Anda di halaman 1dari 32

Utthaya

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu
yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll


tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll
benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah. Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat
 
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda
yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
Benda Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas
Benda bangunan Bangunan Tabung Haji
kereta Proton Saga
buku Bahasa Melayu
sekolah S.K. Darau
Orang doktor Doktor Efendi
kerani Puan Zainun
guru Cikgu Azmi
budak lelaki Muhamad Fauzi
Binatang kucing Si Tompok
lembu Lembu Sapi
katak Katak Puru
ayam Ayam Belanda
burung Burung Murai
Tempat negeri Terengganu
bandar Jerteh
kampung Kampung Pasir Akar
tasek Tasek Perdana
Tumbuhan pisang Pisang Emas
cili Cili Padi
jambu Jambu Batu
limau Limau Kasturi
Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
          di awal kata ( awalan )
          di akhir kata ( akhiran )
          di awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh imbuhan  :
di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
kelas kata kata dasar kata terbitan
kata kerja peraga peragawati
latih latihan
bawa pembawaan
lawan perlawanan
kata sendi oleh perolehan
untuk peruntukan
kata nama lombong perlonbongan
rumah perumahan
guru perguruan
kata adjektif cantik kecantikan
besar pembesar
tinggi ketinggian

Kata Ganti Nama

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.


Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan,
Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1.       Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2.       Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Pertama
aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal) digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak) digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk contoh kata nama diri pertama
tunggal beta, patik, aku, saya
jamak kita, kami, kita orang
Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak kalian
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Kedua
anda (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
engkau (tunggal)
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal ia, dia, beliau, baginda
jamak Mereka
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Ketiga
baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
beliau (tunggal
ibu bapa, guru, dan pemimpin
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan
dia dan ia (tunggal)
rakan
mereka (jamak) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.
Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama aku kami
( Orang yang bercakap ) saya kita
patik
hamba
Diri Kedua awak awak semua
( Orang yang dilawan bercakap ) kamu kamu semua
engkau saudara sekalian
encik saudari sekalian
cik encik-encik
saudara cik-cik
saudari tuan-tuan
tuan puan-puan
puan anda semua
anda kalian
tuanku
Diri Ketiga dia mereka
( Orang yang diceritakan halnya) ia
nya
beliau
baginda
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan
apakah Siapakah manakah bilakah bagaimanakah berapakah
kenapakah
mengapakah
Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Tempat Penggunaannya
sana digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
sini
yang bercakap
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
situ
sejauh sana
Benda, orang, ini, itu
Binatang
Tempat sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan begini, begitu, demikian
contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a)  subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i.    Ini komputer.
ii.   Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.
Kata Ganti tak tentu.
1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Umum / Tak Tentu Ayat-ayat contoh
apa-apa 1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.
Siapa-siapa 1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana 1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
Kata Ganti Tak Tentu Penggunaannya
sapa-sapa digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
mana-mana, masing-masing, digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
seseorang,dan sesuatu digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu
siapa-siapa atau sesiapa

KATA KERJA 

Kata kerja terbahagi kepada :


A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif


1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh
perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya
mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
1.       Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
        mendengar ialah kata kerja
          transitif
        radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.
Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena
buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau
penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.
(a)      Pak Abu menjala ikan.
(b)     Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)      "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d)     Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)      Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f)      Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Subjek ( pembuat ) Kata kerja transitif penyambut ( Objek )
Dia suka membaca buku
Jamilah memukul seekor ular
Abidin menjual kuih-muih
Ramli berjalan ke sekolah
Kereta itu melanggar seekor lembu
B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak
kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat ) Kata kerja tak Transitif keterangan
Kami mandi di tasek itu.
Dia senyum semasa berjalan
Saya menyanyi dengan kuat
Hassan berjalan ke sekolah
7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1.       Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2.       Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,
dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
7.3 Kata Kerja Pasif
1.       Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2.       Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3.       Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4.       Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5        Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan
Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan
sebagainya.
1.       Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
A. Jenis-jenis kata Adjektif
3.       Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.

kata Seru
1.       Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut,
terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2.       Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3.       Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4.       Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh
Aduh untuk menyatakan perasaan 1. Aduh, sakitnya tanganku!
sakit dan kagum
2. Aduh, besarnya rumahmu!
Aduhai untuk menyatakan perasaan Aduhai, malang sungguh nasibku!
sedih
Ah untuk menyatakan tidak setuju 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
atau menolak sesuatu
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wah untuk menyatakan perasaan 1. Amboi, mahal betul kereta itu!
hairan atau kagum
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cih untuk menyatakan perasaan 1. Cis, berani dia menentangku!
marah dan benci
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
Eh untuk menyatakan perasaan 1. Eh, kamu sudah sampai!
hairan atau terkejut
2. Eh, tadi dia ads di sini!
Hai untuk menegur seseorang atau 1. Hai, diamlah sikit!
menarik perhatian
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!
Contoh lain kata seru dan ayat
Kata Seru maksud Contoh ayat
wahai menyatakan perasaan Wahai adik ku sayang !
sayang atau merayu
amboi menunjukkan Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !
perasaan kagum
hai   Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah   Nah, terimalah habuanmu !
aduh perasaan sakit Aduh, sakitnya tanganku ini !
wah perasaan hairan Wan, cantiknya merak ini !
ceh   Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebah marah Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cis marah atau jijik Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !
oh terkejut hairan, Oh, itu rupanya rumah kamu !
gembira atau
mengharap Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
eh hairan Eh, bila ia terjadi !
syabas gembira, puas, Syabas, awak berjaya juga akhirnya !
memuji atau ucap
tahniah
alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
ha hairan Ha, budak itu yang menang !
Ya-Allah terkejut Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allah hairan atau marah Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

KATA TAANYA

 
1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.
contoh
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?
Kenapa Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ?
Bila Bilakah awak akan memulangkan buku saya ?
Siapa Engkau ini siapa ?
Mengapa Mengapakah baju awak ini basah ?
apa Apakah nama binatang itu ?
bagaimana Bagaimanakah rupa hantu ?
berapa Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?
mana Nelayan itu dari mana ?

Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di
belakangnya.
contoh
Jangan Sila tolong Harap
usah jemput Minta  
Contoh ayat
1.     Jangan tolak meja itu ke situ.
2.     Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
3.     Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.

Kata Pangkal ayat

Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di pangkal ayat sebagai penghubung dalam ayat.
maka alkisah Hatta
arakian syahdah adapun
bermula Kalakian  
Contoh
1.     Maka permaisuri pun bersiramlah di perigi itu.
2.     Hatta datanglah seorang ahli menghadap tuan puteri.
3.     Adapun padang itu tersangatlah luas, saujana mata memandang.

Kata Bantu

Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan
perbuatan.
Contoh
Akan Belum Masih
Telah Sudah Harus
Boleh Dapat Hendak
Mesti    
1.     Kereta api dari utara telah sampai.
2.     Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.
3.     Adik Rahimah belum tahu berjalan.
4.     Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5.     Encik Borhan hendak pergi memancing esok.

Kata Penguat
 
1.     Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2.     Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
Paling Agak Sungguh Amat
Terlalu Nian Benar Paling
3.     Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4.     Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
5.     Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
1.     Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2.     Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3.     Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
4.     Kereta api itu sangat laju.
5.     Kereta itu laju sangat.
Kata Penegas
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu
dalam ayat.
Contoh
-kah -lah -tah jua
Juga Sahaja Hanya Memang
Lagi pun    
Contoh
1.     Itulah rumah saya.
2.     Pernahkah awak makan sup daging arnab.
3.     Apatah dayaku untuk menolongnya.
4.     Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5.     Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
6.     Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.
Kata Nafi
1.     Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2.     Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3.     Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
 Contoh
a)     Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b)     Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.
4.     Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh
a)     Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
b)     Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
5.     Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh
a)     Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b)     Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
Kata Pemeri
1.     Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
2.     Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3.     Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
4.     Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh
a)     Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
b)     Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
c)      Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Kata Penegas

Kata penegas ialah perkataan yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang
tertentu dalam ayat.
Contoh
- kah - lah - tah Jua
Juga Sahaja Hanya Memang
Lagi Pun    
Contoh ayat
Itulah rumah saya.
Pernahkah awak makan sup daging arnab ?
Apatah dayaku untuk menolongnya.
Kuciing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
Hanya Kamal yang belum bayar yuran.
Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

Kata Nafi 

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh ayat
Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.
Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh ayat
Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

Kata pemeri 

Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh ayat
Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
Rojak ialah makanan kegemaran saya.
Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

1.         Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
2.         Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.
Kata Sendi Penggunaannya Ayat Contoh
akan/ kepada/ untuk menunjukkan emosi dan 1. Adik sayang akan kucing.
terhadap sikap
2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.

3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.


bagi/untuk untuk menentukan sesuatu 1. Pen itu dibeli untuk anaknya.
yang dibezakan daripada yang 2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.
lain
dari untuk menunjukkan tempat 1. Mereka baru pulang dari Johor.
dan masa 2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.

daripada untuk orang, perbandingan, 1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.
asal kejadian, dan
menunjukkan keanggotaan 2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.

3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid


sekolah.
di untuk tempat Di dalam dompet itu ada wang.
dengan untuk menyatakan makna 1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.
bersama-lama, bandingan
setara, keterangan cara, dan 2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.
penggunaan sesuatu sebagai
alat 3. Adik menulis dengan pensel.

4. Markah saya sama dengan markahnya.


hingga/ untuk menunjukkan peringkat 1. Dia bekerja hingga malam.
masa, tempat, dan had
sampai tertentu 2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.
ke untuk tempat dan benda 1. Kereta api menuju ke Padang Besar.
konkrit
2. Cawan itu terhempas ke batu.
kepada untuk menunjukkan orang atau Kes itu diserahkan kepada pihak polis.
kata ganti diri
oleh untuk menunjukkan perlakuan 1. Buku itu dibaca oleh Salmi.
pasif yang berawalan di- dan
ter- 2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
pada untuk menunjukkan masa dan 1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
tempat, manusia, binatang,
benda abstrak, dan benda
konkrit tertentu 2. Novel itu ada pada Rahim.

3. Perkara itu benar pada pandangan saya.

4. Serikaya itu disapukan pada roti.


sejak untuk menyatakan makna Dia tidak makan sejak semalam.
suatu jangka masa
seperti/ untuk menunjukkan persamaan 1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.
dengan yang lain
umpama/bak 2. Badannya besar umpama ahli gusti.

3. Hidungnya mancung bak seludang.


tentang untuk menyatakan makna Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.
mengenai sesuatu

KATA SENDI NAMA


Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.

1. Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
2. Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
3. Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi,
demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan
sebagainya.

PENGGUNAAN KATA SENDI

KATA SENDI PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH


di ·         Digunakan untuk tempat. 1. Pertandingan itu diadakan di Taiping.
·         Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang 2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.
mengikutinya.
ke ·         Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak 1. Mereka akan ke Ipoh esok.
bernyawa. 2. Din menunggu Siha dari pagi hingga ke   
·         Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang petang.
mengikutinya. 3. Pinggan itu dihempaskannya ke lantai.
·         Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa 4. Cik Bedah ke surau.
nama yang merujuk manusia atau binatang.
dari ·         Digunakan untuk tempat, arah atau masa. 1. Bola itu ditendang dari penjuru padang.
2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi.
3. Ely datang dari Kelantan.
daripada ·         Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, 1. Surat itu saya terima daripada Yatie.
benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan 2. Pensel ini lebih panjang daripada
keanggotaan. pensel itu.
3. Ukiran itu diperbuat daripada perak.
4. Kami memperoleh manfaat daripada
5. Yang dikatakannya berbeza daripada     
yang diamalkan.
6. Kumpulan perompak senjata api itu
terdiri   daripada enam belas orang anggota.
Kepada/ Digunakan selepas kata  adjektif yang menyatakan perasaan 1. Devi suka akan rambutan.
akan/terhadap atau sikap. 2. Hanim amat sayang akan/kepada ibunya.
3. Kita mesti hormat akan/kepada/terhadap 
ibu bapa.
 KATA SENDI PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH
bagi/untuk ·         Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan 1. Derma untuk / bagi mangsa banjir
daripada yang lain. sedang      dipungut.
2. Hadiah ini untukmu.
pada ·         Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda 1. Peah tiba pada pukul lapan malam.
abstrak, dan benda konkrit tertentu. 2. Tiket bas itu ada pada Hanim.
3. Pada pendapat saya, cerita itu benar.
demi ·         Digunakan dihadapan jkata nama atau frasa nama yang 1.Rakyat Malaysia mesti bersatu demi   
membawa maksud tujuan kesejahteraan negara. 
2. Demi kepentingan bersama, marilah kita   
berdamai.
 tentang ·         Digunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan 1. Menteri-menteri itu berbincang tentang    
masalah negara.
seperti/ ·         Digunakan untuk membawa maksud perbandingan atau 1.Pemuda itu berlagak seperti/
umpama/ makna persamaan dengan yang lain. umpama/  laksana/bagai  orang berada.
laksanabagai 2. Suaranya merdu  seperti/umpama/   
laksana/bagai  buluh perindu.
dengan ·         Digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama 1. Izzat bermain dengan Hazwan.
atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan 2 Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.
penggunaan sesuatu sebagai alat. 3. Nani belajar dengan tekun.
4. Nora menulis dengan pensel.
sejak/semenjak ·         Digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau 1. Milah sentiasa gembira sejak/semenjak
masa.
    suaminya pulang dari perantauan.
oleh ·         Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- 1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah.
dan ter-
2. Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh

    kata-kata ketua mereka.


hingga/ ·         Digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau 1. Anggota-anggota polis berkawal hingga/    
tempat tertentu. sampai  larut malam.
sampai 2. Midah belajar hingga/sampai peringkat   
universiti.
dalam/ Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak 1. Dalam hal ini, kita semua setuju.
mempunyai ruang atau jarak. 2. Mereka berbincang antara adik- beradik
antara

Kata pembenar

Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk mengaskan sesuatu pernyataan.
Kata pembenar yang selalu digunakan ialah ya, benar, dan betul.
Contoh ayat
“Ya, saya akan datang esok”, kata Zulkefli kepada Mat Jani.
“Benar, merekalah yang memancing di situ”, kata Ali kepada Padin.
“Betul, begitulah caranya memotong bawang”, kata ibu kepada adik.

Kata Keterangan

1. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan.


2. Kata keterangan juga ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:
(a)   Adik belum mandi lagi. (Kata keterangan belum menerangkan kata kerja mandi)
(b)  Sayursayuran di kebun itu sangat subur. (Kata keterangan sangat menerangkan kata adjektif subur.)
2.       Kata keterangan terdiri daripada beberapa jenis. Perhatikan jenis-jenis kata keterangan tersebut, penggunaannya, serta
ayat contohnya di bawah ini.
Contoh
cara / gaya begitu, begini, demikian, perlahan, cepat- 1.Berjalanlah dengan perlahan-lahan supaya tidak terjatuh.
cepat, lena,
2. Munah pergi ke pasar dengan bas.
Masa / waktu akan, sedang, belum, telah, sekarang, 1.Saya benar-benar terasa lapar sekarang.
sebentar, semalam
2. Dia berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya.
Nafi bukan, tidak, kecuali 1. Orang itu tidak tinggal di sini.

2. Anak kecil ini bukan anaknya.


Tanya mengapa, bagaimana, bila 1. Mengapakah kamu tidak lulus ujian itu ?
2. Bagaimanakah terjadinya perlanggaran antara kedua-dua
kereta itu ?
tidak tentu /ragam mungkin, agaknya, barangkali, pasti, tentu 1. Kalau Ahmad terus belajar dan berusaha pasti ia akan berjaya.

2. Barangkali dia belum cukup wang untuk membayat hutang.


Darjah / kata penguat amat, sungguh, sangat, terlalu,paling, sekali, 1. Hadiah yang kecil itu amat berharga buat dirinya.
terlampau
2. Semua peminat sungguh terharu di atas kematian seniman
itu.
Aspek belum, sudah, selalu, kadang-kadang, 1. Pembinaan bangunan itu belum dimulakan lagi.
acapkali, sesekali
2. Keluarga Halim selalu pulang ke kampung.
Jenis Kata Penggunaan dan Contohnya Ayat Contoh
Keterangan
Kata Keterangan untuk menerangkan cara 1. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya ibu
Cara melihat kejayaan abang.
Contoh: begini, begitu,betapa, demikian,
dan sebagainya 2. Janganlah bercakap begitu kepada anak-anak.
Kata Keterangan untuk menerangkan sikap pada sesuatu 1. Adik belum tidur walau hari sudah larut malam.
Bantu pelakuan atau perasaan
2. Abang masih menuntut di Universiti Malaysia
Contoh: akan, belum, kelak, masih, Sarawak.
sedang, sebentar, dan sebagainya
Kata Keterangan untuk menerangkan masa 1. Saya harus pergi sekarang.
Masa
Contoh: belum, kelak, sekarang, semalam, 2. Encik Gan akan bertolak esok.
lusa, kadang-kadang, masih, pernah,
sedang, sebentar, sejurus, selalu, seketika
sentiasa, sudah, dan sebagainya
Kata Keterangan untuk menerangkan cara, keadaan, masa, 1. Bilakah majlis perkahwinan itu akan diadakan?
Tanya dan sebab
2. Bagaimanakah cara membuat kuih itu?
Contoh: bagaimana, bila, dan sebagainya
3. Mengapakah ayah lambat pulang?
Kata Keterangan untuk menerangkan darjah kata adjektif 1. Kelakuan budak itu agak ganjil.
Darjah
Contoh: agak, amat, nian, paling, sangat, 2. Sedap betul masakan di restoran itu.
dan sebagainya
3. Menara Kembar Petronas adalah bangunan yang
paling tinggi di Malaysia.
Kata Keterangan untuk menafikan atau menyangkal 1. Dia bukan orang kampung itu.
Nafi
Contoh: bukan, tak, atau tidak 2. Teksi itu tidak bergerak sejak semalam.
Kata Keterangan untuk menerangkan sesuatu yang belum 1. Hingga kini rombongan itu belum tiba, entah-entah
Tak Tentu pasti tersesat.

Contoh: agaknya, barangkali, entah-entah, 2. Pengemis itu barangkali telah ditangkap oleh pihak
mungkin, dan sebagainya Jabatan Kebajikan Masyarakat.
kata Keterangan untuk menyatakan penegasan Dia hanya membeli sebuku roti.
Penegas
Contoh: hanya, jua
Kata untuk menyatakan kekerapan berlakunya 1. Dia selalu berkunjung ke rumah neneknya.
peristiwa Contoh: sering, selalu, dan 2. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan
Keterangan sebagainya kamu.

Kekerapan
Kata Keterangan untuk menyatakan sesuatu secara umum Pasu bunga itu nyaris terlepas daripada
Umum Contoh: nyaris, langsung genggamannya.

Kata arah

Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.
Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.
Contoh
Atas Bawah Tepi Antara
Hadapan Utara Sisi Luar
Semua hidang itu diletakkan di atas meja.
Kucing Siam itu tidur di bawah pokok.
Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah.

KATA GANDA

=2 kali

Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.


Kata ganda ialah kata yang terbentuk dari
          (b) kata ganda semu;
          (c) kata ganda separa;
          (d) kata ganda bersajak atau berima;
          (e) kata ganda berimbuhan.
3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling
pada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam
perkataan tersebut.
          Kata ganda terdiri daripada:
          (a) kata ganda seluruh;
Gandaan Seluruh Kata
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1.       Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2.       Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3.       Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
 Contoh :
Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /sifat
buku-buku baring-baring manis-manis

lembu-lembu pandang-pandang besar-besar

murid-murid jalan-jalan awal-awal

kawan-kawan usik-usik bulat-bulat


 
sama ada sebahagian atau seluruhnya.
2.       Kata ganda terdiri daripada:
          (a) kata ganda seluruh;
          (b) kata ganda semu;
          (c) kata ganda separa;
          (d) kata ganda bersajak atau berima;
          (e) kata ganda berimbuhan.
Kata Ganda Seluruh
1.       Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2.       Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3.       Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
Senarai Kata Ganda Seluruh
alat-alat awal-awal baik-baik benar-benar besar-besar budak-budak cacing-cacing cepat-cepat curam-curam dalam-dalam daun-
daun dekat-dekat elok-elok erat-erat gajah-gajah gemuk-gemuk hampir-hampir hitam-hitam ibu-ibu jarang-jarang jari-jari
kadang-kadang kasar-kasar kereta-kereta lazat-lazat lembu-lembu lembut-lembut nakal-nakal nanas-nanas nyaris-nyaris pagi-
pagi putih-putih
1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan
2 Kata Ganda Semu
1.       Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
3.       Kata ganda semu terdiri daripada kata name.
Senarai Kata Ganda Semu
agaragar analanal angkutangkut antinganting biribiri bulibull dekakdekak epokepok gulagula jemputjemput jentikjentik
kanakkanak kisikisi kunangkunang
kudakuda kupukupu kurakura labahlabah layanglayang oleholeh ondeonde panjipanji pijatpijat ramarams sumpahsumpah
ubunubun umangumang undangundang
3 Kata Ganda Separa
1.       Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima
2.       Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Senarai Kata Ganda Separa
bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
jejarum jejentik kekabu kekisi
kekunci kekuda lelaki
lelangit
lelayang pepejal pepijat pepenjuru rerambut sesiku sesungut tetamu tetangga
4 Kata Ganda Bersajak/Berima
1.       Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal,
di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
(a)      persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.
Persamaan Bunyi Persamaan Bunyi Penyesuaian bunyi

di Pangkal di Hujung Seluruhnya


batu-batan anak-pinak bolak-batik
beli-belah calar-balar compang-camping
bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik
corat-coret comot-momot gopoh-gapah
degap-degup gotong-royong gunung-ganang
dentam-dentum karut-marut haru-biru
desas-Jesus kaya-raya huru-hara
gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang
gerak-geri pindah-randah kacau-bilau
Gandaan Separa  Separuh
1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :
lelaki Bebola lelabah pepohon jejari
kekuda jejentik kekabu dedaun kekisi
Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh :
lauk-pauk batu-bata saudara-mara bukit-bukau kacau-bilau
tunggang-langgang tanah-tanih semak-samun bengkang-bengkok gelap-gelita
Gandaan Menyalin
1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contoh :
tahu-menahu tolong-menolong jahit-menjahit tarik-menarik kejar-mengejar
sulam-menyulam tawar-menawar kata-mengata sepak-menyepak karang-mengarang
tari-menari tangis-menangis rampas-merampas tumbuk-menumbuk simpan-menyimpan
Ayat Inti

1. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat selapis atau ayat tunggal.
2. Ayat inti menjadi dasar untuk membentuk ayat-ayat yang lain , iaitu yang dikenali sebagai ayat terbitan.
3. Ayat inti mempunyai satu subjek dan satu predikat.
4. Terdapat empat jenis ayat inti iaitu :
a) Frasa nama + frasa nama
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa nama.
Contoh ayat
FN (subjek) FN (predikat)
Kakak Arif doktor
Mutusamy pelajar
Pemuda itu mahasiswa
b) Frasa nama + frasa kerja
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa kerja.
contoh ayat
FN (subjek) FK (kerja)
Abang membasuh kereta
Nyonya Tan membeli ikan
Murid-murid itu berlari
c) Frasa nama + frasa adjektif
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa adjektif.
contoh ayat
FN (subjek) FK (adjektif)
Bunga ini wangi
Kapak ini tumpul
Bangunan itu tinggi
d) Frasa nama + frasa sendi
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa sendi.
contoh ayat
FN (subjek) FK (sendi)
Ayah di kebun
Mereka dari Terengganu
Cenderamata untuk guru besar
Kata sendi mesti diikuti oleh kata nama untuk membentuk frasa sendi.
contoh ayat
Kata sendi di, dari, untuk
Kata nama kebun, Terengganu, guru besar
AYAT

1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).
4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.
Contoh :
subjek Predikat
1. Afendi guru
2. Kakak menyapu sampah.
3. Ibrahim bermain bola sepak.
4. Zulkfli Minum teh
5. Ayam itu asyik berkokok.

Ragam Ayat
1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
                        (a) ayat penyata;
                        (b) ayat tanya;
                        (c) ayat perintah;
                        (d) ayat seruan.
2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:
     (a) Ayat penyata
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
            Contohnya:
                        i.  Kakak sedang menyiram bunga.
                        ii. Lembu itu akan dijual.
Budak-budak itu bermain di tepi longkang.
       
     (b) Ayat tanya
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
            a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
            b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Contohnya
i.  Berapakah harga kasut itu?
ii.  Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?
(c) Ayat perintah
1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan
Contohnya:
a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
            Turunlah dari sini sekarang juga.
Cuci kasut kamu. (suruhan)
b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
            Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
            Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bungs itu.(Iarangan)
d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
            Jemputlah menikmati
Datanglah ke rumah saya. (silaan)
(d) Ayat seruan
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya:
i.                     Amboi, cantiknya baju kamu!
ii.                   Aduh, sakitnya perut aku!
Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi. dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
2.         Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
(a)        tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contohnya:
            i. Bola itu saya tendang.
            ii. Borang itu perlu anda isi.
(b)        berawalan di dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a)        ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama seperti
aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b)        ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak,
anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c)        ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti
ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
4.         Keduadua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:
Ayat Aktif Apt Pasif Diri Pertama
(a) Saya mencuci kasut sekolah. (a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Kita menerima keputusan itu. (b) Keputusan itu kita terima.
(c) Aku akan memetik bunga itu. (c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu. (d) Jadual itu sudah kami susun.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Kedua
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu. (a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu. (b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya. (c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu. (d) Kereta itu perlu kamu baiki.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Ketiga
(a) Mereka mengecat bangunan. (a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Baginda meminta rakyat supaya (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya
bersabar. bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur. supaya beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju. (d) Baju sedang dijahit olehnya.
Ayat Aktif Ayat Pasif
1. Ali membaca buku itu. Buku itu dibaca oleh Ali.
2. Ibu memasak nasi lemak. Nasi lemak dimasak oleh ibu.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita. Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat. Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
5. Yusof membawa kerusi patah. Kerusi patah dibawa oleh Yusof
3 Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.
            Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya.
2.         Dalam penulisan, tanda petik
            ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
3.         Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah
maksudnya.
4.         Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
5.         Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.
Cakap Ajuk Cakap Pindah
1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan 1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan
semula sebagaimana asalnya dituturkan. yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana
2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan. yang dituturkan.
3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka 2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan
kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata  ( “ perkataan-perkataan dalam ayat.
…….. “ ) 3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan
perkataan sama.
1. "Cuci baju kamu," kata ibu kepada Ani. 1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya.
2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir 2. Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab dia
semalam, Hafizi?" tidak hadir semalam.
3. "Datanglah ke rumah saya malam ini, 3. Encik Lim mempersilakan Encik Azman ke
Encik Azman," kata Encik Lim. rumahnya pada malam nanti.
4. “ Di manakah awak letakkan beg itu ? ” 4. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di
tanya Cikgu Azmi kepada Sunita. mana dia meletakkan beg itu.
5. Kata nenek kepada Siti, “ Begini cara 5. Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu
membuat kuih Bahulu.” cara membuat Kuih Bahulu.
6. Kata Hassan kepada Faizal , “ Ini buku 6. Hassan menyatakan kepada Faizal bahawa
awak. ” itu buku dia.
7. “ Ayam itu lapar,” kata Asmah. 7. Asmah menyatakan bahawa ayam itu
8. “ Berikan bola ini kepada Zainal Abidin,” lapar.
kata Dollah Salleh. 8. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu
diberikan kepada Zainal Abidin.

6.         Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara-perkara
            berikut perlu diubah atau diberi perhatian.
Cakap Ajuk Cakap Pindah
saya, aku, hamba dia, ia, nya, beliau
beta baginda
kami, kita mereka
anda, awak, kamu, engkau saya, dia, nya
dia dia
beliau beliau
mereka mereka
ini itu
itu itu
sini situ, sana, tempat itu
begini begitu
demikian ini demikian itu
sekarang masa itu, ketika itu
malam tadi malam semalamnya
semalam semalamnya
hari hari itu
ini esoknya, keesokan harinya, hari itu
esok
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
            Subjek    =  Lelaki gemuk itu
            Predikat  =  sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung
seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
            B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
            C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk )
PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1.         Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati
maknanya.
2.         Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3.         Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4.         Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masingmasing. Makna
wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
5.         Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patch kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampirhampir
sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
6.         Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan.
Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
7.         Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
8.         Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata
ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.
9.         Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan
walaupun.
10.        Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi,
dan hak cipta.
11.        Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti
yang berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk,
antara yang lain-lain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
14.        Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri
hati, dan kelam kabut.
15.        Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohnya: angkat kaki, buang air,
campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
16.        Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap
sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan,
menembak mati, dan bertungkus lumus.
17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali,
sambil lalu, dan sekali sekala.
19 Kata hubung majmuk, antara yang lainlain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
Tugasnya
20.        Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
            (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) lemah lembut (kata adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi)
(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya) apabila (kata nama)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim utama (kata nama)
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama)
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama)
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata adjektif)
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan)
Maknanya
21.        Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:
(a) kata majmuk wajar; 
(b) kata majmuk kiasan
                       
22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang
menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang
bernama anggur.
23.        Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada katakata yang menjadi
komponennya.
Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.
Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
adat istiadat gunung api kongsi gelap
alih bahasa hancurlebur lampu duduk
bahasa pasar harga borong lipat ganda
bakul sampah hitam manis lubang hidung
batang hidung ikan parang mabuk taut
cakera padat inti sari merah jambu
cantik jelita isi perut minyak makan
daya cipta juling air naik takhta
dengki hati kaca mata nenek moyang
emas putih kerak bumi orang gaji
esok hari otak depan tuan rumah
gagah berani olah raga udang galah
galah canggah pagar duri uji kaji
rendah hati pindah tangan wang saku
sabun mandi rabun jauh warta berita
sihat akal tahan lasak zat air
24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
akal kancil darah daging hajat besar
anak angkat datang bulan harga diri
anak baju daun pintu ibu ayam
anak emas emas kahwin isi hati
anak kunci embun jantan jalan bahasa
batu loncatan filem bisu jauh hati
banyak mulut gaji buta kaki tangan
buah mulut gantung kemudi karat hati
bulan madu gatal mulut kata dua
cahaya mata gunung payung kecil hati
cakap angin habis akal kereta api
campur tangan lalat hijau papas hati
cekak musang lebar mulut panjang tangan
dapur susu lemah semangat pasar gelap
mata hari lepas tangan patah hati
naik darah main angin rendah hati
nyawa ikan malam buta sagu hati
otak udang sampai hati sakit hati
tangan besi tali barut tumbuk rusuk
timbang rasa tanah air

TANDA BACA 

1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberri isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu
dalam bacaan.
2. Ia diletakkan di temapt-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
3. Tanda baca utama ialah :
Tanda Noktah atau titik   ( . )
Tanda koma                 ( , )
Tanda tanya atau soal   ( ? )
Tanda seruan                ( ! )
Tanda sempang atau sengkang  ( - )
Tanda noktah bertindih             ( : )
Tanda pengikat kata atau petik  ( “        “ )
 
Huruf Besar
Penggunaan Contoh ayat
a) digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat. a)Rumah itu di atas bukit.
b)Persembahan itu belum tamat.
b) digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung. a)“Adik kamu mana ?” tanya Jamil.
b)Abang bertanya, “Betulkah awak tidak mahu pergi ?”

c) digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan a)Yang Maha Pengasih,


yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, b)Ampunilah hamba-mu.
termasuk kata ganti untuk Allah c)Semoga Engkau menerima doa kami.

d) digunakan sebagai huruf pertama gelaran a)Haji Abdul Ghabur


kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti b)Nabi Muhamad S.A.W
nama orang

e) digunakan sebagai huruf pertama untuk nama Profesor Ahmad Hashim


jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang Sarjan Major Kamarudin , Tengku Iskandar
f) digunakan diawal nama khas a) Sharipah, Ipoh, Terengganu, Bank Negara
g) digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku a)bangsa Melayu
bangsa, dan bahasa b)orang Minangkabau
h) digunakan sebagai huruf pertama bagi nama rasmi a)Lembaga Urusan Tabung Haji
badan, lembaga pemerintah, serta nama dokumen b)Dewan Bahasa dan Pustaka
rasmi kecuali kata hubung c)Semenajung Tanah Melayu

2.1 Tanda Titik atau noktah.


Tanda titik digunakan... Contohnya
(a), pada akhir ayat yang bukan (a) Kereta ini baru dibeli.
pertanyaan atau seruan (b) Esok ibu akan ke Kuala Lumpur.
(b) pada akhir singkatan nama orang Y.A.B. (Yang Amat Berhormat),
En. (Encik)
(c) sebelum tanda penutup kata (") Kata kakak, "Bunga itu sudah layu:"
dalam cakap ajuk
(d) untuk menunjukkan angka perpuluhan 5.4, 30.2, 1 19.8
2.2 Tanda Koma (,)
Tanda koma digunakan... Contohnya
(a)bagi mengasingkan kata yang (a) Ibu membeli ikan, sayur, dan daging.
berturut-turut dalam satu ayat (b) Abu, Kumar, dan Zaidi pergi ke Muar.
(b)di belakang kata seru (a) Amboi, merahnya baju kamu !
(b) Eh, Azmi rupanya !
(c)untuk menandakan tempat berhenti Berikan surat ini kepada ibumu, Ali.
sebentar.
(d) di belakang kata penghubung pada ... Oleh sebab itu, awak diminta hadir.
awal ayat ... Jadi, awak tidak mengaku bersalah?
(e)untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang Rumah itu besar, tetapi tidak cantik
berbeza-beza Katakan saya ke bandar, jika dia datang.
(f)sebelum tanda pembuka kata (") dan Ravi berkata, "Ini suratnya, encik."
penutup kata (") dalam cakap ajuk "Terima kasih," jawab Encik Abu.
2.3 Tanda Tanya (?)
Tanda tanya digunakan... Contohnya
(a) pada akhir ayat tanya Bilakah adik kamu akan bersekolah?
(b) pada akhir ayat tanya sebelum "Apa yang kamu lihat?" tanya Jimmy.
tanda penutup kata (")
2.4 Tanda Seru (!)
Tanda seru digunakan... Contohnya
sesudah penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa (a)        Wah, perbuatan awak sudah melampau!
emosi yang kuat (b)        Siapkan kerja itu segera!
2.5 Tanda Titik Bertindih (:)
Tanda titik bertindih digunakan... Contohnya
(a)        pada akhir sesuatu penyataan Barangbarang yang perlu dibawa adalah seperti berikut:
apabila diikuti oleh rangkaian parang, sabit, dan cangkul
(b)        untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan Tarikh: 3 April 2000
sesuatu Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan
2.6 Tanda Koma Bertitik (;)
Tanda koma bertitik digunakan Contohnya
(a) untuk memisahkan bahagian- Giginya sakit; dia tidak mahu ke klinik.
bahagian ayat yang sejenis dan
setara
(b) pada baris pertama pantun dua Ada ubi ada batas;
erat Ada budi ada balas.
(c) pada baris kedua pantun empat Kalau ada jarum patah,
kerat Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
2.7 Tanda Sempang (-)
Tanda sempang digunakan... Contohnya
(a)        untuk menyambungkan kata yang murid-murid, riuh-rendah
            diulang dan kata ganda
(b)        untuk merangkaikan: seMalaysia, seTanah Melayu
            i           se dengan kata yang berikutnya yang dimulai
dengan huruf besar
ii. ke- dengan angka kali yang ke-10,
iii. angka dengan -an tahun 1960-an
(c) memisahkan huruf kecil daripada rahmat-Mu, hamba-Nya,
huruf besar sinar-X
2.8 Tanda Petik ("...")
Tanda petik digunakan Contohnya
(a) untuk mengapit petikan langsung "Saya belum makan ibu," kata adik.
(b) pada jadual rencana, karangan, Novel "Esok Masih Ada" memenangi
novel, puisi, dan sebagainya hadiah pertama.
Ringkasan Contoh ayat
Huruf Besar a. Ibu memasak nasi.
1. Digunakan pada permulaan sesuatu ayat atau selepas tanda b. Tan seorang budak yang pemalu. Dia baru pindah ke sini.
noktah. a. Amin, ketua Kelas Enam Mawar baru balik dari kampungnya
2. Digunakan untuk menulis Kata Nama Khas di Dungun.
3. Digunakan pada awal menulis cakap ajuk dan selepas tanda b. Ahmad membaca buku bertajuk “Bukit Rahsia” yang ditulis
tanya dalam ikatan cakap ajuk. oleh Idris Rahman.
4. Digunakan selepas tanda seruan. a. Dengan lantang ibu berkata “ Bangun, kemu sudah terlewat
ke sekolah.”
b. “Bilakah awak hendak ke pekan ? Hari inikah ?” tanya
Burhan.
a. Amboi, cantiknya baju dia ! Di mana dia membelinya ?
Tanda noktah atau titik ( .) a. Dia baru pulang dari sekolah.
1. Digunakan untuk mengakhiri sesuatu ayat yangbukan seruan a. Kami melawat R.T.M.
atau pertanyaan. a. Bapanya dianugerahkan pingat P.J.K. oelh Sultan
2. Digunakan untuk menulis huruf ringkas atau kependekan. Terengganu.
Tanda koma ( , ) a. Abang pergi ke kedai membeli tepung, gula, bawang, biskut,
1. Digunakan untuk memisahkan unsur-unsur yang sama dalam roti , dan susu.
sesuatu ayat a. Wah, bijak betul budak itu !
2. Digunakan selepas kata seruan. a. Cikgu Asrul berkata, “Tolong ambilkan buku kuning itu.”
3. Digunakan untuk memisahkan cakap ajuk daripada bahagian b. “Biarkan dia lakukan sendiri kerja itu,” pesan ibu.
lain dalam ayat. a. Oleh itu, kita mesti bertindak dari sekarang.
4. Digunakan di belakang pada kata penghubung pada awal b. Jadi, dia pun lari dari situ.
ayat.
Tanda Tanya atau soal ( ? ) Pukul berapa dia pergi ke sana ?
Digunakan untuk menamatkan ayat soal.
Tanda Seruan ( ! ) a. Oh, awak rupanya yang mengetuk pintu tadi !
Digunakan di hujung ayat-ayat seruan. b. Eh, bila kamu sampai !
Tanda Sempang atau Sengkang ( - ) a. Gunung-ganang, lauk-pauk, bukit-bukau, kuda-kuda
1. Digunakan untuk menulis kata ganda. b. rahmat-Nya, Se-Malaysia, anti-Amerika, Insya-Allah.
2. Digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf a. Ke-60, ke-10
besar. b. Mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke - 5.
3. Digunakan untuk merangkaikan awalan ke depan angka atau a. 60-an, 70-an, 80-an, 90-an
nombor. b. Irama Pop Yeh-Yeh terkenal pada tahun 60-an.
4. Digunakan untuk merangkaikan angka dengan akhiran -an.
Tanda Noktah Bertindih ( : ) a. Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh: Jika tidak
1. Digunakan untuk menambahkan penjelasan dalam sesuatu berpelajaran, kita akan di pandang hina.
ayat. b. Kita mesti membantu orang yang dalam kesusuhan : sikap
2. Digunakan untuk menggantikan maksud iaitu. yang disukai masyarakat
3. Digunakan untuk memisahkan watak dengan dialog dalam a. Cikgu : Mengapa awak tidak datang ke sekalah semalam ?
sesuatu perbualan. Sani    : Saya tidak sengaja. Saya lewat bangun.
4. Digunakan untuk menerangkan sesuatu dalam ayat. a. Di dalam beg ini ada :
i- buku
ii- pensil
iii- pembaris
iv- pemadam
Tanda Koma Bertindah ( ; ) a. Bawakan barang-barang ini dan berikan kepada Pak Yusof ;
1. Digunakan untuk memisahkan bahagian ayat yang setara cangkul, sabit dan penggali.
dengan keadaannya. b. Kami semua lulus dalam ujian matematik ; Manisah 80
2. Digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang merkah, Tina 82 markah dan saya sendiri 88 markah.
menggunakan kata hubung. a. Dia seorang budak yang baik ; kami semua sayang
kepadanya.
b. Buktikan kepandaian kamu ; kalahkan pasukan mereka.
Tanda Pengikat Kata atau Petik ( “      “ ) a. “Saya hendak pergi ke perpustakaan,” kata Ghani.
1. Digunakan untuk menulis cakap ajuk. b. Adnan berkata, “Sayalah pemain yang menjaringkan gol itu.”
2. Digunakan untuk menulis nama buku, majalah, cerita, sajak, a. Cikgu Hashimi menulis sebuah buku bertajuk, “Penggunaan
lagu dan sebagainya dalam sesuatu ayat. Tatabahasa dalam U.P.S.R.”

Analisis Kesalahan Tatabahasa


 
“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”
contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.
(Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang
diterangkan ialah nangka. )
salah Betul
Cili sos Sos cili
Mini perpustakaan Perpustakaan mini
Zaleha Restoran Restoran Zaleha
Jaya Klinik Klinik Jaya
Kata jamak
salah betul
mereka-mereka mereka
semua kereta-kereta semua kereta
para-para pelajar para pelajar
empat orang abang-abang empat orang abang
kata penguat
salah betul
sangat tinggi sekali sangat tinggi
sungguh jauh sekali sungguh jauh
paling indah sekali paling indah
amat menakutkan sekali amat menakutkan
kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat.
Salah betul
Sani mendapat markah yang tertinggi sekali. Sani mendapat markah yang tertinggi .
Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan Hassan ialah peserta yang termuda dalam pertandingan itu.
itu.
kata hubung
salah betul
Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya. Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.
Badannya besar kecuali kakinya kecil. Badannya besar tetapi kakinya kecil.
Kata bilangan
salah betul
Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa
Penyayang”. “Minggu Penyayang”.
Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan. Beribu- ribu  peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya. Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar
raya.
7. Kata Sendi
            i - Dari
salah betul
Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu. Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh. Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
ii - Daripada
salah betul
Tilam itu dibuat dari getah asli. Tilam itu dibuat daripada getah asli.
Sukarmi lebih tinggi dari abangnya. Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama. Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
iii - Pada
salah betul
Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan. Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.
Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam. Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara. Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.
iv - Di
salah betul
Saya dilahirkan diSarawak. Saya dilahirkan di Sarawak.
Ayah awak bekerja dimana ? Ayah awak bekerja di mana ?

Penjodoh bilangan
salah betul
Setiap orang pelajar. Setiap pelajar.
Sesetengah orang rakyat. Sesetengah rakyat.
Seluruh buah negeri. Seluruh negeri.
Semua ekor binatang. Semua binatang.
Kata ganti diri
salah betul
Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis. Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis.
“Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya. “Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
Kata adjektif
salah betul
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya  benar lazat. Masakan yang dihidangkan oleh ibunya lazat benar..
Pemandangan di pantai yang nian indah itu Pemandangan di pantai yang indah nian itu
mempesonakannya. mempesonakannya.
kata kerja transitif
salah betul
Ibu sedang jahit baju kurung. Ibu sedang menjahit baju kurung.
Ayah selalu cuci keretanya. Ayah selalu mecuci keretanya.
Ayat pasif
salah betul
Cerpen itu telah dikarang oleh saya. Cerpen itu telah saya karang..
Latihan itu mesti dibuat oleh kau. Latihan itu mesti kaubuat.
Kata tanya
salah betul
Kamu berasal dari manakah ? Kamu berasal dari mana ?
Apa nama pengawas itu ? Siapakah nama pengawas itu ?
Bila ayah akan pulang ? Bilakah ayah akan pulang ?
Binatang peliharaan awak bernama siapa ? Binatang peliharaan awak bernama apa ?
Ejaan
salah betul
Kanak-kanak itu di bawa oleh ibunya ke hospital. Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital.
Kucing itu tidur dibawah meja. Kucing itu tidur di bawah meja.
Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu. Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.
Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab. Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada
anak-anak. anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya
yang bongsu. yang bongsu.
 
Kata Ganti Diri
1.         Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
2. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
*Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
3. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tuatua, dan bukan
kanakkanak. Misalnya:
*Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
4.         Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamukamu, *andaanda, *mereka-mereka, dan
sebagainya. Misalnya:
*Merekamereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
5. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya:
*Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul)
6.         Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.
 
Kata Bilangan
1.         Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya,
atau beberapa, semua, dan sebagainya.
2.         Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata bilangan himpunan keduadua, dan
sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a)        *Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)
Setengahsetengah orang tidak suka akan durian. (betul)
(b)        *Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)
*Tiaptiap pelajar harus berdisiplin. (betul)
(c)        *Kedua orang itu anggota polis. (salah)
Keduadua orang itu anggota polis. (betul)
(d)        `Berbagai usul dikemukakan­nya. (salah)
Berbagaibagai usul dikemukakannya.(betul
3. Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi  parapara. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang
berikut:
*Parapara peserta sedang berbaris.(salah)
Para peserta sedang berbaris. (betul
4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan.
Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a)        *Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)
Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)
(b)        *Harganya tiga setengah ringgit. (salah)
Harganya tiga ringgit setengah. (betul)
 
3 Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
2. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama dengan kata bilangan seperti para, segala,
sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan sebilangan. Misalnya:
(a)        *para orang pelajar (salah)
            Para pelajar (betul)
(b)        *segala ekor binatang (salah)
            segala binatang (betul)
(c)        *sekalian orang peserta (salah)
            sekalian peserta (betul)
(d)        *seluruh buah negari (salah)
            seluruh negeri (betul)
(e)        *semua orang gadis (salah)
            semua gadis (betul)
 
4 Kata Sendi
1. Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan
katakata lain dalam ayat.
2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh
dilenyapkan. Misalnya:
(a)        *Ravi suka durian. (salah)
            Ravi suka akan durian. (betul)
(b)        *Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
(c)        *Abang sudah pergi pejabat.(salah)
Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)
(d)        *Kita mesti hormat guru. (salah) Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)
(e)        *Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)
Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)
3 .Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.
Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada)
(b)        Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan)
Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari)
(d)        Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari)
(e)        Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari)
(f)         Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di)
(g)        Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan)
h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di)
(i)         Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di)
j)Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke)
k)Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan)
l)Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara­
saudara berikan. (bukan * diatas)
 
5 Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna yang penuh.
2. Kata kerja tak transitif yang berawalan ber, atau men, atau ter, misalnya: berbincang, berkata, bertanya, melompat,
tersenyum, dan sebagainya tidak boleh ditiadakan awalannya. Contohnya:
(a)        *Dia kata kepada saya. (salah)
            Dia berkata kepada saya. (betul)
(b)        *Jangan lompat. (salah)
            Jangan melompat. (betul
(c)        *Dia senyum kepada saya. (salah)
            Dia tersenyum kepada saya. (betul)
 
6 Kata Kerja Transitif
1.         Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai
predikat dalam ayat.
2.         Objeknya mestilah frasa nama.
3.         Kecuali kata makan dan minum serta katakata yang berapitan ber...kan, semua kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak
boleh tidak berawalan men, Misalnya:
(a) *Dia suka baca buku. (salah)
Dia suka membaca buku (betul
(b) *Ahmad tendang bola itu. (salah)
Ahmad menendang bola itu. (betul)
4. Kata kerja transitif yang berapitan men ...kan dan men ...i berbagaibagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhatihati.
Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) *Dia memberikan saya sebatang pena. (salah)
Dia memberi saya sebatang pena. (betul)
Dia memberikan sebatang pena kepada saya. (betul)
(b) *Hakim menjatuhkan orang itu hukuman mati. (salah)
Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul)
Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang itu. (betul)
 
7 Kata Tanya
1.         Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
2.         Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana, mengapa, dan siapa.
3.         Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya Bering berlaku pada kata apa dan siapa.
4.         Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau binatang saja.
5.         Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.
6. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a)        *Nama kucing ini siapa? (salah)
            Nama kucing ini apa? (betul)
(b)        *Apa nama anak saudara ini?      (salah)
Siapa nama anak saudara ini? (betul)
 
8 Kata Hubung
1. Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata
hubung itu dengan tepat dalam ayat.
2. Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam kurungan.
(a)        Koding berdiri lalu memberikan jawapan. (bukan *maka)
(b)        Gadis itu cantik tetapi sombong. (bukan *meskipun)
(c)        Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel. (bukan *dan)
(d)        Siti menangis apabila mendengar berita itu. (bukan *bila)
(e)        Saya terkejut apabila Lili menjerit. (bukan *bila)
(f)         Kita mestilah yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan segalagalanya. (bukan "agar)
(g)        Sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan *maka)
(h)        Bayi itu lapar maka dia menangis. (bukan *hingga)
(i)         Jamal rajin membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan * meskipun)
(j)         Buku ini berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru. (bukan * baik...ataupun)
 
9 Penggunaan Kata yang Tidak Tepat
1. Dalam bahasa Malaysia, ada beberapa kata yang seakanakan sama ejaannya tetapi berlainan maknanya.
2. Oleh sebab di kalangan masyarakat ada orang yang gemar mengagak-agak ketika menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk
kepada kamus, maka berlakulah kesalahan ini.
3.         Yang berikut adalah senarai beberapa patah kata yang sering digunakan dengan salah dalam ayat.
Kata dan Keterangannya Contoh Kesalahan dan Pembetulan
Adakah dan Apakah Salah
i. Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya (a) *Apakah benar ceritamu itu?
atau tidak. (b) *Apakah Ali datang semalam?
ii. Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan (c) *Apakah kamu bermimpi?
tentang nama binatang,benda, keterangan tentang Betul
sesuatu, dan untuk menanyakansesuatu yang tidak (a) Adakah benar ceritamu itu?
khusus. (b) Adakah Ali datang semalam?
iii. Kesalahan dalam penggunaan kata berlaku apabila (c) Adakah kamu bermimpi?
kata apakah digunakan pada tempat adakah.
Banyak dan Ramai Salah
i. Kata banyak mempunyai hubungan dengan jumlah (a)* Ramai orang yang Nadir dalam majlis itu.
atau bilangan sama ada manusia, benda, atau (b) *Tidak ramai orang yang suka akan ikan air tawar
binatang. (c) *Sudirman mempunyai peminat yang ramai.
ii. Kata ramai pula mempunyai hubungan Betul
dengan keadaan Huh-rendah, (a) Banyak orang yang Nadir dalam majlis itu.
riang, gembira, meriah, serba (b) Tidak banyak orang yang suka akan ikan air tawar.
gist, sibuk, tidak sunyi, dan pen- (c) Sudirman mempunyai peminat yang banyak.
duduk yang banyak. Jadi, kata
ramai menunjukkan suasana atau
keadaan.
iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku
apabila kata banyak diganti dengan
kata ramai.
Boleh dan Dapat Salah
i. Kata boleh lebih sesuai digunakan (a) *Adik saya sudah boleh menungang basikal.
dalam hubungan dengan keizinan. (b) *Dia tidak boleh Nadir kerana deman.
ii Kata dapat pula lebih sesuai (c) *Saya tidak boleh berlari kencang kerana badan saya gemuk.
digunakan dalam hubungan dengan Betul
keupayaan atau kemampuan. (a) Adik saya sudah dapat menunggang basikal.
iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku (b) Dia tidak dapat Nadir kerana demam.
apabila kata dapat diganti dengan (c) Saya tidak dapat berlari kencang kerana badan saya gemuk.
kata boleh.
Bukan dan Tidak Salah
i. Kata bukan dan tidak tergolong (a) *Beg ini bukan berat.
dalam kelas kata nafi untuk (b) "Adik bukan tidur di bilik.
membentuk ayat nafi. (c) *Dia bukan menulis surat.
ii. Kata bukan tidak boleh digunakan Betul
apabila frasa adjektif atau frasa (a) Beg ini tidak berat.
kerja menjadi predikat ayat. (b) Adik tidak tidur di bilik.
iii. Kata tidak pula tidak boleh diguna- (c) Dia tidak menulis surat.
kan apabila frasa nama menjadi
predikat ayat.
Golong dan Gulung Salah
i. Kata golong boleh diberi imbuhan (a) *Gulungan petani memerlukan bantuan.
menjadi menggolongkan, tergolong, (b) *Mereka tergulung dalam kumpulan orang baik-baik.
golongan, dan penggolongan. Tiap- (c) "Beliau menggulungkan mereka sebagai penentang.
tiap kata ini berbeza maknanya. (d) *Kakak sedang menggolong tikar.
ii. Kata gulung pun boleh diberi imbuhan Betul
menjadi bergulung, mengulung, ter- (a) Golongan petani memerlukan bantuan.
gulung, dan gulungan. (b) Mereka tergolong dalam kumpulan orang baik-baik.
iii. Kata golong dan gulung ini sering (c) Beliau menggolongkan mereka sebagai penentang.
salah digunakan dan salah dieja (d) Kakak sedang menggulung tikar.
kerana seakan-akan sama bentuknya.
Menonton dan Menuntun Salah
i. Kata menonton bererti melihat (a) *Kami menuntun televisyen sehingga larut malam.
sesuatu pertunjukan. Selain itu, (b) *Kumpulan itu akan mempertuntunkan suatu drama.
ada pula kata mempertontonkan, (c)*Filem Mandarin semakin kerap menjadi tuntunan kita.
tontonan, dan penonton. Setiap kata (d)*Para penuntun bersorak apabila Anbalagan berjaya menjaringkan
ini berbeza maknanya. bola.
ii. Kata menuntun pula bererti me- Betul
mimpin. Selain itu, ada juga kata lain seperti (a) Kami menonton televisyen sehingga larut malam.
bertuntun, tuntunan, dan penuntun. Setiap kata ini (b) Kumpulan itu akan mempertontonkan suatu drama.
pun berbeza maknanya. (c) Filem Mandarin semakin kerap menjadi tontonan kita.
iii. Penggunaan kata menonton sering dieja salah (d) Para penonton bersorak apabila Anbalagan berjaya menjaringkan
sebagai menuntun kerana bentuknya seakan-akan bola.
sama.
Pedalaman dan Pendalaman  Salah
i. Kedua-dua kata ini berasal daripada (a) *Beberapa kawasan pendalaman di Kelantan dinaiki air.
kata yang sama (dalam) tetapi (b) *Pedalaman dasar Sungai Kelang di lakukan untuk mengelakkan
berbeza maknanya. berlakunya banjir.
ii. Pedalaman bererti kawasan yang Betul
terpencil atau daerah yang jauh (a) Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air.
dari perhubungan dan kemudahan. (b) Pendalaman dasar Sungai Kelang dilakukan untuk mengelakkan
iii. Pendalaman pula bererti usaha berlakunya banjir.
mendalami atau mendalamkan.
iv. Kesalahan pengunaan kata ini dalam
ayat berlaku kerana ketidakpastian
tentang ejaannya.
Pendapat dan Pendapatan Salah
i. Kedua-dua kata ini pun berasal (a) *Pada pendapatan saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?
daripada kata yang sama (dapat) (b) "Pada pendapatan saya,penswastaan banyak membawa
tetapiberbeza maknanya. kebaikan.
ii. Pendapat bererti buah fikiran atau Betul
pandangan. (a) Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?
iii. Pendapatan pula bererti hasil pen- (b) Pada pendapat saya, penswastaan banyak membawa kebaikan.
carian yang biasanya dihubungkan
dengan gaji atau upah.
iv. Kesalahan penggunaan kata berlaku
apabila kata pendapatan digunakan
pada tempat pendapat.
Tembok dan Tembuk Salah
i. Tembok bererti dinding atau (a) * Tembuk Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti.
halangan yang dibuat daripada (b) *Tapak kasut ini sudah tembok.
batu. Kata ini boleh dibentuk (c) *Pekerja itu menembok dinding dengan penebuk elektrik.
menjadi kata kerja menembok yang Betul
bererti mendinding. (a) Tembok Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti.
ii. Tembuk pula bererti tembus atau (b) Tapak kasut ini sudah tembuk.
berlubang. Kata ini pun boleh di- (c) Pekerja itu menembuk dinding dengan penebuk elektrik.
bentuk menjadi kata kerja menembuk
yang bererti membuat lubang.
iii. Kesalahan penggunaan kata ini
dalam ayat berlaku kerana ketidak-
pastian tentang ejaannya.
 
Bentuk Jamak
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan
melalui:
(a)        pengulangan kata nama seperti burungburung, guruguru, kawankawan, dan sebagainya.
(b)        penggunaan kata bilangan yang membawa maksud jamak seperti dua buah kereta, semua pelajar, para pemudi, dan
sebagainya.
(c)        Pengulangan kata adjektif seperti baikbaik, handalhandal, tinggitinggi, dan sebagainya.
(d)        pengulangan kata yang mendu­kung makna jamak seperti rakyat.
2. Kata nama yang menyertai kata bilangan tidak perlu diulang.
Misalnya:
(a)        *dua buah keretakereta (salah)
            dua buah kereta (betul
(b)        *semuapelajarpelajar(salah)
            semua pelajar (betul
(c)        "para pemudipemudi (salah)
            para pemudi (betul)
3. Sesuatu kata yang sudah membawa makna jamak tidak perlu diulang. Misalnya:
*Rakyatrakyat Malaysia harus bersatu padu. (salah)
Rakyat Malaysia harus bersatu padu. (betul
(b)
4. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Misalnya:
Lukisanlukisan itu cantikcantik belaka. (salah)
Lukisan itu cantikcantik belaka. (betul)
(b)        *Bangunanbangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (salah)
Bangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (betul)
 
11 Hukum DM
1. Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan katakata untuk membentuk frasa nama dalam ayat.
2. Kesalahan timbul apabila Hukum DM dilanggar sewenangwenang.
Misalnya:
(a)        *"lainlain hal(salah)
            halhal lain (betul)
(b)        *Malik kedai runcit (salah)
            kedai runcit Malik (betul)
(c)        `goreng pisang (salah)
            pisang goreng (betul)
(d)        `cili sos (salah)
            sos cili (betul)
(e)        *mini estet(salah)
            estet mini (betul)
 
12 Frasa Adjektif
1. Kata adjektif dapat menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat.
2. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat.
Contohnya: sangat besar atau besar sekali.
3. Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang kata adjektif sekaligus. Misalnya:
(a)        "Ubat itu sangat pahit betul.
            (salah)
Ubat itu sangat pahit. (atau) Ubat itu pahit betul. (betul)
Soalan inilah yang paling sukar sekali. (salah)
Soalan inilah yang paling sukar. (atau)
Soalan inilah yang sukar sekali. (betul)
4. Apabila kata adjektif yang berawalan ter digunakan sebagai penerang,
kata penguat tidak diperlukan. Misalnya:
(a)        *Asmah mendapat markah
            yang paling terbaik. (salah)
Asmah mendapat markah yang terbaik. (betul)
(b)        *Stadium inilah yang terbesar
            sekali di dunia. (salah)
Stadium inilah yang terbesar di dunia. (betul)
5. Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasz
sendi apabila diperluas. Misalnya:
 (a)       *Saya gemar lagulagu Melayu asli. (salah)
            Saya gemar akan lagulagu Melayu asli. (betul)
(b) *Kami benci sikapnya itu. (salah)
            Kami benci akan sikapnya itu.(betul)
 
13 Frasa Kerja Tak Transitif
1.         Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat tanpa objek atau sekumpulan kata yang
mempunyai kata kerja talk transitif sebagai kata kerja utamanya.
2.         Kata kerja talk transitif yang berapitan ber...kan tidak boleh disertai kata sendi kerana akhiran kan pada apitan ber...kan
itu berasal daripada kata sendi akan yang dapat mewakili kata sendi dengan, atau pada, atau tentang.
Misalnya:
(a)        *berdasarkan pada keterangan ini (salah)
berdasarkan keterangan ini (betul)
(b)        *bertanyakan khabar (betul bertanyakan tentang khabar (salah)
3.         Frasa kerja talk transitif perlu diikuti frasa sendi apabila diperluas. Misalnya:
(a)        *Ingatkah kamu janji janjimu? (salah)
Ingatkah kamu akan janjijanjimu? (betul)
(b)        *Kami ingin bertemu Pengetua esok. (salah)
Kami ingin bertemu dengan Pengetua esok. (betul)
 
14 Frasa Kerja Transitif
1.         Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata
kerja transitif itu.
2.         Antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, katakata lain tidak boleh disisipkan.
Misalnya:
(a)        *Kami membincangkan tentang masalah itu. (salah)
Kami membincangkan masalah itu. (betul)
(b)        *Dia membeli banyak buah.(salah)
Dia banyak membeli buah. (betul)
(c) *Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu. (salah)
Saya hendak menjelaskan perkara itu lagi. (betul)
Saya hendak memperjelas perkara itu. (betul)
 
15 Frasa Kerja Pasif
Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua disebut bentuk terikat.
Oleh sebab itu, katakata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri dengan kata kerja pasif itu. Misalnya:
(a)        *Surat itu saga akan balas.(salah)
            Surat itu akan saga balas.
(b)        *Orang itu kita patut Bantu.(salah)
Orang itu patut kita Bantu. (betul)
(c) *Kerja itu kamu mesti siapkan.(salah)
Kerja itu mesti kamu siapkan.(betul)
3.         Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh disamakan.
Misalnya:
(a)        *Buku itu dibaca oleh saya.(salah)
            Buku itu saya baca. (betul)
(b)        * Mejameja itu disusun oleh kami. (salah)
Mejaineja itu kami susun. (betul)
(c)        *Nota itu ditulis oleh kamu? (salah)
Nota itu kamu tulis? (betul
Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif
diri kedua. Misalnya:
(a)        *Dinding itu dia conteng. (salah)
            binding itu diconteng olehnya. (betul)
(b)        Drama itu mereka persembah­kan. (salah)
Drama itu dipersembahkan oleh mereka. (betul)
 
Ayat Tergantung
1.         Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.
2.         Bentuk ujaran yang tidak ada subjeknya atau tidak ada predikatnya bukan ayat.
3.         Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada subjeknya ialah seperti yang berikut.
*Di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (tidak ada subjeknya) Negaranegara di seluruh dunia mengalami
kemelesetan ekonomi. (subjeknya Negaranegara)
4.         Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada predikatnya ialah seperti yang berikut.
(a)        *Dia yang datang semalam? (tidak ada predikatnya)
Diakah yang datang semalam? (predikatnya: Diakah)
(b)        *Kamu yang mesti keluar dari sini. (tidak ada predikatnya)
Kamu mesti keluar dari sini. (predikatnya: mesti keluar dart sim) atau
Kamulah yang mesti keluar dari sini. (predikatnya: Kamulah)
Beberapa contoh "ayat tergantung" yang lain serta pembetulannya adalah seperti yang berikut.
(a)        *Tentang keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (tidak ada subjeknya) Keterangan ini menjelaskan salah
faham yang timbul.
(Subjeknya: Keterangan im)
(b)        *Bagi setiap orang mesti mematuhi undangundang. (tidak ada subjeknya)
Setiap orang mesti mematuhi undangundang. (subjeknya: setiap orang)
*Di seluruh kawasan sudah dinaiki air. (tidak ada subjeknya) Seluruh kawasan sudah dinaiki air. (subjeknya: Seluruh kawasan)

Anda mungkin juga menyukai