Anda di halaman 1dari 4

M1: Sejarah penghijrahan dan faktor-faktor penghijrahan nenek moyang

Etnik Hokkien
SEJARAH KEDATANGAN
Sejarah menunjukkan bahawa kedatangan orang Cina di Malaysia
dipengaruhi beberapa faktor. Setiap masyarakat Cina terdiri daripada
beberapa etnik dan etnik Hokkien turut berhijrah ke Tanah Melayu pada masa
dahulu.
Orang Cina telah datang ke Tanah Melayu sejak abad ke-15.
Pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan
negara China menggalakkkan kedatangan orang Cina ke tanah Melayu.
Penghijrahan orang Cina semakain bertambah menjelang abad awal ke-19.
Orang Cina telah berhijrah ke negeri-negeri Selat akibat perkembangan
perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura serta dasar pemerintahan
British di Pulau Pinang dan Singapura yang longgar memudahkan lagi
kemasukan imigran Cina. Orang Cina berhijrah ke Johor pada masa
pemerintahan Temenggong Ibrahim (1825-1862) untuk membuka ladang
gambir dan lada hitam. Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada
pertengahan abad ke-19. Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk
bekerja di lombong bijih timah dan lada hitam.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan imigran orang Cina ke
Tanah Melayu pada ketika itu. Antara faktor penolak adalah kerana masalah
sosial dan ekonomi di negara mereka. Di China sering berlakunya bencana
alam seperti banjir dan kemarau yang menyebabkan penderitaan terhadap
penduduknya.

Aktiviti

pertanian

menyebabkan

kebuluran

kerana

juga

tidak

bekalan

dapat

makanan

dijalankan

yang

tidak mencukupi.

Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah


pertanian juga merupakan faktor bekalan makanan tidak mencukupi.
Kekacauan dan ketidakstabilan politik di China juga mendorong penghijrahan
rakyatnya ke Tanah Melayu. Dinasti Manchu yang menguasai China pada
tahun 1644 mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk China
tempatan. Masyarakat Cina yang tidak puas hati sering mengadakan

pemberontakan untuk menggulingkan kerajaan Manchu. Pemberontakan


yang terkenal adalah Pemberontakan Taiping (1850-1864) dipimpin oleh HsiuChuan tetapi gagal. Oleh itu, kerajaan bertindak dengan lebih kejam untuk
memadamkan rasa tidak puas hati rakyat. Ramai orang Cina terpaksa
melarikan diri ke negara lain bagi mengelakkan diri menjadi mangsa
kekejaman.
Selain itu, terdapat juga faktor penarik yang mendorong penghijrahan
orang Cina ke Tanah Melayu antaranya ialah kerana keadaan ekonomi yang
pesat di Tanah Melayu. Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah
mendorong

kedatangan

orang

Cina.

Keperluan

tenaga

buruh

bagi

menjayakan perusahaan bijih timah adalah salah satu faktor penarik


disamping peluang perniagaan yang banyak terutamanya di kawasan bandar.
Peluang untuk mengerjakan kawasan pertanian di bawah sistem Kangcu
menggalakkan lagi kedatangan orang Cina. Melalui sistem ini, mereka diberi
tanah untuk megerjakan pertanian terutamanya penanaman lada hitam.
Keadaan politik yang stabil hasil daripada pemerintahan British yang
liberal di Tanah Melayu pada ketika itu juga menjadi daya penarik kedatangan
orang Cina ke Tanah Melayu. British juga menggalakkan kedatangan orangorang Cina ke Tanah Melayu dengan menyediakan pelbagai kemudahan
seperti subsidi tambang dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga
buruh yang murah dan banyak. Pembentukan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu pada tahun 1986 telah menjamin lagi kestabilan politik. Hal ini telah
menjadi tarikan bagi kemasukan modal Eropah dalam sektor perlombongan
bijih timah dan pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan banyak peluang
pekerjaan dan menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu.
Terdapat tiga cara kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu iaitu
melalui Sistem Tiket Kredit, melalui Cara Persendirian dan melalui Sistem
Kangcu. Melalui Sistem Tiket Kredit, orang yang tidak mampu membayar
tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka terikat
dengan satu perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga
hutang mereka selesai. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai singkheh dan
mereka bebas setelah habis membayar hutang tambang perjalanan mereka.

Melalui Cara Persendirian, orang Cina datang ke Tanah Melayu melalui


bantuan rakan atau ahli keluarganya ataupun dengan perbelanjaan sendiri.
Ramai yang masuk melalui cara ini apabila kerajaan China memansuhkan
undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun 1897. Sistem
Kangcu pula diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor bagi
menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor. Melalui
sistem ini, mereka digalakkan masuk dan membuka ladang-ladang lada
hitam, gambir, kopi, teh, sayur-sayuran dan bunga cengkih. Ternyata
kestabilan dan kekayaan ekonomi di Tanah Melayu merupakan antara faktor
utama mengapa orang Cina berminat untuk menetap di Tanah Melayu.

Cina Hokkien
Orang Hokkien atau juga dikenali sebagai orang Tionghoa berasal dari
daerah Fujian di bahagian tenggara Tiongkok. Istilah Hokkien juga disebut
sebagai Minnan yang bererti daerah selatan dari daerah Fujian. Penduduk
daerah

Utara daerah Fujian biasanya menyebut dirinya dengan nama

kotanya antara lain ialah Hokciu (Fuzhou) dan Hokchia (Fuqing).


Apabila mereka sampai ke Tanah Melayu, mereka membentuk
komuniti atau petempatan yang berbeza di seluruh Tanah Melayu. Orang
Hokkien menjadi pedagang dan peniaga dan menetap di pelabuhanpelabuhan yang penting seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
Pekerjaan utama masyarakat Hokkien pada ketika itu ialah pelombong bijih
timah, buruh getah dan ladang kelapa sawit, nelayan, penternak dan petani di
kawasan-kawasan luar bandar dan separa bandar. Bagi yang tinggal di
kawasan bandar, mereka bekerja sebagai pekerja kilang, kerani dan pekerja
profesional.
Di antara kelompok-kelompok Cina, kelompok yang terbesar ialah
Hokkien. Pada tahun 1921, 32.4% (380656) daripada jumlah penduduk Cina
di Tanah Melayu, (1174777) terdiri daripada orang Hokkien. Kumpulan yang

kedua besar ialah Kantonis yang membentuk 28.3% (332307), diikuti oleh
Hakka (18.6%), Teochew (11.1%), Hailam (5.9%) dan lain-lain (3.7%).
Kemasukan orang Cina bertambah dengan pesat pada abad ke-20.
Pada tahun 1941, orang Cina merupakan kaum terbesar di Tanah Melayu,
mereka membentuk kira-kira 43% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu
berbanding dengan orang Melayu yang merupakan 41% pada tahun tersebut.
Menjelang tahun 1921, kira-kira 22% daripada jumlah orang Cina dilahirkan di
Tanah Melayu. Namun selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1957,
74.7% daripada bilangan orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu mereka
membentuk 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
Sehingga tahun 2002, jumlah rakyat Malaysia berketurunan Hokkien
adalah lebih dari 300 000 orang. Jumlah terbesar orang-orang Hokkien
adalah di Pulau Pinang. Masyarakat berketurunan Hokkien banyak yang telah
bermastautin di merata dunia, termasuk negara jiran seperti Singapura dan
Thailand. Penghijrahan orang-orang Hokkien dari wilayah asal mereka tidak
sukar difahami kerana sepertimana kita tahu, keadaan di negara China pada
penghujung abad ke-19 dan permulaan abad ke-20 kurang stabil dengan
masalah kemiskinan dan peluang pekerjaan yang terhad.

Anda mungkin juga menyukai