Anda di halaman 1dari 2

Nota: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah dan
teknik sebagaimana berikut:
Strategi
Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan
tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran (khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa), strategi bermaksud
cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa,
strategi lebih menjurus dan menumpukan kepada pencapaian atau hasil pembelajaran.
Pendekatan
Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran
dan pengajaran yang dijalankan.

Pendekatan induktif
Pendekatan deduktif
Pendekatan eklektik
Pendekatan komunikatif
Pendekatan oral

Kaedah
Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu
pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah
pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikutidengan sesuai
bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti berikut:

Kaedah natural
Kaedah tatabahasa terjemahan
Kaedah terus

Kaedah ajuk hafaz


Kaedah linguistik
Kaedah kod kognitif
Kaedah situasional
Kaedah bahasa komuniti
Kaedah oral Aural

Teknik
Teknik adalah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik
darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Di antara teknik yang
dicadangkan adalah seperti berikut:

Teknik drama
Teknik permainan bahasa
Teknik perbincangan
Teknik bercerita

Anda mungkin juga menyukai