Anda di halaman 1dari 2

Pada masa ini, rakyat di negara jiran kita, Thailand sedang berhadapan dengan bencana banjir yang sudah

berlarutan lebih kurang dua bulan lamanya. Kejadian ini merupakan yang terburuk melanda negara tersebut
dalam tempoh 50 tahun. Dalam pada itu, kejadian tsunami pada 25 Disember 2004 masih lagi bermain-main di
minda masyarakat dunia. Kejadian tersebut sudah pasti meninggalkan trauma yang berpanjangan kepada
mangsa yang mengalaminya. Malapetaka yang datang tanpa diundang ini merupakan bencana paling dahsyat
pernah berlaku dalam tempoh 40 tahun. Nampaknya, hari demi hari masyarakat dunia akan berhadapan dengan
pelbagai peristiwa dahsyat yang menguji keimanan, ketabahan, keamanan, dan kestabilan global. Oleh itu,
faktor-faktor dan kesan-kesan bencana alam kepada manusia sejagat akan ditelusuri demi kepentingan
bersama. Pada pendapat saya, kita tidak boleh menolak bahawa bencana alam merupakan fenomena semula
jadi yang ditentukan kejadiannya oleh Allah Subahanahuwataala. Kejadian alam seperti taufan, tanah runtuh,
letupan gunung berapi, banjir besar dan sebagainya berlaku atas izin-Nya. Oleh sebab itu, kejadian seperti
Taufan Katrina yang melanda wilayah New Orleans dan Louisiana di Amerika Syarikat memang tidak dapat
dihalang. Begitu juga dengan bencana Tsunami yang melanda negara Jepun pada baru-baru ini memang tidak
dapat dielakkan. Peristiwa ini menampakkan betapa besarnya kekuasaan Tuhan dan betapa naif dan kerdilnya
manusia di muka bumi ini. Walau kita mampu mencipta pelbagai peralatan canggih dan menggagumkan tetapi
kita tetap tidak mampu menghalang bencana alam daripada berlaku. Namun begitu, sebagai manusia, kita
dianugerahkan akal fikiran untuk bersedia mengadapi apa-apa bencana yang berlaku. Jelaslah bahawa kejadian
bencana alam yang melanda merupakan takdir Tuhan yang maha esa. Selain itu, bencana alam berlaku
disebabkan kejahilan dan kerakusan manusia sendiri ketika mentadbir bumi kurniaan Tuhan ini. Hal ini demikian
kerana Tuhan telah mencipta alam ini dengan fungsinya yang tersendiri namun, apabila fungsinya
dihancurmusnahkan oleh manusia maka berlakulah bencana yang tidak disangka-sangka seperti kejadian
Highland Tower yang tumbang akibat tanah runtuh pada tahun 1993, dan kejadian jerebu yang berlaku setiap
tahun. Kesemua ini membuktikan bahawa sikap rakus manusia yang mementingkan keuntungan telah meneroka
hutan sewenang-wenangnya, melakukan pembakaran terbuka, dan perancangan pembangunan yang tidak
sempurna hingga menyebabkan bencana alam. Sudah terang lagi bersuluh, kerakusan manusia dalam
memusnahkan alam sekitar menyebabkan bencana alam berlaku. Pelbagai kesan buruk wujud ekoran daripada
malapetaka tersebut. Kesan yang paling nyata ialah banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah akibat
bencana ini. Sebagai contohnya, bencana Tsunami yang melanda Achetelah mengorbankan 168 000 orang, di
Sri Lanka sebanyak 31 000 orang terkorban, dan di India sebanyak 16 389 orang terkorban. Kejadian ini juga
menjadikan sesebuah kawasan musnah sama sekali seperti Banda Acheh yang menjadi padang jarak padang
terkukur. Mereka yang terselamat pula bagaikan mati hidup semula dan kematian orang tersayang serta
kemusnahan harta benda amat mengharukan perasaan namun, berat mata memandang berat lagi bahu yang
memikul. Berdasarkan huraian yang diberikan, ternyatalah bahawa bencana alam menyebabkan banyak nyawa
manusia yang tidak berdosa terkorban. Selanjutnya, mangsa yang terselamat daripada bencana alam sudah
pasti akan mengalami gangguan emosi dan masalah fizikal dalam jangka pendek atau jangka panjang. Hal ini
demikian kerana kejadian ngeri yang pertama kali berlaku dalam hidup mereka memberikan kesan yang
mendalam dalam jiwa. Kekecewaan dan ketakutan yang mencengkam akan menyebabkan mereka hilang
pertimbangan dan kemungkinan tidak mahu lagi meneruskan kehidupan. Apatah lagi jika terbayang orang-orang
tersayang hanyut ditelan ombak dan tidak dapat dikesan hingga ke saat ini. Keadaan lebih mengharukan, jika
mereka yang hidup mengalami kecacatan kekal dan tidak ada keluarga tempat berlindung. Bagi yang nipis
keimanannya, akan mengalami trauma dan mungkin mengalami gangguan mental sepanjang hayat. Jelaslah
bahawa bencana alam boleh meninggalkan kesan yang mendalam ke atas emosi seseorang. Di samping itu,
bencana alam sudah pasti akan melumpuhkan kegiatan ekonomi negara yang terlibat. Kejadian banjir yang
melanda negara Thailand dijangka mengalami kerugian sehingga mencecah RM96 bilion setakat ini. Pengiraan
kos kerugian sebenar boleh mengambil masa sehingga bertahun-tahun iaitu bagi mengira kehilangan
perniagaan terhadap Thailand kerana pelabur sekarang ini berkemungkinan memilih untuk melabur di negaranegara lain. Setiap kali bencana alam berlaku, kerajaan terpaksa membelanjakan wang berjuta-juta ringgit untuk
menyediakan kemudahan makanan, air bersih, ubat-ubatan, dan membaiki infrastruktur yang musnah akibat
bencana. Bencana alam seperti jerebu pula akan menjejaskan kesihatan dan menyebabkan aktiviti harian
dihentikan lebih-lebih lagi, jika kerajaan sudah mengisytiharkan darurat di kawasan tersebut. Sudah jelas lagi
nyata, bencana alam berupaya meruntuhkan ekonomi sesebuah negara. Kesimpulannya, bencana alam yang
sukar dijangka dan datang dengan tiba-tiba memberikan pengajaran kepada manusia agar tolong-menolong
sesama manusia tanpa mengenal sempadan. Pelbagai bentuk bantuan hendaklah diberikan kepada mangsa
sama ada dalam bentuk makanan, pakaian, ubat-ubatan, keperluan asas dan wang. Fenomena bencana alam
juga mengingatkan kita agar berhati-hati dalam menguruskan alam sekitar. Isu-isu alam sekitar seperti
pencemaran alam, tanah runtuh, dan penerokaan hutan hendaklah ditangani segera. Teknologi canggih dalam
mengesan kejadian bencana harus dimiliki oleh negara agar kita lebih bersedia untuk menghadapinya bak kata
peribahasa, sediakan payung sebelum hujan
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai