Anda di halaman 1dari 4

5.

Nilai Ilmu

Nilai menurut kamus dewan edisi keempat (2010: 1081), merujuk kepada darjat, kualiti, mutu
dan taraf. Mohad Rashid Md Idris (2011: 12) mendefinisikan nilai dalam sains sosial
mengandungi tiga konteks utama, iaitu sebagai sifa bagi menyatakan kepentingan atau
manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek berbentuk
kuantititi dan sebagai ukuran atau piawai kepada sesuatu kelakuan manusia.
Ilmu pula boleh diertikan sebagai pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir,
batin dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Dalam kata lain, ilmu adalah halhal yang berkaitan kerana proses pemerolehan ilmu itu sendiri dan usaha kta dalam
menyebarkan ilmu kepada orang lain dalam pelbagai bentuk. Maklumat yang disebarkan itu
mengandungi pelbagai

fungsi. Antaranya

ialah menambahkan

ilmu

pengetahuan,

mengembangkan perkara yang mengandungi pelbagai kemusykilan,


Penelitian tentang nilai ilmu dalam sesebuah karya agung dapat membantu kita
menjejaki cara hidup nenek moyang kita pada waktu dahulu. Contohnya seperti ilmu jampi,
ilmu pengasih, dan ilmu pendukunan yang sememangnya merupakan suatu amalan bagi
masyarakat terdahulu. Jika dilihat pada peredaran masa sekarang, banyak nilai ilmu yang
diamalkan oleh masyarakat Melayu dahulu ditinggalkan kerana ada diantaranya yang
bertentangan dengan agama Islam, malahan tidak lagi relevan pada masa kini.
5.1

Ilmu Perubatan

Ilmu perubatan pada pantun ini dapat dijelaskan melalui kata mengaul anding. Mengaul
anding bermaksud meminta menarikan tarian asli. Tarian asli ini merupakan tarian asli di
negara Brunei Darussalam. Mengaul anding adalah untuk mewujudkan konatasi magik
bertujuan untuk memanggil dewa-dewa membantu mengubati pesakit.
Bukan kami empunya panding
Panding orang semua-mua
Bukan kami mengaul anding
Menurunkan dewa sekalian dewa
(Halaman 555)
Selain daripada mengaul anding, tarian seperti ulik mayang juga diselitkan dalam
Pantun Melayu Bingkisan Permata ini. Tarian ulik mayang ini diselitkan dalam muka surat
592 sehingga 593. Pantun ulik mayang ini beri nama sebagai Pantun Pengogah Mayang

(Yakni Orang Bermain Mayang Pinang. Pantun ini juga bertujuan untuk membantu
mengubati pesakit.
5.2

Ilmu Jampi

Dalam pantun ini, baris ke empat, iaitu Aku memakai si sangga bunuh merupakan salah satu
ilmu jampi yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu. Ilmu sangga bunuh ini membawa
maksud ilmu pakaian untuk kebal, tidak lut dengan senjata dan mempunyai kuasa serta gagah
dalam pertarungan.

Si Kupang berbaju besu


Akan terumpak si buku buluh
Dikepung aku tiada mati
Aku memakai si sangga bunuh
(Halaman 580)
5.3

Ilmu Matematik
Kata Cik Busu pandai membilang malam
Malam ini malam kese-se
Parang dewangsa
Hendak memarang gunung sebuah
Cik Busu pandai berkata
Kata sepatah tiada berubah
Kata Cik Busu pandai membilang malam
Malam ini malam ketiga puluh
Tiga puluh bulan yang cukup
Malam esok harilah raya
Ayuhai anak yang terkutuk
Kubunuh engkai orang derhaka
(Halaman 586-587)
Pantun di atas merupakan pantun yang bertajuk Cik Busu Pandai Membilang Malam

(versi Terangganu). Dalam pantun ini, Cik Busu yang merupakan watak utama dalam pantun
ini telah membilang malam daripada malam pertama sehingglah pada malam ketiga puluh.
Lagu ini mengisahkan perlakuan sepasang kekasih yang bertemu dan memadu kasih tanpa
pengetahuan ibu bapa mereka. Akhirnya pada malam ketiga puluh, mereka telah ditemui

dalam keadaan yang memalukan. Justeru itu, si baoa tiada jalan lain melainkan membunuh
kedua-duanya.
5.4

Ilmu Pengasih

Pantun daripada Kumpulan Pantun Lisan Melayu, 1990 ini dapat dikenas pasti terdapat ilmu
pengasih dalam pantun tersebut. Pada baris ketiga dan keempat, kalau terkena hikmatnya
janda, tujuh tahun sembahyang tinggal membawa maksud sekiranya terkena ilmu pengasih
tersebut, seseorang itu akan menjadi tidak tentu arah sehingga sembahyang yang wajib itu
ditinggalkan.
Encik Mamat memetik lada
Tetak daun di rumah tinggal
Kalau terkena hikmatnya janda
Tujuh tahun sembahyang tinggal
(Halaman 562)
5.5

Ilmu Peribahasa

Ilmu peribahasa ini dikenal pasti akan kehadirannya pada bahagian Bingkis Bicara. Dalam
bahagian bingkis bicara ini terdapat satu bahagian keseluruhannya tentang pantun peribahasa,
kiasan dan ibarat. Berdasarkan pantun di bawah, peribahasa yang diselitkan ialah bagai
empedu lekat di hati. Peribahasa ini membawa maksud perhubungan seseorang yang sangat
rapat dan akrab. Peribahasa ini menjelaskan bahawa perhubungan kasih yang telah dibina itu
sangat kuat antara satu sama lain.
Aceh bersunting bunga sena
Pergi ke rumah Cik Siti
Kasih tuan sudah sempurna
Bagai empedu lekat di hati
(Halaman 181)

5.6

Ilmu Jawi

Ilmu jawi dapat dikesan akan kehadirannya pada pantun yang bertajuk Alif-Ba-Ta : Perak.
Setiap permulaan baris pertama pantun ini dimulakan dengan huruf alif sehinggalah ya.

Anda mungkin juga menyukai