Anda di halaman 1dari 4

Petikan daripada Akhbar Islam (5 ZUlhijjah 1407 / 31 Julai 1987)

issue 13, ditulis oleh Imam Al-Soouti :


Manaqib Tuan Shaykh Muhamad Said al-Linggi
Keadaan sebuah bukit kecil yang terletak di tepi jalan hendak ke
Jelebu dari bandar Seremban sunyi sepi saja. Suasananya tenang
dan damai. Cuma sesekali ketenangan itu dipecah oleh derauan
kereta yang meluncur laju sama ada menempuh bandar Seremban
ataupun menuju ke Jelebu.
Burung-burung berterbang riang. Berkicauan dan menyanyi memuji
dan memuja Allah. Berzikir menyatakan keagungan Allah. Dari
dahan ke ranting, burung-burung itu terbang penuh gembira dan
riang ria. Tetapi sayang, semua sebutan zikir itu tidak terdengar
oleh telinga hamba yang lemah.
Untuk naik ke bukit itu disiapkan tangga. Kira-kira dua atau empat
minit meniti anak-anak tangga itu, kita kan sampai di puncaknya.
Sesampai di puncak kita akan terpegun sejenak. Melihat satu pagar
kecil di dalamnya berdiri sebuah wakaf kecil.
Di dalam pagar itu berdiri niasan-niasan kaku. Dua batang pokok
tanjung yang merimbun di pinggir pagar itu terus menggugurkan
bunganya menyebabkan kawasan itu menjadi harum semerbak.
Berdiri di pagar (makam) itu kita berasa sebuah ketenganan turut
berdiri dalam diri kita.
Di dalam pagar kecil itulah merupakan rumah terakhir (makam) Almarhum Tuan Shaykh Muhammad Said bin Tuan Shaykh
, seorang ulama dan guru tariqah yang
Jamaluddin al-Linggi
terbesar di Negeri Sembilan. Allahyarham kembali menemui Allah
pada 12 Rabiulawal dalam usia 62.
Allahyarham Tuan Shaykh Muhammad Said
merupakan seorang
guru pengembang Tariqah Ahmadiah, bukan sahaja di negerinya
(Negeri Sembilan) tetapi di seluruh Malaysia termasuk juga
beberapa buah negara di rantau ini seperti Indonesia, Pattani,
Singapura dan Kampuchea.
Keterkenalan dan ketinggian ilmu yang terkandung dalam tubuh
badan Tuan Shaykh Muhammad Said
sebenarnya tidak perlu
disebut dan cerita lagi. Masyarakat yang sezaman dengannya tahu
mengenai itu semua. Malahan, kehebatan itu masih lagi disebutsebut sampai ke hari ini, walaupun Allahyarham meninggalkan kita
sudah lebih setengah abad.

Sememangnya, Allahyarham bukan calang-calang orang. Sebelum


beliau menjadi guru, beliau telah berguru dengan berbagai guru.
Dikatakan bahawa guru beliau tidak kurang 50 orang dan beliau
juga pernah belajar agama di negara-negara Timur Tengah seperti
Mesir, Makkah dan juga Madinah.
Ulama besar yang menjadi guru kepada Allahyarham adalah Tuan
Shaykh Sayyid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi
iaitu murid
kanan kepada Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rashid
yang
berasal dari Sudan kemudian mangkat di Maala di Makkah. Tuan
Shaykh Muhammad Said
telah menyambung baiah Tariqah
Ahmadiah terus dari gurunya, iaitu Tuan Shaykh Muhammad adDandarawi
.
Dalam usahanya menyebarkan ajaran Islam dan ilmu mengenai
Allah melalui Tariqah Ahmadiah, Almarhum telah memilih
Ampangan Seremban sebagai pusatnya. Pada mulanya ajaran itu
kurang mendapat sambutan, tetapi lama-kelamaan ajaran itu
berkembang subur.
kepada
Oleh kerana keyakinan Tuan Shaykh Muhammad Said
ilmu Allah, beliau dikurniakan Allah beberapa kelebihan. Segala
kelebihan dan keistimewaan yang dipunyai itu, tidak mudah
dipercayai oleh orang awam. Apalagi kalau seseorang itu tidak
mempunyai ilmu yang banyak serta keyakinan yang kuat kepada
kekuasaan Allah.
Sebagai seorang yang mengasihi Allah, yang rindu dan sentiasa
cintai Allah, melalui zikirnya, sholatnya serta gerak geri
dianugerahi
kehidupannya, maka Tuan Shaykh Muhammad Said
oleh Allah itu semua.
Antara kelebihan dan keistimewaan yang terdapat kepada
Almarhum Tuan Shaykh Muhammad Said
ialah beberapa
koramah. Misalnya beliau boleh menyelam dalam air seberapa lama
yang beliau mahu, tanpa menggunakan bantuan oksigen dan
sebagainya.
Pernah terjadi keganjilan ini dan disaksikan oleh orang ramai.
Ketika itu beliau mahu menyemberang Sungai Kelantan tatkala di
tebing sebelah bandar Kota Bharu. Kebetulan perahu (motor bot)
yang hendak ditumpang itu penuh. Tuan empunya motor bot tidak
membenarkan Allahyarham naik kerana takut karam apabila
muatan terlebih. Menyedari itu, Allahyarham tidak jadi naik motor
bot itu. Tuan empunya motor bot itu terus menghidupkan enjin dan
mengemudikan motor botnya. Sesampai saja di tebing sebelah

sana, alangkah terperanjat mereka melihat Sidi Shaykh Muhammad


telah pun berada di tebing itu. Rupanya sebaik sahaja
Said
motor bot itu bergerak, Sidi Shaykh Muhammad Said
terus
terjun ke dalam sungai dan dalam sekelip mata saja beliau sudah
berada di tebing sana tanpa dibasahi setitik air pun.
Satu lagi kelebihan Almarhum adalah bersahabat dengan buaya.
Terdapat satu sungai di negeri Kedah yang tidak digunakan oleh
sesiapa pun kerana buaya di dalam sungai itu sungguh garang.
Suatu hari dalam perjalanan Tuan Shaykh Muhammad Said
merasa letih dan mahu mandi. Beliau berhajat untuk mandi di
sungai itu tetapi dilarang oleh penduduk kampung itu. Namun
kerana mahu mandi juga, Allahyarham tidak mempedulikan
larangan itu. Beliau terus terjun ke dalam sungai itu dan beberapa
ekor buaya yang dikatakan garang mengelilinginya. Digosoknya
buaya itu seekor demi seekor. Orang kampung yang tadi cemas
mula kehairanan dengan melihat kejadian itu.
memang menpunyai banyak
Tuan Shaykh Muhammad Said
kisah-kisah koramah. Satu lagi kisah yang berlaku ke atasnya ialah
ketika Allahyarham dan anak muridnya sedang dalam perjalanan
dari Seremban ke Kuala Lumpur untuk berdakwah. Matahari saat itu
sungguh terik, menjadikan semua ahli rombongan panas dan
dahaga. Air yang hendak diminum sudah tiada, apalagi kedai untuk
membelinya. Salah seorang ahli rombingan itu ada membawa cerek
air yang tidak berair. Melihat itu, Allahyarham mengambilnya dan
meminta ahli rombingan itu berhenti rehat untuk minum air.
Masing-masing berasa hairan, dari mana guru mereka itu hendak
mendapatkan air. Tetapi oleh kerana Allahyarham suruh berhenti,
maka masing-masing pun berhenti. Allahyarham mengambil cerek
kosong itu dan lantas menuangnya seperti cerek yang berair. Air
keluar dari cerek itu seperti cerek yang memang mempunyai air.
Telah disaksikan oleh semua ahli rombingan itu dengan hairan
sambil seorang demi seorang minum dari cerek itu.
Selain dari dikurniakan oleh Allah beberapa kelebihan dan
keistimewaan yang jarang didapati oleh orang lain, Tuan Shaykh
Muhammad Said
juga merupaka seorang dari ahli kashifeen, di
mana beliau boleh mengetahui sesuatu yang ghaib.
Kebolehan Allahyarham ini terbukti bila suatu ketika, tiga orang
pergi berjumpa dengan Tuan Shaykh Muhammad Said
untuk
bertanya beberapa masalah. Kebetulan saat itu waktu Maghrib tiba.
Tuan Shaykh Muhammad Said terus sholat berjemaah bersama tiga
orang pemuda itu. Selepas berwirid dan doa, tanpa tiga orang
pemuda itu mengajukan pertanyaan, Tuan Shaykh Muhammad

Said
terus menjawab soalan-soalan yang hendak dikemukakan
satu persatu. Mendengar penjelasan itu, ketiga orang pemuda itu
kehairanan kerana Allahyarham tahu akan soalan dan masalahnya.
Demikianlah kelebihan ilmu yang Allah kurniakan kepada
kekasihnya yang mengembangkan Tariqah Ahmadiah itu.
Dalam amalan dan ajaran Tariqah Ahmadiah, Tuan Shaykh
Muhammad Said
sangat menekankan kepada penyucian diri
melalui tiga perkara
1. selawat
2. zikrullah
3. membaca talqin khas Ahmadiah.
Penekanan kepada tiga perkara itu dalam Tariqah Ahmadiah adalah
penting untuk membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah bagi
membolehkan seorang itu menduduki martabat tertinggi dalam
hidupnya.
telah meninggal dunia
Walaupun Tuan Shaykh Muhammad Said
lebih satu abad, tetapi segala ilmu yang diajar dan diturunkan
kepada anak-anak muridnya terus berkembang dan diamalkan.
Berkat itu semua menyebabkan nama ulama itu masih segar dalam
kepala seluruh umat Islam di negara ini, apalagi kepada mereka
yang mahu menghampiri diri kepada Allah melalui ilmu hakikat dan
marifat.
Penerusan ilmu Allahyarham terus sambung menyambung dan
kalau diibaratkan kepada sungai, ianya mengalir terus. Beberapa
orang anak-anak Allahyarham serta cucu-cucunya telah mewarisi
ilmu yang dimiliki beliau.
Boleh dikatakan semua anak-anak Allahyarham muncul sebagai
ulama dan menjadi guru. Antara anak-anak Allahyarham yang turut
menjejaki langkahnya ialah Tuan Shaykh Abdullah
, Tuan Shaykh
Ahmad
, Tuan Shaykh Mansor
, Tuan Shaykh Muhammad Nur
,Tuan Shaykh Mahdi
, Tuan Shaykh Ibrahim
dan Tuan
Shaykh Rashid
. Namun, kesemuanya telah meninggal dunia.
Cucu yang tertua dan terkehadapan pula adalah Tuan Shaykh
Murtaza bin Shaykh Ahmad yang pada masih ini adalah Mufti
Negara Kerajaan Negei Sembilan Darul Khusus.

Anda mungkin juga menyukai