Anda di halaman 1dari 1

CARA MEMILIH SAHABAT

Sahabat…sekali imbas, kita dapat mengagak bahawa maksudnya tertumpu pada


perhubungan yang akrab diantara seseorang individu dengan individu yang lain. Seperti
di zaman Rasulullah SAW, sahabat adalah golongan yang membantu baguinda dalam
memperjunagkan agama Allah.sebagai contoh,seperti Saidina Abu Bakar RA, Saidina
Umar RA, Saidina ‘uthman bin Affan Ra dan ramai lagi..Merekalah yang menjadi teman
Rasulullah SAW dalam memartabatkan Islam di mata dunia.
Jadi dalam situasi sekarang ini, amatlah penting dalam memilih sahabat kerana
mereka dapat menjadi ejen dalam mempengaruhi hidup kita. Apa pun, ia sebenarnya
terpulang pada kita sama ada hendak dipengaruhi atau kita berdiri atas hujjah sendiri.
Sematkanlah hatimu dengan ilmu-ilmu yang berfaedah termasuklah ilmu bagaimana
mahu mencari sahabat yang dapat membimbing kita menuju jalan yang Allah redhai.
Dari sini kita dapat lihat, betapa indahnya Islam. Sampaikan dalam hendak mencari
teman pun, telah ada garis-garis panduannya. Perlu kita insafi bahawa segala peraturan
Allah bukanlah untuk membuatkan kita susah, tapi sebagai tanda betapa sayangnya Dia
pada kita..tidakkah kita terfikir, bagaimana tanda ibu bapa kita kasih pada kita?jika
mereka tahu mandi sungai itu bahaya tampa pengawasan mereka, tentu mereka tidak
membenarkan kita mandi, apatah lagi menghampiri sungai..nah!begitulah kita boleh
umpamakan kasih Allah pada kita, malah sesetengah ulamak mentfsirkan bahawa kasih
sayang Allah adalah 70 kali ganda daripada kasih ibu pada
kita..SUBHANALLAH..betapa kasihnya Dia pada kita..jadi, setiap peraturan dari-Nya,
berusahalah untuk mematuhinya..itulah tanda kasih-Nya pada kita selaku hamba-
hambaNya..Dibawah ini, disediakan renungan untuk kita semua panduan dalam memilih
sahabat atau kita panggil teman atau kawan..

Pesanan Al-Qamah kepada anaknya:


“Anakku, jika kamu berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang
mempunyai sifat-sifat ini, iaitu:
1) Jika engkau melayaninya, ia suka melindungimu.
2) Jika engkau menjadi sahabatnya, dia akan menjadi hiasan bagi dirimu, dan
3) Jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, dia akan mencukupkan keperluanmu.
Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberi jasa
baiak/bantuan, lalu dia mnerima dengan rasa terharu; jika dia melihat kebaikan yang
timbul dari mu, dia suka menghitung-hitungny dan dianggapnya sangat berguna,
sementara jika dia mengetahui kekuranganmu dalam dirimu lalu dia menutupnya.
Pilihlah sahabat yang jika engkau minta sesuatu daripadanya, dia pasti memberi;
jika engkau diam, dia mula menyapa dahulu dan jika ada kesukaran dan kesedihan yang
menimpa dirimu, dia pasti membantu, merinagankan serta menghiburkan.
Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata-kata, dia suka membenarkan ucapanmu
dan bukan selalu mempercayainya sahaja;jika engkau mengusahakannya, sementara
engkau berselisih dengannya, dia suka sekali mengalah untuk kepentingan mu.

Begitulah pesanan seorang yqang berilmu untuk kita jadikan renungan dalam
memilih sahabat.

Anda mungkin juga menyukai