Anda di halaman 1dari 7

SUMBER SEJARAH: JENIS DAN PENGUNAANNYA

Dalarn membincangkan persoalan sumber, ia menarik kita kepada suatu


persoalan yang berkait rapat dengan tugas yang dikendalikan oleh
sejarawan iaitu penyelidikan sejarah. Kita sendiri telah sedia maklum
bahawa ahli sejarah sememangnya tidak menyaksikan dengan mata
kepala sendiri rentetan peristiwa sejarah yang berlaku pada sesuatu masa,
mungkin disebabkan alili sejarall itu tidak wujud sezaman dengan sejarah
yang ingin dikajinya. Namun, mereka tetap memperolehi maklumat tentang
sejarah masa lalu melalui sumber sejarah yang masib ada ditiuggaikan.
Oleh hal yang demikian, melalui esei ini juga, beberapa persoalan seperti
bagaimanakah seseorang ahli sejarawan itu memperolehi sesuatu
maklumat mengenai sejarah? Dan bagairnana mereka dapat
mengesahkan akan kebenaran sejarah yang dihasilkannya akan terjawab.
Sememangnya persoalan ini mempunyai kaitan dengan keseluruhan
kaedah serta tekuik penyelidikan sejarah. Kebenaran sejarah akan lahir
apabila kaedah dan penyelidikan sejarah itu dilakukan dengan sempuma
dan baik. Salah satu perkara pokok yang penting dalam pelaksanaan
kaedah dan penyelidikan sejarah ialah sumber yang boleh memberikan
maklurnat sebenar mengenai sesuatu sejarah yang telah berlaku.
KONSEP SUMBER
Sebelum kita membicarakan tentang jenis dan penggunaan sumber, saya
berpendapat elokiah sekiranya kita mengetahui dengan lebih lanjut apakah
sebenarnya yang dimaksudkan dengan sumber. Istilah sumber dalarn
sejarah sering ditafsirkan sebagai punca, dokurnen, atau rekod.
Menurut Oxford English Dictionary, sumber atau 'source' bermaksud
'sesebuah karya, dan lain-lain, yang menyediakan maklumat atau bukti
(khusus yang bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian,
atau siri hal-hal tersebut. Pada lazimnya, sumber-sumber sejarah diertikan
sebagai bahan bertulis atau bercetak. Mengikut definisi yang diberikan
oleh Kamus Dewan bererti 'keterangan (bukti) yang bertulis atau bercetak,
surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti (seperti surat beranak,
surat nikah, dan lain-lain)'.[1]
Sumber juga sering diistilahkan sebagai punca pernikiran atau ilham. Hal
ini dijelaskan oleh Muhd. Yusof Ibrahim:
...Seperti suatu ilham, sumber ialah sesuatu penulisan yang boleh menjadi
punca kepada sesuatu lahiran pemikiran ataupun penulisan, tetapi sumber
berbeza dengan ilham kerana ia tidakiali abstrak. mahupun spontan, dan ia
boleh kita rujuk kembali apabila kita memerlukannya semula. Pada
peringkat awalnya, sumber ialah sekumpulan bahan-bahan yang tersimpan

di tempat-tempat yang khusus, seperti arkib, perpustakaan, muzium,


pejabat menyimpan rekod, istana dan sebagainya, ataupun di rumahrumah orang perseorangan yang mempunyai minat menyimpannya.[2]
Secara amnya, sumber juga boleh membawa pengertian sebagai
kumpulan bahan rujukan bagi kegunaan penyelidikan dalam mana-mana
bidang keilmuan. Jadi, dalam hal ini, bukanlah sejarawan sahaja yang
memeriukan sumber untuk penyelidikannya, malahan ilmu-ilmu lain juga
memerlukannya.[3] Namun begitu, bagi ahli-ahli sejarah, sumber yang
mereka perlukan merupakan sumber yang mempunyai kaitan dengan
bidang sejarahnya sahaja dan bukannya berkaitan dengan keilmuan lain.
Mengikut pengertian sumber secara umum dari segi sejarah, sumber itu
kerap dibahagikan kepada dua kategori; yang pertama iaiah sumber utama
dan yang kedua ialah sumber kedua. Suatu lagi kumpulannya ialah sumber
lisan yang kadang-kala boleh dikategorikan sebagai sumber utama,
ataupun kedua, iaitu bergantung kepada kepentingan dan ketulenan serta
kejituannya berhubung dengan sesuatu peristiwa yang sedang dikaji dan
diselidiki.[4]
Oleh itu, dapatlah saya simpulkan daripada beberapa pendapat ini
bahawa; istilah sumber itu merujuk kepada sesuatu maklumat atau fakta
yang menceritakan tentang kejadian sarna ada secara bertulis yang
rnungkin tersirnpan di tempat-tempat yang khusus seperti di muzium, arkib,
perpustakaan, istana, pejabat menyimpan rekod, rurnah-rumah
perseorangan ataupun secara lisan yang sahih buktinya yang mana boleh
dijadikan sebagai bahan rujukan bagi alili sejarawan untuk mendapatkan
bukti bagi penulisan persej arahannya.
JENIS SUMBER
Sumber Utama
Untuk mengetahui definisi sumber utama dengan lebih jelas, beberapa
pandangan tokoh-tokoh sejarah telah saya petik. Dari segi konsep,
keseluruhan tokoh ini memberikan makna yang hampir sama. Menurut
Muhd Yusuf Ibrahim; sumber utama itu ialah kumpulan sumber mahupun
bahan yang boleh kita rujuk, tetapi keadaannya masih asli dan belum lagi
ditafsirkan serta terdapat di institusi-institusi tertentu. [5] Antara sumber ini
temasuklah bahan yang berupa dokumen, surat, sama ada yang rasmi
ataupun sebaliknya, catatan, laporan, buku harian, warkah, watiqah dan
titah perintah dan kadangkala akhbar serta majalah dan peringatan boleh
juga dianggap sebagai sumber utama. Apa yang menjadikan sumbersumber itu sebagai sumber utama ialah keadaannya itu sendiri yang

merupakan sumber yang pertama sekali mencatatkan sesuatu peristiwa


yang berlaku itu.
Sumber utama juga dikenali sebagai sumber primer atau primary source.
Menurut Jan Vermeer dari Perpustakaan Universiti Yale, sumber utama
didefinisikan sebagai:
A primary source is firsthand testimony or direct evidence concerning a
topic under investigation. The nature and value of a source cannot be
determined without reference to the topic and questions it bis meant to
answer. The same document, or other piece of evidence, may be a primary
source in one investigation and secondary in another. The search for
prirnary sources does not, therefore, automatically include or exclude any
category of records or documents.[6]
Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah pula; sumber pertama itu
diniaksudkan sebagai keterangan daripada seorang saksi atau yang
terlibat sendiri dalam sesuatu perkara. Ataupun, sumber pertama ialah
bahan-bahan mentah dan ash yang belum sempurna lagi. Bagaimanapun
tidak selalunya terdapat pemisahan yang mutlak antara sumber pertama
dengan sumber kedua. Ada kalanya yang digolongkan sebagai sumber
pertama itu adalahjuga sumber kedua.[7]
Bagi Louis Gottschalk dalam bukunya Understanding History menyatakan
bahawa:
A primary source is the testimony of an eyewitness, or of a witness by any
other of the senses, or of a mechanical device like the dictaphone - that is,
of one who or that which was present at the events of which he or it tells
(hereafter called simply eyewitness). A primary source must thus have
been produced by a contemporary of the events it narrates. It does not,
however, need to be original in the legal sense of the word original - that is,
the very document (usually the first written draf) whose contents are the
subject discussion - for quite often a later copy or a printed edition will do
just as well; and in the case of the Greek and Roman classics seldom are
any but later copies available.[8]
Berdasarkan beberapa maksud sumber di atas, dapat saya rumuskan
bahawa sumber utama merupakan sumber ash dah mentah yang belum
sempurna yang mana ia mula-mula sekali mencatatkan peristiwa sejarah
yang berlaka dan ianya belum lagi dikenalpastikan oleh mana-mana pihak
atau institusi.
Sumber Kedua

Secara asasnya, sumber kedua ialah kajian-kajian ataupun penulisanpenulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu
kumpulan, tentang sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh dan sebagainya. Kajiankajian itu berdasarkan sumber-sumber utama tadi.[9] Sumber kedua lebih
merujuk kepada tulisan ahli sejarah seperti karya sejarah yang tersusun,
rencana, dissertasi atau buku.[10]
Sebenarnya, sumber kedua ini merupakan tafsiran, penyeluruhan,
kesimpulan dan malahan andaian yang dibuat oleh seseorang pengkaji
terhadap perkara-perkara yang dikajinya dengan bersandarkan sumber
utama yang berkaitan. Sumber kedua itu boleh dan biasa digunakan oleh
para penyelidik yang lain, sama ada sebagai rujukan, sebagai bandingan,
mahupun sebagai ungkapan bagi mengemukakan pandangan serta
tafsirannya terhadap perkara yang dikajinya. Dalam kategori sumber kedua
ini termasuklah buka-buku, majalah dan juga akhbar, latihan ilmiah, tesis,
karangan ataupun - esei yang menganalisis sesuatu isu yang penting.[11]
Pada pendapat saya, sumber kedua ini merujuk kepada sesuatu karya
yang telah diproses hasil daripada bahan-bahan sumber pertama. Ini
bermakna sumber kedua ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan
sumber utama. Dalarn hal ini, sekiranya sumber utama tiada, maka sumber
kedua ini tidak akan wujud dengan sendirinya.
Sumber Lisan
Seterusnya, kita akan membincangkan tentang sumber lisan. Sumber lisan
merupakan sumber yang wujud melalui percakapan atau pertuturan dari
mulut ke mulut oleh seseorang yang terlibat atau menyaksikan sesuatu
peristiwa yang telah berlaku. Ia hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi
dan ianya tidaklah ditulis atau dirakamkan. Namun begitu, sumber lisan
boleh menjadi sumber bertulis apabila ia dirakam setelah mengalarni
proses temu bual, perbincangan, dan temuduga dengan orang sumber.
Pada kebiasaannya, sumber ini turut menjadi rujukan bagi ahli sejarawan
dalam bidang sejarah lisan.
Sumber lisan boleh juga dikategorikan sebagai sumber utama dan sumber
kedua. Lazimnya, sumber utamanya didapati daripada penyaksi-penyaksi
atau orang-orang yang terlibat dalam sesuatu peristiwa sejarah itu. Mereka
ini boleh memberikan maklumat asal tentang peristiwa yang mereka
saksikan atan yang mereka turut terlibat. Jika mereka ini memuatkan
maklumat-maklumat ke dalam pita rakaman ataupun apa-apa perakam
suara, maka itu juga boleh dianggap sebagai sumber utama. Tetapi, jika
mereka menulisnya, maka ia akan menjadi sumber utama yang bertulis
dan bukan lisan lagi. Bagi sumber lisan dalam kategori kedua pula, ia

adalah maklumat daripada mereka yang tidak menyaksikan atau terlibat


dalam sesuatu peristiwa yang diterangkan.[12]
Kepentingan sumber lisan sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi.
Tambahan pula dalam situasi di mana kurangnya sumber utama dan kedua
dalam satu-satu peristiwa sejarah. Contoh yang jelas ialah semasa
pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama 3 setengah tahun iaitu dari 15
Februari 1942 hinggalah 12 September 1945. Kebanyakan daripada
generasi muda pada masa kini mendapat tahu tentang peristiwa yang
menggambarkan keganasan dan kekejaman pendudukan Jepun di Tanah
Melayu melalui cerita-cerita orang tua yang masill hidup dan telah
menempuh zaman tersebut. Hal ini turut dijelaskan oleh K.Ratnam:
Layanan yang berbeza diberi kepada penduduk tempatan oleh pihak
Jepun. Semua kaum iaitu orang Melayu, Gina dim India mengalami
penyeksaan, penderitaan, kebuluran, ketakutan dan pengangguran. Kaum
Gina menderita akibat kezaliman dan penyeksaan askar-askar Jepun.
Akibatnya, ramai orang Cina telah melarikan diri ke pinggir-pinggir hutan
untuk mengelakkan penyeksaan, kebuluran, dan kezaliman Jepun. Di sini
mereka menternak ayam itik. Inii mewujudkan masyarakat setinggan di
Tanah Melayu Kaum Melayu dan India diberi layanan baik tetapi ramai di
antara mereka juga dihantar ke Siam untuk membina Jalan Kereta Api
Maut. Akibatnya ramai orang Melayu, India dan Cina telah terkorban dalam
pembinam jalan kereta api tersebut akibat seksaan dim jangkitan penyakit
tropika.[13]
SUMBER PERTAMA/PRIMER:
- Sumber Artifak Dokumen Kerajaan
- Sumber Peribadi Sumber Agama
- Batu Bersurat Buku Harian
- Warkah
- Watikah
- Titah Perintah
- Catatan
SUMBER KEDUA/SEKONDER:
- Sumber Manuskrip Lama
- Akhbar-akhbar
- Majalah
- Sumber Karangan atau Esei
- Latihan Ilmiah
- Buku-buku
Tesis
Rencana

SUMBER LISAN:
- Percakapan-pertuturan - Temu bual
- Perbincangan
- Temuduga
PENGGUNAAN SUMBER
Kita haruslah menyedari bahawa kepentingan sumber adalah suatu
kepentingan yang asasi. Ini kerana sumber, bagi penulisan sejarah,
berbeza dengan penulisan karya kreatif, adalah sesuatu yang mesti wujud.
Tanpa sumber, sejarawan tidak berupaya menghasilkan pensejarahannya;
samaiah keadaannya dengan sasterawan tanpa ilham, maka ia akan
terkapai-kapai mengahadapi alam maya. Oleh itu, sejarawan haruslah
mencari serta mengumpulkan dan memastikan sumbernya.[14]
Sumber juga penting dalam menggambarkan suatu pandangan dan
pemikiran seseorang penulis atau pengkaji terhadap perkara dan juga
terhadap alam persekitaran pada masa lalu. Melalui penulisan mereka,
sekurang-kurangnya sejarawan moden kini dapat membayangkan
bagaimana corak pemikiran mereka pada masa lain seterusnya
mengimaginasikan rentetan sejarah yang berlaku pada masa itu. Ini kerana
pemikiran penulis-penulis lalu melambangkan juga pemikiran masyarakat
ataupun pemerintah sezamannya. Misalnya, karya-karya tempatan yang
dihasilkan oleh Abdullah Munsyi seperti Hikayat Abdullah, Salasilah RajaRaja Melayu dan Bugis, yang menggambarkan corak pemikiran Abdullah
Munsyi pada zaman itu.
Penggunaan sumber juga penting sebagai mengukuhkan hujah dan
menguatkan lagi suatu kenyatam yang ingin dijelaskan oleh sejarawan
tentang pensejarahan yang ingin dikemukakannya. Dengan adanya
sumber, sejarawan dapat membuktikan dan mengesahkan bahawa fakta
atau kenyataan sejarah yang dibawa olehnya adalah benar dan tepat.
Sebagai contoh; seorang pengkaji sejarah Tanah Melayu ingin
membuktikan kekuatan angkatan tentera Jepun sewaktu menyerang Tanah
Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Untuk mengulculikan hujahnya,
seorang penyelidik itu boleh meneliti sumber kedua. Misalnya sebuah bukti
yang bertajuk The History of Malaya karya Henry Miller yang menyatakan;
pasukan tentera Jepun telah berjaya memeranjatkan penduduk Tanah
Melayu serta pegawai-pegawai British apabila mereka berjaya
menenggelamkan
dua
buah
kapal
British
iaitu Prince
of
Walesdan Repulse. Melalui sumber ini, kenyataan yang dikemukakan oleh
sejarawan itu tidak akan dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Pada pandangan saya, sumber juga penting dalam memberikan keyakinan


kepada sejarawan dan masyarakat umum pada hari ini tentang sejarah
sebagai pengetahuan masa lampau yang pasti takkan kembali lagi. Melalui
peninggalan sumber yang ada, sejarawan dan masyarakat pasti akan
berasa yakin bahawa suatu peristiwa itu telah pun berlaku pada masa lalu
dan ia harus diambil sebagai pengajaran untuk pedoman hidup pada
masa-masa akan datang.
Daripada beberapa kenyatam yang telah dijelaskan, dapat saya simpulkan
di sini bahawa sumber sangat penting dalam kajian atau penyelidikan
sejarah. Dalam hal inl, kita haruslah menyedari akan kepentingan sumber
sebagai suatu kepentingan asasi sejarah. Ini bermakna, tanpa sumber,
sejarawan tidak mampu untuk menghasilkan pensejarahan dan seterusnya
sejarah tidak akan wujud sebagai ilmu pengetahuan masa lalu. Tanpa
sumber juga, sejarawan akan terkapai-kapai kelemasan dalam mencari
kebenaran tentang masa lalu. Oleh hal yang demikian, bagi menghasilkan
pensejarahan yang unggul, sejarawan perlu berusaha mendapatkan
sumber yang mempunyai kaitan sama ada - secara langsung ataupun
tidak langsung dengan rentetan peristiwa lalu yang ingin dikajinya.
Bibliografi
Abdul Ranman Haji Abdullah, 1996. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gottschalk, Louis, 1969. Understanding History: A Primer of Historical
Method. New York: Alfred A. Knopf.
K. Ratnam, 1998. Sejarah Kertas 940/2: Malaysia, Asia Tenggara, Asia
Selatan dan Asia Timur. Subang Jaya, Selangor: Pustaka Sarjana.
http://www. library.yale.edu/referr/primsrcs.htm.
Muhd Yusof Ibrahim, 1997. llmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan
Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
R. Suntharalingam, 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur:
Marican and Sons.

Anda mungkin juga menyukai