Anda di halaman 1dari 12

Cuaca pagi itu sangat baik. Seorang kelasi berjalan ke arah kapalnya.

Dia membawa haiwan peliharaannya, seekor monyet. Jika kamu berkelakuan baik hari ini, saya akan membawa kamu lagi,kata kelasi kepada si monyet.

Cuaca sangat tenang semasa mereka memulakan pelayaran.Cuaca menjadi buruk pada waktu tengah hari. Ombak menjadi kuat. Kelasi itu panik dan kapal terbalik.

Semua orang berenang untuk menyelamatkan nyawa masing-masing ke sebuah pulau berhampiran. Monyet itu terpisah daripada tuannya. Dia terkapai-kapai dalam air.

Seekor ikan lumba-lumba bermain disitu. Ikan lumbalumba adalah teman manusia yang paling baik.Dia berenang ke arah monyet dan membawa monyet dia atas belakangnya. Dia menyangka monyet ialah manusia.

Apabila mereka semakin dekat dengan pulau itu, ikan lumba-lumba bertanya monyet, adakah monyet berasal daripada keluarga diraja pulau itu, Pulau Wahili. Ya, saya adalah putera bongsu,tipu Si Monyet.

Ikan lumba-lumba dapat merasakan si monyet tidak bercakap benar. Dia menyelam ke dasar laut, lalu meninggalkan si monyet berenang ke darat. Monyet terkapai-kapai di dalam air lalu lemas berhampiran pulau itu.

Sekian, terima kasih

Sebutan Vokal dan Konsonan

monyet

Sebutan Vokal dan Konsonan

kelasi

Sebutan Vokal dan Konsonan

ikan lumbalumba

Nilai murni
Bekerjasama Hormat-menghormati Mendengar arahan Baik hati Kejujuran

Anda mungkin juga menyukai