Anda di halaman 1dari 2

Haryanti binti Hassan

Tajuk Karangan:
Pada cuti sekolah yang lalu, anda dan keluarga telah berkelah di sebuah pantai yang menjadi
tumpuan orang ramai. Tanpa disangka, kawasan pantai itu telah dilanda ombak besar
hingga mengorbankan dan mencederakan beberapa orang pengunjung. Gambar suasana di
pantai itu ketika bencana alam itu berlaku.

Hari ini begitu indah dan permai. Aku dan keluargaku begitu teruja pada hari ini
kerana ayahku telah berjanji untuk pergi berkelah di sebuah pantai yang terletak di Port
Dickson. Oleh sebab cuti sekolah pun sudah bermula, aku berasa sangat gembira kerana
ayahku mengambil keputusan untuk membawa kami sekeluarga pergi berkelah.
Selepas menyiapkan makanan dan kelengkapan lain, ayah pun cepat-cepat
memandu kereta dengan berhati-hati untuk tiba di destinasi yang telah dirancang. Selepas
beberapa jam perjalanan, kami pun tiba di tempat yang dituju. Kemudian, kami
mengeluarkan barangan dan meletakkan di bawah sebatang pokok yang rendang. Aku
meminta izin daripada ibu bapaku untuk bermain di tepi pantai lalu mengajak adikku untuk
main bersama-sama.
Ramai orang sedang berkelah di tepi pantai tersebut. Ada yang sedang berenang,
membina istana pasir, dan ada juga yang sedang makan. Sedang asyik kami bermain, tiba-
tiba kedengaran satu bunyi yang kuat diikuti dengan jeritan pengunjung-pengunjung yang
berada di situ. Rupa-rupanya, bunyi kuat itu datang daripada bunyi ombak besar yang baru
sahaja melanda di kawasan pantai itu.
Selepas mendengar jeritan daripada pengunjung yang ketakutan, aku pun cepat-
cepat menarik tangan adikku untuk pergi ke ibu bapaku. Mereka juga terkejut dengan
keadaan tersebut. Ombak besar telah beberapa kali menghentam dan menghapuskan
semua yang berada di tepi pantai itu. Melihat kejadian itu, kami cepat-cepat bergerak ke
bahagian yang lebih jauh sedikit dan berwaspada dengan keadaaan di sekeliling.
Selepas beberapa minit, apabila keadaan sudah kembali tenang, aku cepat-cepat
menelefon pihak berkuasa untuk meminta bantuan. Aku lihat, beberapa orang pengunjung
terbaring di pantai. Ada yang cedera di beberapa bahagian seperti kepala, tangan, kaki dan
sebagainya. Apabila bantuan tiba, aku lihat mereka yang terbaring itu rupa-rupanya tidak
dapat menyelamatkan diri. Ada yang terkorban. Keadaan gerai dan khemah yang ada di tepi
pantai juga musnah.
Aku dan keluargaku tidak dapat menggambarkan perasaan sebenar. Aku tidak
menyangka, hari yang begitu indah dan cerah pada awalnya tiba-tiba bertukar menjadi
sesuatu yang menyedihkan. Aku masih lagi melihat pengunjung menangis mencari ahli
keluarga mereka yang hilang. Pegawai perubatan juga berlari ke sana sini untuk
memberikan bantuan. Aku cuba memberikan pertolongan kepada mereka yang terlibat.
Bagiku, inilah pengalaman yang tidak boleh dilupakan seumur hidupku.

Anda mungkin juga menyukai