Anda di halaman 1dari 5

1.

0
PENGENALAN.
1.1
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
1.2
Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum
pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
1.3
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia
digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
1.4
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.
Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.
1.5
Antara teknik-teknik pengajaran bahasa adalah
Teknik main peranan
Teknik permainan bahasa
Teknik latih tubi
Teknik bercerita
Teknik inkuiri
Teknik perbahasan
Teknik kuiz
Teknik sumbangsaran
Teknik soal jawab
Teknik simulasi
Teknik drama
Teknik perbincangan
Teknik forum
Teknik dialog
1.6
Antara tujuan teknik dalam pengajaran adalah untuk menarik minat murid,
mengekalkan perhatian murid dan membangkitkan rasa ingin tahu di kalangan murid.
1.7
Kesusasteraan Melayu dikatakan bermula daripada prasasti-prasasti bertulis di
dalam Bahasa Melayu kuno dalam bentuk syair seperti batu bersurat Talang Tuo atau
Jawa Kuno di Kedukang Bukit. Jelas bahawa karya sastera lebih istimewa kedudukannya
berbanding bahasa harian. Bahasa karya sastera biasanya mempunyai susunan yang
indah dengan bantuan kata-kata yang mengangkat pemiliran penuls secara tersirat di
dalam karyanya. Bahasa Melayu dan sastera adalah sebuah hubungan simbiosis. Hasil
daripada pengajaran bahasa yang berpilin dengan sastera akan memberi impak besar di
dalam kehidupan. Novel Interlok Edisi Murid karya SN Datuk Abdullah Hussain dipilih
sebagai teks KOMSAS bagi murid Tingkatan 5 atas kerana ianya sebuah karya sejarah
yang harus dibaca oleh semua golongan masyarakat di Malaysia khasnya golongan
murid. Novel ini memaparkan nilai sejarah negara yang mengambil latar tahun 1910
ketika negara dalam penjajahan Inggeris dan sebelum kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
1.8
John Barell (1991) mendefinisikan pemikiran ialah proses mencari makna serta
usaha mencapai keputusan yang wajar. Pemikiran di dalam karya sastera pula
diistilahkan sebagai sesuatu gagasan atau sumbangsaran yang ingin diterjemahkan oleh

pengarang kepada masyarakat pembacanya. Pemikiran boleh diispirasikan oleh pelbagai


faktor seperti aspek ekonomi, politik, sosial dan sosiobudaya.
1.9
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan di dalam proses Pembelajaran
dan Pengajaran sebagai wahana untuk menerapkan pemikiran Shahnon Ahmad kepada
murid-murid. Di antaranya ialah 3 teknik kelompok aktiviti yang sesuai semasa proses
tersebut iaitu,
1.9.1 Kumpulan kaedah informatif kaedah bacaan terarah, kaedah simposium
1.9.2 Kumpulan kaedah partisipatif kaedah pernyataan, kaedah lampasan otak,
kaedah
perbincangan/diskusi kelompok, kaedah buzz group, kaedah forum, kuiz,
kajian kes, kaedah
peristiwa dan main peranan.
1.9.3 Kumpulan kaedah partisipatif-eksperiensial - kaedah penemuan, kaedah
demostrasi, kaedah ungkapan kreatif dan lain-lain.
Dua kaedah yang menjadi pilihan untuk pengajaran penghayatan karya agung ialah teknik
menyelesaikan masalah dan teknik membuat projek. Kedua-dua kaedah ini lebih
menjurus kepada aktiviti murid-murid dengan pengawasan yang minima daripada guru
dengan suntikan elemen didik hibur untuk memastikan murid-murid tidak bosan semasa
proses tersebut berlangsung.

2.0
AKTIVITI PENERAPAN PERTAMA. (Teknik Menyelesaikan Masalah).
2.1
John Dewey dan Gagne merumuskan beberapa langkah menggunakan teknik ini
iaitu;
Menyedari masalah
Kenal pasti masalah
Perancangan mencari solusi
Mencari maklumat untuk solusi
Mengenal pasti rumusan penyelesaian masalah
Menilai langkah penyelesaian yang diambil
Mengesahkan penyelesaian masalah.
2.2
Langkah pertama dalam teknik menyelesaikan masalah.
2.2.1 Untuk kaedah ini, guru-guru akan wujudkan elemen paparan beberapa topik
petikan dialog atau naratif daripada karya agung di dalam satu persembahan yang
dipanggil novel multimedia. Novel multi media adalah salah satu karya kreatif bentuk
baru yang menggabungkan sistem audio, teks, dan grafik di dalam satu masa.
2.2.2 Tujuan penggabungan teknik ini adalah untuk mengukuhkan pegangan ingatan
murid-murid terhadap teks tersebut seperti mana mereka menonton siri kartun di
televisyen Setelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan, murid-murid dikehendaki
mengenalpasti masalah yang dikemukan di dalam petikan tersebut.
2.3
Langkah kedua dalam teknik menyelesaikan masalah
2.3.1 Murid-murid harus mencerakin isu pemikiran pembaca. Guru boleh mewujudkan
keratan naratif tersebut masalah yang yang ditimbulkan berkaiatan masalah kesempitan
hidup, unsur bantuan kemanusian dan semangat kuat untuk menentang apa sahaja bala
yang datang untuk mempertahankan tanah air.
2.3.2 Guru-guru akan meminta murid-murid menyenaraikan masalah-masalah tersebut
secara bertulis dan meminta murid-murid membentangkan jalan penyelesaian terhadap
masalah tersebut berdasarkan perbincangan sesama mereka.

2.3.3 Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang terbuka tanpa banyak
sekatan. Murid-murid mungkin harus dihidangkan dengan tayangan slide berkenaan
keratan tersebut dari masa ke semasa. Novel interlok memaparkan sosiobudaya
masyarakat yakni transformasi sosial dan mobiliti sosial kaum Melayu, Cina dan India.,
Transformasi sosial dan mobiliti sosial ketiga-tiga kaum.
2.3.4 Guru-guru boleh menggunakan pendekatan soal jawab dengan mengemukan
soalan-soalan yang bertumpu dan bercapah. Soal jawab merupakan teknik yang paling
lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Soal jawab ini
dilaksanakan kerana ia berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara
berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat
menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk
mengesan pengetahuan berbahasa murid, untuk menggalakkan pelajar berfikir secara
kreatif, inovatif, logik dan kritis serta untuk mendorong pelajar menyusun dan
menghuraikan bahan yang diajar. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu
menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih dinamik dan berkesan.
2.4
Langkah ketiga dalam teknik penyelesaian masalah.
2.4.1 Setelah masalah dikenal pasti, guru hendaklah memandu murid mendapatkan
maklumat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Murid-murid dibenarkan untuk
membuat hipotesis berdasarkan tanggapan logik dan jujur mereka.
2.4.2 Solusi yang diberikan mungkin sahaja terkeluar daripada topik tetapi selagi ia
dapat mengeluarkan nilai positif dari dalam diri mereka, guru harus
membenarkannya. Biarkan mereka mengemukakan pendapat sebagai solusi terhadap
pemikiran dalam mendepani masalah. Novel Interlok adalah bercorak perpaduan yang
menceritakan ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India. Nada perpaduan ini disampaikan
oleh penulis dengan begitu bersahaja. Tiga kaum yang menjadi tonggak dalam
kemerdekaan tanah air digambarkan oleh penulis secara terperinci. Ketiga-tiga kaum ini
yang mewakili generasi pertama/kedua iaitu Musa/Seman (kaum Melayu), Kim
Lock/Cing Huat (kaum Cina) dan Maniam/Ramakrishnan (kaum India) sama-sama
bersatu hati dan bekerjasama mencapai kemerdekaan tanah air. Pasti corak pemikiran
pelajar akan terrangsang ke arah pembentukan jati diri mulia.
2.4.3 Sebagai rumusan teknik menyelesaikan masalah ini sebenarnya dapat membantu
murid-murid berfikir secara rasional dan membina sikap bersedia berhadapan dengan
masalah dengan memikirkan bahawa setiap masalah mempunyai jalan penyelesaiannya.
3.0
AKTIVITI PENERAPAN KEDUA. (Teknik Teater Pembaca)
3.1
Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip
pendek. Teater pembaca dikenali sebagai teater minda kerana audiens dibiar untuk
membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada
pembaca. Skrip boleh berupa prosa naratif atau puisi.
3.2
Teater pembaca merupakan di antara elemen permainan bahasa. Penglibatan
dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif,
pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan
akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa seumpama teater bahasa
mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara
amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.
Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut
iaitu :
merangsang interaksi verbal pelajar
menambah kefasihan dan keyakinan
menyediakan konteks pembelajaran
bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
3.3
Antara elemen yang melambangkan teater pembaca adalah:
a. melibatkan beberapa orang murid membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.
b. lebih mementingkan aspek penggunaan suara, sebutan, intonasi, dan mimik muka,
c. murid yang sedang membaca skrip diminta bergerak selangkah ke hadapan dan
kembali selangkah ke belakang selepas gilirannya habis.
d. membantu penonton memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah
sedang berlaku di hadapan mereka. Misalnya dalam menjayakan watak Seman yang
mewarisi pekerjaan petani daripada ayahnya Pak Musa telah melakukan transformasi
dalam keluarganya walaupun beliau hanyalah berpendidikan sekolah agama sahaja.
Dengan kekuatan dan jati diri serta menyedari haknya sebagai orang Melayu, beliau telah
berusaha dan menggembleng tenaga untuk mengubah kehidupan keluarganya.
Sumbangan paling besar yang dilakukan oleh Seman adalah sama-sama menenentang
penjajahan Inggeris dan komunis di Malaya.
e. Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
f. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.
3.4
Semasa menjayakan aktiviti teater membaca, suara-suara dalam teks ditugaskan
kepada pembaca yang berbeza. Penekanan dilakukan pada suara, nada, intonasi, kadar,
hentian dan tekanan.
3.5
Ketika murid-murid membaca, wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran
dalam dimensi yang luas. Melalui teknik teater pembaca, murid-murid membaca cerita
dengan lancar. Murid-murid juga menggunakan nada dan intonasi yang betul berdasarkan
cerita di samping melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan tema cerita.
3.6
Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik
muka. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid
yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang
disampaikan berlaku di hadapan mereka.
3.7
Aktiviti teater pembaca memerlukan skrip pendek yang sesuai dan mengandungi
dialog. Pemilihan seorang murid sebagai pencerita untuk memulakan cerita dan
menyambung jalan cerita adalah diperlukan hingga cerita tamat. Murid-murid yang
mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiri dalam separuh bulatan di hadapan
penonton. Pencerita pula berada di sebelah kanan penonton, manakala pelakon membaca
cerita masing-masing.
3.8
Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater pembaca seperti yang
dikemukakan oleh Kamaruddin Hj.Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1998), iaitu
(a) pencerita berada dalam kelompok cerita

Pencerita yang berada dalam kelompok cerita, membaca skrip sambil berjalan ke arah
pelakon yang wataknya sedang dibacakan. Pelakon tersebut akan berdiri apabila
wataknya dibacakan.
(ii) pencerita berada di luar kelompok cerita.
Pencerita yang berada di luar kelompok cerita pula hanya membaca cerita dari suatu
tempat lain. Pelakon pula hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila
skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita.
3.9
Teater pembaca merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan
tatabahasa juga dapat disampaikan. Teknik teater pembaca juga yang kerap dilaksanakan
akhirnya dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis di kalangan pelajar.
3.10 Semasa melaksanakan teater pembaca, elemen perkembangan cerita hendaklah
diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian
perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Keutamaan
suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar
dan tidak menimbulkan kebosanan.
3.11 Beberapa langkah boleh dijayakan bagi mempermudahkan aktiviti teater pembaca
khususnya bagi murid sekolah rendah Langkah-langkah yang boleh diadaptasikan adalah
seperti pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Guru perlu
mengkaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Adalah lebih murni jika
murid dan guru menghafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih teknik teater pembaca
ini seolah sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Adalah lebih
molek jika guru dapat mewujudkan suasana teater pembaca dalam situasi dan ruang yang
selesa. Guru boleh menggunakan tayangan slide sebagai latar belakang plot. Guru juga
boleh memaparkan slide perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
4.0
RUMUSAN.
4.1
Penerapan teks sastera di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat
sekolah rendah suatu aktiviti yang benar-benar menarik minat murid-murid harus
diketengahkan. Ini adalah kerana aktiviti yang tidak bertepatan dengan kehendak usia
mereka akan mendatangkan kesan negatif seperti ketiadaaan tindak balas daripada
mereka, mudah mengantuk dan guru sendiri merasa kecewa kerana pengajaran yang
berkesan tidak dapat disampaikan.
4.2
Menurut teori Piaget kanak-kanak dalam lingkungan umur 7 sehingga 11 tahun
sudah mempunyai kemahiran berfikir secara logik walaupun masih tertakluk kepada
situasi konkrit.
4.3
Pada ketika ini penggunaan otak kiri dan otak kanan manusia sedang berkembang
pesat dan aktiviti berteraskan didik hibur akan membuatkan murid-murid sentiasa
terangsang untuk belajar dan mendapat maklumat.

Anda mungkin juga menyukai