Anda di halaman 1dari 4

CIRI-CIRI PELAJAR YANG GAGAL

 Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.


Tidak bermotivasi
 Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.
 Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
 Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
 Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan
 Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perkara yang tidak baik.
 Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
 Datang lewat ke kolej dan selalu ponteng kelas
 Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah
 Berangan-angan dan sering bermain-main dalam kelas
 Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran
 Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di kolej dan luar kolej
 Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar,
terlibat dengan kegiatan tidak bermoral.
 Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.
 Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
 Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar.
 Tidak boleh berdikari.
 Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
 Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
 Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan
ilmu.
 Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar
seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau
komik kegemaran mereka.
 Tidak menghormati ibu, bapa, orang tua dan rakan-rakan-rakan sekelas
 Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran
 Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
 Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu
menyalahkan diri sendiri.
 Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal
 AMALAN PENINGKATAN DAYA INGATAN
 Faham.
Jarakkan / pecahkan masa belajar.
Lafazkan isi penting dengan cara yang
kuat.
Percaya pada diri sendiri.
Ulang berkali-kali.
Guna kata kunci, kata isyarat, kata rahsia
dan ungkapan lucu.
Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur &
semasa bangun tidur.
Bayangkan selalu ( 20 peringkat masa cemerlang ).

 CIRI-CIRI PELAJAR YANG CEMERLANG

 Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempahkejayaan dalam pendidikan.
 Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa,
negara, keluarga dan masyarakat.

 Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran pensyarah.


Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira samada ujian bulanan,
peperiksaan penggal atau peperiksaan akhir .

 Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal
diadakan oleh pihak kolej ( ujian bulanan, peperiksaan penggal ) atau oleh pihak Bahagian
( peperiksaan yang sebenarnya ).

 Menyediakan keperluan peralatan pelajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku
latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

 Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak kolej seperti datang ke kelas dalam waktu
yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang
yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi
pelajar untuk mendisiplinkan dalam pembelajaran.

 Mendapatkan bantuan pensyarah atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti
kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas,
pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran atau
mendapatkan penerangan pensyarah bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

 Sentiasa menghormati pensyarah samada semasa pensyarah sedang mengajar di dalam kelas atau
sewaktu berada di luar kelas. Pensyarah adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati
pensyarah yang memberikan kita ilmu.

 Bersoal- jawab dengan pensyarah untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah
Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘ carilah ilmu pengetahuan dengan cara
bersoal-jawab’.

 Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara
memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami
pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

 Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya
dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi.
Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

 Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh pensyarah samada kerja dalam kelas atau kerja rumah,
dalam tempoh yang ditetapkan oleh pensyarah berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang
sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka.

 Mengadakan kumpulan perbincangan ( study group ) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi
dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

 Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan
untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

 Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan


tambahan.
 Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan
Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

 Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri ( sendiri ) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya,
untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan
peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda
gagal dalam peperiksaan sebenar.

 Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat
pensyarah atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai
dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

 Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan
diri.

 Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab


soalan peperiksaan.

 Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta
bantuan pensyarah untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek
tertentu. Ingat pepatah Inggeris “ Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik
menawan tidak semestinya baik. Hanya pensyarah yang lebih memahami kualiti sesuatu buku
rujukan.
Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam
pelajaran.

 Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

 Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan
menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar.

 Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu
penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara
cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka
melepak dan membuang ,masa dan ganggu kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan
perkara-perkara yang kurang berfaedah.
Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam
tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika
pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

 Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga
keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk food’. Hindari makan di gerai-gerai
yang kotor atau membeli kuih-kuih yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam.
Ini boleh menjejaskan kesihatan.

 Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin
kesihatan badan yang baik dan otak dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang
sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam
peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau
contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi
peperiksaan. Pengaalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang
bakal menghadapi peperiksaan.

 Bagi pelajar islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh
agama. Bagi pelajar bukan islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

 Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama
penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

 Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan,
berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya.
Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih
cemerlang

Anda mungkin juga menyukai