Anda di halaman 1dari 23

Nota Khas GTP

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

Legal Notice

Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya www.tipsptd.com

Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula


naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi
Akta Hakcipta.

Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web


www.tipsptd.com, sila laporkan kepada kami melalui email
tipsptd@gmail.com dan ganjaran sewajarnya akan diberikan
kepada anda

Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip


penting untuk Assessment Center dan Temuduga di masa
hadapan

Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik ini adalah
hakmilik di bawah tanggungjawab Team Tips PTD dari www.tipsptd.com. Ianya diterbitkan
untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini
tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang
liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam
Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik ini adalah tepat pada
masa ianya diterbitkan.

Team Tips PTD, Mei 2012


Edisi Pertama Januari 2010
1st revision: Mac 2010 (Gred 41)
2nd revision Oktober 2010 (PTD)
3rd revision Julai 2011 (PTD)
4th revision November 2011 (Pegawai Antidadah)
5th revision Januari 2012 (Penguasa Kastam)
6th revison Februari 2012 (Juruaudit)
7th revision Mei 2012 (PTD)

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

Pengenalan
Nota ini merangkumi beberapa Isu penting dalam rangkuman Isu GTP. Ianya disediakan sebagai rujukan
pantas anda sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan bertulis terutama soalan-soalan dalam
Seksyen A, D dan E. Penulisan esei contohnya, menuntut anda mempunyai pengetahuan dan fakta
mengenai isu-isu yang khas. Jika anda tiada maklumat tentang isu yang ditanyakan, adalah menjadi satu
masalah dan sudah pasti mengganggu peluang anda untuk LULUS dengan cemerlang dalam peperiksaan
ini.
Sekali lagi dinyatakan, ianya bukan soalan atau tajuk spot tapi lebih kepada menyediakan anda
kepada asakan isu GTP yang mungkin anda tertinggal atau tidak tahu secara jelas. Mudah-mudahan
nota-nota ini membantu anda dan sekiranya ianya tidak keluar sekalipun di dalam peperiksaan, ianya
amat berguna untuk anda memperkayakan maklumat sedia ada anda dalam isu GTP ini.
Nota-nota ini adalah pengumpulan daripada kenyataan umum kerajaan, laporan PEMANDU 2011, berita
akhbar dan kumpulan pendapat-pendapat yang ditapis dan diselaraskan mengikut kesesuaian.
Salam kejayaan untuk anda!

Team Tips PTD

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

Government Transformation
Programme (GTP)

GTP = Program Transformasi Kerajaan

Diperkenalkan pada 27 Julai 2009 oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib

ketika itu, GTP diperkenalkan dengan 6 NKRA (National Key Result Areas/ Bidang Keberhasilan
Utama Negara)

Selepas genap 2 tahun, iaitu 27 Julai 2011 satu lagi tambahan NKRA diumumkan oleh Dato Seri
Najib iaitu NKRA COL

Jadi semuanya dirangkum; Tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara

Ianya adalah arah tuju kerajaan dalam untuk menangani permintaan rakyat (dengan pantas)

Inisiatif Kerajaan
(*HighLighT)

PR1MA
o

Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA)

Ia disasarkan terutamanya kepada golongan berpendapatan pertengahan yang tidak


mampu memiliki rumah yang mahal, tetapi pada masa yang sama, mereka tidak layak
untuk memohon skim perumahan kos rendah.

Permohonan hanya dibenarkan untuk bakal pemilik rumah yang memohon untuk kali
pertama, dengan pendapatan tidak melebihi RM6,000 sebulan, tidak kira sama ada
mereka sedang bertugas di sektor kerajaan, sektor swasta atau bekerja sendiri.

Para pemohon yang berjaya, layak untuk menerima pinjaman 105% (tambahan lima
peratus adalah untuk perlindungan insurans dan yuran undang-undang) daripada harga
rumah dan tempoh pinjaman maksimum 30 tahun.
Anda tak seharusnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

Namun, para pemohon tidak dibenarkan menjual rumah mereka dalam tempoh 10
tahun pertama. Mereka juga mendapat manfaat daripada pengecualian duti setem. Bagi
menyokong inisiatif itu, Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia telah ditubuhkan
bagi merancang dan menyelaras projek di bawah program PR1MA

BR1M
o

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Pemberian RM500 (sekali bayar)

Kepada yang berpendapatan isi rumah kurang RM3,000

Permohonan melalui borang yang diedarkan melalui Jabatan Pembangunan


Persekutuan dan cawangan-cawangannya, kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam
Negeri(LHDN), dan agensi-agensi kerajaan negeri

BB1M
o

Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M)

Baucar buku RM200

Khas untuk pelajar institusi pengajian awam dan swasta termasuk Tingkatan 6, Pusat
Matrikulasi dan institusi pengajian tinggi

1AZAM
o

Akhiri Zaman Miskin (1AZAM)

Usaha mewujudkan peluang ekonomi yang meningkatkan keupayaan produktiviti isi


rumah berpendapatan rendah supaya mereka dapat membebaskan diri daripada
belenggu kemiskinan dan mampu memperoleh pendapatan dengan usaha sendiri.

Rujuk NKRA LIH

KAR1SMA
o

Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)

Bantuan kewangan untuk kanak-kanak, warga emas dan OKU


Anda tak seharusnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

KR1M
o

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)

Menyediakan barangan pengguna asas dengan harga 40% lebih murah

Menyalurkan produk 1Malaysia kepada kedai runcit FELDA

Memperluas produk 1Malaysia kepada kedai serbaneka dan stesen minyak

KIR1M
o

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia

Unjuran daripada KR1M dengan konsep yang sama pada asas harga ikan 40% lebih
murah

Ikan-ikan terpilih sahaja seperti kembong dan bawal

Setakat April 2012, hanya sebuah KIR1M beroperasi di Setiawangsa

Menu Rakyat 1Malaysia


o

Menawarkan sarapan pada harga maksimum RM2 dan makan tengah hari pada harga
maksimum RM4.

Terdapat di restoren-restoren terpilih dan di institusi pengajian

Ianya adalah hidangan yang lengkap dan berkhasiat terdiri daripada nasi, daging, sayursayuran dan minuman.

Menu Rakyat diperkenalkan untuk memberikan pilihan alternatif kepada orang ramai
dengan harga yang berpatutan bagi sarapan pagi dan makan tengah hari.

Klinik 1Malaysia
o

Kos rawatan serendah RM1 kepada rakyat Malaysia

Kos rawatan percuma kepada warga emas

Sebanyak 100 klinik 1Malaysia dilancarkan di seluruh Negara (50 buah pada tahun 2012)

Bantuan Kewangan Kembali ke Sekolah


o

RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah

Yuran sekolah kerajaan dimansuhkan (bermula tahun 2012)


Anda tak seharusnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

eKasih
o

Bank Data Kemiskinan Kebangsaan Berpusat (eKasih)

Diigunakan oleh agensi untuk memberikan bantuan kepada orang miskin

Orang ramai boleh mengakses portal dan mendaftarkan diri secara dalam talian (on-line)
dengan memberikan maklumat asas

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) akan melakukan verifikasi terhadap semua kes
yang didaftarkan di portal

Hanya kes-kes yang telah diverifikasi akan didaftarkan dalam eKasih

LINUS
o

Inisiatif Prasekolah dan Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS)

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan standard asas pendidikan negara dengan
memastikan bahawa setiap kanak-kanak memperoleh pendidikan awal serta berpeluang
untuk menjadi individu yang celik huruf dan angka menjelang tahun ketiga
persekolahannya

SBT
o

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Matlamat untuk mengenal pasti 100 SBT pada tahun 2012

Sekolah yang beraspirasi dan mempunyai potensi tinggi untuk menjadi SBT diberi
bimbingan oleh kementerian melalui Program Handholding untuk melonjakkan
sekolah tersebut setaraf dengan sekolah pada peringkat antarabangsa.

Semua sekolah yang berhasrat menjadi SBT perlu memastikan mereka tergolong dalam
sekolah berprestasi tertinggi di seluruh negara dan berada dalam Band 1 dalam ranking
Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

Selain itu, sekolah tersebut perlu memenuhi kriteria ketat instrumen Annex Sekolah
Berprestasi Tinggi, yang menguji etos, perwatakan, alumni dan jalinan dan jaringan
antarabangsa setiap sekolah.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

National Key Result Areas


(NKRA)

Tunggak kepada mencapai matlamat GTP

7 NKRA
o

NKRA Jenayah

Mengurangkan jenayah

Menteri Dalam Negeri

NKRA Rasuah

Membanteras rasuah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

NKRA Pendidikan

Mempertingkatkan pencapaian pelajar

Menteri Pelajaran

NKRA LIH (Low Income Household)

Mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendaj

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

NKRA COL (Cost of Living)

Menangani kos sara hidup yang kian meningkat

Timbalan Perdana Menteri

NKRA UPT (Urban Public Transport)

Mempertingkatkan pengangkutan awam Bandar

Menteri Pengangkutan

NKRA RBI (Rural Basic Infrustructure)

Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

NKRA Jenayah

Mengurangkan jenayah, diperkenalkan pada Julai 2009

Antara pencapaian NKRA Jenayah


o

Malaysia diiktiraf

#12 Paling Selamat diantara 19 negara berpendapatan sederhana tinggi (World


Justice Project)

#1 Paling Selamat dan Aman di Asia Tenggara (Global Peace Index)

#4 Paling Selamat dan Aman di Asia Pasifik (Global Peace Index)

#19 Paling Selamat dan Aman di peringkat Global (Global Peace Index)

Pengurangan Jenayah Indeks sebanyak 11.1%

Pengurangan Jenayah Jalanan sebanyak 39.7%

Kepuasan terhadap Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meningkat kepada 70.5%

Memperbanyakkan sukarelawan
o

Lebih 3,000,000 sukarelawan berdaftar dengan RELA dan JPAM.

3,931 anggota RELA dilatih sebagai Sukarelawan Polis (Police Volunteer Reserve - PVR).

1,607 anggota JPAM dilatih sebagai Sukarelawan Polis (PVR).

30,000 ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) tambahan direkrut menjadikan jumlah
keseluruhan. kepada 147,000.

Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan (Customer Service Rating - CSR) dilancarkan di 82 balai
polis di Selangor dengan 95% responden melahirkan rasa puas terhadap perkhidmatan yang
diberikan oleh Anggota/Pegawai Pejabat Pertanyaan.

Program Bandar Selamat dilaksanakan di 151 PBT (Pihak Berkuasa Tempatan atau majlis
perbandaran tempatan) di seluruh negara dengan pemasangan 8,329 tiang lampu yang lebih
cerah, 1,311 cermin keselamatan, 104.3 km rel penghadang dan tonggak jalan

Lebih 8,000 rampasan dan tangkapan Gerakan Negara (Ops Lejang, Rentap, Pintu, Lusuh).

Perkhidmatan MyDistress (http://mydistress.net/background.html) dilancarkan dengan 68,925


pengguna berdaftar (Laporan Tahunan 2011 oleh PEMANDU)

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

NKRA Rasuah

Membanteras Rasuah diperkenal pada Julai 2009

Kempen Pencegahan Rasuah Maskot: Ejen Lang

Antara inisiatif dan pencapaian di bawah NKRA Rasuah;


o

Pakatan Integriti (Integrity Pacts)

Menangani rasuah berkaitan isu perolehan dalam kerajaan

Ikrar Integriti Korporat (Corporate integrity Pledge, CIP)

Menangani rasuah sektor swasta

64% daripada syarikat yang diumumkan dibawah Projek Permulaan (Entry Point
Project - EPP) untuk Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation
Programme - ETP) telah menjanjikan komitmen terhadap Ikrar Integriti Korporat
(CIP).

Pada tahun 2011, sebanyak 64 syarikat telah menandatangani ikrar tersebut

Pendakwaan dalam tempoh satu tahun

Lebih 424 kes telah diproses dan 249 kes diselesaikan oleh 14 mahkamah khas
rasuah pada tahun 2011

Akta Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Act)

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 berkuat kuasa pada 15 Disember


2011 sebagai sebahagian daripada usaha bersepadu untuk membanteras rasuah
dan amalan penipuan dengan menggalakkan dan memudahkan penzahiran
kelakuan yang salah di sektor awam dan juga swasta.

Matlamatnya adalah untuk memberikan perlindungan kepada mereka yang


menyediakan maklumat yang sedemikian.

Unit pematuhan

Unit pematuhan di kelima-lima agensi penguatkuasaan telah diwujudkan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM),

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

10

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


o

masing-masing mempunyai unit khas untuk memantau dan


memastikan pegawai agensi masing-masing mematuhi tingkah
laku yang sewajarnya

Garis panduan ganjaran dan penghargaan

Pada bulan Jun 2011, garis panduan berkaitan dengan pemberian ganjaran
kepada kakitangan awam yang melaporkan kes rasuah hingga membawa
kepada pendakwaan yang berjaya telah dikeluarkan

Buku kecil Pembaharuan Perkhidmatan Awam

Diterbitkan pada tahun 2011, buku kecil ini merupakan pengumpulsemakan


semua perubahan yang dilakukan oleh setiap kementerian dan agensi dalam
usaha memperbaharui semula proses dan tatacara birokratik.

NKRA Pendidikan

Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar diumumkan pada Julai 2009

Merapatkan jurang pendidikan

Pendidikan presekolah

Meningkatkan adar literasi dan numerasi

Meningkatkan standard pendidikan


o

Sekolah berprestasi tinggi (SBT)

Program pembangunan prestasi sekolah

Tawaran Baru untuk guru besar dan pengetua

Insentif/ganjaran untuk meingkatkan prestasi dan pencapaian mereka sebagai


pemacu utama bagi perubahan dalam system persekolahan
Anda tak seharusnya GAGAL lagi

11

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

Tawaran ganjaran kecemerlangan khas untuk SBT


o

Guru besar dan pengetua Sekolah Berprestasi Tinggi RM7,500

5% guru paling cemerlang RM1,800

Lain-lain guru RM900

Pada Laporan pencapaian NKRA Pendidikan, inisiatif yang diambil menunjukkan pencapaian
berikut:
o

Mencapai kadar enrolmen prasekolah sebanyak 77.23% pada Disember 2011

Melancarkan 3,089 kelas prasekolah dengan bantuan Kementerian Pelajaran, Jabatan


Kemajuan Masyarakat(KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN) dan sektor swasta.

Mencapai kadar literasi sebanyak 97.5% dan numerasi 98.6% bagi pelajar Tahun 2 dalam
program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS)

Mencapai kadar literasi sebanyak 91.0% dan numerasi 95.4% bagi pelajar Tahun 1 dalam
kohort kedua program LINUS

Menganugerahkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kepada 32 buah sekolah pada
2011, tambahan kepada 20 SBT yang telah dikenal pasti pada 2010

Jumlah sekolah berprestasi terendah (Sekolah-sekolah band 6 dan 7) berkurangan


sebanyak 40.25% dari tahun sebelumnya

Tambahan beberapa inisiatif baharu pada tahun 2011;


o

Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK), dibangunkan untuk mengumpul data


berkaitan dengan prasekolah dan kanak-kanak dalam kumpulan umur 4+ serta 5+ yang
mendaftar untuk prasekolah

Sebuah instrumen untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai simptom


masalah pembelajaran telah dibangunkan dan sebanyak 3,916 pelajar dari kalangan
kanak-kanak Tahun 2 telah dikenal pasti

Sebuah sistem data kebangsaan yang berasaskan laman sesawang, Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah atau SAPS telah dibangunkan untuk semua sekolah awam Malaysia

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

12

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

NKRA LIH

Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah diumumkan pada Julai
2009 oleh Dato Najib Tun Razak

Inisiatif 1AZAM (peruntukan latihan dan pembiayaan)


o

AZAM Tani

Aktiviti pertanian dan asas tani

Golonagn miskin luar Bandar melibatkan diri dalam perniagaan asas tani
(ternakan ayam iti dan akuakultur)

AZAM Niaga

Perniagaan kecil-kecilan

Menggalakkan program keusahawanan perniagaan kecil (Gerai kecil, kedai


runcit, catering)

AZAM Khidmat

Perkhidmatan (bekerja sendiri)

Menggalakkan perniagaan kecil inovatif (mencuci kereta, memotong rumput,


pusat jagaan harian kanak-kanak dan orang tua etc)

AZAM KERJA

Pemadanan/penempatan pekerjaan

Mendapatkan prospek kerja untuk golongan miskin (pembantu rumah, atendan


pam minyak, pengawal keselamatan, kelasi kapal dan pekerja restoran makanan
segera (KFC etc)

AZAM Sabah

AZAM Sarawak

AZAM Tani, Khidmat, Niaga, Kerja

AZAM Tani, Khidmat, Niaga, Kerja

Insurans 1AZAM
o

Pada tahun 2011, lebih 500,000 ahli isi rumah miskin telah dapat menikmati kemudahan
skim perlindungan insurans 1AZAM yang diuruskan oleh Allianz Insurance.
Anda tak seharusnya GAGAL lagi

13

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

Hanya mereka yang berdaftar dengan sistem eKasih Jabatan Perdana Menteri yang
layak menyertai skim ini.

Skim ini sah untuk tempoh 12 bulan bermula dari 1 Januari hinga 31 Disember 2011,
merangkumi perlindungan untuk kematian dan keilatan kekal.

Antara pencapaian NKRA LIH ini (setakat tahun 2011);


o

Penyertaan 63,147 isi rumah miskin dalam program 1AZAM

317,359 atau 96% kes tertunggak berkaitan dengan verifikasi eKasih berjaya diproses

1,100 orang usahawan wanita dimajukan

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

14

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

NKRA UTP

Mempertingkatkan pengangkutan awam Bandar diumumkan pada Julai 2009

Bidang tumpuan utama


o

Keandalan dan masa perjalanan

Menitikberatkan ketepatan masa

Mengurangkan tempoh perjalanan dari pintu ke pintu

Keselesaan dan kemudahan

Ketercapaian dan kesalinghubungan

Akses yang mudah kepada pengangkutan awam

Ketesediaan dan keupayaan

Memperbaiki pengalaman perjalanan pengguna (end to end)

Menyediakan kapasiti pengangkutan awam yang mengcukupi

Antara pencapaian NKRA UTP yang dilaporkan dalam Laporan GTP 2011;
o

Pengenalan sejumlah 470 bas RapidKL yang meningkatkan kekerapan bas di sekitar
Lembah Klang.

Pelancaran 35 tren empat gerabak untuk sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya
yang berupaya menggandakan kapasiti penumpang harian kepada 258,156 pada tahun
2011 daripada 254,745 penumpang pada tahun 2010.

Peningkatan bilangan penumpang rel LRT Kelana Jaya sebanyak 18%

Sehingga Mac 2011, Terminal Bersepadu Selatan (dikenali juga sebagai Integrated
Transport Terminal Bandar Tasik Selatan atau ITT BTS) telah beroperasi sepenuhnya. ITT
BTS ini berjaya membantu mengurangkan kesesakan bandar raya Kuala Lumpur dengan
mengalihkan 500 bas ekspres dari arah selatan tanah air memasuki pusat bandar (CBD)

Pengubahsuaian dan naik taraf Hentian Puduraya kepada Pudu Sentral menawarkan
kemudahan moden bertaraf dunia

Pengenalan tiga lagi laluan Bus Expressway Transit (BET) untuk memendekkan masa
perjalanan bas di tiga laluan utama

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

15

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

Tiket perjalanan yang lancar menerusi New Bus Ticketing System (NBTS) baharu
merentas semua bas RapidKL yang diperkenalkan oleh Syarikat Prasarana Nasional
Berhad (Prasarana)

Penumpang LRT juga dapat menikmati perjalanan yang lancar hasil pelaksanaan Kutipan
Tambang Automatik (AFC) melalui Sistem Tiket Bersepadu RapidKL di LRT aliran Kelana
Jaya dan Ampang. Sistem AFC yang baharu ini membolehkan penggunaan satu tiket bagi
perjalanan ke semua destinasi LRT RapidKL berkuat kuasa mulai 28 November 2011

NKRA RBI

Mempertingkatkan infrastruktur Asas luar Bandar Julai 2009

Mencakupi peningkatan 4 perkara asas di luar Bandar

Jalanraya

Air

Elektrik

Perumahan

Antara pencapaian NKRA RBI setakat tahun 2011


o

1,796.1 km jalan raya telah dibina atau dinaik taraf

109,500 buah rumah telah mendapat bekalan air bersih

54,270 buah rumah telah menerima bekalan elektrik

31,327 buah rumah telah siap dibina atau dibaik pulih lebih awal dari jadual

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

16

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

NKRA COL

Cost of Living untuk menyara kos sara hidup. Diperkenalkan pada Julai 2011

Fokus utama NKRA COL


o Menyediakan langkah segera meringankan beban
o Mengurangkan kos pengangkutan
o Mengurangkan kos makanan
o Menyediakan perumahan dengan harga berpatutan dan berkualiti

Lebih 5.2 juta isi rumah mendapat manfaat BR1M berupa bantuan kewangan one-off (bayaran
sekali sahaja) sebanyak RM500. Sebanyak RM2.6 bilion yang diperuntukkan untuk program ini

Di bawah inisiatif Kembali Ke Sekolah, kira-kira 5.3 juta pelajar rendah dan menengah
menerima bantuan RM100. Sebanyak RM530 juta diperuntukkan.

Yuran sekolah kerajaan dimansuhkan bermula sesi persekolahan tahun ini (2012). Buat julungjulung kalinya dalam sejarah negara, pendidikan awam adalah percuma

Inisiatif BB1M (baucar buku RM200), kira-kira 1.3 juta pelajar di institusi pengajian tinggi awam
dan swasta tempatan, aliran matrikulasi dan Tingkatan 6 meraih manfaat. Sebanyak RM260 juta
diperuntukkan

Klinik 1Malaysia diwujudkan memberi rawatan hampir percuma kepada semua rakyat.Bayaran
RM1 untuk rawatan manakala warga emas pula layak mendapat rawatan percuma

Dengan pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), rakyat Malaysia kini mampu membeli
barangan runcit pada harga penjimatan sebanyak 30-40% lebih rendah berbanding dengan
harga pasaran

Melalui pelancaran program Menu Rakyat 1Malaysia, rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan
sarapan dan makan tengah hari dengan harga yang berpatutan melalui pakej sarapan pagi yang
ditetapkan pada kadar standard sebanyak RM2 dan RM4 untuk makan tengah hari
Anda tak seharusnya GAGAL lagi

17

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

NOTA Tambahan:
1MALAYSIA
Pengenalan
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka
sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan
ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan
suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana
Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan
apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
1Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat
Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam
semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai
antara kaum. 1Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian
berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan.
1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi.
Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang,
mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik
kepada rakyat.
Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga
dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang
bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua
lapisan masyarakat.
Anda tak seharusnya GAGAL lagi

18

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi
kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa
mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka
adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita
di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan
dan pembelaan daripada kerajaan.

Slogan
Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan
People First, Performance Now

Selayang pandang
Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep
1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan lebih merupakan satu konsep dalam bidang
pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap,
amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
1Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina
Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. keupayaan
membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan
kesetiaan.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

19

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

Definisi
Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: Kita berdiri,
kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan
berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita.
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera
asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan
Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.

Matlamat
1Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian
yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara
sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
1Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian
berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato Sri Najib Tun
Razak iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Sedikit huraian
Konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Dato Najib membawa satu harapan untuk
memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang
lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam
semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum.
Anda tak seharusnya GAGAL lagi

20

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan
kepentingan negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya
perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum
yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
8 nilai murni (dalam rujukan di bawah) yang dihubungkaitkan dengan konsep ini diharap dapat
menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat
iaitu untuk negara. Melalui konsep 1Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada
mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai
satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat
penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan
sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai
negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan,
dedikasi dan kesetiaan.
Secara kolektifnya, semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia
iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

21

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

Nilai-nilai dalam Konsep 1Malaysia


Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep
1Malaysia. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

Perbezaan Konsep 1Malaysia dengan


Malaysian Malaysia
Ada sedikit sentimen yang dimainkan yang mengatakan konsep 1 Malaysia sama dengan konsep
Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP. Ketahuilah dalam kacamata kami dan berdasarkan
affirmative statement oleh Dato Najib, ianya jauh berbeza kerana konsep 1 Malaysia berpayung di
bawah perlembagaan yang sedia ada dan dasar Malaysian Malaysia membelakangkan perlembagaan.
Secara dasarnya;
Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan

kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan
mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk
mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

22

Peperiksaan Bertulis PTD: NOTA KHAS GTP

Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1Malaysia juga menekankan soal

integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya
terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.
Atau secara ringkasnya, konsep 1Malaysia masih berpaksikan perlembagaan Malaysia yang
mengekalkan 7 wasiat raja-raja melayu termasuk hak bumiputera dan lain-lain. Anda boleh rujuk semula
7 Wasiat Raja-Raja melayu dan interpretasi adaptasi dengan perlembagaan kita.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

23

Anda mungkin juga menyukai