Anda di halaman 1dari 1

http://anakdunia.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka/ Aku anak malaysia merdeka.

Begitulah ungkapan yang senang diucapkan tetapi mempunyai makna yang amat mendalam. Bagi yang lahir selepas zaman merdeka, mungkin ungkapan atau ayat aku anak Malaysia merdeka senang diucapkan tetapi tahukah kita betapa susahnya, peritnya golongan sebelum merdeka memperjuangkan kemerderkaan negara kita? Marilah kita menghayati kembali perjuangan golongan sebelum merdeka sebelum kita dengan senangnya dan riaknya mengucapkan aku anak Malaysia merdeka tanpa tahu asal usul sejarah bangsa. Janganlah tahu erti kemerdekaan hanya pada tarikh 31 Ogos dan kibarkan jalur gemilang sahaja . Sambutan kemerdekaan hanya dengan menghadiri konsert-konsert sahaja. Layakkah kita digelar aku anak Malaysia merdeka jika sebegini keadaannya? Aku anak Malaysia merdeka mesti tahu sejarah kemerdekaan negara, mesti tahu siapa pejuang kemerdekaan negara. Betapa susahnya golongan-golongan sebelum merdeka membuat rundingan sebelum diberi kemerdekaan. Bagaimana peritnya golongan yang sebelum merdeka menerima pemerintahan Jepun pada tahun 1941- 1942. Selepas Jepun kalah menerima pula ancaman pihak komunis yang cuba mengambilalih pemerintahan . Kemudian golongan ini bangkit lagi menentang Malayan Union yang dicadangkan oleh pihak British. Soalan-soalan mudah tentang sejarah Malaysia pun kita tidak mampu untuk menjawab, layakkah kita dengan senang hatinya mengaku bahawa aku anak Malaysia merdeka. Layakkah kita digelar aku anak Malaysia merdeka jika sejarah tingkatan 3 pun tidak mampu untuk dijawab dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai