Anda di halaman 1dari 11

CARA MENULIS PERENGGAN KARANGAN

APAKAH FUNGSI PENDAHULUAN DALAM KARANGAN?

menarik perhatian dan minat pembaca

menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh


dalam isi karangan

menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan kehendak


soalan.

APAKAH CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG BAIK?

Tepat dengan kehendak soalan

jelas dan sesuai dengan kehendak soalan

menggunakan bahasa yang tepat dan jelas

ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan dalam isi karangan


(dalam ayat terakhir perenggan pendahuluan)

ditulis dalam satu perenggan

tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan

Umpama sebuah pintu, pendahuluan sangat penting bagi menarik minat


pembaca untuk mengetahui isi-isi yang akan dikemukan oleh penulis dalam
karangan.

JENIS-JENIS PENDAHULAUAN KARANGAN


(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa
(vi) pendahuluan puisi
(vii) pendahuluan gabungan (menggabungkan semua jenis pendahuluan atau
beberapa sahaja)
PENDAHULUAN JENIS DEFINISI
memberikan takrif makna definisi (boleh merujuk kamus atau secara umum)
Contoh :
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang
atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan
golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah
daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di
samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke
semasa. Usaha-usaha pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung jenayah
agar memberi kesejahteraan kepada masyarakat dan Negara.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT menyatakan pendapat seseorang tokoh


Contoh :
Menurut Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat,Tun Dr. Mahathir
Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan.
Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang
perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama
meneruskan pembangunan. Langkah-langkah yang drastik harus diambil untuk
memastikan kegiatan pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam
masa yang sama pencemaran dapat dielakkan.

PENDAHULUAN JENIS SITUASI / SUASANA menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.
Contoh :
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkangbengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami
dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke
puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang
akan kami lalui nanti.

Suasana / situasi
Bumi kini sedang mengalami demam panas akibat pemanasan global yang turut
membawa bersama-sama iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Bagi kebanyakan
orang, perubahan iklim dan pemanasan global lebih banyak mengganggu aktiviti
ekonomi berbanding dengan kesihatan diri. Walau bagaimanapun, kesan
pemanasan global jauh lebih mendalam dan akan meninggalkan kesan kepada
semua penduduk dunia. Mungkin juga ada antara kita melihat mereka yang

terbunuh akibat bencana alam seperti taufan, banjir dan cuaca panas sebagai
malang. Namun, bagaimanakah pula bagi mereka yang terselamat? Adakah mereka
bebas daripada sebarang ancaman kesihatan selepas terselamat daripada lemas,
mati kesejukan atau dehidrasi? Percaya atau tidak, peningkatan suhu bumi telah
membunuh lebih satu juta orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada
secara langsung ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang
mengeluarkan perangkaan tersebut menjelaskan separuh daripada jumlah
kematian itu berlaku di Asia Pasifik yang merupakan benua yang paling padat
penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan 800,000 lagi
mangsa yang terbunuh akibat pencemaran udara setiap tahun.
Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan
jumlah gas-gas karbon yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam
atmosfera bumi. Haba matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan ke
permukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan
menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula
mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan sesetengah
pulau kecil dan menghakis permukaan tanah besar.

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
Contoh: Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi
diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan
kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan
berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai
kecemerlangan ? Soalnya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan ?

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh:
Peribahasa Melayu ringan sama dijinjing, berat sama dipikul dan seperti aur
dengan tebing amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang
anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya
hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti. Namun semangat berkerjasama
dalam masyarakat semakin hari semakin terhakis terutama di kawasan bandar.
Punca-punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihak-pihak yang
bertanggungjawab.

PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU


- mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema
karangan

Duhai apakah gerangan budi balasan


Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran air mata bila mengenangkan


betapakah bersar budi , ibunda berikan
siang malam ..menderita hingga entah bila
sungguh besar pengorbanan ibunda berikan

Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu ini.
Ibu telah melahirkan dan mendidik seseorang anak menjadi insan yang berjaya
dan berguna kepada keluarga, bangsa dan tanah air. Kasih sayang dan budi
seorang ibu tanpa mengharap sebarang balasan, tetapi sudah menjadi

tanggungjawab anak-anak
untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.

PENDAHULUAN GABUNGAN
- Menggabungkan dua atau lebih jenis pendahuluan
Contoh: Menggabungkan pendahuluan jenis definisi dan persoalan
Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan sebagai kegiatan
laku musnah yang berkaitan dengan tidakan merosakkan atau memusnahkan harta
benda termasuk kemudahan awam. Gejala memusnahkan kemudahan awam
seperti pondok menunggu bas, telefon awam, kemudahan di sekolah dan
sebagainya. Persoalannya mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku dalam
kalangan remaja? Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membendung
gejala ini?

Perenggan isi 1 Perenggan isi 5


1. Isi utama Apa? > Faktor, sebab, punca / Kesan baik, kesan buruk,
manfaat, faedah, implikasi, impak / Langkah, usaha, kaedah, cara,
strategi / Kepentingan
2. Huraikan isi utama. Pilih Antara 5W / 1H. Contoh What = Apa ?
3. Huraikan isi utama. Pilih Antara 5W / 1H. Contoh Why = Mengapa ? / How
- Bagaimana
4. Bagi contoh
5. Masukkan ungkapan menarik seperti peribahasa, kata-kata tokoh, kata
mutiara atau kata hikmat
6. Penegasan isi : Jelaslah, izharlah, teranglah, nyatalah, sudah terbukti
bahawa, sudah terang lagi bersuluh, di sini kita dapat lihat bahawa

Perenggan isi 1
Faktor dominan / utama / perdana adalah ...........................................................
....................................................................................................................................................
Faktor ini merupakan ...............................................................................................
....................................................................................................................................................
Hal ini kerana ..........................................................................................................................
....................................................................................................................................................
Sebagai contoh, / Sebagai tamsilan, / Contoh yang dapat kita lihat
adalah / ......................................................................................................................................
...............
Hal ini sinonim dengan peribahasa / Peribahasa Melayu
menyatakan ...............................................................................................................................
......................
.....................................................................................................................................................
Jelaslah, izharlah, teranglah, nyatalah, sudah terbukti bahawa, sudah terang lagi
bersuluh, di sini kita dapat lihat bahawa .........................................................................

.....................................................................................................................................................
Perenggan isi 2 hingga perenggan isi 5

Selain itu, / Di samping itu, / Tambahan pula, / Sementelahan pula, /


Bukan itu sahaja ......................................................................................................................
....................................................................................................................................................
Faktor ini merupakan ...........................................................................................................
....................................................................................................................................................
Hal ini kerana ..........................................................................................................................
....................................................................................................................................................
Sebagai contoh, / Sebagai tamsilan, / Contoh yang dapat kita lihat
adalah / ......................................................................................................................................
...............
Hal ini sinonim dengan peribahasa .....................................................................................
.....................................................................................................................................................
Jelaslah, izharlah, teranglah, nyatalah, sudah terbukti bahawa, sudah terang lagi
bersuluh, di sini kita dapat lihat bahawa .........................................................................
.....................................................................................................................................................

Perenggan penutup / kesimpulan

1.
2.
3.
4.

Rumuskan kehendak soalan 1 dan kehendak soalan 2


Nyatakan tindakan daripada pihak terlibat atau semua pihak
Nyatakan harapan dan kesan positif daripada tindakan yang dilakukan.
Masukkan ungkapan menarik

Perenggan Penutup
Sebagai kesimpulan, / Kesimpulannya, / Secara tuntas, / Tuntasnya, /
Akhirulkalam, / Akhir kalam, / Sebagai penutup bicara, / Deduksinya, / Secara
deduksi / Sebagai penghias bicara akhir .......................................................................
....................................................................................................................................................
Semua pihak / pihak (tertentu) hendaklah .....................................................................
....................................................................................................................................................
Hal ini kerana ..........................................................................................................................
....................................................................................................................................................
Hal ini sinonim dengan peribahasa / Hal ini bertepatan dengan peribahasa /
Benarlah kata-kata ................................................................................................................
.....................................................................................................................................................

USAHA / LANGKAH / KAEDAH / STRATEGI / PRAKARSA / PERANAN PIHAK


Terdapat 8 peranan pihak. Anda boleh pilih mana-mana empat pihak berdasarkan
kesesuaian tajuk atau tema karangan.

1.
2.
3.
4.
5.

Peranan individu (Saya / Kita)


Peranan ibu bapa
Peranan sekolah
Peranan masyarakat (masyarakat setempat / rakyat)
Peranan kerajaan (pemimpin, kementerian, pihak berkuasa seperti PDRM,

tentera dan sebaginya)


6. Peranan swasta atau badan bukan kerajaan (NGO)
7. Peranan media massa
8. Peranan negara luar atau antarabangsa

*Sebagai contoh : Usaha menangani kenaikan harga barang. Pihak yang terlibat
ialah 1. Individu

2. Kerajaan

3. Media massa

4. Swasta @ NGO

Anda mungkin juga menyukai