Anda di halaman 1dari 4

Keluarga adalah sekumpulan orang yang mempunyai ikatan perkawinan, kelahiran, dan

adopsi yang bertujuan untuk menciptakan, mempertahankan budaya, dan meningkatkan


perkembangan fisik, mental, emosional, serta sosial dari tiap anggota keluarga, menurut Duvall
dan Logan (1986) . Selain itu, menurut Bailon dan Maglaya ( 1978 ) pula menyatakan bahawa,
Keluarga adalah dua atau lebih individu yang hidup dalam satu rumah tangga kerana adanya
hubungan darah, perkawinan, atau adopsi. Mereka saling berinteraksi satu dengan yang lain,
mempunyai peran masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu budaya.
Keluarga merupakan keharusan yang diwajibkan oleh Agama, salah satunya tertera pada
Kitab Suci Al Quran, Firman Allah dalam Surat At-Tahrim Ayat 6 Wahai orang-orang yang
beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak
mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu
mengerjakan apa yang diperintahkan.
Seterusnya, Firman Allah dalam Surat Al-Furqon : Ayat 74Dan orang-orang yang berkata: "Ya
Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai
penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
Sebagai unit terkecil dalam masyarakat, keluarga sememangnya mempunyai kewajiban
untuk memenuhi keperluan anak-anak yang meliputi segala aspek terutama agama, psikologi,
makan dan minum, dan sebagainya. Pembentukan keluarga adalah untuk mewujudkan
kesejahteraan bagi anggota keluarganya sendiri. Keluarga yang sejahtera boleh dilihat sebagai
keluarga yang dibentuk berdasarkan atas perkawinan yang sah, mampu memenuhi keperluan
fisikal dan mental yang sepatutnya, bertaqwa kepada Tuhan Yang Maha Esa serta memiliki
hubungan yang serasi, selaras, dan seimbang antara anggota keluarga, dan antara keluarga
dengan masyarakat. Keluargalah yang bermula memberi pendidikan kepada individu. Hal ini
demikian kerana,

keluarga mempunyai posisi yang strategik untuk dijadikan sebagai unit

pelayanan kepada setiap aspek.


Departemen Kesehatan RI ( 1988 ) menyatakan bahawa, keluarga merupakan unit
terkecil dari masyarakat yang terdiri dari kepala keluarga dan beberapa orang yang berkumpul
dan tinggal di suatu tempat di bawah satu atap dalam keadaan saling ketergantungan. Keluarga

juga boleh dikatakan terdiri dari dua atau lebih individu yang diikat oleh hubungan darah,
perkawinan atau adopsi. Selain itu, anggota keluarga biasanya hidup bersama atau jika terpisah
mereka tetap memperhatikan satu sama lain. Mereka boleh berinteraksi satu sama lain dan
masing-masing mempunyai peranan sosial seperti tanggungjawab suami, istri, anak, kakak dan
adik. Keluarga juga mempunyai tujuan iaitu menciptakan dan mempertahankan budaya,
meningkatkan perkembangan fisik, psikologis, dan sosial anggota.
Keluarga juga mempunyai struktur dan bentuk tersendiri dimana struktur sebuah keluarga
akan memberikan gambaran tentang bagaimana suatu keluarga itu melaksanakan fungsinya
dalam masyarakat. Antara beberapa jenis Struktur Keluarga adalah Patrilineal. Patrilineal
merupakan keluarga sedarah yang terdiri dari sanak saudara sedarah dalam beberapa generasi,
dimana hubungan itu disusun melalui jalur garis ayah. Yang kedua adalah Matrilineal iaitu
keluarga sedarah yang terdiri dari sanak saudara sedarah dalam beberapa generasi, dimana
hubungan itu disusun melalui jalur garis ibu. Manakala bentuk keluarga dapat dilihat dalam
kumpulan seperti secara Tradisional, iaitu Nuclear Family (Keluarga Inti) yang merupakan
keluarga yang hanya terdiri dari ayah, ibu dan anak yang diperoleh dari keturunannya atau adopsi
atau keduanya. Seterusnya, Extended Family (Keluarga Besar) dimana keluarga inti ditambah
anggota keluarga lain yang masih mempunyai hubungan darah, seperti kakak, nenek, saudara dan
sebagainya.
Sekiranya keluarga itu baik, maka masyarakat turut menjadi baik. Menurut pendapat
Robert Mac Iver dan Charles Horton, dia menyatakan bahawa ciri-ciri suatu keluarga antara lain
adalah keluarga merupakan hubungan perkawinan. Ia berbentuk suatu kelembagaan yang
berkaitan dengan hubungan perkawinan yang sengaja dibentuk atau dipelihara. Selain itu,
keluarga mempunyai suatu sistem tata nama (Nomen Clatur) dan perhitungan garis keturunan
dan mempunyai fungsi ekonomi yang dibentuk oleh anggota-anggota keluarganya yang
berkaitan dengan kemampuan untuk mempunyai keturunan dan membesarkan anak. Keluarga
merupakan tempat tinggal bersama, rumah atau rumah tangga. Namun sesebuah keluarga akan
hancur sekiranya berlaku perubahan ikatan kekeluargaan iaitu penceraian ibu dan bapa terutama
kepada anak-anak. Hal ehwal perkahwinan mahupun perceraian lazimnya lebih dianggap sebagai
norma hidup dalam sesebuah masyarakat. Bagi masyarakat dinegara ini misalnya, perceraian
yang berlaku dalam kalangan suami isteri disifatkan sebagai satu perkara biasa dalam kehidupan

berumahtangga kerana perceraian bukanlah satu perkara yang dilarang dalam agama Islam.
Namun sebagai penganut Islam, orang Melayu juga sering diingatkan bahawa perceraian adalah
perkara yang dimurkai Tuhan. Justeru adalah lebih baik bagi setiap pasangan yang menghadapi
masalah dalam rumahtangga berusaha mencari jalan perdamaian dan bukan memilih perceraian
sebagai jalan mudah untuk keluar daripada masalah yang dihadapi. Hal ini demikian kerana akan
menimbulkan kesan dan masalah kepada anak-anak kelak.
Statistik Perceraian di Malaysia
Berdasarkan statistik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN), bilangan perceraian bagi Orang Islam dan Orang Bukan Islam bagi
tahun 2000 hingga 2007 adalah seperti berikut:

Tahun

Orang Islam

Orang Bukan Islam

2000

13,536

1,613

2001

13,187

3,238

2002

13,841

3,793

2003

15,543

3,318

2004

16,509

3,291

2005

17,708

3,804

2006

21,419

5,747

2007

20,529

4,335

Sumber: JAKIM dan Jabatan Pendaftaran Negara


Statistik perceraian mengikut suku kaum seperti kaum Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan
lain-lain tidak diperolehi oleh Kementerian.

Berdasarkan kepada statistik penceraian di Malaysia, golongan orang islam mencatatkan


bilangan kes penceraian yang paling tinggi berbanding orang bukan islam. Apa yang dapat
dilihat adalah bilangan kes penceraian bagi orang islam adalah tidak kosisten. Hal ini dapat
dilihat pada tahun 2000 hingga 2001 bilangan orang Islam yang bercerai menurun dari 13,536

kes kepada 13,187 kes. Penurunan ini adalah sebanyak 349 kes. Pada tahun 2001 hingga 2006
jumlah penceraian semakin meningkat iaitu dari 13,187 meningkat kepada 21,419 kes.
Peningkatan ini adalah sebanyak 8232 orang. Manakala pada tahun 2007 ia telah berkurang dari
tahun sebelumnya iaitu 21,419 kes kepada 20,529 kes. Penurunan ini adalah sebanyak 890 kes..
Seterusnya bilangan kes penceraian orang bukan islam juga tidak kosisten. Hal ini
demikian kerana dari tahun 2000 hingga 2006 bilangan kes penceraian semakin meningkat iaitu
dari 1,613 kes kepada 5,747 kes. Peningkatan bilangan kes penceraian ini adalah sebanyak 4134
kes. Pada tahun 2007 pula, ia semakin berkurang dari tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2006
iaitu sebanyak 4,335 kes. Penurunan kes ini adalah sebanya 1412 kes. Keadaan ini
membimbangkan kerana ia akan memberi kesan yang sangat besar kepada anggota keluarga,
masyarakat dan Negara

Anda mungkin juga menyukai