Anda di halaman 1dari 20

Seni dalam

pendidikan
ISL 1
SOALAN 2 :
Tajuk : Faedah Seni Dalam
Pendidikan Dalam pengajaran
Dan pembelajaran dalam
kehidupan seharian

Seni dalam pendidikan

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan


menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni
dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan
sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk
mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran
lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak
menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai.

Seni dalam pendidikan

Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi


guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses
tersebut terutama di sekolah rendah.

Faedah seni dalam pendidikan

1.Pengalaman optima melalui seni membawa


kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar.
Selaras

dengan sains dan teknologi, Seni Dalam

Pendidikan dapat membantu membina keupayaan


bagi menangani perubahan pesat yang sedang
berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi
melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi
kehidupan kita.

Contohnya,

dari segi warna yang kita suka dan warna

baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun


gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap
sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan
pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan
dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk
mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2.Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara


menyeluruh.

Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran.


Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks
dan kompetitif. Seni banyak dihubungkaitkan dengan
personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni
mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap,
keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian
masyarakat masa kini.

. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan


esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran
berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan dan berterusan dan
menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat
menggalakan pembelajaran seumur hidup secara
menyeluruh.

3.Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara


berkesan.

Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi


perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang
sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan.
Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir,
bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat
mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam
pelbagai situasi.

Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan


lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi
individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan
di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

4. Penghubungkait, gerah hati, celik akal dan kecergasan


Lateral Leaps

Bidang seni pendidikan menjurus kepada


pengetahuan yang berupaya meningkatkan
kebolehan dalam memahami dengan gerak hati,
membuat taakulan, berimaginasi dan kepantasan
dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni
juga adalah penghubungkait anatara kecergasan
otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya
memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir
seperti menyelesaikan masalah, membuat
analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan,
ekspresi dan imaginasi.

5. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti


yang seimbang, berketrampilan dan professional.

Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang


seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan
seni yang betul, ianya akan memotivasikan
kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif,
inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang,
berketrampilan dan professional. Guru yang
kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian
atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan
lebih yakin dan berkesan.

Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan,


guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara
aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak
menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan
kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan
murid-murid tersebut.

6. Membantu guru melaksanakan dengan mudah


proses pengajaran dan pembelajaran.

Seni membantu para guru dalam memahami diri dan


persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan
memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam
alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk
mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan
pembelajaran.

7. Guru senang mencapai objektif atau matlamat.

Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran


yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan
otak kiri dan kanan. Quadrant Concept (1991) oleh Hermann
menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,
menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional
dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka
dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang
keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan
matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

8. Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi


dalam pangajaran dan pembelajaran.

Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983)


mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan
tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan
kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan
lain mungkin akan hilang. Teori ini menyokong seni perlu
diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana
manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai
kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran.

Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan


strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid
mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan
strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan
seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur
seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara
bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses
membuat sentiasa ditegaskan.

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di sekolah


rendah murid boleh:Melibatkan diri dalam kegiatan seni secara aktif, kreatif dan
menggembirakan
Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera
Mengenali unsur-unsur seni dan olahannya serta dapat
menggunakannya;
Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan
seni.

Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur,


cermat dan selamat;
Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri dan
bertanggungjawab
Menyedari dan menghargani suasana seni dalam
persekitarannya dan kaitannya dengan keselesaan hidup;
Melibatkan diri dalam kegiatan seni sebagai kesenggangan
yang berfaedah; dan
Mengenal dan menghargai asas-asas seni dan kraf serta
budaya tanah air.

Grafik
Mic Words

rujukan

http://www.scribd.com/Modul-Seni-Dalam- Pendidikan/d/19493707

Anda mungkin juga menyukai