Anda di halaman 1dari 11
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1. Pengenalan. Satu perkara yang jelas berlaku selepas era Perang Dingin adalah peningkatan kepentingan peranan China dalam hubungan antarabangsa baik secara global mahupun rantau. Fokus kepentingan China ini adalah berpunca daripada peningkatan kuasa ekonomi yang berterusan sejak 1970an dan juga peningkatan kuasa ketenteraan terutama keupayaan tentera lautnya. Peningkatan sedemikian telah memberi gambaran bahawa China sedang bangkit untuk menjadi satu kuasa utama dalam arena antarabangsa. Kebangkitan China sebagai kuasa utama telah menimbulkan kebimbangan kepada negara-negara Asia Tenggara. Kebimbangan ini adalah berasas, kerana menurut teori politik kuasa, peningkatan kuasa sebuah negara pada peringkat tertentu adalah merbahaya dan boleh menjurus kepada perluasan wilayah.' Perluasan wilayah ini telah dikaitkan dengan pengawalan sumber untuk memperkukuhkan kuasa ekonomi yang menjadi asas kepada kuasa politik dan ketenteraan.” Dalam konteks yang sama kebangkitan China sebagai kuasa utama telah dilihat sebagai satu ancaman khususnya kepada Asia Tenggara. Persepsi ini adalah berasaskan kepada meningkatnya kegiatan maritim China untuk menguasai sumber ekonomi terutama di Laut China Selatan. Selain dari faktor ekonomi, penguasaan di Laut China Selatan menjadi penting bagi China kerana tuntutannya terhadap beberapa buah pulau berasaskan faktor sejarah dan perundangan laut antarabangsa. Oleh kerana China mempunyai ' J.C. Johari, International Relations and Politics (New Delhi: Sterling Publisher, 1997), hlm. 251 2 Randall L. Schweller,” Managing the Rise of Great Powers”, dalam Alastair lain Johnston and Robert S. Ross (ed), Engaging China: The Management of an Emerging Power (London: Routledge, 1999), him. 2 kepentingan di rantau ini, peningkatan keupayaan tentera lautnya dilihat sebagai ancaman terhadap keselamatan Asia Tenggara. 1.2 Pernyataan Masalah. Usaha China untuk menguasai kepentingan di Laut China Selatan telah dikaitkan dengan program pemodenan tentera lautnya yang berjangka panjang ke arah angkatan “Blue Water Navy’® Program pemodenan ini melibatkan perubahan dasar pertahanan maritim yang bersifat aktif. Perolenan aset baru ketenteraan telah juga meningkatkan keupayaan Tentera Laut China. Sehubungan itu pemodenan Tentera Laut China dijangka berpotensi menjadi ancaman dan memberi implikasi terhadap keselamatan di Asia Tenggara. Ancaman dan implikasi ini bukan sahaja melibatkan ancaman ketenteraan (Tentera Laut China) kepada negara Asia Tenggara tetapi juga mengancam kepentingan kuasa besar lain di rantau ini.4 Ini berasaskan kepada fakta bahawa peningkatan keupayaan Tentera Laut China bukan sahaja dapat mengawal kepentingannya di Laut China Selatan tetapi dijangka berupaya menunjukkan kekuatan (power projection)? untuk mempengaruhi aspek strategik dan ekonomi rantau ini secara keseluruhan. Potensi ancaman Tentera Laut China masih menjadi kebimbangan bukan sahaja kepada negara-negara kecil Asia Tenggara tetapi juga kepada kuasa-kuasa besar. Kemungkinan China menggunakan kuasa ketenteraan lautnya untuk mengawal laluan perhubungan laut rantau Asia Tenggara tidak boleh diketepikan kerana perkembangan ekonominya bergantung kepada kebebasan laluan ini. Di samping itu isu tuntutan bertindih di Laut China “istilah angkatan “Blue Water Navy” bermakna sebuah angkatan laut yang berupaya melaksanakan operasi jarak jauh secara berterusan, Ini memerlukan kcupayaan kapal pengangkut pesawat, keupayaan peperangan anti kapal selam dan anti permukaan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk, David Miller, The World Navies: An Illustrated Review of The Navies of the World (London: Salamander, 1992), him.7. Mark J. Valencia, "The South China Sea: Potential Conflict and Co-operation", dalam Mohamad Najib Tun Razak (eds), Malaysia's Defense and Foreign Policies (Kuala Lumpur: Pelanduk Publication, 1995), him. 39. 5 Maksud menunjukkan kekuatan (power projection) membawa erti kemampuan melancarkan kuasa ketenteraan dari laut ke darat dengan kaedah operasi amfibia, melancarkan kuasa tembakan dari meriam kapal ke darat dan serangan udara dari kapal pengangkut pesawat. Untuk keterangan lanjut rujuk kepada, Koburger Charles W., Narrow Seas, Small Navies and Fat Merchant (London: Praeger, 1990), hlm.50-51. Selatan melibatkan dua aspek utama iaitu pengawalan kawasan yang dipercayai kaya dengan sumber ekonomi seperti minyak dan juga aspek kedaulatan negara. Dalam konteks ini banyak penganalisis keselamatan antarabangsa melihat isu di Laut China Selatan ini menjadi satu “flash point’ yang berupaya menjejaskan keselamatan Asia Tenggara.® Berdasarkan kenyataan di atas ia menunjukkan pemodenan Tentera Laut China dan kaitannya terhadap keselamatan di Asia Tenggara adalah sesuatu yang signifikan dan perlu dikaji. — Ini kerana kewujudan proses pemodenan Tentera Laut China menjadi satu isu yang dibimbangi oleh negara- negara serantau. Kebimbangan ini terus wujud kerana banyak isu-isu maritim di Asia Tenggara masih belum diselesaikan dan melibatkan negara China. 1.3 Objektif Kajian. Objektif utama kajian ini ialah untuk menjawab persoalan sejauh manakah pemodenan Tentera Laut China menjadi ancaman ke atas keselamatan serantau. Bagi tujuan mengenal pasti rasional di sebalik pemodenan Tentera Laut China, kajian ini akan menyentuh latar belakang pertahanan laut China. Tujuan utama mengetahui latar belakang pertahanan laut China adalah untuk memberi gambaran bagaimana perubahan senario keselamatan telah memberi kesan terhadap strategi ketenteraan serta mempengaruhi proses pemodenan Tentera Laut China. Proses pemodenan Tentera Laut China juga akan dikaji dengan lebih mendalam. Setelah mengupas pemodenan Tentera Laut China dan persepsi ancaman negara-negara Asia Tenggara, kajian ini seterusnya akan mendedahkan potensi ancaman yang wujud terutamanya dalam konteks kebebasan laluan perhubungan laut di rantau ini serta isu di Laut China Selatan dan impak ancaman ini terhadap rantau Asia Tenggara. Akhir sekali, kajian ini akan menilai sejauh manakah kebenaran ancaman Tentera Laut China di rantau ini dengan mengambil pertimbangan © Khoo How San, "ASEAN and the South China Sea Problem", dalam Chandran Jeshurun (ed), China, India, Japan and the Security of Southeast Asia (Singapore: ISEAS 1993), him. 181 yang menyeluruh persepsi negara-negara ASEAN, peningkatan keupayaan Tentera Laut China dan realiti ancaman China yang sebenar. 1.4 Ulasan Kajian-Kajian Lepas. Berdasarkan resensi hasil penulisan yang telah dilakukan dapat dirumuskan bahawa ketika ini tidak terdapat penulisan khusus yang membincangkan pemodenan Tentera Laut China dan kaitannya dengan keselamatan Asia Tenggara. Kebanyakkan kajian-kajian yang ada lebih tertumpu kepada perbincangan umum berkenaan keupayaan Tentera Laut China dan kaitannya dengan keselamatan Asia Timur. Sungguhpun terdapat beberapa buku utama yang membincangkan tentang Tentera Laut China namun fokus perbincangannya lebih tertumpu kepada aspek peningkatan keupayaannya tanpa membincangkan implikasinya terhadap keselamatan di Asia Tenggara. Antara buku-buku utama tentang Tentera Laut China yang bersifat sedemikian adalah hasil penulisan David G. Muller Jr.” yang merupakan satu kajian awal tentang kuasa maritim Republik Rakyat China (PRC). Penulisan Muller lebih tertumpu kepada evolusi Tentera Laut China dari tahun 1945 hingga 1983. Sungguhpun perbincangan Muller agak komprehensif namun skopnya lebih relevan kepada Asia Timur dalam era Perang Dingin sahaja. Seterusnya penulisan Tai Ming Cheung® pula tertumpu kepada perbincangan mengenai faktor-faktor yang mendorong kepada perkembangan Tentera Laut China. Perbincangan ini melibatkan faktor sejarah, sikap pemimpin dan perubahan persepsi keperluan strategik China telah menjadi alasan kepada pemodenan Tentera Laut China. Rasional kajian ini lebih tertumpu kepada perspektif Asia Timur. Sungguhpun terdapat kenyataan tentang implikasinya di Asia Tenggara terutama dalam konflik di Kepulauan Spratly, ianya tidak dibicarakan secara khusus. ” David G. Muller Jr., China as Maritime Power (Colorado: Westview Press, 1983). * Tai Ming Cheung, Growth of Chinese Naval Power: Priorities, Goals, Mission and Regional Implication (Singapore: ISEAS, 1990). Selain itu terdapat juga beberapa buku utama yang agak kontemporari tetapi pada keseluruhannya tidak fokus secara khusus mengenai Tentera Laut China. Antaranya ialah penulisan Duk-Ki Kim® yang berkisar kepada strategi tentera laut di rantau Asia Timur dan perubahan geo-strategik maritim selepas Perang Dingin. Menurut Kim, oleh kerana pertikaian di rantau ini bersifat maritim, maka ianya akan melibatkan tindak balas maritim melalui peningkatan keupayaan tentera laut. Dalam konteks Tentera Laut, kajian Kim lebih tertumpu kepada perubahan strategi, struktur angkatan laut, pemodenan dan penglibatan China dalam usaha membinakan keyakinan di rantau ini. Namun demikian penulisan dan penilaian Kim mengenai Tentera Laut China juga lebih menjurus kepada Asia Timur. Kim tidak membincangkan implikasi_ pemodenan Tentera Laut China di Asia Tenggara. Penulisan You Ji'° pula berkisar kepada perkembangan dan pemodenan Angkatan Tentera China secara keseluruhan. Dalam membicarakan Tentera Laut China, You Ji memberi tumpuan kepada perkembangan dan usaha pemantapan keupayaannya yang berlaku pada dekad 90an. Namun demikian penulisan ini tidak menyentuh bentuk ancaman dan implikasi Tentera Laut China pada rantau Asia Tenggara. Perbincangan You Ji berhubung implikasi terhadap rantau hanya tertumpu kepada Asia Timur dan khususnya melibatkan Angkatan Tentera China secara keseluruhan. Manakala penulisan Ngok Lee''pula tertumpu kepada perbincangan peranan Tentera Laut China untuk menghadapi tekanan perlumbaan kuasa besar dalam mendominasi perimbangan strategik di rantau Asia Timur dan Asia Tenggara. Lee telah menyentuh perkembangan kuasa maritim China dan kaitannya dengan Tentera Laut China. Namun demikian penulisan ini tidak menyentuh secara mendalam mengenai peranan Tentera Laut China dalam keselamatan Asia Tenggara. ° Duk-Ki Kim, Naval Strategy in Northeast Asia: Geo-strategic Goals, Frank Cass, 2000). "You Ji, The ed Forces of China (Australia: Allen & Unwin, 1999). "| Ngok Lee, China Defence Modemisation and Military Leadership (Sydney: Australia National University Press, 1989), Di samping buku-buku utama ini terdapat juga beberapa kajian kecil dalam majalah dan jurnal yang telah membicarakan tentang Tentera Laut China. Seperti mana buku-buku utama secara keseluruhan kajian-kajian kecil ini juga lebih memberi tumpuan kepada pemodenan Tentera Laut China tetapi kurang membicarakan implikasinya terhadap Asia Tenggara. Sungguhpun terdapat kajian yang menyentuh Tentera Laut China dan kaitannya dengan keselamatan Asia Tenggara tetapi ianya tidak dibincangkan secara seimbang dan menyeluruh. Antara kajian ini termasuklah kajian Johson'* yang membicarakan pemodenan Tentera Laut China dan isu-isu keselamatan di Asia Timur. Menurut Johson pemodenan Tentera Laut China mempunyai kaitan dengan perkembangan ekonomi China dan dijangka akan meningkatkan ketegangan keselamatan di Asia Timur. Ini dikaitkan dengan kemungkinan penggunaan kuasa ketenteraan dalam isu Taiwan dan Spratly. Namun demikian kajian ini tidak memberi penjelasan sejauh manakah ancaman ini mungkin berlaku tanpa mengambil pertimbangan penglibatan China dalam forum keselamatan rantau seperti ARF dan keperluan ekonomi yang sedang berkembang. Manakala kajian Rae Marion'® pula lebih kepada persepsi ancaman Tentera Laut China. Persepsi ini berdasarkan kepada tiga faktor iaitu ketenteraan, ekonomi dan politik. Perbincangan beliau lebih tertumpu kepada keupayaan Tentera Laut China dan merumuskan bahawa keupayaannya masih terhad untuk mendominasi rantau Asia Timur. Seperti kajian-kajian lain, Marion juga kurang memberi perhatian terhadap perkembangan Tentera Laut China dan implikasinya kepada Asia Tenggara. Kajian Kaplan Brad'* sama seperti Marion melihat persepsi ancaman Tentera Laut China untuk mendominasi Selat Melaka, Laut China Selatan dan Selat Taiwan. Namun demikian ia lebih banyak membincangkan ” Johson C. David, “Modernization of PLA Navy and East Asian Regional Security Issues”, Journal of Public and International Affair, Julai 1996. 27 Ogos 2001 hina’s Navy: Tomorrow's Threat or Paper Tiger”, Australian Defence Force Journal No.103, November/December 1993.hlm, 53-58. “Kaplan Brad, "China's Navy Today, Storm Clouds on the Horison...or Paper Tiger?” . Seapower. 17 Mei 2001. . pertembungan kepentingan di antara China dan kuasa besar Amerika. Kajian Kaplan cuba mengupas keupayaan Tentera Laut China dalam hubungannya dengan Taiwan dan tanpa membincangkan implikasinya terhadap isu keselamatan di Asia Tenggara. Kajian Ahrari Ehsan'® pula menjurus kepada perbincangan pemodenan Tentera Laut China dan implikasi strategik di Asia Timur. Dalam kontek ini penilaian lebih tertumpu kepada implikasi strategik Sino-Amerika di rantau ini akibat dari usaha China untuk menyekat sebarang konflik yang melibatkan kedaulatan wilayahnya. Ahrari berpendapat bahawa dasar luar China yang lebih assertif memerlukan pemodenan tentera lautnya. Seperti kajian-kajian lain Ahrari tidak membincangkan implikasinya terhadap Asia Tenggara terutama penglibatan Tentera Laut China dalam isu keselamatan maritim di Laut China Selatan. Kajian Peter Lewis Young’® sama seperti Kaplan lebih tertumpu kepada perkembangan dan peningkatan keupayaan Tentera Laut China. Kajian ini berpendapat Tentera Laut China masih belum mencapai keupayaan “blue water navy’ dan ancamannya juga terhad. Kajian ini juga lebih tertumpu kepada penilaian umum di rantau Asia Timur. Manakala kajian Khana R.P"” pula melihat pemantapan Tentera Laut China didorong oleh keyakinan China untuk menjadi satu kuasa rantau sesuai dengan perubahan senario keselamatan dan strategik yang berlaku di rantau Asia Timur. Khana berpendapat China berhasrat menguasai rantau Asia Tenggara kerana mempunyai pangkalan di Myanmar yang berupaya mengawal laluan Selat Melaka dan Lautan Hindi. Sungguhpun kajian Khana mengakui terdapatnya ancaman Tentera Laut China di Asia Tenggara, namun ianya tidak menerangkan bentuk ancaman dan implikasinya dengan seimbang tanpa 'S Ahrari Ehsan, “Strategic Implication of China Naval Modernization”, dalam Global Beat. 30 Ogos 2001. < hitp://www.nyu.edu.globalbeat/asia/aharari 1098.huml. >. ‘© Young Peter Lewis, “Long Term Blue Water Ambitions of PLA Navy”, Asian Defence Journal 3/2001, Mac 2001.hIm. 4-7. "’ Khanna R.P., “Impact of China Ambitions to a Regional Naval Superpower”, Asian Defense Journal 8/1999, Ogos 1999.hIm. 6-9. mengambil kira dimensi ekonomi dan keperluan strategik jangka panjang China. Kajian Srikanth Kondapalli® pula tertumpu kepada penilaian struktur dan proses pemodenan Tentera Laut China. Kajiannya mendapati bahawa corak pemodenan dan kualiti keupayaan Tentera Laut China adalah selaras dengan persepsi strategik China. Walau bagaimanapun, kajian ini kurang memberi perhatian kepada impak pemodenan Tentera Laut China terhadap keselamatan Asia Tenggara. Sementara itu, kajian yang dilakukan oleh Chris Bullock’® lebih banyak membicarakan perubahan doktrin dan strategi ketenteraan Tentera Laut China. Namun begitu Bullock tidak membincangkan pemodenan Tentera Laut China dan kaitannya dengan keselamatan di Asia Tenggara. Selain itu terdapat juga kajian-kajian kecil yang tidak kurang pentingnya membicarakan pemodenan Angkatan Tentera China secara keseluruhan. Antara kajian kecil ini termasuklah kajian K. Sengupta”? yang membincangkan perkembangan Tentera Laut China khususnya berkaitan dengan peningkatan beberapa keupayaan tertentu masakini. Penulisan ini walau bagaimanapun tidak membincangkan potensi ancaman dan implikasinya terhadap keselamatan di Asia Tenggara. Kajian Jacobs Keith?’ pula melihat pemodenan Angkatan Tentera China selaras dengan perubahan doktrin dan peningkatan keupayaannya. Menurut Keith, akibat langsung daripada pemodenan ini berpotensi mencetuskan konflik di persekitaran China terutama di Paracel dan Spratly. Namun demikian perbincangan kajian ini berhubung Tentera Laut China dan keselamatan Asia Tenggara tidak menyeluruh. 'S Srikanth Kondapalt Naval Structure and Dynamic”. IDSA. 20 Mac 2001. < hutp:/www.idsa.india.org/an.oct4..huml. > ” Chris Bullock, “From Coastal to Forward Defence: The Development of Chinese Naval Strategy for the 21" Century”. 28 Mac 2001. < http://www.stratnet.uealgary.ca. html, >. 2 prasun K. Sengupta, “PLA Force Modernisation Activities and Future Plans 4/99, April 1999, him, 21-24. 2 Jacobs Keith, “China’s Military Modernization and The South China Sea”, Vol. 4, No. 6, June 1992, him. 278-81 Asia Defence Journal jane’s Intelligence Review 1.5 Signifikan Kajian Ini. Secara umumnya, kajian yang sedia ada tidak melihat secara khusus kaitan rapat antara pemodenan Tentera Laut China dengan isu keselamatan di Asia Tenggara. Karya-karya sedia ada umumnya menumpukan perbincangan kepada senario keselamatan di Asia Timur terutama berkaitan isu konflik diplomatik di antara China dan Taiwan. Manakala ada kajian melihat sikap China yang menekan dalam mempertahankan kepentingannya menjadi ancaman kepada rantau ini. Dalam konteks ini Tentera Laut China dilihat berpotensi menjadi ancaman. Namun demikian kajian sedia ada tidak membincangkan secara mendalam bentuk ancaman yang bakal berlaku, khususnya dalam konteks kebebasan laluan perhubungan laut yang dapat mempengaruhi perkembangan ekonomi serantau. Selain itu, karya-karya sedia ada juga kurang membincangkan persepsi negara-negara Asia Tenggara terhadap ancaman China. Dalam konteks ini ancaman China bukan sahaja dilihat dalam bentuk ketenteraan akibat daripada proses pemodenan tentera lautnya secara nyata tetapi juga wujud ancaman bukan ketenteraan yang sukar diramalkan. Oleh yang demikian kajian ini penting bagi mengisi kekurangan- kekurangan yang telah diabaikan oleh kajian-kajian yang sedia ada. Di samping itu apa yang lebih penting dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah kebenaran potensi ancaman China kepada keselamatan rantau dalam konteks penggunaan kuasa Tentera Laut China dengan mengambil pertimbangan faktor yang lebih menyeluruh. Dari segi akademik kajian ini dapat menambahkan_ lagi bilangan hasil penulisan tempatan berhubung ketenteraan China. Manakala dari segi kepentingan keselamatan negara, kajian ini diharap dapat menjadi rujukan agensi keselamatan dalam merumuskan dasar yang melibatkan China terutama dalam soal keselamatan maritim. 1.6 Kaedah Kajian. Kajian ini disempurnakan melalui kaedah perpustakaan dengan meneliti bahan-bahan primer dan sekunder. Bahan-bahan primer termasuk Kertas Putih Pertahanan China yang diperolehi dari wakil ketenteraan Malaysia di Beijing. Di samping itu bahan-bahan primer yang merupakan laporan-laporan bukan bertaraf rahsia mengenai perkembangan Angkatan Tentera China diperolehi dari Markas Tentera Laut dan Bahagian Perisikan Pertahanan ATM. Sebagai tambahan kepada bahan-bahan primer ini temuduga dengan Panglima Tentera Laut dan perbincangan dengan Pegawai Penyelidik Kanan MIMA serta penasihat-penasihat pertahahan di Kedutaan beberapa negara ASEAN juga telah dilakukan. Bahan-bahan sekunder pula terdiri dari bahan-bahan bercetak seperti buku, jurnal dan majalah yang diperolehi dari perpustakaan Universiti Malaya, Kementerian Pertahanan, Maktab Turus Angkatan Tentera, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera dan MIMA. Bahan-bahan sekunder ini telah menjadi asas kepada resensi hasil penulisan dalam kajian ini Kajian juga telah menggunakan bahan sekunder yang diperolehi dari sumber internet sebagai tambahan kepada hasil penulisan untuk kajian ini. 1.7 Pembahagian Bab. Bab kedua akan menyentuh latar belakang pertahanan laut China. Perbincangan akan merangkumi aspek-aspek budaya strategik yang menjadi elemen penting dalam dasar pertahanan dan strategi maritim China. Fokus perbincangan melibatkan aspek perubahan dasar pertahanan laut dan strategi Tentera Laut China selepas Perang Dingin. Bab ketiga akan mendalami impak perubahan dasar pertahanan terhadap strategi pertahanan laut melalui proses pemodenan tentera laut. Huraian akan tertumpu kepada aspek pemodenan dalam konteks perubahan dasar, perolehan senjata dan struktur angkatan Tentera Laut China. Bab keempat akan membincangkan faktor China dalam hal ehwal keselamatan di Asia Tenggara. Huraian akan menyentuh persepsi negara- negara Asia Tenggara terhadap ancaman China semasa dan selepas era Perang Dingin dengan tumpuan kepada Vietnam, Filipina, Malaysia dan Indonesia. Bab ini juga akan membincangan persepsi ancaman yang dikaitkan dengan isu pemodenan Tentera Laut China fokus kepada peningkatan keupayaannya. Bab kelima adalah penilaian mengenai potensi ancaman pemodenan Tentera Laut China terhadap keselamatan di Asia Tenggara. Huraian akan tertumpu kepada potensi ancaman yang mungkin wujud terutama terhadap laluan perhubungan laut Asia Tenggara dan Lautan Hindi dan potensi ancaman dalam isu di Laut China Selatan. Seterusnya penilaian akan dibuat sejauh manakah kebenaran ancaman ini terhadap keselamatan Asia Tenggara dengan mengambil kira faktor ketenteraan, ekonomi dan dasar luar China. Huraian ini melibatkan penilaian matlamat, keupayaan dan penentuan samada ketika ini sesuai bagi China untuk menggunakan kuasa tentera lautnya. Bab keenam merupakan bab kesimpulan yang menilai dan merumus secara keseluruhan implikasi pemodenan Tentera Laut China ke atas keselamatan Asia Tenggara.

Anda mungkin juga menyukai