Anda di halaman 1dari 3

dakah anda sedang mencari PC ataupun laptop?

Sering keliru pilihan processor Intel


yang ada dipasaran sekarang? Keliru dengan kewujudan processor i3, i5 dan i7?
Akhirnya buat anda tidak tahu hendak pilih yang mana?
Berikut adalah 7 info yang akan membantu anda membuat pilihan yang tepat
berdasarkan prestasi, harga dan kerja yang anda mahu lakukan dengan PC dan laptop
baru anda.

Info 1 Nombor
Lagi tinggi nombor dalam pilihan i3/i5/i7, lagi hebat prestasi processortersebut. Ini
bermakna prestasi i7 lagi hebat daripada i5, dan i5 lagi hebat daripada i3
Info 2 Bilangan Core
Lagi banyak core, lagi bagus untuk prestasi kerana lebih banyak
pembahagian tugasan boleh dilakukan oleh processor tersebut. Contoh
2 core, boleh melakukan 2 kerja dalam satu masa. 4 core boleh melakukan
4 kerja dalam satu masa. No 3, 5 dan 7 bukan menunjukkan
bilangan core yang ada. Anda perlu bertanya kepada penjual untuk
mendapatkan info core yang ada padaprocessor tersebut.
Info 3 Cache
Cache adalah ruang menyimpan data yang sering digunakan
oleh processor dan ia diletakkan di dalam processor tersebut. Daripada
menyimpan data yang kerap diguna ke dalam RAM ataupun hardisk dimana
lokasi mereka lebih jauh daripada processor, cache akan membantu untuk
mempercepatkan akses data ke maklumat tersebut kerana lokasinya
sangat berdekatan denganprocessor. Lagi besar ruang cache, prestasi akan
lagi bagus
Info 4 Teknologi Turbo Boost
Teknologi ini adalah kebolehan processor tersebut menukar
kelajuanclockprocessor untuk melakukan sesuatu tugas tertentu. Contoh
apabilaprocessor ada tugasan yang banyak, ia akan menambah
kelajuan processor agar tugas tersebut dapat diselesaikan lebih
cepat. Processor dengan teknologiTurbo Boost, prestasinya akan lebih
bagus
Info 5 Teknologi Hyper Treading
Fungsinya hampir sama dengan Info2 Bilangan Core.
Walaubagaimanapun, teknologi ini ada kebolehan yang lebih istimewa.
Selalunya 1 core = 1 tugas, namun dengan teknologi ini processor tersebut
berkebolehan untuk 1 core = 2 tugas. Processor dengan teknologi Hyper
Trading, prestasinya akan lebih bagus.

Info 6 Generasi Processor


Hampir setiap tahun, Intel akan mengeluarkan rekaan yang baru bagi setiap
processor. Setiap generasi, Intel akan memperbaiki rekaan mereka untuk
lebih baik daripada generasi sebelumnya. Tanyakan kepada penjual
generasiprocessor yang ada pada PC dan laptop yang anda ingin
beli. Processor dengan generasi terbaru, prestasinya akan lebih bagus.
Moga info ini akan membantu anda untuk membuat pilihan processor PC
dan laptop yang terbaik. Ada pelbagai kategori lain yang perlu anda tahu
seperti jumlah RAM, size hardisk dan lain-lain untuk melengkapi pilihan PC
dan laptop dengan prestasi yang anda mahu.

Anda mungkin juga menyukai