Anda di halaman 1dari 2

(UCAPAN ALU-ALUAN)

Matlamat BENGKEL PEMANDUAN BERHEMAH ini diadakan adalah untuk


memupuk kembali sikap pemanduan berhemah bukan sahaja untuk pemandu
kenderaan jabatan tetapi juga bagi mereka yang mempunyai kenderaan
persendirian. Melalui bengkel ini juga saya percaya banyak input-input seperti
undang-undang serta cara dan ciri keselamatan melalui pemanduan telah kita
perolehi untuk diterapkan dalam tatacara pemanduan kita sehari-hari.
Sikap pemandu yang tidak bertimbangrasa dan berhemah di jalanraya adalah
merupakan penyumbang utama kemalangan jalanraya di negara kita. Kajian
yang telah dibuat oleh Majlis Keselamatan Jalanraya menunjukkan lebih 90
peratus kemalangan di negara ini berpunca daripada sikap yang sebegini.
Memandu secara berbahaya, terlalu laju dan kecuaian pemandu adalah antara
sikap yang ditunjukkan oleh pemandu-pemandu yang tidak berhemah dan saban
tahun inilah punca terbesar yang dicatitkan dalam angka kemalangan jalanraya
di negara kita. Walaupun masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap sopan
santun dan budi bahasa yang tinggi, namun di saat kita memandu kenderaan,
sikap kita berubah menjadi panas baran, hilang pertimbangan, suka memaki
hamun, sanggup bergaduh dan pelbagai macam kerendahan akhlak yang
dipamerkan ketika di jalanraya. Tidak hairanlah jika dibandingkan dengan
negara-negara ASEAN yang lain, negara kita mencapai kadar kemalangan yang
tinggi meskipun nisbah orang dan kenderaan tidaklah begitu besar berbanding
beberapa buah negara lain.
Malangnya sikap kita yang suka mengambil mudah hal-hal yang berkaitan
dengan keselamatan dan berasakan seolah-olah kemalangan tidak akan
menimpa mereka. Budaya biar lambat asal selamat sudah tidak ada lagi dalam
kamus hidup manusia moden masa kini kerana segala-galanya mestilah cepat
dan segera. Apabila budaya cepat dan segera ini terpahat dalam pemikiran kita
dan juga digunapakai ketika memandu, maka akan lahirlah manusia yang akan
memandu kenderaannya sesedap rasa dan lupa keselamatan diri, keselamatan
orang lain dan kesedihan yang akan ditanggung oleh kaum keluarga yang
terlibat. Tambah menyedihkan lagi keadaan ini ialah apabila menebalnya sikap
sombong dan takabbur di kalangan pemilik kenderaan yang seolah-olah apabila
berada di dalam kenderaan, maka dunia ini akulah yang punya.
Saya menyeru agar kita semua mengamalkan perbuatan yang baik serta
menghalang dari berlaku kemudharatan semasa berada di atas jalan raya.
Apabila kita melakukan perkara yang baik maka kita akan menghalang dari
berlakunya kemudharatan dan apabila kita inigin menghalang berlakunya
kemudharatan maka sudah semestinya kita melakukan perbuatan yang baik
diatas jalan raya. Berdasarkan kepada takrif ini, jelas menunjukkan bahawa
ruang lingkup perbuatan yang baik' dan menghalang dari berlakunya
kemudaratan' itu sangat luas sekali. Apabila definisi dan kefahaman ini
diterjemahkan ke dalam suasana akhlak pemanduan kenderaan, maka pastinya
ia merujuk kepada kualiti pemanduan yang terbaik yang dapat ditafsirkan
sebagai pemandu yang sangat bertimbangrasa, berhemah tinggi, bertolak ansur,

prihatin, bersopan santun, mengutamakan keselamatan diri dan orang lain, dan
sentiasa berusaha mengelak daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak
dingini. Inilah yang sebenarnya ingin ditanam ke dalam setiap sanubari kita. Iaitu
pemandu yang dapat menilai antara kebaikan dan kemudaratan, antara untung
dan rugi, dan juga pemandu yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri,
keluarga, masyarakat dan negara.
Oleh itu, dengan ini saya merasmikan majlis penutup BENGKEL PEMANDUAN
BERKESAN pada kali ini dengan ucapan pandu hemat, baut cermat, biar lambat
pasti selamat,.. sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai