Anda di halaman 1dari 14

Fonetik (daripada perkataan Yunani (phon) "bunyi" atau

"suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia.


Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses
penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi
neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu
di India purba, berikutan
catatan Pinimengenai tempat dan kelakuan penghasilan
bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5
SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini
menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Panini.

Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang


bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan
kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukumhukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya,
manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif
dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan
pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.
Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala
bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi
manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal,
dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni
menurut Dr. Lufti Abas (1985).dan menurut ahli linguistik
Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik ditafsirkannya
sebagai the study of the sounds human beings employ when
speaking a language is phonetics yang bermaksud pengkajian
tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa
bertutur ialah fonetik.

Suprasegmental adalah sesuatu yang menyertai fonem tersebut


yang itu bisa berupa tekanan suara (intonation), panjang-pendek
(pitch), dan getaran suara yang menunjukkan emosi tertentu.
Nah, kesemua yang tercakup ke dalam istilah suprasegmenal itu
tidak bisa dipisahkan dari suatu fonem.

Suprasegmental adalah sesuatu yang menyertai fonem tersebut


yang itu bisa berupa tekanan suara (intonation), panjang-pendek
(pitch), dan getaran suara yang menunjukkan emosi tertentu.

Klausa merupakan deretan perkataan yang mengandungi subjek


dan predikat yang terdiri daripada dua jenis iaitu klausa bebas
dan klausa tidak bebas. Klausa bebas merupakan klausa yang
boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan klausa lain. Manakala
klausa tidak bebas merupakan klausa yang memerlukan klausa
lain untuk melengkapkan struktur ayat. Lazimnya klausa tidak
bebas hadir dalam ayat majmuk. Klausa juga ialah satu lagi unit
ayat yang agak berbeza daripada frasa.
Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa
mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai
subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status
ayat.
Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,

iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.


Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan
menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan
dan ayat campuran.
Hal ini kerana ayat-ayat ini mempunyai dua atau lebih klausa;
iaitu terdapat klausa bebas dan klausa tak bebas.
Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan
bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.S5 KLAUSA
Klausa ialah unit rangkaian perkataan yang mengandungi
subjek dan predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi
ayat. Sebagai kostituen dalam pembentukan ayat, klausa
terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak
bebas (terikat).

Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri dan


boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan
dengan intonasi yang sempurna atau ditulis dengan kaedah yang
betul. Sebaliknya klausa terikat tidak dapat berdiri sendiri. Lihat
contoh yang berikut ini:

dia berjaya

(Klausa bebas)

kerana anda tekun


berusaha
(Klausa terikat)

Dia berjaya.
(Ayat)

Kerana anda tekun


berusaha
(Bukan ayat)

Klausa bebas dengan sifatnya sebagai ayat yang


sempurna boleh juga menjadi sebahagian daripada ayat yang
lebih luas dan kompleks, seperti:

anda berjaya
(klausa bebas)

kerana anda tekun


berusaha
(klausa terikat)

menjadi:
Anda berjaya kerana anda tekun belajar.

S1Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,
bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan
bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang
bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada
bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah
proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk
dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Definisi Morfologi :
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam
buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan
Berbahasa,1997 : 83,morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini
merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.
Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan
definisi morfologi dalam buku Linguistik Am,2007 :

117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana


perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang
membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan
bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah
bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan
penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan
bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit
bahasa yang bermakna.

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,


bentuk kata, dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan
bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit
bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit
tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan
kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan
bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang
sama. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan edisi ketiga morfologi
bermaksud bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata dalam bahasa Melayu.
Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsure perkataan disebut
morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang
mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu.
Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi
mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri
dalam ayat.

Alomorf pula merupakan varian morfem. Sesuatu morfem diwujudkan


dalam bentuk fonologi sebagai suku kata, dan suku kata pula diwujudkan

oleh fonem. Yang kita dengar apabila disebut sesuatu kata, kata dasar atau
morfem terikat ialah kewujudan yang sebenar. Kewujudan inilah yang
dinamakan alomorf dalam ilmu linguistik. Misalnya, awalan me(N)mempunyai banyak alomorf iaitu me-, mem-, men-, meny-, mengdan menge-. Begitu juga dengan awalan pe(N) yang mempunyai
alomorf pe-, pem-, pen-, peny-, peng- dan penge-.

Alomorf ialah kelainan atau anggota sesuatu morfem.


Alomorf juga adalah anggota morfem yang sama, yang variasi
bentuknya disebabkan oleh pengaruh lingkungan yang
dimasukinya (KBBI, 2008:43).
Disebabkan/ditentukan oleh huruf/fonem awal kata dasar. , makna
dari deretan bentuk tersebut juga sama.

Perkataan

Proses

Imbuhan

tertawa

tiada pengguguran

mentertawakan

tulis

t digugurkan

menulis

Agar terlihat lebih jelas, alomorf dapat dilihat pada deretan


bentuk bahasa berikut:

(1)

melihat

(2)

merasa

(3)

membawa

(4)

membantu

(5)

mendengar

(6)

menduda

(7)

menyanyi

(8)

menyikat

(9)

menggali

(10)

menggoda

(11)

mengelas

(12)

mengetik

Dari deretan bentuk di atas, terlihat bentuk yang hampir sama,


bukan hanya itu

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,


bentuk dan penggolong kata Menurut Siti Hajar Hj.Husin Abdul
Aziz, dalam bukunyaTatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ),
1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu
cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal soal yang
berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata,
golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan
bentuk kata.Morfologi mengkaji selok belok bentuk kata dan
fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga
telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji
bagaimana morfem morfem itu bergabung untuk membentuk
ayat.
Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian
Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang
morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji
tentang perkataan dan cara cara pembentukkannya.
O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada
tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah
Yusoff dan rakan rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah

merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur


kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam
bukunyaLanguage yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol,
Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,
menyatakan bahawa Morfologi adalah konstruksi yang
mengandungi bentuk bentuk terikat antara konsituen
konsituennya.Morfologi meliputi konstruksi kata kata dan
bahagian kata.

S2
Alomorf adalah nama untuk bentuk tersebut kalau sudah
diketahui statusnya atau biasanya dikatakan bahwa anggota satu
morfem yang wujudnya berbeza tetapi yang mempunyai fungsi
dan makna yang sama dinamakan alomorf. Dengan kata lain
alomorf adalah perwujudan konkrit (di dalam penuturan) dari
sebuah morfem. Jadi setiap morfem tentu mempunyai alomorf,
entah satu, dua, atau enam buah.
Alomorf yang konkrit, yang ada dalam petuturan adalah alomorf,
yang tidak lain adalah realisasi dari morfem itu. Jadi, alomorf
adalah bentuk realisasi morfem yang bersifat nyata/ada.
Umpamanya morfem {-me} tulis direalisasikan dalam bentuk

prefix me- seperti terdapat pada menulis. Pada umumnya sebuah


morfem hanya memiliki sebuah alomorf. Namun, ada juga
morfem yang direalisasikan dalam beberapa bentuk alomorf.
Misalnya, morfem {me-} memiliki enam bentuk alomorf seperti
yang nampak pada

Dalam linguistik, pembentukan kata ialah proses


pembentukan perkataan baru. Pembentukan Kata boleh dibentuk melalui
tiga cara utama iaitu pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Proses Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu


Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai
beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan
yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di
samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh
perkataan
yang
dibentuk
secara
pengimbuhan
ialah meninggal danmeninggalkan.
Contoh
perkataan
yang
dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat
khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara
penggandaan ialah besar besar danbaju baju.
2.1 Pengimbuhan Kata
Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan.
Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan.
Imbuhan imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar
membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu
kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
2.2 Pemajmukan Kata
Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata
dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna
tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu
unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan
unsur lain.

2.3 Penggandaan Kata


Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang
menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar
boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa.
Kata dasar juga boleh diandakan secara berentak, iaitu
berdasarkan rentak bunyi tertentu.

Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut


prosesnya. Selalunya, pembentukan satu-satu perkataan itu
adalah melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau
pemajmukan.

Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang


tidak mengalami sebarang proses pembentukan. Contoh kata
tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu.Daripada
segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai
bentuk.Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh
mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata.

Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal.


Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan
menggabungkan huruf awal, suku kata, dan gabungan awal huruf

dan suku kata perkataan atau rangkai kata yang ditulis dan
dilafazkan sebagai perkataan tersendiri. Contohnya: cerpen
(daripada cerita pendek), Gapena (daripada Gabungan Penulis
Nasional), dan kugiran (kumpulan gitar rancak).

Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui


proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan
pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata
dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu imbuhan
awalan, yang hadir sebelum kata dasar, imbuhan akhiran, yang
hadir sesudah kata dasar, imbuhan apitan yang hadir secara
mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan
imbuhan sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.

Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis


kata terbitan, iaitu kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan.
Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhan-imbuhan
tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan
tata- contohnya, membentuk kata nama terbitan. Akhiran
imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu -an, -wan, -wati, dan
sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula
ialah awalan-awalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran -kan

dan -i. Jumlah apitan juga banyak dalam bahasa Melayu, misalnya
peN--an, ke--an, pe-an, dan peR--an yang membentuk
kata nama, dan meN--kan, beR-...-kan, meN--kan, meN--i,
dan mempeR--kan yang membentuk kata kerja.
Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan
merangkaikan beberapa kata dasar, dan bentuk yang terhasil
membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai
satu unit.Contohnya kapal terbang, gambar rajah dan terima
kasih.

Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda


ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata
dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa atau berentak.
Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu
kata dasar,contohnya cantik-cantik dan mata-mata. Penggandaan
separa bermakna pengulangan sebahagian daripada kata dasar
sahaja, yang boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata
terbitan. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar
tunggal biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya,
dan kata gandanya terletak pada bahagian hadapan kata dasar.
Vokal dalam bentuk gandaan itu juga mengalami proses

pelemahan, menjadikannya vokal (e) pepet. Misalnya, laki kepada


laki laki dan kemudian kepada lelaki.

Pembentukan kata ialah proses membentuk sesuatu perkataan. Perkataan dalam


sesuatu bahasa mengandungi bentuk. Yang dikatakan bentuk perkataan ialah rupa
unsur tatabahasa. Perkataan dalam bahasa Melayu dapat dijeniskan kepada empat
bentuk, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, dan kata majmuk. Contohnya:
Batu ( kata tunggal ) Batuan ( kata terbitan ) Batu-batu ( kata ganda ) Kepala batu
( kata majmuk )

Anda mungkin juga menyukai