Anda di halaman 1dari 1

BIROKRASI

Birokrasi boleh didefinisikan sebagai satu konsep dalam bidang sosiologi dan sains
politik yang merujuk kepada satu cara perlaksanaan pentadbiran dan penguatkuasaan undangundang sah yang telah dibuat dalam sesebuah organisasi. Dari segi konsep birokrasi menurut
Max Weber, merujuk birokrasi sebagai satu jenis struktur pentadbiran yang dibangunkan dalam
satu pertubuhan dimana adanya autoriti rasional-sah. Weber menerangkan jenis birokrasi yang
ideal dari sudut yang positif, beliau menganggap organisasi birokrasi adalah organisasi yang
lebih rasional dan lebih cekap.
Tipologi autoriti adalah merujuk kepada tiga jenis autoriti yang pertama sekali
dikenalpasti oleh Weber. Autoriti tradisional (Traditional authority) adalah merujuk kepada
pemantapan kepercayaan dalam tradisi yang telah diamalkan sejak berzaman-zaman lamanya,
perlaksanaan autoriti adalah dibawah seseorang individu untuk membuat legitimasi. Selain itu,
Autoriti rasional-sah (Rational-legal authority) merujuk kepada kepercayaan dalam legaliti
sebagai corak dalam peraturan normatif dan mengangkat kebenaran dalam autoriti seperti isu-isu
berkenaan arahan. Akhir sekali, Bagi autoriti karismatik (Charismatic authority) pula, autoriti ini
merujuk kepatuhan kepada sifat-sifat yang ada pada seseorang individu yang boleh dicontohi.
Individu yang memegang autoriti seperti ini akan menunjukkan ciri-ciri pemerintahan dalam
corak normatif ataupun peraturan.
Terdapat tujuh ciri struktur birokrasi kesemuanya yang telah dijelaskan oleh Weber secara
terperinci. Weber mengatakan bahawa semua ciri tersebut mewujudkan suatu struktur yang
sangat rasional. Pertama, suatu susunan fungsi pejabat yang tetap dan terikat dengan
peraturan. Kedua, adanya bidang kecekapan khusus. Ketiga, susunan jabatan adalah
berdasarkan prinsip hierarki. Keempat, peraturan yang mengatur tingkah laku sesuatu
jabatan dapat berbentuk peraturan atau norma teknik. Kelima, menekankan prinsip
bahawa anggota staf pentadbiran tidak dapat memiliki saranan produksi dan pentadbiran.
Keenam, organisasi perlulah bebas daripada setiap pengendalian luaran. Akhir sekali,
segala tindakan, keputusan dan peraturan dalam hal pentadbiran harus dirumus dan
dicatatkan secara bertulis.

Anda mungkin juga menyukai