Kini, heterogen krisis kewangan berlaku, begitu juga kapitalis global yang berasaskan riba, faedah
yang berganda dan penindasan terhadap golongan bawahan melumpuhkan sektor perbankan dan ekonomi
negara-negara dunia ketiga dalam sekelip mata, walaupun usaha untuk membantu negara-negara islam
dunia ketiga, masih buntu serta belum ada tanda ekonomi beransur pulih. Dalam ketika itu secara relatifnya
kisah hitam itu akan membuka mata masyarakat dunia kepada potensi sebenar, sebagai contohnya kejayaan
sistem kewangan Islam yang dilaksanakan di Malaysia dan beberapa negara Islam turut mengikut jejak
langkah negara kita dalam menangani krisis ekonomi.
Ketika inilah masa dan medan terbaik bagi negara Islam memperkukuhkan struktur dan produk
kewangan Islam mereka dalam usaha memulihkan ekonomi global. Kemampuan sistem perbankan Islam di
Malaysia yang meningkat sebanyak lima belas (15%) peratus setahun mencerminkan ia bakal menjadi
peneraju pasaran kewangan antarabangsa dengan cirinya tersendiri melawan arus deras institusi riba
kapitalis. Sistem kewangan Islam bersifat kurang risiko dan lebih kepada amalan perkongsian keuntungan
di samping mampu melindungi sistem kewangan itu daripada krisis kewangan global seperti sekarang.
Hakikatnya institusi kapitalis riba global sedang menuju kemelesetan dan pendokongnya bakal berdepan
gelombang kemuflisan terbesar dalam sejarah yang membuka peluang kepada sistem kewangan Islam
diterjemahkan kepada masyarakat dunia keseluruhannya.
Islam sangat mementingkan kesejahteraan umat dan memerangi segala bentuk system, oleh itu
sebarang struktur yang berteraskan riba yang dapat memudaratkan kehidupan manusia. Oleh itu, krisis
dihadapi AS dan Eropah kini membuktikan sistem konvensional semasa berteras riba mempunyai banyak
kelemahan dan ketidakseimbangan berbanding sistem kewangan Islam yang bebas riba. Ia dilihat semakin
kukuh dan mampu bertahan dalam apa jua keadaan ketika dunia bergelut zaman meleset dan pergerakan
ekonomi perlahan serta tidak berdaya saing, dijangka bakal mempengaruhi banyak negara di seluruh dunia,
termasuk negara maju. Ramai sarjana mengakui kesan positif krisis ekonomi dunia kini kepada sistem
kewangan Islam yang berdaya tahan tinggi serta mempunyai pelan dan dana jangka panjang seperti
institusi zakat, wakaf, baitul mal, sedekah, hibah dan sebagainya di samping inovasi dalam produk
ekonomi Islam. Malah, ini menjadi petunjuk kepada institusi kewangan dan perbankan konvensional
supaya mencontohi sistem perbankan Islam berdasarkan keupayaannya yang terbukti berjaya. Nilai
keseluruhan aset kewangan Islam mencapai AS$1 trilion (RM3.52 trilion), malah turut dipraktikkan di
lebih 75 negara, termasuk di negara yang didominasi masyarakat bukan Islam.
Sejak lima tahun lalu, pusat kewangan antarabangsa dilihat mula mempraktikkan sistem berkenaan,
termasuk beroperasi di London, Singapura dan Hong Kong. Antara produk utama dihasilkan daripada
kewangan Islam adalah Sukuk dan Malaysia adalah pasaran terbesar produk berkenaan dengan bon
keseluruhan bernilai RM211.2 bilion. Ini kejayaan yang sangat baik dan perlu dipertahankan pada masa
hadapan serta berusaha menambahkan lagi nilainya. Mungkin ada hikmahnya terhadap apa yang berlaku
kerana masyarakat dunia mula membuka mata kepada kelebihan dan kewibawaan perbankan Islam.
Diharapkan dengan perkembangan memberangsangkan di negara kita, banyak negara di Asia Barat akan
melabur di sini kerana mereka sudah hilang keyakinan kepada pasaran dan situasi ekonomi di Barat.
Dalam menangani krisis kewangan pada 1997, Malaysia bernasib baik kerana mempunyai
kepemimpinan yang bijak, berani dan berwawasan untuk melaksanakan langkah drastik, termasuk
mengawal tukaran asing terpilih yang berjaya menghalang berlakunya kesan kitaran ganas ke atas ekonomi
dan sosial negara kita. Kepimpinan ketika itu dengan bijak menolak tawaran dari International Monetary
Fund (IMF) yang menawarkan pinjaman dalam mengatasi masalah kewangan ketika itu. Namun begitu,
industri perkhidmatan kewangan Islam seluruh dunia dijangka bernilai AS$2.8 trilion (RM9.57 trilion)
menjelang 2010 nanti. Menurut Pengarah Unit Perbankan dan Kewangan Universiti Monash (Malaysia),
Profesor Bala Shanmugam, jangkaan itu dibuat oleh Badan Perkhidmatan Kewangan Islam Malaysia dan
Bank Pembangunan Islam Arab Saudi bersandarkan kepada semakin banyak negara dan institusi kewangan
global menyediakan perkhidmatan dan produk kewangan Islam pada masa ini. Iklim ekonomi dan
penyertaan yang semakin bertambah dalam industri itu membuka peluang kepada Malaysia dan negara
Islam lain menjadi peneraju utamanya. Industri global pula kini bernilai sekitar AS$531 bilion (RM1.816
trilion), menunjukkan penerimaan menyeluruh terhadap produk kewangan Islam. Peserta sektor kewangan
Islam tempatan juga bersedia untuk memasuki industri kewangan Islam antarabangsa berikutan penerimaan
positif masyarakat global.
pasaran kewangan Islam dan perolehan kepentingan strategik dalam institusi kewangan Islam domestik.
Dengan terbukanya peluang kepada institusi perbankan dan peserta lain, sistem kewangan Islam menjadi
lebih pelbagai dan pasaran kewangan Islam semakin luas berkembang. Perkembangan ini telah
menyumbang kepada pertumbuhan pesat kewangan Islam di seluruh dunia, dan kewangan Islam kini
muncul sebagai antara segmen paling pantas pertumbuhannya dalam industri perkhidmatan kewangan.
Susulan perkembangan tersebut, skop perniagaan kewangan Islam telah berkembang daripada hanya
tertumpu pada pembiayaan runcit dan perdagangan, kepada penawaran produk kewangan yang lebih
canggih untuk memenuhi permintaan pelanggan global yang berubah-ubah. Produk berasaskan Syariah ini
termasuklah ekuiti swasta, pembiayaan projek, originasi dan terbitan sukuk, serta produk pengurusan dana,
aset dan harta.
Pasaran sukuk khususnya, telah menjadi saluran penting bagi aktiviti mendapatkan dana dan
pelaburan antarabangsa, dan telah berkembang pada kadar 40% setahun. Potensi besar pasaran sukuk
dalam sistem kewangan antarabangsa sememangnya merupakan kemuncak baharu inovasi dalam
kewangan Islam malah merupakan bahagian penting proses globalisasi kewangan Islam. Sukuk
Musyarakah dan Ijarah yang diterima secara meluas di peringkat global kini membentuk sebahagian besar
terbitan sukuk global. 75 Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2008 Pembangunan struktur sokongan bagi
kewangan antarabangsa merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk membangunkan kewangan
Islam di peringkat antarabangsa. Antaranya ialah penubuhan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam
(Islamic Financial Services Board, IFSB) pada tahun 2002 untuk menetapkan piawai kehematan kewangan
Islam, dan juga pewujudan Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan Institusi Kewangan Islam (Accounting
and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions, AAOIFI) pada tahun 1990. Kedua-dua badan
penetap piawai antarabangsa ini memainkan peranan penting dalam menyelaraskan piawai kehematan dan
perakaunan merentas negara-negara yang berbeza. Apa yang lebih penting ialah peranan badan tersebut
menghasilkan amalan terbaik antarabangsa dalam pembangunan kewangan Islam global. Lantaran usaha
bersepadu untuk menghasilkan amalan terbaik antarabangsa yang kukuh dalam rangka kerja kehematan
dan penyeliaan, daya tahan dan kemampanan jangka panjang industri kewangan Islam dapat dikekalkan.
Globalisasi turut membawa bersama-samanya elemen saling bergantung yang lebih ketara. Meskipun
kesalinghubungan yang lebih nyata ini dijangka menghasilkan pengagihan modal yang lebih cekap
merentas sempadan, yang seterusnya mengurangkan kos modal, langkah ini juga boleh menyebabkan
kemungkinan berlakunya pemindahan risiko merentas negara. Ini menekankan lagi keperluan untuk
memastikan mutu globalisasi kewangan. Meskipun sifat intrinsik kewangan Islam sememangnya
menggalakkan pengurusan risiko dan memberi keyakinan melalui penzahiran dan ketelusan, risiko baharu
yang berpunca daripada globalisasi harus diambil kira. Ini bagi memastikan institusi kewangan Islam
berupaya menguruskan risiko dan pihak berkuasa pengawalseliaan mempunyai peralatan yang perlu untuk
menangani sebarang implikasi penyahstabilan.
Sebagaimana perspektif Islam itu terhadap pentakrifan ekonomi mencakupi permasalahan manusia
sejagat;ia tiada merujuk kepada individu atau masyarakat tertentu serta ia berlandaskan syariat bertujuan
mendapat keredhaan Allah S.W.T; boleh juga difahami bahawa segala manafaat dan hasil mashul di muka
bumi ini haruslah di kongsi secara adil tanpa persempadanan budaya,bangsa atau negara untuk sama sama
merasai kemajuan, kemakmuran dan keamanan berbanding teori ekonomi konvensional yg dicipta
mengikut peraturan ciptaan manusia yg bersandarkan idealogi atas kepentingan dan agenda tertentu sesuatu
pihak atas pihak yg lain. Penekanan terhadap perkara perkara seperti perolehan, penggunaan dan
pengurusan dalam ekonomi Islam adalah menjurus kepada urusan seperti Halal & Haram, Pembaziran &
Keutamaan, Keadilan & Pengagihan yg mana ia perlu membawa kepada kebaikan dalam pembangunan
insaniah dari segi material dan kerohanian seperti yg dituntut Islam. Perkara perkara ini boleh dirujuk
melalui firman Allah SWT dalam Al Quran;
Pada pandangan peribadi penulis kegagalan Kesatuan Islam dalam cabaran ekonomi hari ini adalah
kerana kegagalan pentadbir pentadbir negara islam itu sendiri yg gagal memanafaatkan kekayaan yg
dilimpahkan Allah atas muka bumi mereka menurut syariat secara total. Negara negara islam yg hasil
utamanya adalah minyak di mana nilai pendapatan tahunannya mencapai berbillion dolar sepatutnya secara
bersepakatan harus membantu dalam membangunkan negara negara yg lemah melalui pembangunan
infrastruktur pendidikan dan perekonomian asas dikalangan seluruh umat islam seluruh di dunia. Ini
penting kerana melalui ilmu dan pengisian sahaja seseorang itu akan mencapai kejayaan dalam
membangun serta mengubah cara hidup dan pemikiran mereka dalam pembentukan tamadun. Ini secara
tidak langsung akan memastikan semua umat islam tidak terdedah kepada segala bentuk penghinaan,
kejahilan
dan
kemiskinan.
Apa yang berlaku sebaliknya sekarang negara islam yg kaya raya ini sibuk mengikut hawa nafsu & bangga
diri membangunkan hotel-hotel lima bintang , pulau-pulau buatan yang bernilai jutaan dolar (Artikel
Newsweek April 21 2008; SPECIAL REPORT), pelaburan di negara2 bukan islam utuk tujuan keuntungan
semata serta sanggup bersengkokol dengan musuh utk menentang orang islam sendiri sedangkan masih ada
saudara islam yg masih tidak tahu membaca, miskin dan kebuluran serta merempat dan dibunuh
sewenangnya
di
negara
negara
berhampiran.
Menurut statistik , jumlah umat islam di seluruh dunia sekarang berjumlah lebih kurang 1.5 billion dan
mewakili
24%
jumlah
penduduk
dunia
(Institute
of
Islamic
Information
&
Education; http://www.iiie.net/node/65; setakat Feb 2006) dengan hasil ekonomi utama dunia iaitu minyak
berada di tangan orang Islam dan sekiranya ianya diuruskan mengikut kaedah yg sebenarnya dalam islam;
bayangkan betapa kuatnya umat islam dan beranikah mereka itu memperkotak katikan islam dan umatnya.
Saya serahkan kepada saudara untuk fikir-fikirkan dan membuat kesimpulannya.Sekian.
Cabaran ketiga pula, negara Islam perlu menggemblengkan modal insan dalam membangunkan
kepakaran untuk memenuhi keperluan serta menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi bidang pengajian
profesional dalam kewangan Islam. "Lebih banyak akademi seperti The International Centre of Islamic
Finance (Inceif) di Kuala Lumpur perlu diwujudkan di negara Islam. Saya menyarankan Bank
Pembangunan Islam memainkan peranan utama dalam perkara ini," katanya. Abdullah juga menggesa
negara Islam mengambil kesempatan untuk melabur besar dalam pembangunan industri pertanian dan
makanan memandangkan jumlah terbesar daripada 15 peratus penduduk yang kurang zat makanan adalah
umat Islam. Beliau berkata produktiviti pertanian semakin lumpuh akibat kurang pelaburan dalam
teknologi pertanian dan pembangunan luar bandar, manakala pengeluaran bijirin dunia terjejas sejak tahun
2000 berikutan ketidaktentuan iklim. Katanya, jika arah aliran itu berterusan, dunia Islam tidak akan
mampu memberikan makanan kepada penduduknya yang kian meningkat pada masa akan datang.
"Adalah penting mendapatkan semula kemasukan pelaburan dalam sektor pertanian dan pada masa sama
tidak mengetepikan kesejahteraan petani. Kerajaan negara Islam perlu memastikan golongan itu dapat
mengakses pusat pasaran yang lebih baik. "Saya yakin dunia Islam mampu menerajui memastikan
barangan keluaran petani dijamin mendapat tempat dalam pasaran dan memperoleh manfaat," katanya.