Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ACHEH

TANJUNG BEREMBANG, 14310 NIBONG TEBAL,


PULAU PINANG
NO. TEL : 04-5931805 & NO. FAX : 04-5941068

Ruj : SMKSA/
Tarikh : 18 OGOS 2020

Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru


SMK Sungai Acheh,
14310 Nibong Tebal.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PEMBIAYAAN PEMASANGAN PENDINGIN HAWA BILIK GURU

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan, pihak Kelab Guru dan Staf SMKSA memohon sumbangan daripada pihak tuan sebanyak :

i. RM 3760 (Ceiling Exposed)

Bagi tujuan membantu menampung kos menggantikan sebuah pendingin hawa yang telah berusia hampir 15 tahun
dengan penggunaan berkapasiti tinggi dan kos baik pulih yang kerap serta alat ganti yang sukar diperolehi.

3. Sumbangan pihak tuan dapat membantu menampung kos pembiayaan bagi kelangsungan modal insan
demi untuk memastikan momentum hasil kerja para guru pada tahap optimum, dapat dikekalkan dengan adanya
sedikit keselesaan di tempat kerja dari pagi hingga ke petang.

4. Saya berharap tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan permohonan bagi pihak guru dan staf.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MUHAMMAD ZAKI BIN ABU BAKAR)


Pengerusi Kelab Guru dan Staf 2020
SMK Sungai Acheh

Anda mungkin juga menyukai