamun rupanya.Oh! Regina, terima kasih ya..,jawabku..sambil mengangkat ganggang telefon tergesa-gesa. Hello !Adhalea bercakap boleh saya bantu. Adha,ni aku Shauqee..aku harap kau bertenang ya..,kedengaran suara shauqee agak bergetar di hujung talian.Kenapa Qee..?,soalku yang agak terkejut dengan panggilan itu. Adha, Arman sudah tiada. Kira-kira 10 minit yang lalu, beliau kemalangan jalan raya..,suara Shauqee agak tersekat-sekat .Bagaikan kaca terhempas ke lantai apabila aku mendengar kata-kata itu..ganggang telefon terus terjatuh dari genggaman tanganku.Apakah benarkah perkhabaran yang ku dengar ini. ************************************************************************************ Talqin sudah selesai dibacakan.Orang ramai beransur-ansur meninggalkan tanah perkuburan.Aku masih di situ meneruskan sedekah al-fatihah untuk arwah Armand.Pohon kemboja ini menjadi saksi seorang perempuan sedang duduk meratapi serta menahan sedu sedan kehilangan orang yang tersayang.Maafkan aku Armand kerana tidak mampu membendung airmata ini dari menitis.Mengapa kau tinggalkan aku seorang diri Armand, sedangkan aku hanya merajuk seketika sahaja denganmu Armand. Aku langsung tidak menyangka panggilan tempoh hari adalah panggilan terakhir darimu.Malah aku juga sengaja tidak bertemu dengan mu di tempat sebagaimana yang kita janjikan tempoh

hari.Armand ,jauh di sudut hati ini aku tetap menyayangi dan menyintaimu dan sukar menerima kenyataan ini. Janga menangis kak..terdengar satu suara halus dan lembut di belakangku.Aku menoleh .Sepasang mata berkaca sedang merenung aku. Fika,detikku di dalam hati. Abang Arman sayangkan akak dan dia telah pergi meninggalkan kita.Semalam abang telah mengambil keputusan untuk memberitahu kak Adha, tentang keputusan nya untuk mengikat tali pertunangan pada akhir bulan ini.Keputusan itu setelah berbincang dengan ayah dan ibu.Alhamdulilah ayah dan ibu juga sudah bersetuju. Kak Adha,abang telah banyak berkorban untuk kami adik-beradik menyara kehidupan dan pengajian kami serta membantu ayah dan ibu.Maklum lah kami orang susah kak..alhamdulilah semuanya telah selesai dan ayah serta ibu menggesa abang meminang akak secepat mungkin kerana mereka tahu sudah lama kakak dan abang berkenalan.Abang terlalu gembira dan teruja untuk menemui kakak semalam . Entah bagaiman abang tidak dapat mengawal motorsikalnya lalu bergesel dengan sebuah lori dalam perjalanan tengah hari semalam.Apapun kak,itu sudah suratan takdir.Allah telah menentukan ajalnya di situ.Kebetulan abang Shauqee berada di tempat kejadian semalam.Beliaulah yang pertama memberitahu perkhabaran sedih ini kepada kami..Kami terima dengan hati yang redha kak..,suara Fika semakin sayu dan dadanya berombak. Aku yang mendengarnya juga semakin sayu dan pilu..Oh Tuhan!sungguh berat ujian ini..memang benar ya Allah janjimu..andai sudah tertulis di Loh Mahfus tiada jodoh antara aku dengan Armand dan Engkau mengambilnya dengan secepat ini Ya Allah..aku redha..maafkan aku Armand kerana menyangka engkau mementingkan keluargamu sedangkan engkau sedang berusaha untuk mengikat tali cinta kita.Aku memeluk Fika sepenuh hati..Insan yang berhati mulia seperti Armand sudah pergi meninggalkan aku dan Fika juga seluruh ahli keluarganya setelah selesai urusan dan tanggungjawabnya di dunia.Ya Allah cucurilah rahmat ke atas rohnya.. Kak..ni kotak yang ditemui semasa kemalangan itu.Fika rasa ianya untuk akak,Fika menghulurkan satu kotak baldu kecil berbentuk empat segi berwarna merah kepadaku. Aku membukanya..Mataku berair memandang sebentuk cincin emas belah rotan berada di dalamnya.Hatiku semakin sebak.Aku menitiskan air mata lagi.Cincin inilah yang aku tunggu-tunggu selama ini,tapi mengapa aku harus terima dalam keadaan ini.Inilah satu-satunya pemberian terakhir dari arwah Armand untukku sebagai kenangan di antara kami pernah menjalin kasih sayang. Seorang Adhalea perlu tabah meneruskan hidupnya kini kerana ajal, maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah s.w.t.Siapakah bakal menjadi teman hidupku nanti aku serahkan ketentuan itu padaMu Ya Allah..Mama dan papa sudah tidak bertanya soal itu lagi.Mereka juga memahami keadaanku ketika ini dan tidak mahu membebani fikiranku dengan permasaalahan itu lagi. Haikal dan Sarah juga mengucapkan salam takziah sebelum beredar tadi.Mereka juga memahami bagaimana peritnya aku ketika ini. Sabarlah Adha, dunia ini hanya pinjaman. Allah pinjamkan seketika Armand untuk menyinari seketika hidup kita.Sekarang Allah ambil dia kembali., kata-kata Sarah yang masih terngiang-ngiang di

telingaku.Ya Allah! Engkaulah yang maha mengetahui segalanya.Hambamu hanya mampu merancang.Sesungguhnya perancanganmu itulah yang paling tepat.Siapalah kita untuk mempertikaikan takdir Allah.Sebagai manusia kita hanya mampu berusaha setakat yang kita mampu . Kesedihan berlarutan tidak membawa apa-apa makna. Sebagai insan kita masih mempunyai tanggungjawab kepada Pencipta, tanggungjawab sesama insan juga setiap makhluk yang ada di atas muka bumi ini.Tabahlah wahai Adhalea!..biarlah langkahku nanti berlandaskan ilham darimu Ya Allah!Bisik hatiku..aku pasrah ya Allah..

Anda mungkin juga menyukai