Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Dalam menuju pembangunan dan kemajuan sesebuah negara, sektor ekonomi dan kecanggihan
teknologi dikatakan menjadi tonggak utama namun tidak kurang sektor tenaga manusia. Tenaga
manusia sebenarnya merupakan penggerak yang penting agar sumber ekonomi dan teknologi
dapat diadun dengan cara yang terbaik dan berkesan. Di Malaysia kakitangan sektor awam
menjadi tonggak utama di sebalik nama kerajaan Malaysia. Kakitangan awam yang bekerja di
setiap pelusuk bangunan dalam pelbagai bidang sentiasa menjadi harapan semua lapisan
masyarakat dalam menjamin pembangunan, kemajuan dan keselamatan serta keamanan negara
ini. Namun begitu para kakitangan sekor swasta juga memainkan peranan yang tersendiri dalam
usaha mencorak Malaysia menjadi sebuah negara membangun dengan gayanya yang tersendiri.
Justeru itu setiap kakitangan awam perlu memberi serta menjalankan tanggungjawab mereka
dengan penuh beretika. Dalam memastikan setiap kakitangan awam menjalankan amanah
mereka dengan penuh beretika kerajaan Malaysiasentiasa bertindak prihatin iaitu dengan
menguatkuasakan pelbagai program serta dasar yang berkaitan. Salah satunya ialah dengan
memperkenalkan Program Gerakan Budaya Kerja Cemerlang.

2.0 ETIKA KERJA DALAM SEKTOR AWAM


Etika kerja didefinisikan sebagai prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi
bagi mengawal tingkahlaku pekerja atau ahli organisasinya. Dalam konteks ini ia adalah
bertujuan untuk mengawal tingkahlaku kakitangan sektor awam. Etika merupakan satu bentuk
kawalan bagi memastikan perlakuan pekerja sentiasa selaras dengan sistem nilai sesebuah
organisasi. Melalui prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam etika kerja, seseorang akan dapat
mengetahui perbuatan-perbuatan yang dilarang dan perbuatan-perbuatan yang digalakkan oleh
organisasi. Umunya etika kerja dibentuk berdasarkan nilai-nilai universal yang kemudiannya
disesuaikan dengan lunas undang-undang negara, sistem nilai masyarakat setempat dan
peraturan-peraturan tertentu yang ditetapkan oleh organisasi. Bagi perkhidmatan sektor awam
etika kerja merupakan unsur terpenting untuk dititikberatkan kerana setiap kakitangan kerajaan
perlu memiliki tingkahlaku yang sempurna dalam pandangan orang ramai.

3.0 CIRI CIRI DAN JENIS JENIS PENYELIDIKAN


Sesuatu kerja yang dianggap penyelidikan perlu ada unsur menyelesaikan masalah, samada
masalah itu kecil atau besar atau penting atau kurang penting. Dengan menyelesaikan masalah
ini, anda telah membuat sumbangan kepada ilmu. Kadangkala masalah mungkin penting pada
sesuatu masa tetapi remeh pada masa yang lain. Di dalam sesuatu tesis, anda akan berjumpa
bahagian penyata masalah atau Statement of Problem. Bagi tesis yang tiada penyata masalah,
perkara yang ingin diselesaikan mungkin dimasukkan ke dalam objektif. Tidak semua universiti
mempunyai projek penyelidikan dalam kurikulumnya. Mungkin pelajar mereka diberi projek
projek kecil dalam banyak mata pelajaran dan tanpa Projek Sarjana Muda (PSM) mereka masih
lagi boleh menggalakkan pemikiran kreatif dan memupuk kebolehan problem solving. Bab ini
memberi pengenalan kepada perkara perkara yang berkaitan.

3.1 PENYELIDIKAN : TUJUAN DAN TAHAP


Sesuatu penyelidikan yang membelanjakan beratus ratus ribu ringgit akan mempunyai tujuan dan
tahap yang berbeza daripada kajian yang mempunyai had perbelanjaan beberapa ratus
ringgit. Projek bertahap kebangsaan atau antarabangsa akan bertujuan menghasilkan sesuatu
yang penting, seperti penemuan vaksin untuk menyembuhkan sesuatu penyakit atau
teori sepenting pemecahan atom dan lain lain. Pada tahap rendah seperti projek sarjana muda,
tujuan dasar adalah memberi latihan kepada pelajar untuk berusaha secara berdikari, kreatif dan
meningkatkan kebolehan analitik. Oleh itu, jika hasilkan yang diperolehi tidak membawa nilai
komersial atau penemuan penting, ianya masih berjaya jika bahagian bahagian penyelidikan
wujud dalam kajian tersebut.
Penyelidikan juga boleh dibagikan kepada gunaan dan teori atau dipanggil juga dasar. Dalam
sesuatu organisasi, misinya akan menentukan pecahan peruntukan kepada gunaan dan teori.
Ramai penyelidik merasakan kajian dasar adalah penting kerana tanpanya kajian gunaan tidak
boleh bergerak. Namun ada yang merasakan, jika konsep sudah ada maka penggunaannya
mestilah dilakukan dan tidak penting mengulang sesuatu yang sudah dikaji. Sekiranya dikaji
perkembangan sains dan teknologi, kedua duanya gunaan dan dasar perlu bergerak sama kerana

peralatan yang canggih boleh menghasilkan pengukuran yang berbeza dari yang didapatkan 30
tahun lalu. Dengan itu, teori dan konsep mungkin perlu ditukar. Kajian gunaan dalam
kejuruteraan adalah lebih ditekankan kerana latihan yang diberi kepada pelajar lebih
mementingkan penggunaan. Jika pelajar atau penyelidik mengkaji sesuatu yang asas pun,
penggunaanya hendaklah dapat ditentukan dari awal. Umpamanya, jika pelajar mengkaji
pergerakan elektron dari satu logam ke arah logam lain, hasil kajian ini perlu diketahui
kegunaannya dan tidak ditinggalkan setakat mengumpul data.
4.0 PENERBITAN
Garis Panduan, Dasar dan Peraturan Penerbitan ini disediakan dengan tujuan untuk membantu
Jawatankuasa Penerbitan menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya dengan berkesan dan cekap
dalam usaha membangun dan memajukan bidang penerbitan akademik. Di samping itu, garis
panduan ini diharapkan dapat memberi maklumat yang lebih jelas kepada pihak yang berminat untuk
menerbitkan hasil karya mereka.
4.1 OBJEKTIF DASAR PENERBITAN
Antara objektif Garis Panduan, Dasar dan Peraturan Penerbitan adalah seperti berikut:

Untuk meningkatkan penerbitan buku dan bahan terbitan ilmiah dalam bahasa Melayu, B.

Inggeris dan B. Arab dari segi kualiti dan kuantiti.


Untuk meningkatkan penerbitan buku dan bahan terbitan ilmiah dalam bahasa Melayu,

bahasa Inggeris dan bahasa Arab dari segi kualiti dan kuantiti.
Memartabatkan kecemerlangan ilmu dalam bentuk penerbitan buku-buku ilmiah.
Menjadikan Penerbit mereka sebagai Penerbit yang cemerlang dan disegani dalam penerbitan

buku-buku ilmiah.
Menawarkan khidmat profesional penerbitan seperti penyuntingan, grafik, atur huruf dan

juga mengurus penerbitan untuk warga Universiti.


Beroperasi sebagai sebuah pusat tanggungjawab yang turut menjana pendapatan daripada

penjualan buku dan produk lain.


Meningkatkan penerbitan buku secara web-based (e-pub).
Meningkatkan promosi buku-buku terbitan di dalam dan luar negara.

Meningkatkan jalinan kerjasama dengan penerbit-penerbit luar di dalam dan luar negara,
dalam bentuk penjualan hak cipta atau kerjasama penerbitan dalam penerbitan buku sama ada
fizikal atau e-pub.

Meningkatkan pengurusan pemasaran yang efektif dan efisien termasuk pembelian buku
secara atas talian (online bookstore).

Beroperasi sebagai sebuah pusat tanggungjawab yang turut menjana pendapatan daripada
penjualan buku dan perkhidmatan lain.
5.0 PERUNDINGAN
Banyak aspek yang harus dipersiapkan terutama tim perunding dari serikat pekerja/serikat buruh
apakah mereka memiliki pengetahuan dan ketrampilan yang baik. Mereka hendaknya
mempersiapkan diri dengan beberapa pengetahuan yang menyangkut: teori dasar ekonomi dan
iklim politik, perundang-undangan dan aturan yang berlaku, kondisi perusahaan (profit and loss),
hubungan antara serikat pekerja/serikat buruh, dan sebagainya. Ada enam langkah yang bisa
diambil, yaitu: 1. Tahap Persiapan. Persiapan adalah dasar dari suatu negosiasi yang efektif, dan
tentunya untuk pencapaian sukses negosiasi. Persiapan mungkin akan memerlukan waktu
beberapa hari atau minggu tergantung dari kondisi tuntutan yang akan diajukan; Mengetahui
Apa. Maksudnya adalah mengetahui apa yang dipikirkan/diinginkan oleh pekerja/buruh
anggota kita7 . Hal ini menjadi suatu persoalan yang paling penting, setiap orang harus terlibat
didalamnya baik anggota ataupun bukan anggota (dibaca: belum menjadi anggota), ini adalah
strategi rekrutmen yang baik dan biarkan serikat pekerja/buruh tetap relevan dalam memenuhi
kebutuhan pekerja;

Kumpulkan fakta-fakta, diskusikan persoalan-persoalan dan pikirkan

banyak kemungkinan pilihan yang bisa dicapai; o perkirakan apa yang pengusaha inginkan
dalam negosiasi; o pilih anggota yang sangat memahami lingkungan tempat kerja untuk hadir,
memberikan informasi/masukkan8 ; o jangan mempunyai terlalu banyak anggota dalam tim
negosiasi; o pastikan bahwa tim negosiasi tersebut mewakili dari lingkungan kerja (sebagai
contoh kalau lingkungan tersebut lebih separo pekerja perempuan, sekurangnya tim tersebut
mempunyai separo negosiator perempuan); o siapkan agenda, hal ini adalah penting untuk
mencatat perencanaan tindakan dan selanjutnya untuk mencegah kesalahpahaman dan kesalahan,
jika panduan yang jelas akan apa yang dilakukan tersedia, banyak waktu dan usaha akan

dihemat. Agenda bisa formal atau informal. Jika pokok persoalan, jangkauan dan tujuan telah
ditetapkan
6.0 PENGKOMERSIALAN
Dibawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Kerajaan telah menetapkan untuk
mengukuhkan Sistem Inovasi Nasional dan mempergiatkan usaha-usaha pengkomersilan hasil
projek R&D yang dibiayai oleh sektor awam. Selaras dengan hasrat ini, Bahagian I&P telah
ditubuhkan pada Disember 2007 bagi membantu Kerajaan di dalam mencapai matlamat tersebut
melalui program-program inovasi dan pengkomersilan MOSTI. Penubuhan Bahagian ini
merupakan penggabungan dari Bahagian Strategik dan Pengkomersilan (S&P) dengan Sub-Unit
Inovasi yang sebelum ini diletakkan di bawah Unit Pengurusan Teknologi (UPT).

6.1 Objektif

Menyokong usaha-usaha ke arah peningkatan keupayaan inovasi negara.

Meningkatkan kadar pengkomersilan aktiviti penyelidikan dan pembangunan sektor


awam.

7.0 PENUTUP
Dengan perkenalan kepada apa itu etika kerja dan mengetahui kelebihan, kegunaan dan
kepentingannya tidak dapat disangkal lagi bahawa etika perlu dititikberatkan dalam kalangan
kakitangan sektor awam demi mewujudkan sebuah jentera perkhidmatan yang bermutu dan
disenangi serta memuaskan hati semua pihak. Segala aktiviti yang disusun dalam program
gerakan budaya kerja cemerlang adalah amat berpatutan dan bersesuian dengan keadaan masa
kini bagi meningkatkan mutu kualiti pekerja sektor awam khususnya. Sejak perlaksanaannya
dalam tahun 1989, perkhidmatan sektor awam dari hari ke hari berusaha keras membuat
perubahan bagi mencapai matlamat yang dikehendaki, dan semuanya agar rakyat merasai
perkhidmatan yang memuaskan. Nilai-nilai murni yang terkandung dalam etika dan juga di
dalam program gerakan budaya kerja cemerlang untuk diterapkan sendiri mencerminkan nilainilai sejagat. Bukan sahaja untuk kegunaan semasa memberikan perkhidmatan, malah secara
tidak langsung dapat mendorong para kakitangan sektor awam menghindarkan diri dari segala

perlakuan negatif seperti rasuah, menipu, pecah amanah dan sebagainya dalam kalangan
masyarakat. Sesugguhnya prinsip-prinsip atau nilai-nilai murni yang dihayati secara berterusan
akan menyerlahkan akhlak mulia pengamalnya.

Anda mungkin juga menyukai