Anda di halaman 1dari 21

Disediakan oleh:

Christine Chumang Anak Geraman


Nur Afida Fatilah Binti Materang
Nuranisa Binti Johar
Suzie Shella Binti Tanis
PISMP PRASEKOLAH 09

Pengenalan Konsep SDP


Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan

yang penting ke arah perkembangan kanakkanak melalui peningkatan daya persepsi,


estetika dan kreativitinya.
Ianya adalah bertujuan untuk melahirkan

individu yang berbudaya dengan mengamalkan


pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif,
inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Penggabungan 3 jenis seni yang terdiri

daripada seni visual, seni muzik dan seni


pergerakan akan dapat membantu dalam
pembentukkan insan yang lebih bersifat
holistik dan menyeluruh.

Matlamat SDP
Adalah untuk membentuk keperibadian

generasi Malaysia yang :a) celik budaya


b) mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi
c) imaginatif
d) kritis
e) kreatif
f) inovatif
g) inventif

Kandungan kurikulum Seni dalam Pendidikan

berupaya membantu murid :a) meningkatkan rasa kesyukuran terhadap


Tuhan
b) menghargai keindahan alam persekitaran
c) menghargai keindahan seni dan warisan
bangsa
d) menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara selaras
dengan hasrat FPK.

Seni Dalam Pendidikan yang

mengintegrasikan tiga komponen akan


melengkapkan pembinaan otak kanan dan
otak kiri.
Bertitik tolak daripada pengintegrasian inilah
perkembangan menyeluruh dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

Objektif SDP
Seni dalam Pendidikan di sekolah rendah

bertujuan untuk :a) menghargai keindahan ciptaan Tuhan


b) memupuk budaya pengamatan, persepsi dan
ekspreasi dalam proses penghasilan
c) meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti,
inovasi, serta kemahiran dalam bidang seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan yang
diamalkan dalam pengajaran dan
pembelajaran

d) menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik


dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan
kerja
e) membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan
penilaian terhadap hasil seni yang dibuat
f) mendapat nilai tambah dalam disiplin sains,
teknologi dan mata muridan lain
g) menghargai sumbangan dan pengaruh tokohtokoh
seni visual, muzik dan pergerakan
h) menjadikan Seni Dalam Pendidikan sebagai
tunjang dalam kerjaya keguruan

i) menyedari dan menghargai suasana seni dalam


persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan
hidup
j) Membina jati diri ke arah pembentukan negara
bangsa
k) Mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan
mata
pelajaran lain melalui aktiviti yang diadaptasi
dan
diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum
kebangsaan
l) Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui
pelbagai pengamatan seni vizual, muzik dan
pergerakan

Latar Belakang SDP


SDP meletakkan Teori Kecerdasan manusia

(1983) oleh Howard Gardner sebagai asas


pemupukan minda murid untuk mencapai
kecemerlangan
Teori ini amat jelas menyokong seni yang
mengambil peranan penting dalam kurikulum.
Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid
untuk mengenal dan menggunakan kelebihan
yang terdapat pada diri mereka

Guru haruslah merancang aktiviti

pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi


keperluan murid yang mempunyai gaya
belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik
yang baru serta persekitaran yang memberi
inspirasi.

Latar Belakang SDP Seni


Muzik
Tokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques

Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan


Kodaly dan Erwin Gordon.
Mereka mengenengahkan teori pembelajaran
berasaskan otak kanak dan otak kiri.
Walaupun mempunyai pengkaedahan muzik
yang berbeza tetapi setiap daripada mereka
banyak memberi perhatian kepada penghayatan
kepada murid iaitu murid-murid akan belajar
menggunakan kemahiran berfikir dan
penghayatan secara berperingkat-peringkat.

Latar Belakang SDP Seni


Pergerakan
Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan

mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kanan


dan otak kiri melalui proses imaginasi.
Pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya
berlaku melalui proses menaakul dan
pertimbangan rasional mengenai apa yang ingin
kita lakukan.
Gardner berpendapat bahawa otak yang kreatif
seringkali menghasilkan pergerakan-pergerakan
yang menarik dan seterusnya dapat membina
kemahiran-kemahiran yang berbagai

Torrance (1969) menyatakan bahawa otak

yang kreatif seringkali mempamerkan


kebolehan murid mengatasi pelbagai
masalahnya

Latar Belakang SDP Seni


Visual
Bersoon (1982) mendapati bahawa kanak-

kanak menggunakan deria dan respon


emosinya dalam memperoleh pengalaman
yang disediakan. Menerusi kegiatan seni,
kanak-kanak meningkatkan keupayaannya
untuk membuat pengamatan dan penaksiran.
Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti yang
sedemikian, otak kanan dan kirinya
difungsikan.

Eisner (1980) mendapati bahawa kanak-kanak

sering berhadapan dengan masalah membina


kemampuannya dalam membuat huraian dan
seterusnya cuba membina suatu konsep yang
sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanakkanak membuat pengamatan, membuat
taksiran dan tanggapan seterusnya membina
konsep.
Feldman (1976) mendapati bahawa kegiatan
seni dapat meningkatkan kesedaran kanakkanak tentang berlakunya perubahan nilai
manusia dari masa ke semasa

Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman

kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis


dan membuat lakaran dapat meningkatkan
kebolehan mereka dalam pengamatan dan
memperkaya pengetahuannya tentang
perbezaan setiap objek atau imej tampak di
sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi
pendedahan kaedah dan teknik yang
sempurna, mereka akan berkeupayaan
mengembangkan pemikiran yang kritis.

Kepentingan SDP
Terdapat beberapa kepentingan Seni Dalam
Pendidikan yang dikenalpasti bagi mencapai
pembelajaran yang beroptimum,
bersepadu dan menyeronokkan seperti
peranan ekspresi, emosi dan imaginasi.
i. Ekspresi
Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi
peluang untuk murid membina keyakinan,
menajamkan persepsi, meningkatkan
kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.

ii. Emosi
Kawalan emosi memainkan peranan yang penting bagi
mencapai pembelajaran yang beroptimum, bersepadu
dan menyeronokkan.
Mohmood Nazar Mohammad (1991), emosi itu satu
keadaan yang dialami oleh manusia melibatkan
perubahan proses fisiologi diri dan psikologi.
Steq, jika seseorang memiliki IQ yang tinggi, ditambah
dengan EQ yang tinggi juga, orang tersebut akan lebih
mampu menguasai keadaan dan merebut setiap
peluang yang ada tanpa membuat masalah yang baru.

iii. Imaginasi
Dalam proses imaginasi dan kreativiti, ianya

melibatkan:
Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan
kreativiti
Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan
tindakan yang diambil
Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya
secara lahiriah.
Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah
rendah dalam proses P&P ialah untuk membentuk
kanak-kanak dengan kemahiran memerhati,
kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi,
bentuk, tekstura dan irama.

Rujukan
Zulkifli Yaakob, Mohd. Jamel Ismail. 2008.

HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan. Selangor;


Meteor Doc. Sdn. Bhd.
http://www.docstoc.com.docs/9469311/HBEF
1403-SMKAN
http://raisingthesoftvolume.blogspor.com/2008

/07/topik-1-konsep -dan-latar-belakang-seni.h
tml

Anda mungkin juga menyukai