Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat


masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta saya, En.Nordin Bin Wan Daud kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

penghargaan
Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapat saya
menamatkan program Latihan Mengajar (LM) ini bagi sesi Jun hingga Ogos 2011 dengan
jayanya. Tanpa keizinan-Nya, sudah pasti saya tidak akan mampu untuk mengikuti LM
sepanjang 12 minggu ini. Tidak dapat disangkal lagi, program LM ini sangat memberikan
impak yang mendalam kepada pelatih LM seperti saya. Perasaan teruja dan terharu apabila
kali pertama dipanggil cikgu tidak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila.
Saya ditempatkan di bawah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, (JKM). Saya diamanahkan
untuk mengajar subjek Kejuruteraan Mekanik, Bengkel Amalan Kejuruteraan Mekanikal 1,
Makmal Kejuruteraan 1 dan Kokurikulum Polibriged. Jumlah kesemua jam kredit adalah 9
jam. Alhamdulillah, semua proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dijalankan
dengan baik.
Sepanjang tempoh LM ini, saya berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar yang terdiri
dari pelbagai latar belakang dan budaya. Pelajar saya dalam lingkungan umur 18-20 tahun.
Ada dalam kalangan mereka bersikap matang, dan ada juga yang masih belum keluar dari
bayangan pelajar sekolah menengah. Saya dapat melihat, dari pengalaman LM saya, pelajarpelajar yang bersungguh-sungguh dalam pelajaran, pelajar-pelajar yang kurang memberikan
tumpuan dan tidak kurang juga pelajar-pelajar yang kurang menghormati saya sebagai
pensyarah. Sikap mereka, ada kalanya membuat saya gembira, terharu, sedih mahupun
kecewa. Perkara-perkara ini mengajar saya erti ketabahan menjadi seorang pendidik yang
cemerlang.

Saya sedar, tugas seorang pendidik sangat besar. Pendidik bukan sahaja menyampaikan ilmu
pengetahuan, malah mendidik sahsiah pelajar ke arah yang lebih baik. Pendidik menjadi
orang ke dua selepas ibu bapa yang mencorakkan warna diri seorang pelajar. Sepanjang
tempoh LM ini, saya bersikap toleransi terhadap pelajar, cuba mengikut rentak mereka agar
tidak terlalu keras, cuba mendekatkan jarak antara pelajar dan pensyarah, dengan harapan
para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan saya tanpa perlu ada rasa takut, tidak selesa
atau tidak suka dengan diri saya. Hasilnya, pelajar menganggap saya sebagai kawan, namun
saya masih lagi menetapkan batasan pangkat pelajar dan pensyarah itu sendiri.
Apa yang sedikit mengecewakan adalah, ada dalam kalangan pelajar yang telah melepasi had
batasan yang diberikan saya kepada mereka sebagai pelajar. Mereka mula menunjukkan rasa
kurang hormat kepada saya dan berani mengajuk kata-kata saya dengan alasan bergurau,
atau tidak mengendahkan tugasan yang saya berikan, memberikan pelbagai alasan yang
tidak munasabah, datang lambat ke kelas dan sebagainya.
Secara jujurnya, saya telah mendapat satu kesedaran dari pengalaman LM ini, pensyarah
tidak boleh sama sekali meletakkan darjat mereka setaraf dengan pelajar. Secara
psikologinya, pelajar lebih takut kepada pensyarah yang garang dan secara tidak langsung
mereka juga takot untuk mempamerkan sikap kurang hormat kepada pensyarah. Maka, saya
mentafsirkan istilah garang kepada pelajar bukan bermaksud tidak mesra, tetapi sikap tegas
yang perlu dipertahankan oleh setiap pensyarah. Ketegasan seorang pensyarah dilakukan
adalah demi untuk kebaikan pelajar pada masa akan datang.
Pada pertengahan tempoh LM saya di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini, saya
didatangi oleh sebilangan pelajar-pelajar yang pada awalnya menunjukkan pencapaian yang
kurang memberangsangkan dalam subjek yang diajar oleh saya. Mereka secara berkumpulan
datang ke pejabat JKM dan bertanya tentang permasalahan yang berlaku dalam subjek
tersebut. Saya dengan senang hati, memberikan tunjuk ajar kepada mereka secara satu
persatu dan hasilnya, mereka menunjukkan peningkatan pencapaian yang
memberangsangkan dalam tugasan atau kuiz yang diberikan, termasuklah Ujian 1.
Kebanyakan pelajar, sekiranya mereka masih kurang faham isi pelajaran semasa dalam kelas
berikutan cabaran persekitaran seperti kelas yang bising, pelajar yang ramai atau gangguan
dari pelajar-pelajar nakal, mereka pasti akan datang berjumpa saya di pejabat. Tindakan
yang dijalankan ini, walau tidak ditetapkan masa perjumpaan, memberikan perubahan yang
positif kepada pencapaian pelajar. Semakin lama, semakin ramai pelajar yang kerap
berjumpa saya bagi membincangkan masalah dalam subjek tersebut. Perkara ini juga sedikit
sebanyak mempengaruhi pelajar-pelajar lain untuk datang dan berbincang dengan saya
termasuklah pelajar-pelajar nakal dan kurang memberikan hormat pada saya suatu ketika
dahulu.
Alhamdulillah, secara peribadi, saya terharu dengan kehadiran pelajar-pelajar yang pada
jangkaan awal saya, kurang menghormati saya, namun pada akhirnya menjadi salah seorang
yang menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam Ujian 1. Pada masa yang
sama juga, sikap mereka menjadi semakin bersungguh dalam kelas dan tiada lagi sifat
kurang hormat pada saya yang hanya sekadar Pensyarah Pelatih.

Secara keseluruhan, saya bersyukur kerana diberi peluang menjalankan Latihan Mengajar di
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ini. Kerjasama dari staf JKM,
tunjuk ajar dari Ketua Jabatan, Puan Rosmawati Bt Ismail dan bimbingan dari Pensyarah
Pembimbing, Puan Zalaida Bt Talib, banyak membantu saya bertahan dan melengkapkan
LM dengan jayanya. LM saya tidak lengkap tanpa adanya pelajar-pelajar yang secara tidak
langsung memberikan saya erti sebenar siapa itu pendidik. Segala budi dan jasa tercurah
kepada saya dari mana-mana pihak sekalipun, saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga. Terima kasih.

M i n g g u :
K e l a p a n T a r i k h :
2 4
O g o
s

2 8
O g o s
2 0 0 8 Isu / Masalah
Pada minggu yang kelapan ini,masalah yang dihadapi ialah murid kerap memintakebenaran untuk
keluar kelas pergi ke tandas. Dalam satu-satu waktu P&P mesti ada sajamurid yang ingin keluar untuk
pergi tandas malah seorang murid akan meinta kebenarankeluar lebih dari sekali. Masalah ini berlaku
sejak dua minggu saya berpraktikal disekolah ini. Namun begitu saya tidak memandang serius akan
perkara ini sehinggalah pada minggu kelapan saya merasakan ia perlu dikaji perkara ini. Pada
pandangan matasaya masalah ini berlaku dari tahun satu hingga tahun enam.
Analisis Masalah
Masalah ini bukan baru berlaku tetapi telah lama berlaku sejak zaman-berzaman. Adakahmurid-murid
ini benar-benar ingin membuang air atau tidak suka akan apa yang diajar guru atau bosan dengan
pengajaran yang diajar oleh guru. Apabila ditanya kepada muridmereka akan menjawab ingin
membuang air. Ketika saya mengajar di tahap satu, sayamelihat ada saja alasan diberikan oleh murid
untuk keluar kelas dengan alasan ingin pergike tandas dengan berdua-duaan dengan rakan-rakan kelas
mereka.
Cadangan/ Tindakan
Jadi untuk mengurangkan murid daripada meminta kebenaran keluar kelas ke tandasdengan membuat
kad keluar kelas dan kad tersebut hendaklah disimpan oleh guru mata pelajaran yang mengajar murid
tersebut. Apabila murid ingin keluar dia mestilahmenunggu guru setiap matapelajaran mengikut jadual
waktu kelas. Ini akan membuatkania lebih sistematik.

Anda mungkin juga menyukai