Anda di halaman 1dari 2

Interaksi 14 & Interaksi 15

Tajuk: Aktiviti Pengajaran Yang Sesuai Dengan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas


Sumber :
School of Educational Studies. (2008). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang
Sesuai untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Dicapai pada 21 April 2014, daripada
http://specialeducationusm.blogspot.com/2008/12/kaedah-pengajaran-danpembelajaran-yang.html
Kaedah Bercerita
Definisi
Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku
atau diciptakan. Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan
penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan
masyarakat
Ciri-ciri Penting
1. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar.
2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran
lisan (mendengar dan bertutur).
3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan
ekspresi/mimik muka.
4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang
berkaitan dengan kehidupan seharian.
5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang dan
berketrampilan.
Aktiviti Pengajaran yang dibincang

Bercerita

Tema Cerita

Nilai kasih sayang

Cara Penyampaian Cerita

1) Guru mengarahkan murid-murid duduk bersama-sama dan menumpukan perhatian kepada


pergerakan guru dan cerita yang akan disampaikan.
2) Guru boleh menjanjikan murid bahawa murid-murid yang mengikuti arahan akan diberi gulagula sebagai hadiah kecil selepas sesi pengajaran.
3) Guru memulakan cerita dengan cara yang menarik, contohnya ditambah dengan muzik.

4) Dalam penyampaian cerita, guru membuat pergerakan badan yang dapat membolehkan
murid-murid lebih memahami situasi dalam cerita dan menarik minat mereka.
5) Guru menyampaikan cerita dan juga memberi pengajaran kepada murid-murid bahawa
kepentingan nilai kasih sayang dalam kehidupan.
6) Selepas tamat sesi bercerita, guru mengajar murid-murid cara menunjukkan kasih sayang
kepada orang lain, contohnya membantu orang lain apabila mereka memerlukan bantuan.

Anda mungkin juga menyukai