Anda di halaman 1dari 4

Jawapan PA Ujian 4 :

1.P:Gejala yang berleluasa berlaku sejak kebelakangan ini-mangsa tidak mengetahui erti hidup kerana
masih muda-menjadi habuan kepada orang yang dipercayai dan sepatutnya menjadi pelindung.
IU1:Kurangnya didikan agama
H:Tidak mengetahui baik buruk tindakan
C:Orang dewasa atau seseorang bapa yang kurang didikan agama.
H:Tidak dapat mengawal nafsu.
C:Seseorang bapa sanggup merogol anak kandungnya kerana keperluan nafsunya.
IU2:Pendedahan kepada bahan lucah
H:Bahan VCD dan DVD lucah mudah didapati.
C:di pasar malam.
H:Menimbulkan nafsu akibat adegan yang memberanikan.
C:Hilang pertimbangan –seseorang bapa yang berusia 56 tahun di Kuala Kangsar sanggup merogol anak
perempuan angkatnya yang berusia 8 tahun selepas menonton video lucah.
IU3:Psikologi ingin tahu
H:sikap ingin tahu mengenai seks
C:Keinginan seks ini tidak dapat ditunjukkan ke atas orang lain,maka perasaan itu ditunjukkan kepada
saudara-mara yang terdekat contohnya anak atau adik-beradik perempuan yang terdekat.
H:Mudah mengugat mangsa supaya tidak memberitahu kepada orang lain.
C:Mangsa tidak berani melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa kerana yang terlibat ialah orang
yang dihormatinya.
IU4:Tindakan undang-undang yang kurang berkesan
H:Pesalah tidak bimbang dengan denda yang dikenakan
C:Undang-undang Syariah atau Persekutuan tidak mengenakan hukuman yang berat ke atas pesalah.
H:Mangsa tidak dilindungi atau diberi bantuan kewangan jika ketua keluarga yang melakukan sumbang
mahram dipenjarakan.
C:Kanak-kanak yang menjadi mangsa hilang tempat pergantungan dan tidak dapat menguruskan hidupan
harian mereka dan keadaan ini boleh mendorong mereka terlibat dalam kancah pelacuran.
K:Sikap perikemanusiaan perlu diberi perhatian supaya generasi muda tidak mengalami sejarah hitam
dalam hidup mereka dan menjejaskan masa depan mereka.

2.P:Membayar cukai dianggap membebankan-sistem pengurusan cukai yang telus dapat memanfaatkan
rakyat.
IU1:Kepercayaan melaksanakan tanggungjawab.
H:menggalakkan pembayar mentafsir bagi meningkatkan kepercayaan.
C:sistem tafsiran sendiri berdasarkan “Bayar,Taksir sendiri dan Fail”
H:tafsiran sendiri mengurangkan tohmahan terhadap LHDN.
C:melalui sistem internet- ehasil.com.
IU2:Buku Panduan
H:Memberi pengajaran secara tidak langsung
C:Dapat mengurangkan karenah birokrasi dan tafsiran dijelaskan dengan baik.
H:Mengurangkan keraguan
C:Pengiraan cukai dapat dibuat mengikut Panduan Percukaian untuk Syarikat dan Koperasi.
IU3:Etika kerja
H:Pegawai LHDN memberi penerangan apabila diperlukan oleh pembayar cukai
C:Bertindak adil kepada semua pembayar cukai-RM380 juta dikutip daripada golongan yang berpangkat
tinggi dan bergelaran.
H:Dibawa ke muka pengadilan
C:Ahli perniagaan,ahli politik dan orang perseorangan yang cuba lari daripada membayar cukai akan
dikesan.
IU4:Kaunter perhubungan
H:Menyediakan kaunter untuk melayan pertanyaan dan memberi maklumat terkini mengenai kadar cukai
C:Jumlah bayaran,pendaftaran fail baharu dan kedudukan pembayar cukai dijelaskan dengan baik.
H:Mengamalkan prinsip “Mesra,Membantu dan Memuaskan”
C:Mengadakan minggu perkhidmatan pembayar cukai
K:Pengurusan cukai yang telus memastikan sistem kewangan negara tidak terjejas-meningkatkan
pembangunan negara.

3.P:Menjadi fitrah wanita untuk kelihatan cantik dan menawan-mahukan tubah yang langsing-mengambil pil
langsing tetapi mendatangkan banyak kesan sampingan.
IU1:Membawa maut
H:Bahan kimia yang mengurangkan paras serotonin akan mengurangkan selera makan
C:Pil pelangsing yang mengandungi fenfluramine dan nicotinamdie telah diharamkan oleh Kementerian
Kesihatan-Ketua Pengurus Projek Khas Kesihatan CNI menyatakan fenfluramine mengurangkan berat
badan sebanyak 10-20 peratus.
H:Penggunaan pil yang berlebihan akan menghalang plasma darah daripada diserap ke dalam platelet
C:Seorang wanita di Singapura mati selepas menjalani pemindahan hati,manakala 13 orang wanita lain yang
mengambil pil pelangsing masih dirawat di hospital-tekanan darah meningkat,kerosakan hati,jantung,paru-
paru dan akhirnya membawa maut.
IU2:Mengubah metabolism lemak
H:Menyebabkan perubahan berat secara mendadak
C:Lemak dipecahkan oleh enzim lipase daripada pancreas yang terdapat di dalam perut.
H:Seseorang mungkin mengalami kekangan perut dan cirit-birit yang berlanjutan.
C:Seseorang mungkin pengsan dan maut dalam kes yang serius.
IU3:Mengumumkan jenama pil yang selamat
H:Kerajaan harus mengambil langkah dengan memantau syarikat yang mempunyai jenama sah sahaja yang
boleh menjual pil pelangsing.
C:Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti hanya terdapat 16 jenama pil pelangsing yang bebas
daripada racun fenfluramine.
H:Jenama pil pelangsing berbahaya harus diharam dan diwartakan dalam media elektronik supaya tidak
ada wanita menjadi mangsa syarikat yang tidak bertanggungjawab ini
C:Kerajaan mengharamkan pil jenama “Bestrim” dan “ Slim 10” kerana mengandungi thyroxine dan
triodothyronine.
IU4:Tindakan keras terhadap penipuan iklan
H:Syarikat yang mengiklankan pil pelangsing harus mengenal pasti pil mereka benar-benar bebas daripada
bahan kimia berbahaya.
C:Sebarang pil pelangsing yang hendak diiklankan perlu mendapat kebenaran daripada lembaga Iklan Ubat
Malaysia (LIUM) supaya kerajaan dapat memastikan pembeli tidak ditipu.
H:Stesen televisyen juga memainkan peranan penting dengan mengiklankan pil pelangsing yang tulen
sahaja.
C:Hukuman perlu dikenakan mengikut Akta Ubat (Iklan) dan Penjualan 1956 Pindaan (1990).
K:Perlu berhati-hati semasa menggunakannya.

4.P:Kerajaan membuat persediaan untuk membolehkan masyarakat terdedah kepada maklumat dunia-
sasaran menjadikan k-masyarakat yang pengetahuan mengenai Pelan Induk K-ICT-penting untuk
melahirkan masyarakat moden dan efektif
IU1:Melahirkan K-Keluarga
H:Mewujudkan keluarga yang mempunyai pengetahuan luas
C:Melahirkan beberapa keluarga berinformasi dan berilmu pengetahuan
H:Ilmu pengetahuan dapat disalurkan dalam kehidupan harian dengan menggunakan kemahiran ICT
C:Wujud ramai keluarga yang mempunyai pengetahuan ICT dapat mewujudkan masyarakat serba boleh
dalam kemajuan teknologi maklumat
IU2:Program”Agilent After School”
H:Meningkatkan minat dalam mata pelajaran Sains dan Matematik
C:Mata pelajaran tersebut diajar dengan menggunakan internet
H:Guru yang mengajar mempunyai pengetahuan yang luas dalam ICT
C:Dalam Rancangan Malaysia Kelapan,peruntukan sebanyak RM1 Bilion bagi menyediakan pembelajaran
secara digital sama ada di Bandar ataupun di desa seperti Infodesa
IU3:Bantuan kewangan
H:Sekurang-kurangnya 96 buah kompoter diperlukan untuk setiap 1000 penduduk
C:Bank tempatan seperti Bank RHB member bantuan kewangan untuk membeli computer dengan kadar
faedah yang munasabah
H:Dengan adanya peluang membeli komputer, orang ramai dapat menggunakan internet
C:Jumlah pelanggan telefon melebihi 4.6 juta pada kadar 205 talian untuk setiap 1000 orang
IU4:Menyediakan perpustakaan dan Dasar Siber Ilmu
H:Membangunkan perpustakaan di bandar bagi menggalakkan budaya membaca
C:Pusat Komputer Komuniti boleh ditubuh untuk memudahkan penggunaan internet tanpa wayar
H:Desa Siber Ilmu boleh didirikan di kawasan luar Bandar
C:Di Perkampungan Mancang Bubok di Pulau Pinang
K:Setiap tindakan baik kerajaan negeri harus diberi sokongan - menyediakan diri sebagai masyarakat
bermaklumat - mencapai Wawasan 2020

5ai.Industri hiburan dianggap sebagai tempat untuk menunjukkan bakat yang bersemadi dalam diri
seniman sahaja kerana tidak memberi pulangan yang banyak contohnya muzik, teater, tarian dan filem
tempatan.
5aii.Langkah yang boleh diambil adalah dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS)
yang membantu, mengeluar, membiayai dan mengedar filem bagi menyemarakkan industri berkenaan dan
langkah ini terbukti berkesan menerusi pencapaian mereka meraih pelbagai anugerah di peringkat
antarabangsa. Selain itu, kerajaan mengambil langkah sewajar menghapuskan cetak rompak dan memberi
insentif cukai termasuk pengecualian duti hiburan ke atas pementasan teater, cukai pendapatan ke atas
penggubah muzik.
5bi.Harapan rakyat terhadap pegawai kerajaan ialah mereka akan menjalankan tugas mereka dengan
amanah dan bertanggungjawab ,contoh perkhidmatan yang diberi mestilah dibuat dengan cepat dan
berkesan.
5bii.Sekiranya pegawai kerajaan terlalu mengikut prosedur “red tape”, kemungkinan perkhidmatan di
kaunter akan mengambil masa lama untuk mengurus sesuatu masalah, dan kadangkala menyelesaikan
sesuatu kes akan mengambil masa seminggu atau dua kerana maklumat yang diperoleh tidak mencukupi.
Malahan dalam perkhidmatan kesihatan, mangsa kemalangan atau pesakit mungkin meninggal dunia atau
sakitnya menjadi parah sekiranya mereka terpaksa mengikut kerenah birokrasi sepenuhnya walaupun
dalam keadaan kritikal.
6ai.Rangkaian tanpa wayar merupakan satu rangkaian yang boleh digunakan tanpa bergantung pada
sambungan wayar dari satu pusat tenaga kepada penerima berelektrik contohnya telefon mudah alih,
pengimbas berkod dan PDA.
6aii.Teknologi tanpa wayar memudahkan seseorang bekerja di kawasan luar pejabat atau rumah
,contohnya ahli korporat boleh menggunakan rangkaian ini untuk bergerak bebas sambil berbincang urusan
perniagaan mereka.Penyelenggaraan juga dapat dilakukan dengan senang di mana-mana sahaja tanpa
menyambung wayar pada alat komputer atau telekomunikasi.
6bi.Ubat generik ialah ubat yang dikeluarkan oleh syarikat tertentu setelah tempoh paten yang diberikan
kepada syarikat yang mengeluarkan ubat asli yang telah luput, contohnya ubat ponstan yang original yang
dikeluarkan oleh Parke-Davies telah luput dan kini diberi nama lain seperti Pontalon atau Mefecap.
6bii.Kaedah yang boleh digunakan untuk mengawal harga ubat adalah dengan mewajibkan pengamal
perubatan di sektor awam dan swasta mematuhi garis panduan rawatan standard bagi kebanyakan syarat
perubatan. Selain itu, pelesenan wajib merupakan satu cara yang diterima pada peringkat antarabangsa
untuk menurunkan harga ubat dan proses ini membenarkan kerajaan memberi hak kepada pengeluar ubat
yang masih memegang hak paten.

Anda mungkin juga menyukai