Anda di halaman 1dari 1

Judul Buku: Semulia Hati Guru

Pengarang:
a)

Latifah Mahfod, Ashadi Zain, Talib Samat

Ringkasan Eksekutif

Buku Semulia Hati Guru yang mengandungi 269 halaman ini ditulis khas sebagai rakaman
pengalaman dan kisah suka duka serta kerenah lucu yang dialami oleh guru semasa mengajar dan bersama
murid-murid mereka.
Apa yang menarik daripada buku ini, adalah cerita-cerita kontot (dikenali sebagai certot) ini ditulis
oleh guru-guru berdasarkan pengalaman yang mereka alami sendiri.
Buku Semulia Hati Guru ditulis oleh guru-guru dari Pusat Sumber Pendidikan Negeri Johor dengan
menyentuh tema budi yang ditaburkan oleh para guru kepada para pelajar. Kisah jasa guru-guru yang tidak
ternilai.
Usaha merakamkan kisah dan pengalaman oleh guru semasa bersama murid-murid baik sewaktu
mengajar di kelas ataupun melalui aktiviti-aktiviti luar kelas (aktiviti ko-kurikulum) adalah satu gaya baru
dalam dunia penulisan berbentuk popular. Kandungan buku ini merakamkan hanya sebahagian daripada
sekian banyak kisah suka duka guru dan pelajar semasa alam persekolahan. Semoga ia dapat dijadikan
panduan yang baik dan seronok dihayati oleh semua.
b)

Pembelajaran yang diperolehi

Semestinya kisah yang dipaparkan mempunyai unsur moral dan pengajaran yang berguna serta boleh
dijadikan kenangan manis untuk diingati baik kepada guru mahupun pelajar. Guru sebagai agen utama
dalam proses pendidikan generasi pelajar sememangnya memainkan peranan penting dalam dunia
pendidikan. Sumbangan dan bakti mereka tidak ternilai. Sebagai guru, mereka ibarat lampu kerdil
membakar diri memberi cahaya kehidupan kepada anak-anak bagi mencapai cita-cita menjadi insan yang
berguna kepada bangsa dan negara.
Kejayaan para pelajar adalah sebenarnya juga kejayaan para guru dalam mendidik mereka. Justeru,
pengalaman ketika mereka bersama guru dalam apa jua situasi pembelajaran perlu dikenang sepanjang
hayat.
c)

Aplikasi di dalam organisasi

Buku ini boleh digunakan oleh semua guru-guru khususnya guru yang mengajar subjek Pendidikan
Moral. Guru-guru boleh menerapkan nilai-nilai moral yang terkandung di dalam buku ini melalui
penceritaan secara tidak lansung.

Nama: MUHAMMAD ZAKI BIN ABU BAKAR


No. Kad Pengenalan: 850613-10-5157

Anda mungkin juga menyukai