Anda di halaman 1dari 2

Mengumpul Data

Terdapat pelbagai alat kajian untuk mengutip data. Antaranya termasuk; ujian
pencapaian, skor peperiksaan, soal selidik, inventori, senarai semak dan skedul
cerapan. Soal selidik merupakan instrumen pengumpulan data yang lazim
digunakan dalam penyelidikan kuantitatif. Ia digunakan untuk memungut data
berkenaan fenomena yang tidak boleh diperhatikan secara terus oleh penyelidik
seperti sikap, kepercayaan, pandangan, pengalaman, dan nilai. Soal selidik
mengandaikan bahawa responden memahami item, responden mempunyai
maklumat dan responden rela menjawab item dengan jujur.
Menganalisis Dan Menghurai Data
Analisis data bergantung kepada jenis data yang diperoleh. Data kuantitatif terdiri
dari angka dan berkehendakkan analisis statistik. Pengujian statistik diperlukan
jika analisis inferensi dibuat. Jenis statistik yang dipakai perlu akur dengan
soalan kajian dan hipotesis.
Berikut adalah langkah-langkah analisis inferensi:
- pembentukan hipotesis
- memilih satu ujian statistik
- memilih tahap signifikan
- analisis data dengan pakej program komputer
- interpretasi output yang dihasilkan
- membuat keputusan
Bagi analisis kualitatif biasanya ia melibatkan analisis kandungan untuk mencari
tema, pengkategorian data, pengekodan data, analisis grid dan pengenalpastian
tema/corak dan makna. Kesemua ini akan diterangkan dalam kuliah berkaitan
kajian tindakan.
Membincang Dan Melapor Hasil Kajian
Sekiranya seseorang itu ingin menulis dengan gaya yang jelas, lebih baik ia
mempunyai pemikiran yang jelas juga; dan sekiranya seseorang itu ingin menulis
dengan gaya yang terpuji, biarlah dirinya sendiri mempunyai pemikiran yang
terpuji. (Johann Wolfgang von Goethe) Dalam membincangkan hasil kajian, kita
wajib menyemak keputusan secara kritikal. Menurut Akhiar dan Shamsina (2011)
kita juga harus menanya beberapa soalan kepada diri kita sendiri iaitu:
- Adakah kriteria yang telah dipilih menunjukkan kualiti isi kandungan yang sah?
Adakah kita telah meninggalkan mana-mana kriteria penting atau telah
memasukkan kriteria yang tidak berkenaan?
- Sekiranya kita menjalankan rawatan (treatment) dan membuat perbandingan
antara kumpulan atau masa, maka soalan berikut perlu ditanyakan:

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan, berkaitan isi


kandungan sebelum dan selepas rawatan?
Selain tindakan rawatan adakah syarat serupa bagi setiap kumpulan
(contohnya, arahan, tahap keupayaan)?
Adakah perkara lain telah berlaku selain rawatan yang dirancang, yang boleh
mempengaruhi dapatan kajian?
Adakah terdapat perbezaan motivasi antara kumpulan sebelum atau semasa
kajian dijalankan?
Di Institut Pendidikan Guru (IPG), penulisan laporan penyelidikan akur dengan
format/gaya mengikut American Psychological Association (APA).

Anda mungkin juga menyukai