Anda di halaman 1dari 13

Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (2), 14-26 (2013)

ISSN: 2231-9425

KEPERCAYAAN MATEMATIK DAN KEFAHAMAN


KONSEPTUAL PELAJAR DALAM
TOPIK INTEGRAL
(Students Mathematical Beliefs and Conceptual Understanding of Integral)
Agus Rizal, Effandi Zakaria
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Bagi sebilangan pelajar, matematik dirasakan sebagai sesuatu yang sukar, membosankan, sangat tidak
praktikal dan abstrak. Mengubah fahaman negatif tentang matematik atau menanamkan fahaman yang
positif terutama kepada pelajar adalah perkara yang asas, dan bukan perkara yang mudah. Oleh itu, kajian
ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepercayaan pelajar tentang diri mereka sebagai pelajar
matematik, disiplin matematik, pengajaran dan pembelajaran matematik. Selain itu, kajian ini juga
menentukan kefahaman konseptual pelajar dalam topik integral serta perkaitan di antara pemboleh ubah
yang dikaji. Kajian ini berbentuk tinjauan semasa dan telah dijalankan kepada 203 orang pelajar tahun
ketiga yang menuntut di Sekolah Menengah Atas Negeri, Kota Madya Dumai, Provinsi Riau, Indonesia.
Data dipungut daripada responden dengan menggunakan soal selidik kepercayaan pelajar tentang
matematik dan satu set soalan ujian matematik. Kajian mendapati kebanyakan pelajar mempunyai
kepercayaan matematik yang tinggi dalam setiap dimensi kepercayaan matematik mereka.
Bagaimanapun, didapati kefahaman konseptual dalam topik integral masih lemah. Keputusan kajian juga
mendapati kefahaman konseptual dalam topik integral mempunyai hubungan positif yang signifikan
dengan semua dimensi kepercayaan matematik yang dikaji.
Kata Kunci: Kepercayaan pelajar, kefahaman konseptual, integral, kepercayaan matematik

ABSTRACT
Mathematics is always perceived as difficult, tedious, impractical, and abstract. Changing a negative
belief about mathematics or instilling positive beliefs especially to students is something fundamental,
and not a simple matter. Therefore, this study aimed to identify the students' beliefs about themselves as
students of mathematics, the discipline of mathematics, and mathematics teaching and learning. In
addition, this study sought to determine students' conceptual understanding of the integral and the
relationship between the variables studied. A survey was carried out on 203 third year students enrolled
in Sekolah Menengah Atas Negeri, Kota Madya Dumai, Provinsi Riau, Indonesia. The instruments used
were a conceptual understanding test and questionnaires of student beliefs about mathematics. The study
showed that most students hold high mathematics beliefs in every dimension of their mathematical beliefs.
However, their conceptual understanding of the integral was weak. It was also found that there was a
significant positive correlation between conceptual understanding of the integral and all dimensions of
mathematical beliefs.
Key words: students' beliefs, conceptual understanding, integral, mathematics beliefs

PENGENALAN
Isu kurangnya minat seseorang terhadap matematik kerap dibincangkan dalam kalangan
masyarakat (Lazim et al., 2004). Masalah ini timbul disebabkan oleh kepercayaan

Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (2), 14-26 (2013)


ISSN: 2231-9425
negatif pelajar terhadap matematik, iaitu kepercayaan negatif terhadap diri mereka
sebagai pelajar matematik, terhadap matematik itu sendiri, dan terhadap pengajaran dan
pembelajaran matematik. Menurut Szydlik (2000), kepercayaan negatif pelajar
merupakan sebab mengapa sebilangan pelajar menghadapi kesukaran dalam disiplin
matematik, seterusnya mempengaruhi pencapaian matematik mereka (Moscucci, 2007).
Kajian yang telah dijalankan di luar negara mendapati terdapat sebilangan pelajar yang
mempunyai kepercayaan bahawa kejayaan dalam matematik bukanlah disebabkan oleh
usaha gigih mereka tetapi lebih disebabkan oleh bakat atau kemampuan semula jadi
dalam diri pelajar tersebut (Chen & Stevenson, 1995; Holloway et al., 1986; Randel et
al., 2000; Schommer, 1993). Manakala menurut Ticha dan Baresova (2000), pelajarpelajar telah membuat kesimpulan bahawa hanya individu-individu yang terpilih iaitu
mereka yang memiliki kemampuan semula jadi dibenarkan memahami rahsia
matematik. Mereka selalu meragui kemampuan diri dan terlalu menunjukkan
kekurangan serta cenderung dalam mengaitkan isu kegagalan dengan kemampuan diri.
Mereka juga kerap menunjukkan harapan yang tipis terhadap kejayaan, mudah
menyerah kalah, dan sekiranya mereka berjaya, mereka akan mengatakan bahawa
kejayaan tersebut diperoleh kerana masalah yang dihadapi mudah mendapat bantuan
daripada guru dan rakan sekelas, atau hanya bernasib baik semata-mata (Chapman,
1988).
Kajian mengenai kepercayaan pelajar yang negatif tentang disiplin matematik juga telah
dijalankan. Hasil kajian mendapati sebilangan pelajar telah memandang negatif
terhadap disiplin matematik daripada awal lagi, sebelum mereka membuat penyelesaian
masalah matematik yang sebenarnya (Marshall, 1989). Tambahan pula menurut Ignacio
et al. (2006), sebahagian besar mereka percaya bahawa mata pelajaran matematik
merupakan sumber kerisauan, putus asa, dan yang paling membimbangkan ialah
sebilangan pelajar percaya bahawa matematik merupakan disiplin yang membosankan.
Selain itu, hasil kajian Schoenfeld (1988) mendapati pelajar mempunyai pandangan
yang tidak tepat tentang sifat matematik, iaitu memandang semua masalah matematik
dapat diselesaikan hanya dalam beberapa minit sahaja. Jika gagal menyelesaikannya,
mereka tidak perlu membuang masa untuk menyiapkannya. Manakala daripada hasil
kajian Baki et al. (2009) pula didapati terdapatnya hubungan kepercayaan pelajar yang
negatif tentang pengajaran dan pembelajaran matematik, dan didapati bahawa
pengajaran guru di dalam bilik darjah tidak menghubungkaitkan konsep matematik
dengan kehidupan sebenar. Akibatnya, pelajar merasakan pengajaran dan pembelajaran
matematik di dalam bilik darjah tidak memberikan impak kepada kehidupan mereka.
Isu-isu yang dibincangkan turut berlaku di Indonesia. Hasil kajian Ika (2009) berhubung
kepercayaan negatif terhadap diri sebagai pelajar matematik mendapati pelajar
mempunyai perasaan takut yang keterlaluan apabila membuat kesalahan dan
menganggap matematik adalah disiplin yang sangat sukar difahami. Hasil kajian
Andayani dan Afiatin (1996) terhadap pelajar Sekolah Menengah Atas di kawasan
Daerah Istimewa Yogyakarta pula mendapati kebanyakan masalah yang dialami oleh
pelajar adalah disebabkan kurangnya rasa percaya terhadap diri. Manakala dalam aspek
kepercayaan pelajar yang negatif tentang disiplin matematik, sebilangan pelajar telah
memandang negatif disiplin matematik daripada awal lagi kerana minda mereka telah
dipengaruhi oleh anggapan-anggapan negatif tentang matematik (Melly, 2009). Malah
15

Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (2), 14-26 (2013)


ISSN: 2231-9425
kebanyakan pelajar sejak awal lagi sudah berasa fobia sehingga tidak pernah atau malas
untuk mempelajari matematik.
Menurut Annisa dan Filia (2005), punca kepercayaan pelajar yang negatif tentang
pengajaran dan pembelajaran matematik adalah disebabkan oleh pandangan pelajar
yang negatif terhadap kompetensi profesional guru. Dengan lain perkataan, pelajar
mempunyai tanggapan negatif terhadap kemampuan dan peranan guru matematik dalam
melaksanakan proses pengajaran mata pelajaran matematik di dalam bilik darjah.
Dapatan Annisa dan Filia (2005) menunjukkan bahawa seramai 16.95% pelajar didapati
mempunyai pandangan yang negatif terhadap kompetensi profesional guru, seramai
66.10% pelajar didapati tidak boleh menentukan pilihan sama ada kepada pilihan positif
atau negatif, manakala selebihnya seramai 16.95% pelajar didapati mempunyai
pandangan positif terhadap kompetensi profesional guru. Selain itu, mengikut hasil
kajian Togi dan Syafari (2008) didapati sebilangan pelajar tahun pertama yang
menuntut di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 1 Medan mempunyai persepsi negatif
terhadap pengajaran guru.
Dalam mata pelajaran matematik topik integral adalah salah satu topik yang penting
untuk dipelajari. Bagaimanapun, sebilangan pelajar didapati lemah dalam penguasaan
topik integral. Keputusan ujian menunjukkan sebanyak 73.81% pelajar SMA Negeri 5
memperoleh markah kurang dari 60. Manakala bagi pelajar SMA Negeri Binsus,
Dumai, 33.89% memperoleh markah kurang daripada 60 (Laporan Peperiksaan SMAN
5 Dumai, 2009; Laporan Peperiksaan SMAN Binsus Dumai, 2009). Kajian Shafia
(2005) mendapati sebilangan pelajar mengalami kesukaran dalam memahami topik
integral, kerana dipengaruhi oleh: (1) masalah derivative, dan, (2) banyaknya sifat dari
integral, sebagai salingan daripada derivative mahupun sebagai alat bagi mengira luas
kawasan dan isi padu. Secara keseluruhannya, pelajar didapati kurang menguasai topik
integral ini. Pendekatan pembelajaran yang lebih menitikberatkan kepada kaedah
pembelajaran prosedur dikatakan memberi impak negatif kepada pelajar untuk tidak
tertarik mempelajari dengan mendalam topik yang mereka pelajari. Kesemua perkara ini
tidak terlepas daripada kepercayaan matematik yang mereka miliki yang mana
peristiwa-peristiwa yang telah mereka lalui daripada pengalaman belajar pada masa
lampau telah turut membentuk kepercayaan mereka (Lazim et al., 2004; Togi & Syafari,
2008). Akhirnya, kesemua perkara ini membawa kepada krisis kepercayaan iaitu apakah
kepercayaan terhadap diri selaku pelajar, kepercayaan terhadap disiplin matematik
mahupun kepercayaan terhadap guru, dan seterusnya menjejaskan kefahaman
konseptual mereka.
Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepercayaan pelajar dan kefahaman
konseptual mereka dalam topik Integral serta perkaitannya. Secara khususnya, objektif
kajian adalah seperti berikut:
a) Mengenal pasti tahap kepercayaan pelajar terhadap diri mereka sebagai pelajar
matematik, kepercayaan pelajar terhadap disiplin matematik, dan kepercayaan
pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik
b) Menentukan kefahaman konseptual pelajar dalam topik Integral
c) Menentukan adakah terdapat hubungan antara kepercayaan pelajar terhadap diri
mereka sebagai pelajar matematik, disiplin matematik mahupun pengajaran dan
16

Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (2), 14-26 (2013)


ISSN: 2231-9425
pembelajaran matematik, dengan kefahaman konseptual pelajar dalam topik
Integral

METODOLOGI
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini melibatkan seramai 462 pelajar Kelas XII Jurusan Ilmu Pengetahuan
Alam yang menuntut di semua Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) di Kota Madya
Dumai. Sampel bagi kajian ini pula berjumlah 203 orang pelajar. Bilangan sampel
tersebut diperoleh dengan menggunakan jadual menentukan saiz sampel yang dibina
oleh Krejcie dan Morgan (1970). Jadual tersebut memberikan kemudahan dalam
menentukan saiz sampel yang representatif untuk mewakili populasi. Berdasarkan
kepada jadual tersebut, seramai 203 orang pelajar telah dipilih secara rawak mudah
daripada populasi yang telah diketahui bilangannya secara tepat dengan 95 peratus aras
keyakinan.
Instrumen Kajian
Terdapat dua buah instrumen yang digunakan dalam kajian ini, iaitu soal selidik
kepercayaan matematik dan ujian kefahaman konseptual Integral. Soal selidik
kepercayaan matematik mengandungi tiga dimensi kepercayaan yang digunakan untuk
mengukur kepercayaan mereka terhadap matematik. Manakala instrumen ujian
kefahaman konseptual Integral pula digunakan untuk mengukur kefahaman konseptual
pelajar dalam topik integral.
Soal Selidik Kepercayaan Matematik
Instrumen kepercayaan matematik yang digunakan dalam kajian ini adalah hasil
adaptasi daripada instrumen Beliefs about Mathematical Problem Solving (Kloosterman
& Stage, 1992), Students Mathematics-Related Beliefs Questionnaire (MRBQ) (Opt
Eynde & De Corte, 2003), dan instrumen yang dibina oleh Randel et al. (2000).
Pengkaji kemudiannya mengubahsuai instrumen-instrumen tersebut agar ia bersesuaian
dengan keperluan kajian bagi pelajar Indonesia. Pengkaji telah merujuk instrumen yang
digunakan oleh Roslina (2007) sebagai panduan. Instrumen kepercayaan matematik ini
dibahagikan kepada tiga dimensi kepercayaan pelajar terhadap matematik, iaitu:
Kepercayaan pelajar terhadap diri mereka sebagai pelajar matematik;
Kepercayaan pelajar terhadap disiplin matematik; dan
Kepercayaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik.
Setiap dimensi yang dinyatakan dibahagikan pula kepada beberapa sub dimensi.
Kepercayaan pelajar terhadap diri mereka sebagai pelajar matematik terdiri daripada
kepercayaan tentang: (a) usaha gigih, (b) kemampuan semula jadi, (c) keyakinan dan
ketekunan dalam menyelesaikan masalah, dan (d) keupayaan menyelesaikan masalah
yang mengambil masa. Kepercayaan pelajar terhadap disiplin matematik pula terdiri
daripada kepercayaan tentang: (a) kepentingan matematik dalam kehidupan dan sifat
17

Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (2), 14-26 (2013)


ISSN: 2231-9425
ilmu matematik, (b) ciri penyelesaian masalah matematik, (c) kepentingan penyelesaian
masalah dalam matematik, dan (d) kepentingan kemahiran mengira dalam penyelesaian
masalah matematik. Manakala kepercayaan pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran matematik terdiri daripada kepercayaan tentang: (a) kepentingan
memahami konsep matematik, dan (b) peranan dan fungsi guru matematik. Dalam
kajian ini, item-item daripada instrumen Beliefs about Mathematical Problem Solving
ialah item bagi sub dimensi kepercayaan pelajar terhadap usaha gigih, keyakinan dan
ketekunan dalam menyelesaikan masalah, keupayaan menyelesaikan masalah yang
mengambil masa, kepentingan matematik dalam kehidupan dan sifat ilmu matematik,
ciri penyelesaian masalah matematik, kepentingan penyelesaian masalah dalam
matematik, kepentingan kemahiran mengira dalam penyelesaian masalah matematik,
dan kepentingan memahami konsep matematik. Manakala item-item daripada instrumen
Students Mathematics-Related Beliefs Questionnaire ialah item bagi sub dimensi
kepercayaan pelajar terhadap peranan dan fungsi guru matematik. Seterusnya, item-item
daripada instrumen yang dibina oleh Randel et al. (2000) pula ialah item bagi sub
dimensi kepercayaan pelajar terhadap kemampuan semula jadi.
Soal selidik kepercayaan matematik ini keseluruhannya mengandungi 38 item.
Sebanyak 12 item digunakan untuk mengukur kepercayaan pelajar terhadap diri mereka
sebagai pelajar matematik, 12 item digunakan untuk mengukur kepercayaan pelajar
terhadap disiplin matematik dan 14 item digunakan bagi mengukur kepercayaan pelajar
tentang pengajaran dan pembelajaran matematik. Skor bagi setiap item adalah pada
skala enam mata, iaitu 1 mewakili Sangat Tidak Setuju, 2 mewakili Tidak Setuju, 3
mewakili Agak Tidak Setuju, 4 mewakili Agak Setuju, 5 mewakili Setuju, dan 6
mewakili Sangat Setuju.
Ujian Kefahaman Konseptual Integral
Instrumen Ujian Kefahaman Konseptual Integral yang digunakan dalam kajian ini
dibina oleh pengkaji dengan dibantu oleh beberapa orang guru pakar matematik
berpengalaman. Ia digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengukur kefahaman
konseptual yang dimiliki oleh pelajar berkaitan topik Integral. Instrumen ini
dibangunkan dengan merujuk kepada buku-buku matematik yang dikeluarkan oleh
Departmen Pendidikan Republik Indonesia (Sunardi et al., 2008; Marten, 2004; Sukino,
2007; Kuntarti et al., 2007). Pengkaji juga merujuk buku Bank Soalan Matematik
(Sulistiyono, 2007) dan buku Kalkulus dan Geometri Analitis (Purcell & Varberg,
1991) serta jurnal-jurnal berkaitan bagi memastikan soalan-soalan ujian yang dibina
merupakan soalan kefahaman konseptual. Soalan-soalan ujian dibina dengan
berpandukan kepada sukatan pelajaran matematik Sekolah Menengah Atas untuk
Pelajar Kelas XII Jurusan Ilmu Pengetahuan Alam. Untuk soalan ujian ini, dua
Kompetensi Dasar dipilih, iaitu: (i) Memahami Konsep Integral Tak Tentu dan Integral
Tentu, dan (ii) Menggunakan Integral untuk Mengira Luas Kawasan di Bawah
Lengkungan dan Isi Padu Bongkah. Ujian kefahaman konseptual integral ini
mengandungi enam soalan matematik berayat. Tiga soalan daripadanya merupakan item
daripada menyelesaikan masalah sederhana yang melibatkan integral tak tentu dan
integral tentu, satu soalan merupakan item daripada mengira luas kawasan yang dibatasi
oleh lengkungan dan paksi X-Y, satu soalan merupakan item daripada mengira isi padu
bongkah dari sebuah lengkungan yang diputar, dan satu soalan terakhir merupakan item
18

Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (2), 14-26 (2013)


ISSN: 2231-9425
daripada mengira isi padu bongkah antara dua lengkungan yang diputar. Ciri masalah
matematik yang dikemukakan dalam soalan-soalan yang dibina adalah yang
memerlukan pelajar membuat kefahaman. Walaupun soalan-soalan yang dibina tersebut
semuanya berasaskan pada sukatan pelajaran, namun masalah matematik yang
dikemukakan adalah berkaitan dengan kehidupan sebenar, mencabar serta memerlukan
analisis dan interpretasi.

DAPATAN KAJIAN
Tahap Kepercayaan Pelajar terhadap Diri Mereka sebagai Pelajar Matematik,
Disiplin Matematik, dan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Tahap kepercayaan pelajar terhadap diri mereka sebagai pelajar matematik, disiplin
matematik mahupun pengajaran dan pembelajaran matematik, dalam kajian ini
diterjemahkan berdasarkan interpretasi skor min tahap kepercayaan matematik yang
telah dibina. Tahap kepercayaan matematik pelajar bagi setiap dimensi merupakan
maklum balas ataupun darjah persetujuan pelajar terhadap setiap item yang mewakili
dalam setiap dimensi.
Jadual 1.Tahap Kepercayaan Pelajar terhadap Diri Mereka sebagai Pelajar Matematik, Disiplin
Matematik, dan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Pemboleh ubah
Kepercayaan Pelajar terhadap Diri
Mereka sebagai Pelajar Matematik
Kepercayaan Pelajar terhadap
Disiplin Matematik
Kepercayaan Pelajar terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik

Tahap
Rendah
Sederhana
Tinggi
Rendah
Sederhana
Tinggi
Rendah
Sederhana
Tinggi

Kekerapan (n)
0
33
170
0
18
185
2
53
148

Peratus (%)
0.0
16.3
83.7
0.0
8.9
91.1
1.0
26.1
72.9

Jadual 1 menunjukkan tahap kepercayaan pelajar terhadap diri mereka sebagai pelajar
matematik, disiplin matematik, dan pengajaran dan pembelajaran matematik. Bagi
kepercayaan pelajar terhadap diri mereka sebagai pelajar matematik, analisis data
mendapati tidak terdapat pelajar yang mempunyai tahap kepercayaan rendah. Manakala
bilangan pelajar yang mempunyai tahap kepercayaan sederhana adalah 33 orang
(16.3%) dan yang mempunyai tahap kepercayaan tinggi pula adalah 170 orang (83.7%).
Bagi kepercayaan pelajar terhadap disiplin matematik, keputusan analisis data turut
mendapati bahawa tidak terdapat seorang pelajar pun yang mempunyai tahap
kepercayaan rendah. Bilangan pelajar yang mempunyai tahap kepercayaan sederhana
dan tinggi pula masing-masing ialah 18 orang (8.9%) dan 185 orang (91.1%). Bagi
kepercayaan pelajar tentang pengajaran dan pembelajaran matematik pula, analisis data
mendapati terdapat 2 orang pelajar (1%) yang mempunyai tahap kepercayaan yang
rendah. Pelajar-pelajar yang mempunyai tahap kepercayaan sederhana ialah 53 orang
19

Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (2), 14-26 (2013)


ISSN: 2231-9425
(26.1%). Manakala bilangan pelajar yang mempunyai tahap kepercayaan tinggi ialah
148 orang (72.9%).
Pengkaji kemudiannya mendapatkan nilai purata tahap kepercayaan pelajar bagi setiap
dimensi kepercayaan matematik. Secara keseluruhannya, nilai-nilai min sebagaimana
yang ditunjukkan dalam Jadual 2 menunjukkan purata tahap kepercayaan pelajar dalam
setiap dimensi kepercayaan matematik adalah tinggi.
Jadual 2. Purata Tahap Kepercayaan Pelajar terhadap Diri Mereka sebagai Pelajar Matematik, Disiplin
Matematik, dan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Perkara

Purata

Min

Tahap Kepercayaan Pelajar tentang Diri


Mereka sebagai Pelajar Matematik
Tahap Kepercayaan Pelajar tentang
Disiplin Matematik
Tahap Kepercayaan Pelajar tentang
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Tinggi

4.90

Tinggi

5.09

Tinggi

4.68

Kefahaman Konseptual Pelajar dalam Topik Integral


Kefahaman konseptual pelajar dalam topik Integral diukur melalui markah yang
diperoleh pelajar dalam ujian yang telah dibangunkan. Sebagaimana yang ditunjukkan
dalam Jadual 3, bilangan pelajar yang mencapai markah 84 hingga 95 ialah 4 orang
(2%), markah 72 hingga 83 ialah 12 orang (5.9%), markah 60 hingga 71 ialah 23 orang
(11.3%), dan bilangan pelajar yang memperoleh markah kurang daripada 60 ialah 164
orang (80.8%). Pengelompokan seperti ini merujuk kepada had minimum kejayaan
yang perlu dicapai oleh seseorang pelajar dalam sistem pendidikan di Indonesia. Dalam
kajian ini, had minimum kejayaan yang digunakan adalah 60. Ini bermaksud apabila
seseorang pelajar belum mencapai markah 60, mereka perlu mengikuti ujian
pengulangan.
Jadual 3. Markah Hasil Ujian Pelajar
Markah
84 95

Kekerapan
4

Peratusan
2.0

72 83
60 71
< 60

12
23
164

5.9
11.3
80.8

Min markah ujian kefahaman konseptual Integral ialah 37.37. Keputusan ini
menunjukkan min markah adalah rendah. Min tersebut menjelaskan bahawa kefahaman
konseptual dalam topik Integral yang dimiliki oleh pelajar secara keseluruhan adalah
lemah. Sisihan Piawai yang diperoleh bagi ujian ini pula adalah 22.08. Pekali yang
diperoleh ini menjelaskan bahawa taburan markah ujian pelajar adalah sangat
bervariasi. Min dan Sisihan Piawai bagi ujian kefahaman konseptual integral ini
ditunjukkan dalam Jadual 4 berikut.
20

Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (2), 14-26 (2013)


ISSN: 2231-9425
Jadual 4. Min dan Sisihan Piawai bagi Ujian Kefahaman Konseptual Integral
Ujian

Min

Sisihan Piawai

Ujian Kefahaman Konseptual Integral

37.37

22.08

Hubungan antara Kepercayaan Matematik Pelajar dengan Kefahaman


Konseptual Pelajar dalam Topik Integral
Keputusan analisis data dalam Jadual 5 mendapati hubungan yang signifikan antara
kepercayaan pelajar terhadap diri mereka sebagai pelajar matematik dengan kefahaman
konseptual dalam topik Integral. Juga didapati, terdapat hubungan yang signifikan
antara kepercayaan pelajar terhadap disiplin matematik dengan kefahaman konseptual
dalam topik Integral dan terdapat hubungan yang signifikan antara kepercayaan pelajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dengan kefahaman konseptual dalam
topik Integral.
Jadual 5. Korelasi (r) antara Kepercayaan Matematik Pelajar dengan Kefahaman
Konseptual dalam Topik Integral
Hubungan
Kepercayaan pelajar terhadap diri mereka sebagai
pelajar matematik dengan kefahaman konseptual dalam
topik Integral
Kepercayaan pelajar tentang disiplin matematik dengan
kefahaman konseptual dalam topik Integral
Kepercayaan pelajar tentang pengajaran dan
pembelajaran matematik dengan kefahaman konseptual
dalam topik Integral
** Signifikan pada aras p < 0.05 (dua hujung)

Korelasi (r)

Sig.

203

0.202**

0.004

203

0.243**

0.000

203

0.244**

0.000

Pekali korelasi yang diperoleh bagi hubungan kepercayaan pelajar terhadap diri mereka
sebagai pelajar matematik, disiplin matematik dan pengajaran dan pembelajaran
matematik dengan kefahaman konseptual pelajar dalam topik integral berturut-turut
ialah 0.202, 0.243, 0.244, dengan semua nilai kebarangkalian berada di bawah aras yang
ditetapkan p < 0.05. Menurut Mohd. Majid (1994), hubungan dengan indeks korelasi
antara 0.20 < x 0.40 merupakan hubungan yang lemah tetapi signifikan.
PERBINCANGAN
Tahap Kepercayaan Pelajar terhadap Diri Mereka sebagai Pelajar Matematik,
Disiplin Matematik, dan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Kajian mendapati tahap kepercayaan pelajar terhadap diri mereka sebagai pelajar
matematik, disiplin matematik mahupun pengajaran dan pembelajaran matematik bagi
kebanyakan pelajar adalah berada pada kategori tinggi. Kajian juga mendapati
sebilangan kecil pelajar mempunyai tahap kepercayaan sederhana dalam setiap dimensi
21

Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (2), 14-26 (2013)


ISSN: 2231-9425
kepercayaan matematik. Malahan tidak didapati pelajar dengan tahap kepercayaan
rendah untuk kepercayaan terhadap diri sebagai pelajar matematik mahupun disiplin
matematik. Namun didapati beberapa orang pelajar berada pada tahap kepercayaan
rendah berhubung kepercayaan terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik.
Pengkaji berpendapat, kecenderungan kebanyakan pelajar mempunyai tahap
kepercayaan tinggi dalam setiap dimensi adalah tidak terlepas daripada faktor galakan
guru yang sangat dominan dalam memberikan rangsangan kepada pelajar. Selain itu,
disebabkan mereka merupakan pelajar Jurusan Ilmu Pengetahuan Alam yang mana
jurusan ini merupakan jurusan yang menekankan kepada mata pelajaran matematik,
maka secara tidak langsung mereka mempunyai tahap kepercayaan matematik yang
lebih tinggi berbanding rakan mereka daripada jurusan yang lain. Walaupun demikian,
pengkaji juga berpendapat bahawa dapatan kepercayaan pelajar dengan tahap yang
tinggi ini bukanlah benar-benar mencerminkan jati diri pelajar yang sebenarnya tetapi
lebih kepada menjaga imej mereka sebagai pelajar Jurusan Ilmu Pengetahuan Alam.
Rakan-rakan mereka daripada jurusan yang lain kerap memandang mereka sebagai
pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran matematik dan berkemampuan, sedangkan
ramai antara mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran matematik.
Kajian ini mendapati tiada pelajar dengan tahap kepercayaan rendah berhubung
kepercayaan terhadap diri sebagai pelajar matematik mahupun disiplin matematik.
Perkara ini mungkin disebabkan mereka memandang diri mereka sebagai pelajar
terpilih dan berasa mampu dengan mata pelajaran matematik. Bagaimanapun, kajian
mendapati terdapat beberapa orang pelajar dengan tahap kepercayaan rendah terhadap
pengajaran dan pembelajaran matematik. Pengkaji berpendapat pelajar-pelajar inilah
yang cuba memberikan penilaian yang sebenar mengenai pandangan terhadap cara
matematik diajar dan dipelajari. Dalam hal ini mereka berasakan amalan guru semasa
mengajar matematik adalah masih jauh daripada pengajaran yang berkesan. Walau
bagaimanapun, dapatan kepercayaan pelajar dengan tahap kepercayaan yang tinggi
dalam setiap dimensi dalam kajian ini adalah sedikit berbeza daripada dapatan Roslina
(2007). Kajian Roslina (2007) mendapati kepercayaan pelajar secara keseluruhan bagi
dimensi kepercayaan terhadap diri adalah berada pada tahap yang tinggi. Kepercayaan
pelajar secara keseluruhan bagi dimensi kepercayaan terhadap disiplin matematik pula
dikategorikan kepada tahap sederhana. Manakala kepercayaan pelajar secara
keseluruhan bagi dimensi kepercayaan terhadap pengajaran dan pembelajaran
matematik dikategorikan berada pada tahap tinggi.
Kefahaman Konseptual Pelajar dalam Topik Integral
Kajian menunjukkan bahawa pelajar secara keseluruhannya didapati mempunyai
kefahaman konseptual yang lemah dalam topik Integral. Kegagalan pelajar dalam ujian
kefahaman konseptual integral ini, mungkin disebabkan tumpuan soalan kepada aplikasi
berkaitan kehidupan sebenar yang dipersembahkan dalam bentuk soalan berayat di
mana ia memerlukan analisis dan interpretasi. Ini juga berkait rapat dengan amalan yang
digunakan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu cara matematik diajar
dan dipelajari lebih menekankan kepada kemahiran prosedur. Melalui pengalaman
pengkaji, perkara ini boleh dikatakan berlaku terhadap semua topik pembelajaran
matematik. Guru mungkin kesuntukan masa mengajar sesuatu topik matematik dengan
22

Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (2), 14-26 (2013)


ISSN: 2231-9425
mendalam, disebabkan bilangan subjek yang mesti diajar dengan masa yang tersedia
bagi mengajarkan kursus-kursus tersebut dalam satu semester pembelajaran atau satu
tahun pembelajaran. Dapatan kajian kefahaman konseptual ini disokong oleh dapatan
kajian Mason dan Scrivani (2004) yang mendapati pelajar-pelajar mempunyai
kemampuan yang sangat rendah dalam menyelesaikan soalan matematik bukan rutin.
Hubungan antara Kepercayaan Matematik
Konseptual Pelajar dalam Topik Integral

Pelajar

dengan

Kefahaman

Perbincangan seterusnya menekankan kepada hubungan antara kepercayaan matematik


dan kefahaman konseptual dalam topik integral. Kajian ini mendapati kepercayaan
pelajar tentang diri mereka sebagai pelajar matematik, disiplin matematik mahupun
pengajaran dan pembelajaran matematik mempunyai hubungan positif yang signifikan
dengan kefahaman konseptual dalam topik integral. Ini bermakna pelajar yang
mempunyai kepercayaan terhadap diri, disiplin matematik mahupun pengajaran dan
pembelajaran matematik boleh mempunyai kefahaman konseptual yang baik. Kajian
Oroz (2000) mendapati semakin pelajar berminat terhadap masalah matematik yang
dikemukakan oleh guru maka semakin tinggi skor pencapaian pelajar. Kemudian Lazim
et al. (2004) juga mendapati hal yang serupa, iaitu semakin tinggi kepercayaan pelajar
kepada pengajaran guru maka semakin berasakan akan kepentingan matematik. Randel
et al. (2000) juga memperoleh dapatan kajian yang serupa iaitu pelajar mempunyai
kepercayaan bahawa faktor pengajaran guru membawa kesan kepada pencapaian
matematik. Chen dan Stevenson (1995) pula mendapati pelajar mempunyai kepercayaan
bahawa pengajaran guru mempengaruhi kejayaan matematik.
Dapatan kepercayaan pelajar terhadap disiplin matematik dalam kajian ini menyokong
dapatan kajian Mason (2003). Mason (2003) mendapati semakin pelajar percaya dengan
kemampuan mereka menyelesaikan masalah matematik yang sukar, semakin mereka
menyedari akan kegunaan matematik dan seterusnya semakin baik pencapaian
matematik mereka. Kajian Szydlik (2000) menunjukkan pelajar dengan kepercayaan
bahawa matematik merupakan sesuatu yang logik dan konsisten, didapati mempunyai
kefahaman konseptual yang lebih baik berbanding pelajar yang menganggap matematik
merupakan mata pelajaran yang mesti dihafal.
Dapatan kepercayaan pelajar terhadap diri sebagai pelajar matematik pula disokong oleh
dapatan Carmichael dan Taylor (2005) yang telah menjalankan kajian ke atas 129 orang
pelajar. Beliau mendapati kepercayaan pelajar terhadap kemampuannya untuk berjaya
dalam subjek matematik mempunyai korelasi positif dengan skor ujian matematik.
Dalam kajian ini mendapati bahawa kebanyakan pelajar mempunyai kepercayaan
matematik yang tinggi dalam setiap dimensi kepercayaan, manakala kefahaman
konseptual mereka masih lemah. Tahap kepercayaan pelajar yang tinggi,
berkemungkinan disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya faktor galakan guru, faktor
keadaan pelajar dan sebagainya. Kepercayaan pelajar yang tinggi akan membawa
kepada kefahaman konseptual yang tinggi. Dapatan kajian ini menyokong dapatan
Wang (2004). Wang (2004) mendapati semakin tinggi kepercayaan pelajar terhadap
pemboleh ubah kegigihan belajar, maka semakin tinggi pencapaian matematik. Selain
berkaitan amalan pelajar dalam kehidupan seharian, faktor amalan guru matematik di
dalam bilik darjah juga perlu diberi perhatian. Amalan guru di dalam bilik darjah masih
23

Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (2), 14-26 (2013)


ISSN: 2231-9425
jauh daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran kefahaman konseptual, iaitu
mengajar dan mempelajari matematik dengan mendalam. Hal ini disokong dengan
dapatan kajian Baki et al. (2009). Baki et al. (2009) mendapati bahawa pelajar
mempunyai harapan yang besar terhadap amalan guru untuk menghubungkaitkan
konsep matematik dengan kehidupan sebenar. Namun mereka berasa kecewa kerana
proses tersebut tidak dilaksanakan dengan baik. Hal ini menjadikan pelajar semakin
sukar untuk memiliki kefahaman konseptual yang baik.

KESIMPULAN
Kajian ini mendapati bahawa kebanyakan pelajar mempunyai tahap kepercayaan
matematik yang tinggi dalam setiap dimensi kepercayaan matematik. Walau
bagaimanapun, kefahaman konseptual mereka masih didapati lemah. Kepercayaan yang
tinggi atau positif sahaja tidaklah cukup bagi memberikan kefahaman konseptual yang
baik tanpa diiringi dengan pelaksanaannya, dan juga belajar matematik menggunakan
kaedah kefahaman konseptual atau mempelajari matematik dengan mendalam perlu
dijadikan suatu budaya. Manakala bagi guru, dapatan ini memberikan implikasi bahawa
guru mestilah terus membaiki amalan pengajarannya. Guru mesti memberikan kaedah
yang terbaik dalam amalan pengajarannya, dan guru mesti mempunyai kefahaman
konseptual yang baik sebelum mereka mengembangkan kefahaman konseptual pelajar.
Bagaimanapun, kajian mendapati wujud hubungan positif yang signifikan antara
kepercayaan matematik yang dianuti dengan kefahaman konseptual pelajar dalam topik
integral. Dapatan ini memberikan implikasi bahawa pelajar boleh berjaya apabila
mereka betul-betul belajar dengan penuh keyakinan dan ketekunan.
RUJUKAN
Andayani, B., & Afiatin, T. (1996). Konsep diri, harga diri, dan kepercayaan diri
remaja. Jurnal Psikologi, 23(2), 23-30.
Annisa, F.R., & Filia, D.A. (2005). Hubungan persepsi tentang kompetensi profesional
guru matematika dengan motivasi belajar matematika pada Siswa SMA.
Psikologia, 1, 2.
Baki, A., atloglu, H., Costu, S., & Birgin, O. (2009). Conceptions of high school
students about mathematical connections to the real-life. World Conference on
Educational Sciences 2009, Procedia Social and Behavioral Sciences 1, 14021407.
Carmichael, C., & Taylor, J.A. (2005). Analysis of student beliefs in a tertiary
preparatory mathematics course. International Journal of Mathematical
Education in Science and Technology, 36 (7), 713-719.
Chapman, J.W. (1988). Learning disabled childrens self-concept. Review of
Educational Research, 58(3), 347-371.
Chen, C., & Stevenson, H.W. (1995). Motivation and mathematics achievement: a
comparative study of Asian-American, Caucasian-American, and East Asian
high school students. Child Development, 66, 1215-1234.

24

Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (2), 14-26 (2013)


ISSN: 2231-9425
Holloway, S.D., Kashiwagi, K., Hess, R.D., & Azuma, H. (1986). Causal attributions by
japanese and american mothers and children about performance in mathematics.
International Journal of Physchology, 21, 269-286.
Ignacio, N.G., Blanco Nieto, L.J., & Barona, E.G. (2006). The affective domain in
mathematics learning. International Electronic Journal of Mathematics
Education, 1 (1).
Ika, M.S. (2009). Usaha peningkatan kepercayaan diri siswa mengerjakan soal
matematika melalui pembelajaran dengan pendekatan interaktif. (Skripsi S1)
Universitas Muhammadiyah, Surakarta.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research
activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Kloosterman, P., & Stage, F.K. (1992). Measuring beliefs about mathematical problem
solving. School Science and Mathematics, 92 (3), 109-115.
Kuntarti, Sulistiyono, & Sri Kurnianingsih. (2007). Matematika SMA dan MA Jilid 3A
(untuk Kelas XII Semester 1, Program IPA). Jakarta: Esis.
Laporan Peperiksaan SMAN 5 Dumai (2009). Unit Peperiksaan SMAN 5. Dumai.
Laporan Peperiksaan SMAN Binsus Dumai (2009). Unit Peperiksaan SMAN Binsus.
Dumai.
Lazim, Abu Osman, & Wan Salihin. (2004). The statistical evidence in describing the
students beliefs about mathematics. The International Journal for Mathematics
Teaching and Learning, 6(1), 1-12.
Marshall, S. (1989). Affect in schema knowledge: Source and impact. In D.B. McLeod
& V.M. Adams (Eds.), Affect and Mathematical Problem Solving: A New
Perspective. New York: Springer-Verlag.
Marten, K. (2004).Cerdas Belajar Matematika (untuk SMA/MA Kelas XII, Program
Ilmu Alam). Jakarta: Penerbit Grafindo Media Pratama.
Mason, L., & Scrivani, L. (2004). Enhancing students mathematical beliefs: An
intervention study. Learning and Instruction, 14, 156-176.
Mason, L. (2003). High school students beliefs about maths, mathematical problem
solving, and their achievement in maths: A cross-sectional study. Educational
Psychology, 23, (1).
Melly, A. (2009). Perubahan paradigma pembelajaran matematika. Diambil daripada
http://mellyirzal.blogspot.com/2009/01/perubahan-paradigma-pembelajaran.html
Mohd. Majid Konting. (1994). Kaedah penyelidikan pendidikan (Edisi Ke-2). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Moscucci, M. (2007).About mathematical belief systems awareness. CERME 5, 298307.
Opt Eynde, P., & De Corte, E. (2003). Students mathematics-related belief system:
Design and analysis of a questionnaire. Paper Presented at the Annual Meeting
of the American Educational Research Association, Chicago, IL.
Oros, E. (2000). The interest and difficulty of the mathematical problems as pupils
belief in Hungary. In Gtz, S. and Trner, G. (Eds.), Research on Mathematical
Beliefs. Proceedings of the MAVI-9 European Workshop, 74-78.
Purcell, E.J., & Varberg, D. (1991). Kalkulus dan Geometri Analitis Jilid 1. Jakarta:
Penerbit Erlangga.
Randel, B., Stevenson, H.W., & Witruk, E. (2000). Attitudes, beliefs, and mathematics
achievement of german and japanese high school students. International Journal
of Behavioral Development, 24(2), 190-198.
25

Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (2), 14-26 (2013)


ISSN: 2231-9425
Roslina Radzali. (2007). Kepercayaan matematik, metakognisi, perwakilan masalah
dan penyelesaian masalah matematik dalam kalangan pelajar. (Tesis Doktor
Falsafah), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Schoenfeld, A.H. (1988). When good teaching leads to bad results: the disasters of
well taught mathematics courses. Educational Psychologist, 23(2), 145-166.
Schoenfeld, A.H. (1989). Explorations of students mathematical beliefs and behavior.
Journal for Research in Mathematics Education, 20, 338355.
Schommer, M. (1993). Epistemological development and academic performance among
secondary students. Journal of Educational Psychology, 85(3), 406-411.
Shafia, A.R. (2005). Learning with examples and students understanding of integration.
Reform, Revolution and Paradigm Shifts in Mathematics Education, The
Mathematics Education into the 21st Century Project, Johor Bahru, Malaysia.
Sukino. (2007). Matematika Jilid 3A (untuk SMAKelas XII). Jakarta: Penerbit Erlangga.
Sulistiyono. (2007). Seri Pendalaman Materi Matematika SMA dan MA. Jakarta:
Penerbit Esis.
Sunardi, Slamet Waluyo, Sutrisno, & Hari Subagya. (2008). Matematika 3 (untuk
SMA/MA Kelas XII, Program Ilmu Pengetahuan Alam). Jakarta: Penerbit Bumi
Aksara.
Szydlik, J.E. (2000). Mathematical beliefs and conceptual understanding of the limit of
a function. Journal for Research in Mathematic Education, 31 (3), 258-276.
Ticha, M., & Baresova, M. (2000). Cultivation of students and teachers beliefs about
mathematics education. In Gtz, S. and Trner, G. (Eds.), Research on
Mathematical Beliefs. Proceedings of the MAVI-9 European Workshop, pp. 96102.
Togi & Syafari. (2008). Mengurangi phobia dan persepsi negatif siswa SMK terhadap
pembelajaran matematika melalui penerapan model pembelajaran berbasis
masalah. Badan Penelitian dan Pengembangan Kementerian Pendidikan
Nasional.
Wang, D.B. (2004). Family background factors and mathematics success: a comparison
of chinese and us students. International Journal of Educational Research, 41,
40-54.

Maklumat lanjut, boleh hubungi:


Agus Rizal
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600, Bangi, Selangor, Malaysia
E-mail: lazir_suga@yahoo.co.id

26

Anda mungkin juga menyukai