Anda di halaman 1dari 23

PERIBAHA

SA
Disediakan oleh:
Muhammad Aiman Hannan bin Ruslan (14003)
Kelas 202/2015
Guru Penyelaras:
Pn. Siti Rohayu binti Nah Hassan

PERIBAHA
SA

Bagai menatang
minyak yang penuh
Memelihara anak dengan
penuh kasih sayang
Ibu bapa sentiasa
menyayangi anak-anak
mereka bagai menatang
minyak yang penuh.

Keluar mulut harimau


Masuk mulut buaya
Bernasib malang
Selepas berjaya menyelamatkan
diri daripada digigit anjing liar,
gadis itu terpaksa bergelut pula
dengan peragut.

Ular menyusur akar


takkan hilang bisanya
Orang besar yang merendah
diri takkan jatuh martabatnya
Sekalipun beliau bergaul dengan
orang kebanyakan, namun ia bagai
ular menyusur akar takkan hilang
bisanya.

Sudah jatuh ditimpa tangga


Menerima kesusahan yang
bertimpa-timpa / bernasib
malang
Hidupnya bagaikan sudah jatuh
ditimpa tangga kerana selepas
kematian anaknya, dia kematian
isterinya pula.

Kera di hutan disusukan,


anak di rumah mati kelaparan
Mengutamakan orang lain
lebih daripada anak sendiri
Sikap Abu membiayai pengajian gadis itu
bagaikan kera di hutan disusukan, anak di
rumah mati kelaparan kerana keluarganya
sendiri hidup dalam kedaifan.

Ditelan mati emak,


Diluah mati bapak
Dalam keadaan serba salah

Lee Cun tidak mampu membuat pilihan


untuk mengikut ibu atau bapanya setelah
mereka bercerai kerana ditelan mati emak,
diluah mati bapak.

Genggam bara api


biar sampai jadi arang
Membuat kerja bersungguhsungguh sehingga membuahkan
hasil
Belajarlah dengan tekun
hingga berjaya umpama
genggam bara api , biar
sampai jadi arang.

Bagai mencurah air ke daun


keladi
Membuat kerja dengan sia-sia
Nasihat guru kepadanya bagai
mencurah air ke daun keladi
kerana dia langsung tidak mahu
mendengarnya.

Seperti cendawan tumbuh


selepas hujan
Pembangunan yang sangat
pesat
Sejak Putrajaya dibangunkan, seluruh
petempatan sekitarnya menjadi
semakin maju, seperti cendawan
tumbuh selepas hujan.

Sehari sehelai benang,


Lama-lama menjadi kain
Usaha gigih yang berterusan
Jika kita gigih berusaha, lamakelamaan pasti akan berjaya
kerana sehari sehelai benang,
lama-lama menjadi kain.

Melentur buluh
biarlah dari rebungnya
Mendidik anak biarlah sejak
mereka masih kecil
Ibu bapa perlu mendidik anakanak sejak dari kecil kerana
melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

Seperti pelanduk dua serupa

Mempunyai wajah yang


serupa
Saya menegur orang itu kerana
menyangkakan dia adalah rakan lama
saya, sedangkan dia hanya pelanduk
dua serupa.

Seperti ular kena palu

Barisan yang bengkangbengkok


Guru disiplin itu menjerit kerana
terlalu marah apabila melihat barisan
pelajar tidak lurus seperti ular kena
palu

Bagai mendapat durian


runtuh
Mendapat keuntungan
dengan banyak
Nazri mendapat durian runtuh apabila
peniaga itu menghadiahkannya sebua
kereta baru

Mendengar guruh di langit,air


tempayan dicurahkan
Mendengar sesuatu keuntungan
yang belum pasti,apa yang telah
ada ditinggalkan
Apabila mendengar guruh di langit, air
tempayan dicurahkan kerana mendengar
berita yang belum jelas bahawa dia akan
mendapat kerja, Ah Cun meninggalkan
pekerjaan lamanya

Bagai anjing dengan bayang


-bayang
Orang yang tamak akan rugi

Jangan terlalu tamak bagai


anjing dengan bayangbayang,nanti kamu yang rugi

Umpama tidur sebantal,


tetapi mimpi lain-lain
Dua orang yang rapat tetapi
mempunyai cita-cita yang
berbeza
Walaupun Kamal dan Raju bersahabat
baik,tetapi masing-masing mempunyai
impian yang berbeza umpama tidur
sebantal tetapi mimpi lain-lain

Genggam bara api


biar sampai jadi arang
Membuat kerja bersungguhsungguh higga
mendatangkan hasil
Belajarlah dengan tekun
hingga berjaya umpama
genggam bara api biar
sampai jadi arang

Bagai tikus membaiki labu


Menjadikan sesuatu itu
lebih teruk rosaknya
Encik Simon meminta Ah Leong
membaiki komputer, tetapi
akhirnya komputer itu rosak
dibuatnya.

Harapkan pagar,pagar makan


padi
Harapan yang disandarkan kepada
seseorang untuk sesuatu perkara
namun dihancurkan oleh pemegang
harapan itu
Encik Amran mengharapkan Amri untuk
menyimpan duit syarikat,tetapi Amri
menghabiskan duit dan berpindah ke
syarikat lain seperti harapkan
pagar,pagar makan padi

Seperti katak di bawah


tempurung
Seseorang yang tidak
mengambil kisah tentang
dunia luar
Simon yang tidak mengambil tahu
tentang isu semasa itu seperti
katak di bawah tempurung

Anda mungkin juga menyukai