Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Pengajaran Makro

Mata Pelajaran
Hari
Tarikh
Masa
Tahun
Bilangan Pelajar
Tajuk

: Pelajaran Jawi
: Jumaat
: 22 November 2013
: 8.20 8.45 (30 minit)
: 1 Merah
: 20 orang
: Mengenal, menyebut dan menulis huruf tunggal jawi.

Pendahuluan
Pada 23 November 2013 saya telah menjalankan pengajaran makro untuk mata pelajan Pendidikan Jawi
Tahun 1. Tajuk yang saya pilih ialah mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf hijaiyyah jawi. Saya telah
menggunakan teknologi komputer iaitu tayangan video berkaitan dengan alif, ba, ta. Dengan bantuan rakan sejawat
iaitu Ustazah Aishah mengambil rakaman sepanjang aktyiviti pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Tepat jam
8.20 pagi saya dengan hati yang agak gemuruh melangkahkan kaki ke tahun 1 Merah bagi membuat satu
rakaman pengajaran makroteaching selama 30 minit. Walaupun pelajar tersebut agak rapat dengan saya, kerana
bilangannya yang sedikit, tetapi saya merasa agak sedikit gementar. Sekolah saya merupakan kategori sekolah
Zon bandar dan banyak murid, jadi tidak hairanlah bilangan pelajar pelajar ramai. Melalui rakaman saya dan
maklum balas daripada rakan sejawat saya telah dapat melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran makro
tersebut.

Kekuatan
Pada permulaannya , kelas berjalan seperti biasa, seperti yang telah dirancang untuk satu sesi pengajaran
dan pembelajaran yang telah dinyatakan. Suasana kelas berada di dalam keadaan yang baik, teratur dan berjalan
dengan lancar serta ceria. Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan bacaan doa beramai-ramai oleh
semua pelajar agar mendapat keberkatan daripada Allah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung. Kemudian guru memulakan set Induksi dengan menayangkan sebuah video nasyid alif, ba, ta.
Pelajar-pelajar diminta supaya memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya semasa video itu ditayangkan.
Tujuan video ini ditayangkan untuk menarik minat pelajar-pelajar disamping melahirkan perasaan yang gembira
pada tajuk yang akan berlangsung pada hari ini. Dengan menggunakan ICT murid lebih memahami isi pengajaran
yang diajar kerana murid lebih nampak gambaran yang sebenarnya.Justeru, guru dilihat berjaya menarik minat
pelajar-pelajar pada awal sesi PdP lagi. Kesimpulannya, set induksi yang dijalankan dapat menarik minat para
pelajar.
Selepas itu, sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik lagi diteruskan iaitu mengenal huruf
yang sama bentuknya. Guru menggunakan kad huruf huruf hijaiyyah yang telah dikumpulkan diatas meja. Setiap
seorang pelajar diminta mengambil huruf-huruf yang sama bentuknya. Setelah semua pelajar memilih huruf-huruf
tersebut, mereka dikehendaki menyebut hurur huruf yang berada ditangan mereka secara bergilir-gilir. Di
samping murid menyebut huruf, guru juga membimbing murid yang agak kurang mengecam dan mengenal huruf

tunggal jawi. Hal ini merupakan salah satu cara untuk menguji kefahaman dan ingatan murid terhadap apa yang
dipandang dan dilihat semasa tayangan video tadi. Daripada 6 orang pelajar, 4 orang daripadanya dapat menjawab
dengan betul dan tepat. Seorang pelajar hanya mengenali 1 huruf daripada 2 kad huruf yang berada ditangannya,
manakala seorang lagi dibantu oleh guru.
Bagi memantapkan lagi pengenalan dan ingatan huruf terhadap murid-murid, guru meminta murid mencari
pasangan masing-masing. Seorang murid menyebut huruf dan didengar oleh pasangan, kemudian seorang lagi
rakannya pula menyebut huruf. Kaedah ini berjalan secara begilir-gilir diantara satu pasangan kemudian diikuti
oleh pasangan lain. 5 orang pelajar dapat menyebut huruf dengan betul dan lancar.
Bagi meneruskan lagi aktiviti yang lebih menarik dan memantapkan lagi ingatan murid, guru meminta muridmurid menulis huruf-huruf yang disebut oleh guru dipapan tulis secara individu dan bergilir-gilir. Sebagai tanda
ingatan dan kefahaman murid terhadap pelajaran yang dipelajari oleh mereka, murid-murid berebut-rebut
mengangkat tangan sebagai tanda faham apa yang disebut oleh guru. Guru meminta seorang demi seorang murid
menulis huruf yang disebut oleh guru. Semua murid melibatkan diri sebagai tanda mereka ingat , faham dan tahu
huruf-huruf tersebut. Saya merasa sungguh gembira dan terharu atas apa yang saya dapat pasa hari itu. Sebagai
penilaian bertulis, guru memberi arahan bagaimana hendak menjawab semua soalan yan terdapat didalam kertas
lembaran kerja murid. Setelah murid faham arahan guru, guru mengedarkan lembaran kerja dan murid
menyiapkan kerja mereka. 10 orang murid sahaja dapat menjawab semua soalan bertulis yang diedarkan kepada
murid.
Perkara di atas jelas menunjukkan objektif pengajaran guru pada hari tersebut tercapai. Secara umumnya ,
guru berjaya mengawal kelas dengan baik dan menamatkan pengajaran dalam masa yang ditetapkan. Namun ,
terdapat juga kelemahan pada guru yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Walau pun begitu, pada
keseluruhannya saya yakin saya mengajar dan menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Hal
ini dapat dilihat dari sudut kawalan kelas dan respon pelajar adalah baik. Malahan semasa sesi aktiviti yang
dijalankan oleh murid , burid dapat bekerjasama dengan baik dan menjawab semua soalan guru dengan sempurna.
Hal ini penting kerana pelajar dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf hijaiyyah jawi dengan betul semasa
pengajaran guru didalam kelas lagi. Sememang itulah peranan saya sebagai seorang guru, dapat menyampaikan
pengajaran dengan baik dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar.
Oleh yang demikian saya berjaya menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
saya sehingga tamat. Penguasaan kelas yang amat baik dan pelajar berjaya menguasai konsep pengajaran saya.
Namun terdapat juga murid yang agak lambat untuk mengenal huruf tetapi saya terus membimbing pelajar tersebut
dengan suara yang agak lembut tanpa memarahinya. Hal ini penting kerana pelajar sekolah rendah sememangnya
terdedah dengan emosi , seandainya berlaku kekasaran dari guru akan menghilangkan minat murid untuk belajar
dan tidak fokus untuk belajar. Untuk itu saya harus mengawal mkelas agar suasana belajar menyeronokkan dan
pelajar tidak merasa bosan untuk belajar. Hasinya , kelas pembelajaran dan pengajaran saya menjadi lebih ceria
dan meningkatkan lagi hubungan dua hala diantara guru dan murid.

Kelemahan dan Cara Mengatasi

Dari sudut kelemahan sebagai guru, saya dapati keyakinan untuk menyampaikan masih lagi
kurang dan tarikan minat kurang memuaskan seperti kesenian, nyanyian, permainan dan lain-lain. Ini
membuatkan pelajar kurang ceria dan cepat bosan. Antara kelemahan lain ialah dari segi pengurusan
masa. Masa yang terhad membuatkan guru hilang fokus dan kadangkala terkeluar dari tajuk.

Hasil dapatan saya lagi, tentang kelemahan lain ialah dari segi set induksi yang tidak berkaitan
dan ketandusan idea. Masalah lain ialah bahan bantu mengajar yang kecil dan tidak fleksibel utk
penggunaannya.

Pada hemat saya, kelemahan-kelemahan ini dapat diatasi dan saya amat cakna dengan
kekurangan ini. Bagi masa yang akan datang saya akan lebih yakin menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran sejurus memasukkan akttiviti yang lebih menarik seperti nyanyian dan permainan.
Tentang masa saya perlu lebih fokus dan mengikuti langkah-langkah yang telah diaturkan. Set-set
induksi juga saya akan cuba dapatkan dari sumber-sumber luar seperti kawan-kawan dan internet.
Saya mengambil kira kelemahan-kelemahan ini sebagai satu kelebihan bagi membaiki diri dan
membuat perubahan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Untuk semua aktiviti yang saya jalankan, saya banyak memberi pujian dan bimbingan kepada pelajar atas
kerjasama yang mereka berikan. Pujian ini penting terutamanya bagi pelajar-pelajar tahun 1 kerana dapat
melahirkan penghargaan terhadap diri pelajar oleh guru tersebut. Malah ia akan menjadi untuk pendokong dan
melahirkan semangat dari diri pelajar tersebut untuk mengikuti pengajaran guru di lain-lain waktu.

Anda mungkin juga menyukai