Anda di halaman 1dari 2

Analisis filem Finding Nemo

Filem Finding Nemo bermula dengan hadirnya telur-telur ikan badut (Clown Fish) di
dalam laut. Pada masa itu, Marlin (suami) dan Coral (isteri) begitu gembira menanti menetasnya
anak-anak mereka, sehinggalah situasi buruk berlaku apabila kedatangan ikan pemangsa yang
memakan hampir kesemua telur ikan tersebut beserta dengan isterinya. Namun ada 1 telur yang
selamat dan Marlin menjaga telur tersebut dengan rapi sehingga menetas dan ikan tersebut
diberikan nama iaitu Nemo.

Setelah besar, Marlin menghantar Nemo ke sekolah ikan. Guru sekolah ini adalah seekor
ikan pari. Sedangkan murid-muridnya terdiri dari aneka jenis haiwan laut. Selain ikan, ada juga
sotong dan kuda laut. Murid-murid sekolah ikan ini sering bermain dengan bahaya.

Suatu ketika mereka berenang mendekati permukaan laut. Marlin yang mempunyai
persaan bimbang sejak awal lalu menghampiri mereka dan menarik Nemo menjauhi permukaan.
Tapi Nemo berkata pada ayahnya "tidak perlu bimbang, ayah.saya kan bermain bersama-sama,
dan kami baik-baik saja". Akhirnya, Nemo telah ditangkap oleh penyelam dan dibawa ke suatu
tempat yang tidak diketahui. Marlin cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Nemo tetapi tidak
berjaya. Marlin mengetahui anaknya berada di Sydney selepas beliau terlihat gogle yang dipakai
oleh penyelam yang terjatuh dalam laut.

Maka pengembaraan Marlin untuk mencari Nemo bermula dengan kehadiran Dory iaitu
seekor ikan biru yang mempunyai masalah ingatan dalam jangka masa pendek. Dalam
pengembaraannya, mereka menempuh pelbagai liku yang menyukarkan mereka mencari Nemo
seperti kehadiran ikan jerung, obor-obor dan sebagainya. Di samping itu terdapat juga sepsis
yang lain yang sudi untuk memberikan pertolongan kepada mereka seperti penyu dan ikan paus.

Smentara itu, Nemo berada di dalam tangki akuarium di sebuah klinik pergigian
berhampiran dengan laut di Sydney dan menemui spesis yang lain dalam tangki tersebut. Setelah
berkawan dengan mereka dan menceritakan masalah kepada mereka, mereka bersetuju untuk
melepaskan diri daripada tangka dan ingin pulang ke rumah.
Sementara itu, mereka telah sampai ke Sydney tetapi masih tidak mengetahui di mana
Nemo berada sehinggalah mereka terserempak dengan Nigel seekor burung camar yang tahu
dimana Nemo berada.

Klimaks berlaku apabila Marlin dan Dory yang dibawa oleh Nigel berjaya menjumpai
Nemo tetapi dihalang oleh doktor gigi yang memaksa Nigel untuk mengundurkan
dirinya.Akhirnya, Marlin dan Dory terpaksa berpisah. Setelah itu, Nemo dapat meloloskan diri di
dalam lubang tandas dan dia tidak diketahui dimana dia berada dan terjumpa Dory. Pada
mulanya Dory tidak mengenali Nemo tetapi setelah Dory terlihat perkataan Sydney dia sedar
yang itu adalah Nemo yang tercari-cari. Akhirnya Marlin dan Nemo telah disatukan semula.

Bedasarkan video analisis diatas, hubungkait antara video dengan kelakuan organisasi
adalah stres bukan ditempat kerja dalam Nonwork Hindrance Stressors. Apabila stress ini mula
timbul, berlakulah kejadian yang tidak diingini (negative life events) berlaku. Peristiwa-peristiwa
ini akan diklasifikasikan sebagai tekanan penghalang kerana mereka menghalang keupayaan
untuk mencapai matlamat hidup dan dikaitkan dengan emosi negatif.

Anda mungkin juga menyukai